Wednesday, October 30, 2019

MENANGIS GENG ANTI BAHASA MELAYU BILA BACA TWEET MAT SALEH NI.


Aku setuju dengan Ryhs, yer semuanya bergantung kepada niat.

Bagaimana mat saleh yang tidak lahir dan membesar di Malaysia sangat menghargai bahasa Melayu.

Tetapi rakyat Malaysia yang lahir dan membesar di Malaysia begitu prejudis terhadap bahasa Melayu.

Aku sendiri ramai kawan non-malay yang mampu bertutur dengan fasih dalam bahasa Melayu dan mereka semua adalah produk Sekolah Kebangsaan.

Daripada pemerhatian aku masalah timbul kerana wujudnya Sekolah Vernakular.

Sedikit penerangan tentang sekolah vernakular.

"Sekolah vernakular merujuk kepada sekolah yang menggunakan bahasa ibunda dalam pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (P&P) di sekolah.

Contoh jenis sekolah vernakular, ialah Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina).

Jika itu punca masalah kepada sikap prejudis segelintir rakyat Malaysia terhadap bahasa Kebangsaan, kerajaan sepatutnya mencari formula atau jalan penyelesaian menangani masalah yang agak membimbangkan ini kerana kita tahu bahasalah  yang menjadi kunci perpaduan kita rakyat Malaysia.

Tiba-tiba aku teringat bait² lagu ini:


Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Marilah Amalkan Ramai-ramai
Bahasalah Menyatukan Kita Semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa

Marilah Mari Rakyat Semua
Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa
Maju Bangsa dan Maju Negara
Megahkan Bahasa Kita
Bahasa Jiwa Bangsa

Lirik Lagu ‘Bahasa Jiwa Bangsa’

Kadang² terlintas dibenak fikiran aku elok sahaja ditukar puak² yang tidak mencintai  bahasa kebangsaan ini dengan mat saleh seperti Rhys ataupun Mat Dan kerana mereka lebih bernilai kepada perpaduan negara.

Sekian.

1 comment:

Anonymous said...

Menteri pun seaking kat pemberita Melayu isu dalam negeri kah kah kah