Monday, January 21, 2019

BOLEH MENANGIS CINA ULTRA-KIASU BILA BACA STATUS NI...




Pada malam ini, saya terpanggil dan tergerak hati ingin mengingatkan masyarakat Cina supaya menjaga sensitiviti dan menghormati budaya masyarakat beragama Islam di negara ini.

Ia adalah berpunca drpd kenyataan pemaju Grace Residence di Jelutong, Pulau Pinang berhubung pandaran cahaya lampu dari bangunan berkenaan yang kelihatan seperti salib. Jurucakap Nova Mulia Development Sdn Bhd menjelaskan bahawa gambar itu diambil ketika bangunan berkenaan masih belum siap sepenuhnya, dan kebetulan ia kelihatan seperti salib. Syarikat berkenaan dilaporkan mendakwa, cahaya pada bangunan itu sepatutnya menunjukkan abjad Cina (王), bermaksud wang (raja) atau ‘ong’ (nasib baik).

Okie, tak apa... Saya terima penjelasan ini. Akan tetapi , jika ya pun nak buat ‘Ong’ jagalah sensitiviti Melayu. Inilah akibatnya bila tak faham cara hidup budaya Melayu sehingga jadikan satu isu yg besar.

Selaku rakyat Malaysia berbangsa Cina, saya nak ingatkan orang Cina bahawa kita hidup bersama dalam masyarakat yg terdiri drpd Melayu Islam & India & kaum2 lain, bukannya hanya hidup sesama satu kaum sahaja di Malaysia.

Sejak Zaman Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu lagi, orang Melayu sudah lama menjaga hati kaum Cina sehinggalah mereka boleh membina empayar dan menjadi kaya di negara ini.

Setelah tinggal di sini bergenerasi, takkan tak faham lagi cara hidup pribumi. Kita asalnya imigran. Kita telah diterima baik oleh Melayu, kenapa tidak jaga hati Melayu?

Bukan itu saja, Kaum Bumiputra juga telah jaga hati kita dengan beri kita amalkan cara hidup kita sepenuhnya. Tidak cukup lagi, ditambah dengan beri sekolah Cina beroperasi ‘secina cinanya. Cubalah buka mata tengok negara lain dan bandingkan lah dengan negara Malaysia, mana satu yang memberikan layanan yang paling baik kepada masyarakat Cina?

Di samping itu, saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan PH supaya mana2 rakyat Malaysia yang tidak memahami sensitiviti bangsa majoriti diberikan kursus, bagi menangani kewujudan lebih ramai puak ultra kiasu pada masa depan.

Baik, saya bagi contoh lain pulak. Saya tidak boleh bayangkan bagaimana boleh wujud tanah perkuburan Cina dalam skala yang amat besar di kawasan majoriti Melayu di Semenyih.

Pergilah ke Semenyih, terdapat lebih daripada tiga tanah kubbur berskala besar ribuan ekar kepunyaan syarikat berlainan. Yang hairannya, masalah ‘ong’ hanya berlaku di kawasan majoriti Melayu, kenapa tidak ada ‘ong’ di kawasan majoriti Cina?

Saya kira pihak berkuasa yang meluluskan kawasan perkuburan ‘ong’ di kawasan majoriti Melayu amat berlaku tidak adil kepada orang Melayu.

Mengenai pancaran lampu di bangunan itu, sebenarnya saya tiada masalah pun atau tak pernah rasa tergugat melihat lambang salib itu, malah tidak kisah jika mahu ditunjukkan, tetapi biarlah bertempat.

Rodong-rodong sekalian kenalah Ingat! Negara ini berasaskan kepada sistem berpelembagaan yang meletakkan agama Islam sebagai agama rasminya, bukan Kristian atau agama yang lain. Kenapa lah nak buat perkara yang tak jaga hati orang Melayu?

Mohon Jagalah hati Melayu, sebab mereka terlalu banyak diguris dan terguris... Merekalah juga merupakan ahli keluarga kami. Merekalah turut tinggal serumah dengan kami dibawah bumbung yang sama, iaitu #negarakuMalaysia

Sumber: fb Chong Choon Hau

N'N: Aku bangga ada warganegara yang macam ni... 

3 comments:

Anonymous said...

Ah chong. Yg tak jaga melayu tu, melayu sendiri. Tapi bukan melayu yg pegi keje balik keje nak hidup tiap2 hari tu. Ni melayu yg ada kuasa. Melayu yg menyusahkn melayu demi tembolok sendiri...

Anonymous said...

Bukan masalah menangis. Tapi org cina ini lebih mulia drp sesetengah melayu rasis dikalangan umno dan pas

dingdong said...

Lebih 60tahun kita masih gagal.