Nuffnang

Innity

Innity

Sunday, July 28, 2013

INILAH KOMEN TWEET R SRI SANJEEVAN ORANG YANG DEDAHKAN PEMBABITAN SINDIKET DADAH DENGAN POLIS MALAYSIA SEBELUM BELIAU DITEMBAK (GAMBAR)


Antara beberapa tweet Sanjeevan sebelum beliau ditembak malam tadi, kini dilaporkan parah di Hospital Seremban. R Sri Sanjeevan adalah pengerusi Malaysian Crime Watch Task Force (MyWatch) yang kebelakangan ini cuba mendedahkan banyak salah laku Polis berkaitan pembabitan pihak polis dalam sindiket dadah.

Friday, July 19, 2013

BONUS BUAT UMNO: PERANGAI SEBENAR CALON PAS PRK N.01 BESUT, CHE LONG DIDEDAHKAN SENDIRI OLEH IBUNYA...

 

“Che Long tidak berpelajaran tinggi kerana telah berkorban untuk mencari rezeki membiayai keluarga dan adik-adik,” ujar ibu calon PAS PRK Dun Kuala Besut, Minah Abdul Rauf, 64.

Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru dekat sini beliau memberitahu, sebagai anak sulong Che Long telah banyak berkorban untuk keluarga dan adik-adik untuk mencari rezeki. “Kami dari keluarga yang susah, Che Long telah bekerja ketika usia belasan tahun lagi.

Sebelum berjaya sekarang, Che Long telah bekerja dari bawah sebagai kuli sahaja. “Bila ayahnya meninggal dunia ketika dia berusia 22 tahun, dia mengambil sepenuhnya tanggungjawab keluarga, untuk menyara mak dan adik-adik dengan buat pelbagai pekerjaan,” ujarnya.

Sebagai seorang ibu, tidak dinafikan beliau berasa sedih kerana bebanan yang terpaksa ditanggung oleh Che Long untuk menyara adiknya enam orang lagi ketika itu semuanya masih bersekolah.

Menyentuh tentang kebaikan dan sifat pemurah Che Long, beliau mengakui bukan hanya sekarang sifatnya sedemikian, tetapi sejak kecil lagi.

“Dia banyak bertolak ansur dengan adik, bila dia remaja dia mencari rezeki sendiri, dia bahagikan pada kami, pendekata dia memang anak yang bertanggungjawab pada anggota keluarga,” ujarnya. Sambungnya lagi, sifat tersebut telah diteruskan sehingga kini termasuk ketika menjadi calon untuk PRK N.1 Kuala Besut.

Ibunya juga telah mendedahkan, sifat dermawannya bukan sekarang, sebaliknya terserlah sejak awal lagi.

Katanya, ketika beliau dilantik menjadi bilal masjid, Azlan tidak mengambil elaun yang diberikan kepadanya dengan alasan untuk membantu mereka yang susah.

Menurut Minah lagi, Azlan berkata cukuplah dengan rezeki yang telah diberikan Allah, yang lain bagi kepada mereka yang memerlukan. Katanya, sifat pemurah Azlan telah diwarisi dari allahyarham ayahnya yang gemar membantu mereka yang susah.

Menyentuh tentang pencalonan anak sulungnya itu, Minah memberitahu Azlan hanya menerima hasrat pimpinan sahaja walaupun pernah diminta untuk berbuat demikian sebelum ini.

“Moga dia laksanakan amanah yang diberikan padanya dengan baik sebagaimana yang dijanjikan,” katanya.

SUMBER: FB JKKK FAN CLUB 

INILAH MUKA JAMBU YANG DIGERUNI UMNO/BN SAAT INI....

 

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli (gambar) hari ini bertindak mengulang kenyataan beliau di luar dewan tentang syarikat pembekal dakwat kekal yang didedahkannya di Dewan Rakyat semalam.

