Thursday, October 31, 2019

DISIMEN DAN MAYAT DILETAK DALAM PETI AIS, PENGAKHIRAN TRAGIS SEORANG JUTAWAN.

Foto- Sinar Harian


Menjadi Jutawan pasti menjadi idaman setiap manusia dimuka bumi ini.

Tapi tidaklah semuanya indah apabila menjadi jutawan. Jutawan sering menjadi mangsa orang jahat yang mencari jalan singkat untuk kaya.

Itulah nasib malang yang menimpa seorang jutawan di Thailand baru-baru ini.

Bangkok- Mayat seorang ahli perniagaan wanita bergelar jutawan dari Thailand yang disimen dengan konkrit ditemukan dalam peti sejuk di rumahnya.

Pemaju hartanah, Wannee Jiracharoenying, dilaporkan tidak kelihatan sejak 18 Oktober lalu selepas melawat sebuah kuil di Chiang Mai.

Abang mangsa, Woraphan Jiracharoenying, 59, mengambil keputusan mencari adiknya apabila mesej yang dihantar tidak berbalas.

Pihak polis menemukan mayat Wannee pada Ahad lalu susulan aduan jiran yang terhidu bau busuk dari kediaman mangsa. - Sinar Harian

Apa yang mengejutkan ialah pihak Polis telah mengesyaki pelaku kepada jenayah ini ialah kawan Jutawan malang itu sendiri.

Begitulah lumrah dunia, kita tidak tahu isi hati orang sekeliling kita. Kekayaan kita mungkin menjadi hasad dengki orang yang rapat dengan kita.

Sebaiknya infaklah sebahagian harta kita ke jalan yang diredhai Allah SWT.

Semoga dengan cara itu kita mendapat perlindungan Allah daripada kejahatan manusia yang berhati syaitan.

Wednesday, October 30, 2019

MENANGIS GENG ANTI BAHASA MELAYU BILA BACA TWEET MAT SALEH NI.


Aku setuju dengan Ryhs, yer semuanya bergantung kepada niat.

Bagaimana mat saleh yang tidak lahir dan membesar di Malaysia sangat menghargai bahasa Melayu.

Tetapi rakyat Malaysia yang lahir dan membesar di Malaysia begitu prejudis terhadap bahasa Melayu.

Aku sendiri ramai kawan non-malay yang mampu bertutur dengan fasih dalam bahasa Melayu dan mereka semua adalah produk Sekolah Kebangsaan.

Daripada pemerhatian aku masalah timbul kerana wujudnya Sekolah Vernakular.

Sedikit penerangan tentang sekolah vernakular.

"Sekolah vernakular merujuk kepada sekolah yang menggunakan bahasa ibunda dalam pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (P&P) di sekolah.

Contoh jenis sekolah vernakular, ialah Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina).

Jika itu punca masalah kepada sikap prejudis segelintir rakyat Malaysia terhadap bahasa Kebangsaan, kerajaan sepatutnya mencari formula atau jalan penyelesaian menangani masalah yang agak membimbangkan ini kerana kita tahu bahasalah  yang menjadi kunci perpaduan kita rakyat Malaysia.

Tiba-tiba aku teringat bait² lagu ini:


Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Marilah Amalkan Ramai-ramai
Bahasalah Menyatukan Kita Semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa

Marilah Mari Rakyat Semua
Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa
Maju Bangsa dan Maju Negara
Megahkan Bahasa Kita
Bahasa Jiwa Bangsa

Lirik Lagu ‘Bahasa Jiwa Bangsa’

Kadang² terlintas dibenak fikiran aku elok sahaja ditukar puak² yang tidak mencintai  bahasa kebangsaan ini dengan mat saleh seperti Rhys ataupun Mat Dan kerana mereka lebih bernilai kepada perpaduan negara.

Sekian.

SENANG BETUL JADI TIMBALAN MENTERI.

Foto - Mohd Rosli

"Tim.Menteri sudah beri penjelasan di Facebook", itulah jawapan Menteri apabila diminta memberi penjelasan mengenai pembabitan Tim.Menteri dengan komik propaganda.

Selepas ini tak perlu dah bersidang dalam Parlimen memadailah bersidang dalam Facebook sahaja.

Tutup sahaja Parlimen kerana masalah negara boleh selesai dengan hebahan di Facebook sahaja.

Semakin hari semakin meluat pula melihat perangai pemimpin-pemimpin kerajaan.




Tuesday, October 29, 2019

DAH PUAS BERITAHU TAPI MASIH TAK FAHAM BAHASA.


Baru-baru ini tular sebuah kain rentang/poster dengan Jata Negara tidak menggunakan langsung bahasa Kebangsaan.

Adakah ini percubaan untuk provokasi? Apakah maknanya menggunakan simbol Jata Negara dan berlatar belakangkan bendera Malaysia namun tiada langsung penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam kain rentang itu.

Melihat kepada gambar yang terpampang pada kain rentang itu jelas terpampang wajah pemimpin-pemimpin DAP.

Tiada satu pun perkataan yang kita mampu faham selain daripada tarikh didalamnya.

Adakah ini usaha atau jarum halus untuk menafikan keutamaan penggunaan Bahasa Melayu?

Sampai bila rakyat Malaysia harus bertoleransi dengan perbuatan seperti ini?

Sebelum ini terdapat kes yang sama dimana Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik telah memberi teguran kepada sebuah sekolah di Ayer Tawar, Manjung kerana tidak menggunakan bahasa Malaysia dalam kain rentang sekolah.

Foto - Sinar Harian

Beliau menegaskan, poster berkenaan perlulah ditulis menggunakan bahasa kebangsaan memandangkan Jata Negara turut digunakan.

Susah sangatkah untuk menghormati perlembagaan Negara yang termaktub bahawa bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan.

Diharap pihak berwajib dapat menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pihak yang tidak menghormati bahasa Kebangsaan itu.

DISEBALIK PEMBEBASAN WANITA PENYEBAB KEMATIAN LAPAN KANAK² BASIKAL LAJAK, INI FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU.



Mahkamah Majistret di sini hari ini, melepas dan membebaskan seorang jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal dua tahun lalu.

Mahkamah membuat keputusan tersebut bersandarkan beberapa perkara termasuk situasi jalan berbukit yang gelap dan berselekoh menyebabkan pemandu tidak boleh menjangkakan terdapat kumpulan berbasikal yang ramai di jalan itu pada jam 3 pagi.

