Sunday, July 30, 2017

SEJARAH PENCIPTAAN JAM TANGAN G-SHOCK.

Sejarahnya bermula apabila Kikuo Ibe (gambar) terlalu kecewa dengan insiden jam tangan yang telah dihadiah oleh bapanya rosak akibat terjatuh, beliau kemudiannya nekad mencipta sebuah jam tangan tahan lasak. Siapa sangka jam tangan yang dihasilkan Kikuo Ibe telah menjadi sebuah jam tangan 'legend' yang sehingga kini menjadi kegilaan remaja mahupun orang dewasa.

Proses penyelidikan dan penghasilan G-Shock bermula pada tahun 1981semasa Ibe berkerja sebagai seorang jurutera di syarikat yang menghasilkan jam tangan terkenal iaitu Casio. Projek khas itu diberi nama "Project Tough".

 

Pada awalnya Kikuo bercadang menggunakan binaan dalaman yang lebih tahan lasak daripada biasa didalam jam bagi memberikan ketahanan yang diperlukan. Tetapi dalam ujian awal dimana prototaip jam dijatuhkan pada ketinggian 10 meter jelas jalan penyelesaian ini tidak menhasilkan ketahanan yang memuaskan.

Penyelesaian terhadap masalah bagaimana menghasilkan jam tangan yang tahan lasak akhirnya dijumpai secara tidak sengaja. Beliau mendapat ilham apabila melihat bagaiman bebola getah mengajal selepas terjatuh. Prototaip dihasilkan dan ianya mampu memenuhi keperluan TRIPLE TEN yang dikehendakki Kikuo Ibe dan pasukan Project Tough. Apakah itu Triple Ten?

1. Tahan jatuh dari 10 meter
2. Tahan tekanan air sehingga 10 bar
3. Bateri yang tahan sehingga 10 tahun

 

Hasil kerja keras beliau akhirnya terhasilah model pertama G-Shock iaitu DW-5000 (gambar),jam tangan ini mula dijual pada tahun 1983. Semenjak itu lebih 50 Juta utas jam tangan berjenama G-Shock telah terjual.

Jualan G-Shock benar-benar melonjak pada dekad 90-an apabila remaja memerlukan jam yang sesuai dengan kegilaan mereka dalam aktiviti sukan lasak. Menurut Kikuo Ibe, pihak Casio langsung tidak menyangka G-Shock boleh menjadi popular kerana ianya sebenarnya dijual dan dihasilkan untuk sektor pembinaan bukan untuk pasaran remaja. Bagi memenuhi keperluan peminat G-Shcok dari golongan wanita pula Casio mengeluarkan Baby-G pada tahun 1991

G-Shock menjadi semakin 'lagendary' pada tahun 1993. Pada tahun ini berlaku Battle of Mogadishu di Somalia. Insiden ini juga dikenali sebagai insiden Black Hawk Down. Pasukan elit Delta Force menggunakan G-Shock sebagai jam pilihan ketika melakukan operasi dan pada hari berdarah ini G-Shock yang dipakai askar-askar elit ini mampu berfungsi walaupun in battle condition. Sejak dari hari itu anggota tentera dari cabang bukan elit pun mula menggunakan G-Shock kerana ianya satu-satunya jam yang boleh dikatakan battle proven. 

Bagi kami jam G-Shock yang paling ikonik rekaannya ialah DW-9052. Kami sendiri pernah melakukan droptest dari bangunan 3 tingkat dan jam ini tidak mengalami sebarang kerosakan.


N'N: Sehebat-hebat manusia yang menghasilkan g-shock, Maha Hebat lagi Allah S.W.T yang menciptakan manusia..
P/S: Aku pun salah seorang pengguna g-shock :-)