Bercakap kepada pemberita pada sidang media hari ini, Rafizi menyambut baik cadangan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Pandikar Aman Mulia untuk beliau mengulangi pendedahan beliau di luar dewan jika yakin dengan maklumat tersebut.

"Saya katakan bahawa tiga syarikat yang dikawal Mohamad Salleh ini telah mendapat kontrak perbekalan secara runding terus dari SPR, termasuklah syarikat utamanya, Integrated Challenger (M) Sdn. Bhd," kata beliau kepada media.

Rafizi turut menyatakan kenyataan menteri pada sesi penggulungan semalam juga mengesahkan pendedahan beliau itu tepat apabila menteri tidak menafikan atau mengesahkannya.

"Kenyataan menteri yang mengatakan sebuah syarikat bernama Nash Ventures Sdn Bhd turut mendapat kontrak perbekalan topi dari SPR juga mempunyai pertalian dengan Mohamad Salleh Mohamad Ali.

Menurut Rafizi, Nash Ventures yang mendapat kontrak perbekalan topi dari SPR itu mempunyai pertalian dengan Mohamad Salleh, di mana salah seorang pengarah syarikat iaitu Shamsia Mansoor juga adalah pengarah syarikat dan pemegang saham Allisons Corp Sdn Bhd yang mendapat kontrak perbekalan dari Kementerian Pertahanan.

"Selain itu, Shamsia yang memegang kad pengenalan bernombor 671219-66-5048 itu juga turut lahir di Singapura dan lahir pada tahun yang sama dengan Mohamad Salleh yang memungkinkan mereka adalah kenalan yang lama," kata beliau.

Malah, tambah Rafizi alamat rumah kediaman untuk Shamsia dan Mohamad Salleh adalah sama, yang memungkinkan mereka mempunyai pertalian keluarga.

Sementara itu, kata Rafizi alamat perniagaan yang didaftarkan untuk ketiga-tiga syarikat tersebut iaitu Integrated Chellenger (M) Sdn. Bhd, Allisons Corp Sdn Bhd dan Nash Ventures Sdn. Bhd adalah di alamat yang sama, iaitu 44A &44B, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A 9/A, Seksyen 9, 40100, Shah Alam, Selangor.

"Ini mengesahkan maklumat yang saya dedahkan sebelum ini bahawa syarikat-syarikat yang dikawal oleh individu bernama Mohamad Salleh telah berjaya mendapat kontrak perbekalan dakwat, kemeja dan topi secara rundingan terus," kata beliau.

Terdahulu, Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengemukakan usul bagi merujuk Rafizi ke Jawatankuasa Keistimewaan dan Hak kerana dikatakan membuat kenyataan yang menyeleweng dewan apabila mengaitkan Mohamad Salleh dengan pengerusi dan timbalan pengerusi SPR sebagai 'rakan rapat'.

Bagaimanapun usul tersebut ditolak oleh Pandikar dan mencadangkan Rafizi untuk mengulangi kenyataannya di luar dewan.

Tindakan Rafizi itu juga menangkis kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengatakan Pengarah Strategik PKR itu hanya membuat fitnah kerana hanya berani bercakap di dalam dewan.

"Saya yakin dengan maklumat yang kita ada dan kalau untuk kita dapat kebenaran kita terpaksa berdepan dengan risiko saman dan saya rasa itu langkah-langkah yang perlu diambil oleh ahli-ahli parlimen cuma rakyat boleh hakimi mereka tiak berminat untuk menjawab tapi lebih berminat untuk menakut-nakutkan orang macam saya.

"Dia suruh ulang di luar supaya dia nak saman dan menakut-nakutkan media kerana media tak boleh report. Jadi itu membayangkan mereka ada sesuatu yang nak disembunyikan," kata Rafizi.- Harakahdaily

WIJIB BACA: BERITA GEMBIRA UNTUK RAKYAT MALAYSIA (GAMBAR)

Wednesday, July 17, 2013

MASIHKAH RAKYAT KUALA BESUT MAHU SOKONG BN SELEPAS BACA TENTANG INI (GAMBAR & PENERANGAN)


SUSULAN NAJIB LANTIK ORANG YANG TIDAK SELAYAKNYA MEMIMPIN TABUNG HAJI: UMNO AKAN DIHUKUM AHLI SENDIRI DI KUALA BESUT (SEBARAN SMS)

 

BN Kuala Besut didakwa berdepan sabotaj dalaman apabila terdapat penyebaran maklumat yang mengarahkan penyokong BN mengundi calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut 24 Julai nanti.

