Thursday, October 24, 2019

AHLI PARLIMEN PONTENG: GAMBAR INI MENCERITAKAN SEGALA-GALANYA.

Foto- Parlimen Malaysia

Antara yang jarang sangat berlaku di Parlimen sebelum ini ialah bila PM dan TPM hadir tapi  Menteri dan Ahli Parlimen Kerajaan ramai yang ponteng.

Tidakkah Ahli Parlimen yang ponteng itu berasa bersalah terhadap rakyat yang mengundi?

Umum mengetahui masalah kehadiran MP dalam Parlimen sehingga sidang pernah ditangguhkan oleh Speaker kerana kekurangan korum.

Amaran telah pun dibuat oleh PM namun daripada apa yang kita dapat lihat kehadiran MP untuk memenuhkan kerusi sangat menyedihkan.

Aku nak cadangkan supaya elaun MP dibayar mengikut kehadiran mereka.

Dan aku juga cadangkan Parlimen mendedahkan report kehadiran semua MP agar rakyat tahu prestasi kehadiran MP mereka.

Setahu aku Parlimen bukanlah bersidang setiap hari tetapi apabila perdebatan atau sesuatu usul dibentang aku harap MP dapat memberi komitmen mereka selepas ini dan fikirkanlah pengorbanan rakyat yang mengundi mereka.


2 comments:

Anonymous said...

Jgn buat2 lupa. Cif lobai, idola kamu, pun kaki ponteng juga kah kah kah

na'im nikmat said...

Tak kisahlah kerajaan atau pembangkang... Semua jgn makan elaun & gaji buta