Selain itu keadaan bahaya itu sendiri dicipta kumpulan basikal lajak tersebut.
- Sinar  Harian

Terus terang sebelum ini aku juga agak geram dan marah apabila mendengar kata-kata bahawa pemandu wanita itu menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Ternyata kata-kata itu tidak berlandaskan fakta dan bukti daripada mana-mana saksi.

Setelah meneliti fakta dan berfikir secara rasional dengan meletakkan diri aku pada situasi pemandu itu, aku mula sedar kejadian itu sepatutnya diadili dengan sebaik-baiknya.

Kes ini, seharusnya menjadi pengajaran kepada semua ibu-bapa agar sentiasa mengawal anak-anak dan mengambil tahu mengenai aktiviti mereka.

Berikut adalah contoh situasi bahaya yang dicipta geng basikal lajak:


Jadi anda buatlah pernilaian sendiri. Kanak-kanak yang belum baligh itu sudah tentu tempat mereka di Syurga. 

Namun kita sebagai ibu dan bapa harus ingat bahwa anak-anak itu adalah amanah dan kita pastinya akan disoal jika mengabaikan mereka.

Monday, October 28, 2019

INILAH SEBABNYA MENGAPA RAMAI YANG TIDAK PUAS HATI DENGAN PEGUAM NEGARA.

Umum telah mengetahui siapakah Peguam Negara kita. Beliau tidak lain dan tidak bukan ialah Tommy Thomas.

Isu membabitkan beliau telah timbul sebelum dilantik menjadi Peguam Negara lagi kerana ada pihak yang mempertikaikan kewajaran beliau dilantik menjadi Peguam Negara.

PAS antara yang lantang membantah perlantikan Tommy Thomas sebagai peguam negara kerana merasakan bahawa individu yang hendak dilantik mestilah seorang Muslim kerana majoriti rakyat Malaysia ialah Muslim.

Walau bagaimana beliau tetap dilantik walaupun mendapat tentangan.

Antara hujah dibawa oleh pemimpin PH untuk menyokong perlantikan itu ialah 'non-muslim yang adil lebih baik daripada Muslim yang zalim'.

Namun nasi sudah menjadi bubur. Ternyata perlantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah kesilapan besar Pakatan Harapan berikutan keputusan-keputusan beliau yang menimbulkan rasa tidak puas hati.

Berikutan ialah antara keputusan beliau yang telah dipertikai dan mengundang kontroversi:


Kes Pertama ialah kes pembelian banglo oleh bekas Ketua Menteri P.Pinang yang juga Menteri Kewangan ketika ini.

Kes ini mengundang kontroversi kerana kes ini digugurkan semasa masih didalam perbicaraan.

Sebab utama kes ini menjadi kontroversi ialah kerana sebelum ini Bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo turut dituduh dengan pertuduhan yang sama tetapi nasibnya berbeza:


Kes yang sama keputusan yang berbeza.

Kes kedua yang menjadi kontroversi ialah kes Siti Kasim ini:


Kes ini turut mengundang kontroversi kerana pertuduhan terhadap Siti Kasim turut digugurkan Peguam Negara.

Berlainan dengan hukuman terhadap kes yang sama sebelum ini:




Sebenarnya banyak lagi tindakan Peguam Negara sekarang yang dipertikai termasuk campur tangannya dalam perbicaraan kes kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib akibat rusuhan dikuil.

Terkini Peguambela yang mewakili keluarga Allahyarham Muhammad Adib dikatakan akan mengambil tindakan terhadap Peguam Negara kerana menghina Mahkamah.

Anda nilai sendiri...

Sunday, October 27, 2019

BUKTI MAJORITI NON-MUSLIM MENENTANG BMF TERSEBAR?

Semua sedia maklum kempen Buy Muslim First (BMF) telah dilancarkan oleh beberapa NGO Muslim.

Kempen ini mendapat tentangan yang hebat daripada pemimpin kerajaan yang turut mengaitkan kempen BMF dengan kempen boikot.

NGO UMMAH menafikan yang kempen BMF itu adalah kempen boikot. Menurut  UMMAH kempen BMF itu adalah kempen untuk memperkasakan perniagaan dan usahawan Muslim.

Kempen itu berkisar promosi terhadap produk² Muslim yang berada dalam pasaran.

Kempen ini dikatakan mendapat tentangan hebat daripada masyarakat non-muslim.

Berikut adalah printscreen komen² daripada pengguna media sosial non-muslim:






Anda nilai sendiri...

Kredit: Hafiz

SEBAB INILAH JANGAN PERNAH PERCAYA BULAT² CAKAP ORANG POLITIK.

Sebulan yang lalu bukanlah jangkamasa yang lama.



Namun lihatlah bagaimana rakyat boleh dipermainkan:



Rakyat seperti tiada nilai disisi pemimpin kerajaan.

Anda ingin tahu bilakah masanya rakyat akan dibela, diambil berat dan disayangi?

Tunggulah saat tibanya Pilihanraya, pada saat itu rakyat akan dianggap seperti raja, tutur kata ahli politik akan berubah daripada menjadi seperti singa bertukar seperti tikus.

Ketika itu apa sahaja kehendak rakyat akan dipenuhi kerana mereka tahu rakyatlah yang berkuasa mengangkat seseorang ahli politik menjadi seorang wakil rakyat.

Daripada jawatan wakil rakyat itu mereka berpeluang menjadi menteri dan memegang portfolio penting yang menjanjikan elaun dan gaji yang besar.

Setelah itu watak mereka akan bertukar menjadi manusia yang angkuh dan dan bongkak.

Salah siapa?

Salah anda yang tersilap memilih pemimpin.

Sekian.


Saturday, October 26, 2019

SAMPAI BILA KITA NAK BIARKAN PEMANDU MABUK BUNUH PENGGUNA JALANRAYA?


Mangsa dikenali sebagai Mohaideen Gani.  Allahyarham bertugas sebagai Pembantu Kesihatan Awam yang bertungkus lumus menjaga kebersihan Bandaraya P.Pinang dan beliau sepatutnya bersara pada Jan 2021.

Persoalannya sampai bila nyawa orang yang tidak berdosa akan berakhir ditangan pemandu mabuk.

Sebelum Kerajaan nak mengharamkan vape atau rokok sepatutnya kerajaan terlebih dahulu mengharamkan arak.

Tiada langsung manfaat yang kita dapat daripada arak selain kerosakan kepada individu dan masyarakat.

Islam telah menyatakan bahwa arak adalah ibu segala maksiat dan kerosakan.

Adakah setimpal cukai yang dikutip berbanding kerosakan akibat arak?


Friday, October 25, 2019

SEDIH DAN MALU BILA BACA KERATAN AKHBAR INI.

Foto- keratan akhbar

Bayangkan jika seseorang yang lahir di Malaysia, membesar di Malaysia, mengaku sebagai rakyat Malaysia tetapi tidak fasih berbahasa Melayu, bahasa yang menjadi bahasa Kebangsaan.

Cuba anda lihat bagaimana perkerja warga asing yang berasal dari Bangladesh, Nepal dan Myanmar, mereka mampu menguasai bahasa Melayu walaupun tidak sampai setahun berkerja di Malaysia.

Bagaimana kita yang lahir di Malaysia tetapi tidak mampu bertutur dalam bahasa kebangsaan?

Dimana salahnya?

Mereka yang tidak mampu bertutur dalam bahasa Melayu ini sepatutnya berasa malu dengan mat saleh yang bernama Rhys William ni:



Rhys ni bukannya orang Malaysia tapi kecintaannya kepada bahasa kebangsaan patut dipuji. Bak kata pepatah "dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung".

Aku mintak tolong kepada Kerajaan supaya cakna dengan masalah ini,  cari punca dan jalan penyelesaian.

Sekian.


KETEPIKAN EGO, MAT SABU PERLU BERGURU DENGAN H20

MENHAN PERLU IMPROVE CEPAT TANPA ALASAN



Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) YB Mohamad Sabu, Menteri Pertahanan kena tegur dengan YB DS Hishamuddin Tun Hussin, bekas menteri Pertahanan, supaya jangan jadikan kurang pengalaman sebagai alasan untuk tidak mengemudi Kementerian dengan baik.

2) Kementerian Pertahanan memerlukan seorang menteri yang kemas menentukan polisi serta pantas membuat keputusan-keputusan penting. Di bawah menteri adalah para angkatan tentera yang berpengalaman lama. Sudah tentu mereka memerlukan professionalisme menteri untuk menguruskan kementerian.

3) Tapi ya lah, nak buat macamana, kelulusan menteri tak ada kaitan langsung dengan selok-belok pertahanan negara. Bahkan tak ada pun kelulusan dalam bidang pengurusan dan apa-apa profesionalisme. Nampaknya Tun Mahathir seorang yang zalim kerana meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya.

4) DS Hishamuddin walaupun dulu orang kata dia "pondan siam" (Mahfuz Omar et al.), dari segi professionalisme, dia lebih jauh mantap berbanding Menhan hari ini. Jauh gila-gila punya. Setakat tuduhan rasuah dan salah guna peruntukan ke apabala ke atas beliau, itu perkara lain. Bab pengurusan kementerian, imej kementerian, ia satu isu lain.

5) At least, YB Menhan 'bergurulah' bab pengurusan kementerian dengan YB Hishamuddin bekas Menhan kalaupun geli geleman nak berurusan dengan DS Najib yang bekas Menhan juga. Ini hal pertahanan negara, jangan sampai orang pandang lekeh sangat. Ego letak tepi. Kita ego semula untuk kempen PRU15 nanti.

Sekian

Thursday, October 24, 2019

TERKINI: PENGARANG KOMIK PROPAGANDA LETAK JAWATAN CEO.

Foto-Superman Hew

Bekas aktivis DAP yang juga pengarang Komik BRI atau Inisiatif Jalur dan Jalan Hew Kuan Yau yang dikritik susulan komik didakwa berunsur propaganda meletakkan jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif Majlis Perniagaan Bersama China-Malaysia (JBC).

Beliau berkata keputusan itu untuk memastikan operasi majlis itu berjalan dengan lancar. Pengumumannya itu susulan bantahan berterusan terhadap komik tulisannya.

Dalam kenyataan rasminya dia meletak jawatan bagi memastikan operasi JBC lancar, dan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada pengerusi Tan Kok Wai.

Perletakan jawatan berkuat kuasa serta merta dan keputusannya adalah muktamad, katanya dalam kenyataan. - Ameno world

Aku melihat perletakan jawatan dia ini mungkin susulan kecaman yang berterusan pemimpin PH sendiri dan pembangkang.

Mungkin untuk menyelamatkan imej PH maka keputusan itu terpaksa dibuat.

Walaupun dia mengaku telah keluar daripada DAP namun hubungan dan kerjasamanya dengan DAP masih utuh berikutan penghasilan komik propaganda yang kata pengantarnya ditulis oleh Lim Guan Eng sendiri.

Kemudian berlegar pula gambarnya memberi komik propaganda sebagai cenderahati kepada Tim.Men. Pelajaran yang juga seorang pemimpin DAP.

Aku cuma harap peristiwa ini boleh dijadikan pengajaran kepada kita semua agar berhati² dalam menyentuh sensitiviti khasnya perkara² yang bercanggah dengan perlembagaan negara.

AHLI PARLIMEN PONTENG: GAMBAR INI MENCERITAKAN SEGALA-GALANYA.

Foto- Parlimen Malaysia

Antara yang jarang sangat berlaku di Parlimen sebelum ini ialah bila PM dan TPM hadir tapi  Menteri dan Ahli Parlimen Kerajaan ramai yang ponteng.

Tidakkah Ahli Parlimen yang ponteng itu berasa bersalah terhadap rakyat yang mengundi?

Umum mengetahui masalah kehadiran MP dalam Parlimen sehingga sidang pernah ditangguhkan oleh Speaker kerana kekurangan korum.

Amaran telah pun dibuat oleh PM namun daripada apa yang kita dapat lihat kehadiran MP untuk memenuhkan kerusi sangat menyedihkan.

Aku nak cadangkan supaya elaun MP dibayar mengikut kehadiran mereka.

Dan aku juga cadangkan Parlimen mendedahkan report kehadiran semua MP agar rakyat tahu prestasi kehadiran MP mereka.

Setahu aku Parlimen bukanlah bersidang setiap hari tetapi apabila perdebatan atau sesuatu usul dibentang aku harap MP dapat memberi komitmen mereka selepas ini dan fikirkanlah pengorbanan rakyat yang mengundi mereka.