Menurut Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, arahan itu datangnya dari pemimpin Umno sendiri yang menyebarkannya melalui khidmat pesanan ringkas SMS.

Menurut Mohamad, kandungan SMS itu antara lain memberitahu ianya bagi mengubah pemikiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ekoran kononnya telah melantik individu yang tidak layak menerajui Tabung Haji."Ni ada satu sms saya terima dari pemimpin Umno tempatan yang minta pengundi di sini memilih calon PAS.

"Tujuannya adalah untuk mengubah pemikiran Najib yang dilihat telah gagal meletakkan Tabung Haji pada tempat sepatutnya apabila melantik individu yang tidak layak menerajui Tabung Haji," ucap beliau di hadapan kiri-kira 300 orang yang hadir pada ceramah di Kampung Seberang Barat malam tadi.

Sehubungan itu beliau berkata, jika pemimpin Umno pun mahu orang Umno undi calon PAS, apatah lagi rakyat biasa lebih-lebih lagi wajar untuk berbuat demikian.

Beliau juga menegaskan, rakyat Terengganu rata-ratanya bersedia untuk membuat perubahan apabila terdapat peningkatan kerusi pada PRU13 sebanyak 15 kerusi berbanding pada PRU12 yang hanya 8 kerusi sahaj

Malahah katanya penerimaan paling ketara adalah melibatkan pengundi di bandar dan juga kawasan pinggir bandar apabila Pakatan Rakyat menguasai sepenuhnya kerusi yang dipertandingkan pada PRU1

"Rakyatat bandar dan pinggir bandar dan lama berubah, jadi dengan PRK kali ini harap pengundi di kawasan Kuala Besut buat perubahan, kita kena sama-sama dengan penduduk bandar untuk beruba

"Sayaya pasti Terengganu akan menjadi milik Pakatan Rakyat sebelum PRU14 apabila kerusi Dun Kuala Besut milik kita dan dua petisyen turut memihak kepada kita," ucapnya sambil disorak oleh penyokong yang hadir.

SUMBER

Tuesday, July 16, 2013

CALON PAS DI KUALA BESUT CHE LONG DITAWAR RASUAH RATUSAN JUTA RINGGIT OLEH.........

 

PETALING JAYA: Calon PAS Kuala Besut, Endot @ Azlan Yusof mendakwa, beliau pernah ditawarkan projek bernilai ratusan juta ringgit jika tidak menjadi calon dalam pilihan raya kecil tersebut.
Beliau yang dikenali dengan panggilan Che Long mendakwa lagi, projek tersebut akan ditarik balik jika menjadi calon PAS di Kuala Besut.

“Saya tetap tidak berganjak dengan perjuangan Islam dan bagi saya akhirat itu lebih baik,” katanya dalam temubual dengan Harakah.

Che Long di kalangan penduduk tempatan merupakan seorang kontraktor kelas A. Beliau berdepan dengan bekas jurutera Tengku Zaihan Cheku Abdul Rahman yang merupakan calon Barisan Nasional pada 24 Julai ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr Abdul Rahman Mokhtar dari BN baru-baru ini.

Che Long turut mendakwa beliau pernah membelanjakan wang RM200, 000 untuk membawa lebih 40 orang ke Makkah menunaikan ibadah haji.

“Dan hampir setiap tahun jika ada duit lebih lagi saya hantar orang ke Makkah, yang nampak ada perubahan dan hendak kembali kepada Islam sebenar,” tambah beliau lagi.

