Friday, November 1, 2019

KALAU NAK MEMBEBEL PASAL 'CHINESE SUPERIORITY', SILA BALIK CHINA- BRYAN TIONG


Sila balik China, itulah kata Bryan Tiong kepada kaum Cina yang sibuk dengan idealogi 'Chinese Superiority'.

Apakah yang dimaksud dengan 'Chinese Superiority'? Sebenarnya idealogi itu ialah menganggap kaum lain selain kaum Cina sebagai kaum kelas kedua.

Semuanya  bermula apabila seorang Melayu mempertikai timbangan Simen yang sepatutnya bernisbah 50kg seperti tertera pada guni, tetapi apabila ditimbang hanya tinggal 40kg simen didalam guni. Itu bermakna simen itu telah susut sebanyak 10kg.

Hanya kerana mempertikaikan hal itu maka keluarlah gerombolan puak rasis yang menghamburkan komen² berunsur perkauman yang menghina kaum Melayu.

Maka muncul seorang Cina bernama Bryan Tiong yang mempertikaikan sikap rasis melampau segelintir kaum Cina itu.

Berikut adalah sebahagian nukilan beliau:


Berikut adalah komen² yang telah diprintscreen oleh Bryan dan beliau telah menterjermah beberapa komen yang dikomen dalam bahasa Cina kepada bahasa Melayu:


(Klik gambar untuk paparan lebih jelas)










Anda nilailah sendiri sikap rasis segelintir rakyat Malaysia itu.

Saya bukan mahu memfokuskan sikap perkauman melampau kerana kita sudah masak dengan sikap rasis segelintir rakyat Malaysia tidak kira Melayu, Cina atau India.

Sebenarnya saya ingin memfokuskan sikap  rakyat Malaysia seperti Bryan Tiong yang mengutuk sifat perkauman yang dilakukan kaumnya sendiri.

Itu adalah sifat yang harus dipuji. Beliau tetap mengutuk perbuatan rasis itu walaupun tahu beliau akan digelar pengkhianat kaum Cina.

Ayat yang paling menusuk kalbu aku bila beliau menulis bahawa 'beliau bukan orang Cina tapi orang Malaysia'.

Bryan turut menyatakan bahawa pendidikan awal antara punca segelintir masyarakat Cina bersifat rasis melampau.

Inilah sikap yang yang perlu dan wajib ada pada setiap warganegara.

Wujudnya watak seperti beliau membuatkan aku berasa lega.

Kredit: Bryan Tiong




No comments: