Bekas Menteri UMNO, Kadir mengkritik pemimpin Umno sekarang, katanya UMNO terpesong kerana:
i) Perbuatan keji dan jijik iaitu rasuah, iaitu rasuah politik dengan bayar wang pada rakan seperjuangan dalam parti untuk dapatkan jawatan
ii) Berikan pemberian rasuah daripada kerajaan dan parti kepada rakyat untuk lebih popular dan untuk dapatkan undi.
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria pula melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang “menggadai akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.
“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini… sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.
“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya… sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insider.
No comments:
Post a Comment