Penduduk daif

Che Long berkata, dari pemerhatiannya penduduk di Kuala Besut masih ramai yang daif dan berada di bawah paras kemiskinan dan kehidupan mereka agak susah kerana ada yang bekerja sebagai nelayan.

Beliau tidak menafikan kerajaan BN memberikan bantuan tetapi kadang kala berlaku `pilih bulu’ yang menyebabkan terdapat orang yang memerlukan bantuan dinafikan.

Katanya, ini menyediahkan dan tidak sepatutnya berlaku jika kerajaan yang memerintah ikut garis panduan Islam.

Mereka, tambah beliau pelu dibantu secara adil dan saksama tanpa mengira fahaman politik.

“PAS nak bantu pun setakat mana sangat,sebab PAS bukan kerajaan lagi,” tambah beliau lagi.

Che Long juga mendakwa BN mengumpan rakyat dengan duit RM200 atau RM300 menyebabkan anak-anak muda yang mendapat wang itu segan datang kepada PAS.

Katanya, BN jadikan duit sebagai senjata untuk `ikat rakyat’ dan pengundi supaya memilih calom BN.

Rakyat, katanya rakyat yang mendapat duit seperti termakan budi dengan sumpah janji untuk memangkah BN .

Itu cara Umno berpolitik sebab mereka kaya dan banyak duit, kata Che Long.
-http://www.freemalaysiatoday-

Monday, July 15, 2013

GAMBAR PERDANA MENTERI IMAMKAN SOLAT TARAWIH TERSEBAR.


Solat tarawih di Gaza. Semalam di kem pelarian Shati. Yang menjadi imam adalah Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh.

Wednesday, July 10, 2013

BERTAMBAH BERANGLAH ORANG MELAYU DENGAN DAP DISEBABKAN KES INI (GAMBAR)


DAP lantik wanita Melayu jadi Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).....

ORANG ISLAM PECAH REKOD MANUSIA PALING KAYA DIDUNIA.

10 Orang Terkaya di Dunia..!!

10. Mukesh Ambani- Net Worth: $27.0 Billion.

9. Eike Batista- Net Worth: $30.0 Billion.

8. Amancio Ortega- Net Worth: $31.0 Billion.

7. Lakhsmi Mittal- Net Worth: $31.1 Billion.

6. Lawrence Ellison- Net Worth: $39.5 Billion.

5. Bernard Arnault- Net Worth: $41.0 Billion.

4. Warren Buffett- Net Worth: $50.0 Billion.

3. Bill Gates- Net Worth: $56.0 Billion.

2. Carlos Slim Helu- Net Worth: $74.0 Billion.

1. Orang yang mengerjakan solat sunat Subuh

"Dua rakaat sebelum Subuh itu lebih baik dari dunia dan isinya"
– Hadis riwayat Imam Muslim-

Monday, July 8, 2013

AMARAN 18 SG: GAMBAR MANGSA2 KEKEJAMAN TENTERA MESIR YANG MENGGULINGKAN DR.MURSI




Laman web rasmi Ikhwan Muslmin, Ikhwanonline melaporkan sekurang-kurangnya 40 penyokong Morsi yang berhimpun di hadapan Bangunan Pengawal Republik di sini terbunuh selepas polis Mesir menyuraikan himpunan dengan kekerasan menjelang waktu Subuh.

Dilaporkan insiden tercetus ketika peserta himpunan yang sudah berkampung sejak beberapa hari itu baru menunaikan solat Subuh.

Selanjutnya.....

Semoga mereka semua dianugerahkan dengan Syahid...Ameen Ya Rabb...

SAMPAH MASYARAKAT, REMAJA BERMASALAH ATAU SAMSENG? (VIDEO)


'sampah masyarakat' mungkin itu persepsi pertama kita....Jangan pernah nilai orang drpd luaran & penampilan.......

HANYA DI MALAYSIA (GAMBAR)

BEGINIKAH CARA PEMIMPIN DIPILIH DI MALAYSIA?