Wednesday, October 23, 2019

KITA KALAH TERUK DENGAN POLITIK INDONESIA.

Foto-Unsplash

Selesai sahaja Pilihanraya Umum (PRU) atau disebut sebagai PEMILU di Indonesia, kerajaan yang dilantik dan pembangkang mengenepikan perbezaan pendapat dan bersatu untuk berkhidmat kepada rakyat.

Berbeza dengan kita di Malaysia, dinegara kita kerajaan dan pembangkang sentiasa bertelagah sehingga boleh diibaratkan seperti anjing dan kucing yang sering bercakaran tanpa menghiraukan kesusahan rakyat.

Sampai bila politik kita akan terus begitu, tidakkah kita mahu lihat perkembangan yang baik seperti dinegara jiran kita itu.

Setahu saya agenda kerajaan perpaduan atau kerajaan tanpa pembangkang ini pernah diutarakan Tuan Guru Abdul Hadi (Presiden PAS) tidak lama dahulu tetapi tidak mendapat sokongan pada masa itu.

Mungkin kita boleh mengambil contoh pemikiran diluar Jokowi ini:

Jokowi lantik pemimpin pembangkang jadi menteri.

Pemimpin pembangkang Indonesia, Prabowo Subianto mendakwa dia dipelawa Presiden Joko Widodo (Jokowi) untuk menyertai Kabinet baru pemimpin itu dan bekas jeneral tentera berkata, dia menerima pelawaan berkenaan.

“Hari ini saya secara rasmi dipelawa dan saya mampu membantu,” katanya yang mendakwa dia diperlukan untuk membantu bahagian pertahanan.

Prabowo adalah pencabar utama Jokowi dalam pilihan raya Presiden pada April lalu.

Dia antara beberapa pemimpin yang dijemput Jokowi termasuk pengasas Gojek, Nadiem Makarim untuk hadir ke Istana Presiden hari ini.

Prabowo tidak memberitahu jawatan yang bakal dipegangnya dalam Kabinet baru Jokowi itu tetapi media melaporkan dia mungkin dilantik sebagai menteri pertahanan. -Harian Metro

Namun yang menjadi persoalan yang timbul ialah proses 'check and balance'. Jika Kerajaan dan Pembangkang menjadi satu maka siapa pula yang akan menjadi penasihat atau pemantau? 

Mungkin Kerajaan dan Pembangkang boleh mewujudkan satu badan bebas yang mempunyai kuasa memantau tanpa campur tangan pemerintah atau diletakkan dibawah kuasa YDPA untuk melindungi rakyat.

Ini kerana pentadbiran negara memerlukan proses check and balance.

Saya biarkan anda berfikir sendiri...




RAMAI PEMIMPIN, AHLI DAN PENYOKONG AMANAH KOYAK LEPAS DENGAR PENDAPAT DR.MAZA INI.


Saya Kagum Melihat Kesetian Amanah Terhadap DAP.

Foto-Malaymail

Dalam satu wawancara dengan pendakwah kontroversi Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu, beliau berkata Amanah dilihat mengikut pendirian DAP dalam pelbagai isu dan berdiam diri daripada mengulas isu yang dikaitkan dengan masyarakat Islam.

“Kelihatannya Amanah akan senyap atau mencari alasan untuk membelanya (DAP) secara langsung atau tidak langsung.

“Saya juga kagum kerana saya tidak melihat isu-isu yang merunsingkan umat Islam, mereka keluarkan pandangan walaupun kadang-kadang isu itu ada kepentingan untuk PH,” katanya.

Asri memetik kontroversi pengedaran komik Inisiatif Jalur dan Laluan dan penangkapan individu yang didakwa ada hubungan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), mengatakan tiada apa-apa yang didengar mengenai perkara itu.

“Tetapi Zakir Naik, kita (dengar). Mereka serius hampir sama dengan kenyataan DAP,” katanya ketika ditanya Zamri jika masyarakat Islam boleh mempercayai Amanah.

Asri juga berkata beberapa pemimpin bukan Islam PH, terutamanya dari DAP, mengubah sikap mereka selepas berkuasa. Beliau menggambarkan mereka sekarang sebagai “tergopoh-gopoh” dengan bersikap tegang terhadap umat Islam.

“Apabila mereka memperoleh kuasa, sikap mereka menjadi sangat berbeza. Kenyataan yang dikeluarkan setiap hari semuanya seolah-olah dalam permusuhan dengan masyarakat Islam, yang tidak berniat menjadi musuh pada awalnya.”

Katanya, beliau juga merupakan pengkritik lantang kerajaan Barisan Nasional dan menyokong perubahan dalam pentadbiran.

Beliau juga berkata beliau mempunyai hubungan mesra dengan DAP sebelum pilihan raya umum ke-14, sambil menambah bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pernah menjemput beliau berkhidmat di bawah kerajaan negeri itu.

Beliau berkata kritikan adalah penting untuk memastikan kesilapan yang lalu tidak berlaku lagi, dan memberi amaran kepada rakyat agar tidak mengikut kerajaan atau mana-mana parti politik secara membabi buta.-FMT

Berikut adalah beberapa komen yang aku kutip:





Bertenanglah, Dr.Maza ni semua parti pun beliau pernah kritik dan nasihat jadi tak perlulah koyak sangat tetapi ambillah kata² beliau sebagai pedoman.


TERKINI: PENDIRIAN TEGAS MENTERI PENDIDIKAN MENGENAI ISU KOMIK PROPAGANDA DAN SIKAP BIADAP RONNIE LIU.

Saban hari kita melihat tindakan² segelintir individu yang menyentuh sensitiviti masyarakat di Malaysia.

Rakyat menunggu² kenyataan pemimpin kerajaan adakah mereka akan bersikap tegas dengan golongan yang dilihat menimbulkan konflik dalam masyarakat Malaysia yang majoritinya adalah Melayu Islam.

Sebaran komik propaganda yang kandungannya dilihat seperti ingin mempengaruhi golongan pelajar sekolah adalah isu terkini yang mendapat perhatian seluruh negara.

Foto- Malaysian dateline

Kenyataan berani Dr.Maszlee ini telah ditunggu², cuma saya kesal kerana Dr.Maszlee mengambil masa agak lama untuk mengeluarkan kenyataan ini:

"Sebagai Menteri Pendidikan, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa komik propaganda politik tersebut tidak pernah mendapat kelulusan dari Kementerian Pendidikan Malaysia. KPM tidak akan membenarkan pengedarannya ke sekolah-sekolah di bawah KPM.

