Pages

Wednesday, May 12, 2010

Syabas!!Menteri kewangan Secara Rasminya Memberi Lesen Judi Kepada Kumpulan BERJAYA.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgP1fpltibnvFkOGeEGoSKYpDxZtKWz7o5P4ODZ11K-OytBXFRGT95Q3wM-vhbPNJ4_a0Sj-pwiDA1Sz_G8xMZCNmVfBBQ-F0F_KG5S0LK3FW8Spnl-L1LS4HtLcUNg17Kw8Em1dAqtmyr1/s1600/berjaya_group_of_companies_2.JPG

Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulandepan.

Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

Sehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.

Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.

Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Kumpulan BERJAYA akan digunakan untuk tujuan yang sama. - Malaysiakini

2 comments:

Admin tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen negatif yang menyentuh sensitiviti agama,bangsa dan individu.