Wednesday, August 5, 2020

PEMUDA CINA INI DEDAHKAN REALITI MASYARAKAT CINA YANG TIDAKLAH LEBIH SEMPURNA BERBANDING KAUM LAIN.


Tangkapan Layar Facebook



Su Han Wen Shu:

Mungkin ada yang kata, kenapa takde kes lelaki Cina atau India curang atau kahwin dua? Kenapa semua lelaki Melayu sahaja yang miang? Kenapa orang Cina kalau berniaga,takde kes saling dengki atau santau?

Aku tak tahu pasal kaum India, tapi kalau pasal kaum Cina,aku boleh cerita serba sedikit; sebab aku keluar dengan ayah aku dan kawan-kawan Cina dia, macam-macam cerita aku tahu:

1. Kes peniaga Cina yang dah kahwin berpuluh-puluh tahun;isteri dia setia dari perniagaan suami masih kecil, sampailah aset dia RM berjuta-juta, anak dah ada 3 orang.

Jumpa secretary cantik kat pejabat, ceraikan isteri yang dah beranak 3 dan kahwin dengan secretary. Ini perkara biasa.

2. Cina yang bergaduh dekat kelab malam pasal perempuan,pecah botol arak sebab bergaduh dan saling belasah sampai mati. Kes begini pun banyak.

3. Siapa cakap Cina sama Cina berniaga takde tipu?

Banyak kes kawan-kawan sesama Cina berniaga secara partnership atau buka syarikat sendirian berhad di mana masing-masing jadi pemegang saham, lepas itu rakan kongsi Cina juga yang bawa lari dana syarikat; songlap duit.

4. Kes Cina berniaga dengan kawan-kawan Cina, tapi sama-sama rugi sampai bankrap syarikat.

Lepas itu kawan yang tak puas hati, minum sampai mabuk lepas itu pergi depan rumah kawan-kawan lama dia, maki hamun dengan cakap:

"Sebab kau lah kami semua rugi! Pulangkan balik duit syarikat!"

5. Siapa cakap Cina berniaga takde saling mendengki?

Kes dua perniagaan Cina buat import-export perabot. Lepas itu salah satu syarikat Cina sabotaj dokumen kastam syarikat pesaing Cina juga, sampai berbulan-bulan perabot mereka kena tahan kat kastam;

6. Kes orang lelaki Cina tak bekerja dan harapkan duit isteri girlfriend juga ramai. Orang-orang Cina gelar jenis lelaki begini sebagai (bahasa cina); jenis lelaki yang makan duit bini makan duit perempuan.

Dan macam-macam lagi kes yang kau akan tahu dan akan dengar kalau kau faham Bahasa Cina dan sering bergaul dengan mereka.

Tapi kenapa kes-kes di kalangan bangsa Cina sebegini jarang atau boleh dikatakan, tak pernah langsung masuk berita atau akhbar Malaysia?

Ini sebab kaum Cina Malaysia tak bodoh; mereka tak senang-senang sebarkan aib masing-masing untuk diketahui seluruh dunia.

Cuba tengok, ada ke portal gosip media Bahasa Cina seperti Siakap Keli atau Oh My Media atau semua merepek meraban itu?

Akhbar Cina pun tak siarkan kisah-kisah sebegini; mereka jaga aib kaum sesama mereka.

Bukan macam akhbar tabloid sampah yang kes kahwin cerai, kes kahwin dua, cerita dalam kain, semua sibuk nak disebarkan atau diwar-warkan.

Sekian.



N'N:Sebenarnya beza masyarakat Cina dengan Melayu ialah perbuatan 'membawang' dan mencanang gosip-gosip hangat dimerata-rata tempat sehingga membuka aib bangsa sendiri.

Sepatutnya kita war-warkan kejayaan bangsa kita bukan isu-isu remeh dan gosip-gosip sampah.


5 comments:

Anonymous said...

sbb yg ajar melayu mcm ni ialah fosil fosil celaka ahli politik purba tak sedar diri yg ajarkan..

Ann Noordin said...

Kalau pemimpin Cina tu kaki rogol, atau pembunuh bersiri pun kaum Cina akan sokong dia kerana sifat setiakawan tu kuat.

Anonymous said...

dengki dalam perniagaan perkara biasa ..sbb tu ada kes bunuh pesaing perniagaan , guna samseng bagai...

Anonymous said...

Saya pernah memarah seorang cina kerana salah meletak kereta di khalayak ramai. Tapi tiba2 ramai cina2 kerumun beri alasan untuk dia. Seekor melayu pun tak mau masuk campur. Yang lebih sedih lagi sekor polis berdiri tercanggak berdekatan tak ambil peduli.

herman adnan said...

Benda mudah..... Melayu di Malaysia menghampiri 80 peratus. Makna kata, jumpa 10 orang Malaysia, 8 orang Melayu.
2. Jadi, sudah terang lagi bersuluh segala angka statistik Melayu akan kuasai sebab kita DOMINAN!
Semudah itu sahaja tuan puan...