Semua sekolah yang telah menerima komik tersebut telah diarahkan untuk tidak disebarluaskan. KPM tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mempergunakan sekolah sebagai alat propaganda murahan.

Saya juga telah mengarahkan KPM untuk menyiasat segera jika terdapat mana-mana individu termasuk anggota dalaman yang bertanggungjawab membenarkan komik ini diedarkan di sekolah. KPM akan memastikan siapa sahaja jika terbukti benar dakwaan ini akan diberi tindakan tegas.

Saya ingin menasihatkan mana-mana ahli DAP yang tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan agar kembali mematuhi semangat “rule of law” dan juga “collective responsibility”.

Saya juga ingin menggesa pimpinan DAP untuk mendisiplinkan ahli-ahli mereka agar menghormati keputusan kerajaan dan patuh terhadap perlembagaan dan undang-undang negara. Kedua perkara inilah yang membina negara kita.

Tindakan merendah-rendahkan parti komponen lain seperti yang dilakukan oleh Saudara Ronnie Liu ialah tindakan yang biadab dan sangat tidak berasas.

Budaya politik murahan begini hanya akan merosakkan keadaan. Ia membawa lebih banyak perpecahan malah membantutkan agenda reformasi yang sedang kita laksanakan."-Dr Maszlee Malik

Tapi aku pelik, kenapa Dr.Maszlee langsung tak mention nama timbalan beliau Teo Nie Chin yang dilihat terang² bersama Superman Hew didalam gambar diatas?

Persoalan ni aku biar korang fikir sendiri.

Bagi yang belum mengetahui isi kandungan komik propaganda boleh rujuk disini

BOLEH MENANGIS MENTERI PERPADUAN BILA BACA STATUS NI .

Antara menteri yang aku rasa langsung tiada function dalam kerajaan sekarang ialah Menteri Perpaduan.

Ntah apa kerja yang dia buat aku pun tak tahu. Aku tak nampak perpaduan antara kaum semakin baik dalam era Malaysia baru ni.

Apa yang bro ini luahkan memang sebijik macam apa yang  terbuku dalam hati aku.



Aku rasa macam menteri perpaduan ni sedap makan gaji dan elaun buta. Bak kata Azwan Ali 'why bother'...

Seriuslah PH masih nak simpan menteri macam ni?

Tuesday, October 22, 2019

KANTOI TERUK: CUBA LIHAT SIAPA TULIS KATA PENGANTAR UNTUK KOMIK PROPAGANDA.

Sebelum ini Ketua Pemuda DAPSY, Howard Lee menegaskan bahawa DAP langsung tiada kaitan dengan kewujudan komik propaganda yang disebarkan kepada pelajar sekolah.

Namun bukti telah menunjukkan sebaliknya, apabila jelas kata pengantar komik itu telah ditulis oleh Lim Guan Eng.

Berikut adalah bukti yang menunjukkan bahawa kata pengantar komik itu ditulis oleh LGE.



Akhirnya terungkai mengapa LGE mengambil sikap berdiam diri, kerana sudah terang lagi bersuluh penglibatan DAP dalam penghasilan komik propaganda itu.

Bagi yang belum mengetahui tentang kandungan komik propaganda itu boleh lihat disini

Sumber: TTKM

BEZA HAKKA INDONESIA DENGAN HAKKA MALAYSIA DALAM MENCINTAI BAHASA KEBANGSAAN.

Foto- TTKM

Saya hampir ingat DS Wan Azizah berucap di Taiwan, rupanya konvensyen itu diadakan di Malaysia yang kita sedia maklum bahawa Bahasa Kebangsaannya ialah Bahasa Melayu.

Namun apabila diamati kain rentang atau paparan diskrin besar kelihatan langsung tiada Bahasa Kebangsaan melainkan tulisan 'Kuala Lumpur'.

Sangat berbeza dengan konvensyen yang berlangsung di Indonesia apabila kain rentangnya atau paparannya boleh dikatakan hampir sepenuhnya menggunakan Bahasa Indonesia.

Berpuluh-puluh tahun hidup di Malaysia mengaku kononnya berbangsa Malaysia tapi masih gagal memartabatkan Bahasa Kebanggsaan.

Sepatutnya atau sekurang-kurangnya tajuk pada kain rentang atau paparan itu wajib ditulis dalam Bahasa Kebangsaan.

Tapi itulah hakikat yang perlu kita telan apabila Bahasa Kebangsaan tidak dimartabatkan oleh rakyat Malaysia sendiri.

Monday, October 21, 2019

EH BETUL JUGA, MENGAPA TUHAN CIPTAKAN RAMBUT KALAU NAK SURUH KAU BERTUDUNG?

Pernahkah terlintas difikiran kita mengapa Tuhan ciptakan rambut jika kita perlu menutupnya?

Tidakkah menutup atau memakai tudung itu seperti menafikan atau menghina keindahan ciptaan Tuhan?

Pernahkah persoalan ini timbul atau ditanya kepada anda?

Berikut adalah persoalan yang ditimbulkan oleh seorang pengguna medsos yang kemudiannya mendapat respon daripada seorang pengguna medsos lain.

Soalan itu dijawab dengan persoalan lain yang aku boleh katakan sangat win dan menyentap sampai kekalbu(hati).

Berikut adalah printscreen tersebut:



Manusia² kau ingat kau bijak tapi sebenarnya kau bodoh (jahil).

Nasihat aku, bodoh tu simpanlah sikit dan jangan dikeluarkan semua. Apabila bodoh itu tidak bertebing beginilah jadinya.



Sunday, October 20, 2019

BOLEH MENANGIS SUPERMAN HEW BILA BACA KENYATAAN INI.

Ini bukan kali pertama manusia yang digelar Superman Hew ni buat kontroversi.

Terbaru isu komik propaganda telah meledak setelah ada bukti yang menunjuk bahawa komik propaganda itu diedarkan disekolah seluruh Malaysia.

Berikut adalah respon Syed Saddiq terhadap komik proganda itu:



Setakat ini Ketua Menteri P.Pinang, KPM dan Pejabat Perdana Menteri menafikan penglibatan mereka dalam kewujudan komik itu.