Thursday, July 4, 2013

USTAZ DON SEDIH DENGAN SIKAP TV3 GELAR DR. MURSI DIKTATOR (GAMBAR)

9 PERKARA YANG BERLAKU 24 JAM SELEPAS RAMPASAN KUASA DI MESIR.

Beberapa tindakan telah dibuat oleh tentera Abdel Fattah Al-Sisi setelah 24 Jam merampas kuasa daripada Presiden Mesir Dr. Muhammad Mursi dalam masa kurang 24 jam setelah rampasan kuasa di Mesir:

1. Menutup semua saluran siaran Islamik (17 saluran ), yang menyiarkan siaran langsung di medan perhimpunan , terutama di Rabaah Abawiyyah
2. Menyekat surat khabar Al Huriyyah wal 'Adalah (akhbar milik FJP).
3. Menutup siaran Misr 25 (siaran televisyen Ikhwan Muslimin)
4. Menyekat siaran langsung Al Jazeera di Rabaah
5. Menggunakan peluru hidup ke arah penyokong Dr Mursi sehingga ramai yang terkorban.
6. Menahan beberapa pemimpin yang menyokong kepimpinan Presiden Dr Mursi
7. Menangkap ketua pejabat siaran langsung Al Jazeera dan beberapa pemberita. Antaranya Syariff Mansour dan Muhammad Jamal.
8. Merampas semua kamera di tempat persekitaran himpunan Rabaah Adawiyyah (tempat perhimpunan penyokong Dr Mursi).
9. Menghalang wartawan daripada membuat liputan kepada penyokong Dr Mursi di Rabaah Adawiyyah.

Sumber : Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

PEMIMPIN SEBEGINI TAK LAYAK MENTADBIR MESIR? (GAMBAR)


Dosa-dosa Dr. Muhammad Mursi selama memerintah negara Mesir.
(baca keseluruhan)

Mengapa kalangan liberal sangat berusaha menjatuhkan Presiden Mesir DR Muhammad Mursi? Salah seorang pembaca menghantar tulisan menarik tentang Dosa-dosa Presiden Mesir DR Muhammad Mursi. Boleh jadi, pendapat yang dihantar melalui fanpage ini benar. Bahawa ‘dosa-dosa’ inilah yang membuat pemerintahan Mursi di goncang. Berikut tulisan lengkapnya:

Dosa Mursi itu adalah kerana dia boleh membawa Mesir dalam setahun ke arah jelapang makanan. Yang dulu zaman mubarak gandum hanya boleh dihasilkan dalam negeri sebanyak 20% paling banyak, sekarang sudah melampaui 60%. Dulu perlu mengimport ke Amerika, sekarang Mursi mengimport dari negara yang dia inginkan, yang lebih menguntungkan rakyat. Keadaan ini dapat menjimatkan belanja negara sampai jutaan dollar pertahun sekaligus meningkatkan ekonomi petani.

Dosa Mursi adalah kerana membangunkan terusan Suez menjadi pasaran bebas dunia. Yang dulu di zaman mubarak hanya menghasilkan wang sebanyak 5.6 bilion dollar pertahun, akan meningkat 100 bilion dollar pertahun.

Dosa Mursi adalah menaikkan gaji PNS dan pesara sebanyak lebih 200%, manakala harga-harga barang boleh dipertahankan tidak naik, sehingga PNS jadi lebih makmur.

Dosa Mursi adalah membina kilang samsung terbesar di Arab di wilayah Bani Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah.

Dosa Mursi adalah membuat kilang kereta sendiri sehingga untuk tahun-tahun ke depan tidak perlu lagi mengimport kereta.

Dosa Mursi adalah membuat kilang senjata sendiri sehingga tidak perlu lagi mengimport senjata-senjata rongsokan dari Amerika.

Dosa Mursi adalah membuat kilang Innar (sejenis tablet / ipad), sehingga seluruh rakyat nanti boleh merasa nikmatknya memakai barang elektronik bermutu dengan harga yang berpatutan. Anak-anak sekolah boleh belajar pakai alat canggih.

