Monday, October 28, 2019

INILAH SEBABNYA MENGAPA RAMAI YANG TIDAK PUAS HATI DENGAN PEGUAM NEGARA.

Umum telah mengetahui siapakah Peguam Negara kita. Beliau tidak lain dan tidak bukan ialah Tommy Thomas.

Isu membabitkan beliau telah timbul sebelum dilantik menjadi Peguam Negara lagi kerana ada pihak yang mempertikaikan kewajaran beliau dilantik menjadi Peguam Negara.

PAS antara yang lantang membantah perlantikan Tommy Thomas sebagai peguam negara kerana merasakan bahawa individu yang hendak dilantik mestilah seorang Muslim kerana majoriti rakyat Malaysia ialah Muslim.

Walau bagaimana beliau tetap dilantik walaupun mendapat tentangan.

Antara hujah dibawa oleh pemimpin PH untuk menyokong perlantikan itu ialah 'non-muslim yang adil lebih baik daripada Muslim yang zalim'.

Namun nasi sudah menjadi bubur. Ternyata perlantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah kesilapan besar Pakatan Harapan berikutan keputusan-keputusan beliau yang menimbulkan rasa tidak puas hati.

Berikutan ialah antara keputusan beliau yang telah dipertikai dan mengundang kontroversi:


Kes Pertama ialah kes pembelian banglo oleh bekas Ketua Menteri P.Pinang yang juga Menteri Kewangan ketika ini.

Kes ini mengundang kontroversi kerana kes ini digugurkan semasa masih didalam perbicaraan.

Sebab utama kes ini menjadi kontroversi ialah kerana sebelum ini Bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo turut dituduh dengan pertuduhan yang sama tetapi nasibnya berbeza:


Kes yang sama keputusan yang berbeza.

Kes kedua yang menjadi kontroversi ialah kes Siti Kasim ini:


Kes ini turut mengundang kontroversi kerana pertuduhan terhadap Siti Kasim turut digugurkan Peguam Negara.

Berlainan dengan hukuman terhadap kes yang sama sebelum ini:




Sebenarnya banyak lagi tindakan Peguam Negara sekarang yang dipertikai termasuk campur tangannya dalam perbicaraan kes kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib akibat rusuhan dikuil.

Terkini Peguambela yang mewakili keluarga Allahyarham Muhammad Adib dikatakan akan mengambil tindakan terhadap Peguam Negara kerana menghina Mahkamah.

Anda nilai sendiri...

3 comments:

I said...

Banyak komen untuk peguam negara sekarang. Masa gerombolan memerintah dulu...sedikit pun korang tak berbunyi pasal apa2 pun. AG...KPN...PM...dan suaminya... dll lagi. Sapa agaknya yang tak betul ni....

na'im nikmat said...

Tiada siapa yng mahu pertikaikan AG jika AG mengambil sikap neutral...

AG tidak sepatutnya kelihatan mesra Kerajaan...

Unknown said...

Senang cerita itulah undang2 manusia..boleh berubah-ubah ikut suka..tak sama dng undang2 Tuhan yg mana adil keatas sesiapa saja.