Namun apa yang mengejutkan ialah muat naik gambar Dato Seri Najib ini:



Sehingga kini Lim Guan Eng masih tidak memberi sebarang komentar terhadap gambar itu.

Aku serahkan kepada kalian sendiri untuk berfikir dan menganalisa...


KANDUNGAN KOMIK PROPAGANDA TERSEBAR.

Anda nilai sendiri adakah kandungan komik begini sesuai untuk tatapan pelajar sekolah?


Adakah ini agenda untuk menyuntik Islamphobia dikalangan pelajar sekolah? 



Untuk apa diselitkan agenda negara Komunis China?



Bayangkan jika anak² anda membaca komik proaganda tersebut. 

Sumber: Nasir Seligi



Saturday, October 19, 2019

SAYA TIDAK AKAN UNDI PH LAGI SAMPAI BILA-BILA- PENGGUNA MEDSOS

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kewujudan sebuah komik propaganda yang bertajuk 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama'.

Berikut adalah kenyataan Menteri yang dipetik daripada portal Astro Awani:

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memanggil beberapa individu untuk diambil keterangan berhubung isu pengedaran komik bertajuk 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama' kepada institusi pendidikan termasuk sekolah.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata siasatan terperinci akan dilakukan oleh Bahagian Keselamatan KDN.

Katanya ada perkara yang tidak betul dalam komik itu yang menyentuh unsur politik dan juga negara asing.

"Sebab itu wajar tindakan tegas diambil dan panggil mereka yang menulis untuk dapatkan keterangan lanjut.

"Kita tak boleh ambil tindakan terburu. Kita dah tahu (siapa) pengarangnya dan saya akan arahkan bahagian keselamatan untuk dapatkan penerangan apa yang berlaku," katanya pada sidang media selepas melawat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian, di sini pada Jumaat.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Khamis menegaskan tidak pernah mengeluarkan sebarang kelulusan dan kebenaran tentang pengedaran komik terbabit. - Astro Awani

Berikutan tularnya berita ini seorang pengguna medsos telah berikrar bahwa beliau tidak lagi akan mengundi PH sampai bila-bila, kerana marah dengan perbuatan menghasut minda kanak² sekolah.

Berikut adalah printscreen kenyataannya:



WATAK UST.MADI DALAM DRAMA NUR TU RUPANYA MEMANG WUJUD DALAM DUNIA NYATA.

Mungkin kita pernah menganggap watak manusia penunggang agama yang berselindung disebalik watak seorang Ustaz hanya berlaku dalam drama² Melayu...

Anggapan itu sebenarnya salah, watak sedemikian sebenarnya memang wujud didunia nyata.

Mereka berselindung disebalik kopiah ...

                        Foto-harian metro

Namun janganlah kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga, janganlah dipukul rata kerana masih wujud insan² yang mengabdikan diri mereka hanya untuk Allah SWT.

Dan tujuan mereka membuka dan berkerja di maahad semata-mata untuk mencari redha Allah dan menyebarkan Islam.

Friday, October 18, 2019

KERETA TERBANG: KL - P.PINANG 1 JAM BUKAN LAGI MUSTAHIL. ( TAK TAU NAK KETAWA KER NAK MENANGIS)

Foto - Astro Awani

Bukan nak cakap apa, baca tajuk pun dah rasa nak ketawa terbahak².

Seriuslah?

KL ke Pulau Pinang sejam guna kereta terbang

KUALA LUMPUR - Pihak swasta, usahawan dan pembekal teknologi tinggi dalam perbincangan untuk memendekkan masa perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang selama sejam dengan menggunakan kereta terbang.

Dato Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, prototaip kereta terbang juga dijangka dilancarkan akhir tahun ini.

Menurutnya, kos tersebut ditanggung pihak swasta dan tidak melibatkan sebarang peruntukan daripada kerajaan.

“Sekarang kita pergi ke Pulau Pinang perlukan empat jam. Pihak swasta dan usahawan sedang berbincang dengan pembekal teknologi tinggi untuk membolehkan kita ke Pulau Pinang dalam masa sejam menggunakan kereta terbang.

“Ada perbincangan awal untuk memastikan perkara ini boleh direalisasikan dalam masa terdekat pada 2020,” katanya di Dewan Rakyat semalam.- Sinar Harian

Tak habis² lagi dengan kereta terbang. Aku dapat rasa negara kita ni sedang jadi bahan ketawa kepada dunia luar.

Daripada duduk melalut pasal kereta terbang kerajaan sepatutnya memfokuskan untuk kurangkan kos sara hidup rakyat.

Persoalan yang timbul ialah,

Siapa yang akan dapat manfaat jika ada kereta terbang ni?

Kereta terbang ni boleh mewujudkan peluang pekerjaan?

Saban hari rakyat tertekan dengan kos sara hidup yang tinggi, adakah kereta terbang ini mampu menyelesaikan masalah ekonomi negara atau menjana pendapatan negara?

Negara2 maju pun tidak berhasrat nak buat kereta terbang ni atas banyak faktor.

Aku serahkan kepada kalian untuk berfikir... 

AHLI PARLIMEN PONTENG: INILAH POLITIKUS YANG KALIAN SEMUA BANGGAKAN.

Foto hiasan- Astro Awani

Hari ini Timbalan Speaker Nga Kor Ming terpaksa mengarahkan loceng Dewan Rakyat dibunyikan selama seminit ekoran jumlah Ahli Parlimen tidak mencukupi sewaktu perbahasan Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2020.

Sementara itu, pada sidang akhbar, ketua pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan insiden ini sebagai titik hitam dalam sejarah dewan rakyat apatah lagi baru-baru ini juga terdapat trend ahli parlimen ponteng ketika debat dijalankan.

“Jika kita melihat trend sejak Isnin 14 Okt, malah timbalan perdana menteri pun terpaksa melakukan ciapan apabila beliau menyedari kerusi kosong ketika mendengar debat.

Pada hari Rabu 16 O?kt, hanya timbalan menteri pendidikan hadir, malah menteri kewangan dan timbalannya turut tiada.

Hari ini,  ia telah mencapai tahap di mana mereka terpaksa menghentikan prosiding dan membunyikan loceng kerana kurang daripada 26 Ahli Parlimen di Dewan.

Nampaknya ahli parlimen dan menteri tidak berminat untuk berdebat.

Saya cadangkan Parlimen dibubarkan dan digantikan oleh anggota Parlimen baru yang lebih berminat mengambil bahagian dalam perdebatan,”– Datuk Ismail Sabri.