Dosa Mursi adalah mampu mempertahankan, bahkan menambah rizab pertukaran asing Mesir yang sebelumnya sudah di ambang kemuflisan.

Dosa Mursi terbesar adalah dia selalu solat berjemaah di masjid, hafal al Qur’an, selalu tahajjud dan sabar terhadap segala caci maki.

Dosa Mursi adalah menyokong perjuangan Palestin, Syria dan Myanmar.

Dosa Mursi yang tidak kalah parahnya mengeluarkan Mesir dari kongkongan kuasa tentera dalam 40 hari, di mana Erdogan memerlukan bertahun-tahun untuk melakukan hal itu.

Dosa Mursi meningkatkan harga diri negara Mesir di hadapan negara Arab lain bahkan dunia. Hingga Mesir jadi negara yang diambil kira.

Dosa Mursi adalah berusaha membangunkan tenaga nuklear dan tenaga matahari sebagai tenaga alternatif di Mesir.

Dosa Mursi adalah kerana ia mampu menarik pelabur luar negeri dan mempertahankan kepercayaan asing di Mesir.

Dosa Mursi adalah membuka kembali jalan darat antara Mesir dan Sudan sehingga kerja sama dalam bidang ekonomi kedua-dua negara akan meningkat.

Dosa Mursi adalah mampu membuka lapangan kerja baru untuk 600 ribu lebih orang pengangguran.

Dosa Mursi adalah berusaha mengembalikan harta yang dibawa lari ke luar negeri oleh Husni Mubarak dan kroni-kroninya.

Dosa Mursi adalah menegakkan kehakiman yang sebenarnya dan berusaha menghabisi kecurangan.

Dan banyak lagi dosa-dosanya yang tidak boleh kita sebutkan satu persatu yang membuatkan musuh politik Mesir kepanasan, terutama Amerika dan Israel yang menjadi dalang utama.

Kerana dosa-dosa itulah maka Mursi akan digulingkan oleh munafik-munafik penyokong Mubarak, liberal, sekular, komunis, dan Kristian Koptik serta puak Islam munafik. Mereka memandang Mursi sudah gagal dah akan membawa Mesir ke arah kehancuran.

Itulah logik yang ada dalam kehidupan sekarang.

Itulah dosa insan bernama Morsi

Wednesday, July 3, 2013

KALAU KAMAL ARTARTUK MASIH HIDUP DIA PASTI BANGGA DENGAN MALAYSIA (GAMBAR)


Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita bahawa seluruh Pahang adalah zon larangan bagi menyampaikan pesanan berbuat kebaikan (tazkirah) diwaktu antara solat terawih.

Hari ni dapat pula berita kementerian pelajaran akan mansuhkan peperiksaan subjek agama Islam di sekolah sekolah?

Biar betul?

Selepas ini jika subjek agama Islam dah tak wajib apalagi untuk hafalan untuk hadap peperiksaan, maka pudarlah sudah ilmu agama anak-anak kita kelak.

ARAHAN "LIKE" LAMAN FB KETUA PENGARAH KESIHATAN? (GAMBAR)


Monday, July 1, 2013

MENTERI BN TERKEBIL-KEBIL TAK MAMPU JAWAB SOALAN INI....


Di Parlimen.

MP Sibu: BR1M RM500 diterima 5.2 juta orang, tetapi kata kerajaan, kadar kemiskinan turun dari 3.8% (2009) ke 2.4%(2012)

Menteri tak menjawab mengapa lebih ramai jumlah penerima BR1M sementara kadar kemiskinan diumumkan berkurangan dari 3.8% pada 2009 kepada 2.4% pada 2012.

BERITA BAIK UNTUK PENGHISAP ROKOK (GAMBAR)

ALAT UNTUK ELAK GANGGUAN ASTRO SEMASA HUJAN KINI SUDAH DIJUAL MELUAS (GAMBAR)

Innity