Tuesday, October 29, 2019

DAH PUAS BERITAHU TAPI MASIH TAK FAHAM BAHASA.


Baru-baru ini tular sebuah kain rentang/poster dengan Jata Negara tidak menggunakan langsung bahasa Kebangsaan.

Adakah ini percubaan untuk provokasi? Apakah maknanya menggunakan simbol Jata Negara dan berlatar belakangkan bendera Malaysia namun tiada langsung penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam kain rentang itu.

Melihat kepada gambar yang terpampang pada kain rentang itu jelas terpampang wajah pemimpin-pemimpin DAP.

Tiada satu pun perkataan yang kita mampu faham selain daripada tarikh didalamnya.

Adakah ini usaha atau jarum halus untuk menafikan keutamaan penggunaan Bahasa Melayu?

Sampai bila rakyat Malaysia harus bertoleransi dengan perbuatan seperti ini?

Sebelum ini terdapat kes yang sama dimana Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik telah memberi teguran kepada sebuah sekolah di Ayer Tawar, Manjung kerana tidak menggunakan bahasa Malaysia dalam kain rentang sekolah.

Foto - Sinar Harian

Beliau menegaskan, poster berkenaan perlulah ditulis menggunakan bahasa kebangsaan memandangkan Jata Negara turut digunakan.

Susah sangatkah untuk menghormati perlembagaan Negara yang termaktub bahawa bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan.

Diharap pihak berwajib dapat menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pihak yang tidak menghormati bahasa Kebangsaan itu.

8 comments:

mahligaiseni said...


Tuan, adakan tuan sendiri yang merakam gambar itu yang dikatakan bertulisan cina? Jika ya, saya sokong kecaman tuan, tapi jika bukan tuan yang merakamnya dan hanya terima gambar darioada pihak lain, saya cadang tuan buang perangai cepat buruk sangka itu. Tengok gambar itu betul-betul. Tulisan cina itu kan lurus sedangkan pemidang itu berkedut. Hal itu bermakna, tulisan cina itu dipaparkan di atas gambar. Ada orang rakam gambar, padamkan tulisan rumi, ganti dengan tulisan cina. Semua itu berniat memburukkan cina (berkemungkinan besar sasarannya DAP).

mahligaiseni said...


Kita orang Islam, perlu menyelidik dahulu tuan. Kalau tidak, akhlak kita jadi BURUK! Boleh tak tuan terima nasihat saya ini?

mazmad said...

DAP memang Jenis rasis Dan tak reti bahasa..!!

na'im nikmat said...

Mahligai Seni, sbb itulah sy timbulkan persoalan adakah kain rentang itu provokasi?

Sy juga memautkan link sumber gambar itu, jika ianya gambar edit perlu pakar grafik yng mengesahknnya..

mahligaiseni said...

Tuan Naim, ulasan tuan dalam hantaran (posting) itu merisaukan saya sebagai seorang Melayu Islam. Tuan kelihatan sudah terpengaruh dengan provokasi itu dan sudah berpihak. Alangkah baiknya jika tuan hanya meminta perkara itu diselidik dan tidak perlu menyatakan "kecaman" kepada "cina". Maafkan saya atas komentar ini. Saya masih menghormati tuan.

mahligaiseni said...


Saudara Mazmad, kenapa terlalu cepat memakan umpan provokasi? Siasatlah dulu. Tak baik bersikap demikian. Kita orang Melayu Islam perlu tunjuk contoh akal budi, bukannya panas hati tak tentu pasal. Maafkan saya kerana menulis nasihat ini.

na'im nikmat said...

Sy menghargai teguran dan nasihat. Terima kasih sy ucapkan.

mahligaiseni said...


Bagus, tuan!