Inilah sikap politikus yang kalian bangga²kan. Ada yang sanggup bertegang leher, putus saudara dan putus sahabat demi mempertahankan ahli politik pujaan masing².

Hakikatnya mereka seperti memakan gaji buta. Sepatutnya mereka menunjukkan kesungguhan dalam perdebatan bajet 2020 tetapi lihatlah apa hadiah mereka kepada anda.

Sekalipun mereka ponteng gaji dan elaun yang tinggi tetap mereka terima dan adakah mereka peduli apa yang anda fikir.

Sudah tiba masanya rakyat menjadi matang dan bersatu. Ahli politik yang gagal berkhidmat dengan baik patut direhatkan dan ditukar dengan pemimpin yang mampu dan rajin berkerja.

Thursday, October 17, 2019

REZEKI TIDAK PERNAH SALAH ALAMAT, PENANAM TEMBIKAI YANG DIBOIKOT DISERBU ORANG RAMAI.

Benarlah seperti yang dikata bahwa rezeki Allah itu tidak pernah salah alamat.

Seorang penanam tembikai berdepan situasi genting apabila lambakan tembikai tidak dapat dipasarkan kerana dikatakan telah boikot oleh pemborong non-Muslim.

Berikutan itu pekebun itu telah mengambil keputusan untuk menjual sendiri hasil tanamannya itu.

Apa yang menimpa beliau itu telah mendapat perhatian warga maya yang rata²  bersimpati dengan nasib beliau.

Satu kempen telah dicetuskan oleh warga maya supaya orang ramai membantu pekebun tersebut.

Berikut adalah berita yang dipetik daripada portal Perak Gazette:

IPOH 16 Okt. - Hari ini tular dalam laman sosial mengenai seorang peniaga tembikai yang berdepan masalah untuk menjual hasil tanamannya yang dikatakan tidak lagi dibeli oleh pemborong bukan Melayu.

Akibatnya peniaga Melayu dari Sungai Siput itu terpaksa menjual hasil tanamannya sendiri di tepi jalan besar di Meru Raya dekat sini.

Tanpa diduga, nasib peniaga berkenaan mendapat simpati daripada masyarakat setempat yang beramai-ramai membeli jualan lelaki berkenaan.

Tinjauan Perak Gazette mendapati orang ramai menyerbu tempat jualan peniaga tersebut hari ini.



Para pembeli berebut-rebut membeli jualan tersebut sambil memberikan kata-kata semangat kepada peniaga tersebut.

Pembeli berkata mereka mendapat tahu mengenai perkara itu menerusi media sosial dan tidak bertangguh lagi untuk membantu peniaga tersebut.

Dengan harga jualan istimewa iaitu RM1 sekilogram, ramai yang membeli dalam kuantiti yang banyak dengan niat untuk membantu peniaga tersebut.

Malah berpuluh-puluh kereta diletakkan berhampiran tempat jualan ketika orang ramai membeli. - Perak Gazette

Ulasan aku mudah, kita orang Islam perlu percaya dan yakin bahwa rezeki itu bukan dipegang oleh pemborong, peruncit atau sesiapa sahaja.

Tetapi rezeki itu milik Allah SWT yakni Maha Pemberi Rezeki.

Mungkin ada yang menyalahkan kempen BMF kerana pemborong membalas tindakan BMF dengan memboikot pekebun² Muslim.

Sebenarnya tindakan boikot itu sedikit pun tidak mematahkan semangat pekebun² dan dan buktinya telah ada didepan mata kita bahwa penentu rezeki itu adalah ALLAH SWT dan kita perlu tawakal.


SUATU HARI NANTI MUNGKIN RAKYAT AKAN BERDOA SUPAYA WAKIL RAKYAT MEREKA MATI?


Dalam perjalanan ke Kukup tadi, saya melalui Jalan Parit Jerman. Beberapa orang pekerja sedang menggunakan jentolak mengorek jalan.

Saya difahamkan bahawa kontraktor tersebut baru sahaja memulakan kerja membaiki dan menaiktaraf  jalan pada 2 hari yang lalu dan kerja penurapan jalan dijangka siap pada minggu depan.

Tahniah kepada Kerajaan PH, tiba-tiba cukup rajin dan mempunyai keberkesanan yang "luar biasa" untuk menyempurnakan projek dalam masa 10 hari sahaja.

Patutlah kena tunggu lama iaitu 32 hari baru dijalankan proses penamaan calon untuk PRK Tanjung Piai! Sebab projek belum siap ......?

Banyak lagi projek seumpama ini kot?

Kalau bukan kerana PRK, mana mungkin prestasi  “luar biasa” seperti ini?

Dipetik daripada: Fb Wee Ka Siong

Sampai bila kita nak diperbodohkan oleh orang² politik?

Mereka sanggup buat apa sahaja demi undi tapi selepas menang rakyat dibiarkan menderita dan merayu bagai pengemis...

Setelah berlaku kematian wakil rakyat tiba² rakyat disayangi semula, apa sahaja yang dipinta pasti akan dapat...

Projek terbengkalai tiba² boleh siap... Jangan marah kalau selepas ini rakyat pakat berdoa supaya wakil rakyat mereka mati cepat...

Mohon terasa...




Wednesday, October 16, 2019

PADU BETUL SOALAN KAU NI MANIMARAN.



Aku tak berani nak komen apa² sebab hanya orang yang layak sahaja yang boleh jawab soalan Manimaran ni.

Individu yang aku rasa paling layak menjawab soalan ini ialah para Mufti.

Menariknya aku nak petik kenyataan Mufti Perlis, Dr.Maza apabila diajukan soalan tentang penipuan manifesto pilihanraya:

 "Penipuan sering berlaku dalam musim pilihanraya. Antaranya, mempamerkan manifesto yang bohong yang pihak yang meletakkan itu sendiri mengetahui bahawa mereka tidak mampu melaksanakannya.

Demikian memberikan maklumat palsu mengenai calon yang disokong ataupun yang ditentang. 

Dengan maklumat yang palsu itu maka pengundi akan tertipu dan membuat keputusan yang salah.

Adalah haram untuk pihak yang bertanding pada pilihan raya menipu pengundi melalui janji-janji yang dibuat dan kemudiannya gagal melunaskan apa yang dijanjikan"- Dr.Maza (selanjutnya)

Tapi untuk menjawab tentang aspek gaji pula diharap Manimaran dapat bertanya sendiri kepada para Mufti atau Ilmuwan Islam yang berkelayakan.

Tuesday, October 15, 2019

ADA PAKAR KATA KERJA HANTAR MAKANAN TIDAK BERMARUAH, PENGGUNA APLIKASI 'BUNGKUSIT' INI SEKOLAHKAN PAKAR.

Semalam saya install apps #bungkusit dan mencubanya buat kali pertama. Sekadar untuk support syarikat startup dalam menjalankan perniagaan mereka.

Saya sekadar meminta “roadies” untuk ke supermarket membelikan saya beberapa botol air mineral. Bukan saya tak boleh beli sendiri, tapi sekadar ingin mencuba sistem dan untuk support.

Dan memang best memakainya. Roadies terima job, beliau ke kedai. Ambil gambar beberapa jenis air mineral dengan harga setiapnya dan hantar dekat saya, saya pilih mana nak, beliau bayarkan dulu dan bawa pada saya.

Sampai di rumah beliau bagi barang dan resit serta saya bayar delivery fee RM 7.50 beserta harga air mineral berkenaan.



Punya baik brother roadies ni, siap offer bagi diskaun delivery fee. Menghargai sikap baik beliau, saya bayar lebih sikit dan saya berikan beliau juga sebungkus pek serbuk nescafe untuk beliau gunakan untuk bancuh dan minum sekiranya perlu tenaga untuk stay up.

Selain dari belikan barang, mereka juga offer service ambil barang, hantar barang dan belikan makanan.

Semalam saya tertonton klip rakaman seorang “pakar” yang mengulas di TV mengatakan bahawa pekerjaan delivery ini tidak bermaruah. Saya tidak setuju, mereka ini bermaruah kerana berusaha gigih untuk mencari pendapatan yang halal.

Apapun bagus apps ni, saya recommend! Ambil masa sedikit sebab maybe roadies belum ramai, tapi saya yakin bila dah ramai support, roadies akan lebih ramai, dan masa menunggu akan berkurangan.

#bmf #bmbf BungkusIt - Food and Parcel Delivery

Dipetik daripada: FB Azmil Abrar

Ulasan aku pula,  orang yang tidak bermaruah  ialah ahli politik.  Mereka sanggup janjikan bulan dan bintang tapi bila sudah menang batang hidung pun tidak nampak.

Dapat pula elaun yang pelbagai, pencen dijamin tetapi khidmat macam haprak.

Itulah manusia yang tiada maruah.

YANG ADA KAKI DAN TANGAN SEMPURNA TAPI TAK NAK BERKERJA, WAJIB LIHAT GAMBAR INI.

Foto - Abam Penguatkuasa

Kalau orang yang tidak sempurna macam ini pun mampu berdikari cari rezeki, apa alasan kita yang dilahirkan sempurna tetapi malas untuk berkerja.

Saya perhatikan gelagat anak² Melayu zaman sekarang yang menghabiskan masa merempit, hisap dadah, berpeleseran ditengah² malam seperti tiada arah tuju sedangkan bangsa lain sibuk menaikkan taraf hidup.

Saya melihat sendiri dikampung² boleh dikatakan setiap rumah pasti ada anak yang terjerumus dalam penagihan dadah.

Salah siapa semua ini? Adakah hanya kerajaan yang perlu dipersalahkan padahal kita semua tahu bahwa Allah SWT tidak akan ubah nasib sesuatu kaum jika kaum itu tidak mahu berubah.

Syabas kepada anak muda didalam gambar itu kerana telah  menunjukkan contoh yang sangat menakjubkan.

Monday, October 14, 2019

WAJIB BACA:TAKTIK SCAMMER SEKARANG SEMAKIN NAMPAK REAL.

Dari FB Paez Zainal

Taktik baru scammer

Hati2 guys . saya dah terkena, sekarang main surat menyurat pulak

scammer is a everywhere, taktik diorang semakin REAL , tolong viralkan takut ade yang terkena.

Kredit: Paez Zainal

Makin lama makin menjadi-jadi penipuan scammer  ni.

Taktik mereka ni semakin hari semakin advance.

Dulu kita hanya dapat panggilan telefon, sekarang siap dengan surat rasmi bagai.

Diharap pihak berkuasa dapat membendung para scammer yang yang mengambil jalan mudah dan dan salah untuk menjadi kaya.

Kalau nak jadi kaya raya dengan jalan mudah bukannya susah sangat, terjunlah dalam bidang politik, ramai dah jadi jutawan.


Sunday, October 13, 2019

KISAH PENDATANG ASING BANGLA JADI 'GODFATHER' KEBAL DARIPADA UNDANG- UNDANG?

Foto hiasan- bharian

Salah satu 'Godfather' Bangla Di Bukit Beruntung , Rawang,dikenali sebagai Ariff. Semasa Operasi Imigresen pada 9.10.2019, pekerja-pekerjanya ditangkap oleh pihak penguatkuasa Imigresen.

Selepas mendapat info, Ariff bergegas ke sana, walaupun dia sendiri menyalahgunakan  Pas bekerja untuk menjalankan perniagaan. Begitu berani dan yakin akan kedudukannya, Bangla ini. Ariff ditahan bersama lagi satu Godfather Bangla bernama Moonir, yang dikehendaki Kerana menceroboh tanah rezab Kerajaan.

Arif mengaku yang dia adalah majikan bagi bangla² yang ditahan, dan dia sendiri ditahan oleh JIM.
Bangla Arif Ini mempunyai kes pukul dan mencederakan seorang Kontraktor tempatan, namun masih bebas keluar masuk negara selama 20 tahun.

Tiada lesen memandu tetapi tidak menjadi hal, ada kawan di bahagian trafik. Tetapi keyakinan bangla² Ini tidak meleset, sebaik  dibawa Ke IPD Kuala Kubu, mereka telah dilepaskan.

Bagaimana mereka boleh terlepas? Siapa yang menjadi dalang dalam membebaskan mereka?

Apakah gunanya rakyat memberi aduan jika mereka bebas keluar dan bermegah dengan kenalan² VIP mereka.

Rakyat sendiri tidak akan terlepas tetapi barua dari negara asing ini boleh bermaharajalela disini.

Salah siapakah Ini ??? 

Dipetik daripada: FB Aduan Rakyat