Monday, October 23, 2017

IINI BUKAN FILEM TAMIL, INI KISAH BENAR YANG BERLAKU DI MALAYSIA (WAJIB BACA DAN SEBARKAN)


Sekarang heboh cerita tentang 9 DRAGON yng didedahkan PPIM...

Korang tau tak kisah Akuan Bersumpah ASP Mior Fahim? (GAMBAR)




AKUAN BERKANUN

Saya, MIOR FAHIM BIN AHMAD (K/P Polis No: G/13237) yang beralamat di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), Jabatan Siasatan Jenayah, Johor dengan ini sesungguhnya dan seikhlasnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-

1. Saya bekerja sebagai seorang pegawai polis berpangkat Assisten Superintendan (ASP) di Cawangan D7 di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), JSJ, Johor.
Saya membuat Akuan ini demi menjaga keselamatan peribadi dan integriti saya sebagai seorang pegawai polis berhubung tugasan dan siasatan yang saya lakukan dan arahan yang saya terima.

2. Pada 21.08.2006, saya telah terima arahan kenaikan pangkat dari C/Insp ke ASP melalui E-Siar.
Kenaikan pangkat saya berkuatkuasa mulai 01.07.2005.

3. Pada September 2006, saya telah berjumpa dengan KBPD IPD Kota Kinabalu – DSP. CHEW THAM SOON dan meminta bantuan beliau untuk menguruskan penempatan saya jawatan SIO Kota Kinabalu seandainya beliau mempunyai kenalan di bahagian perjawatan Bukit Aman, disamping itu saya juga telah memohon bantuan beberapa pegawai kanan lain yang saya kenali.

4. Saya telah berjumpa dengan DSP. CHEW THAN SOON dan saya bertanyakan penempatan saya.
Kemudian saya dimaklumkan beliau telah mencadangkan saya ke jawatan D7, IPK Johor.
Saya tidak bersetuju dan meminta beliau untuk mengekalkan saya di IPD Kota Kinabalu.
DSP CHEW THAM SOON meyakinkan saya untuk pertukaran ke D7 Johor.

5. Pada November 2006, saya mula dikenalkan kepada BK TAN.
Saya bersama DSP. WAN HASSAN (Tim. Komandan PULAPOL Kota Kinabalu) di bawa oleh DSP. CHEW THAM SOON ke sebuah pejabat yang terletak di bangunan AM-CORP, Petaling Jaya, Selangor.
Kami telah berjumpa dengan seorang lelaki Cina yang dikenali sebagai BK TAN.
Dalam perjumpaan terebut DSP. CHEW THAM SOON telah mengenalkan saya kepada BK TAN.
Kemudian saya telah ditemu bual oleh BK TAN berhubung pengalaman kerja.

6. Semasa perjumpaan tersebut, telah datang seorang lelaki Cina gemuk yang mengenalkan dirinya sebagai AH HON.
Dalam temubual tersebut, BK TAN memberitahu bahawa apabila saya bekerja di bahagian D7, IPK Johor, hendaklah bekerja dengan baik.
BK TAN juga beritahu saya AH HON merupakan orang yang menjaga ZON SELATAN dan memberitahu sekiranya ada apa-apa hal AH HON akan berhubung dengan saya.
Kemudian telah masuk seorang lelaki Melayu di pejabat sebelah, lalu BK TAN telah pergi menyambut lelaki tersebut.

7. DSP CHEW memberitahu saya bahawa lelaki melayu itu adalah salah seorang Ahli Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) iaitu DATO’ OTHMAN TALIB, yang mempunyai hubungan baik dengan BK TAN, dengan tujuan memudahkan urusan untuk kenaikan pangkat di masa hadapan.

8. Dalam waktu yang sama, masuk seorang lelaki Cina pendek ke Pejabat tersebut.
AH HON telah mengenalkan bahawa lelaki Cina tersebut adalah PT-D7 JOHOR (DSP. NG FOOK LONG).
DSP CHEW juga memberitahu saya bahawa BK TAN mempunyai perhubungan yang amat baik dengan TAN SRI KPN dan akan mendengar setiap cadangan dan nasihat BK TAN.
DSP CHEW juga menunjukkan seorang lelaki melayu yang sedang bekerja di pejabat bersebelahan dan memberitahu bahawa orang itu adalah anak lelaki TAN SRI KPN.
Sewaktu saya di pejabat BK TAN, saya juga lihat AH HON telah membawa keluar satu arahan pertukaran yang baru keluar dan arahan pertukaran tersebut dibincangkan oleh mereka bersama.

9. Pada Disember 2006, saya telah menyemak E-Siar dan mendapati nama saya terdapat dalam arahan pertukaran tersebut untuk melapor diri sebagai ASP D7, IPK Johor.
Pada hari yang sama juga AH HON telah menghubungi saya melalui talipon dan bertanyakan kepada saya bila hendak melaporkan diri dan meminta saya untuk melaporkan diri dengan cepat.

10. Lebih kurang 2-3 hari selepas arahan pertukaran keluar, saya telah menalipon beberapa pegawai kanan yang saya kenali ACP ROSLI MD ISA, DCP DATO’ MOKTHAR BIN HASSAN, ACP AZIZAN ABU TAAT yang pernah bertugas di Johor.
Mereka menasihatkan saya supaya berhati-hati dengan sindiket ekor haram dan pelacuran di Negeri Johor.

11. Pada 16.01.2007, saya telah melaporkan diri di IPK Johor.
Apabila saya melaporkan diri, AH HON telah menghubungi saya dan memaklumkan rumah telah disediakan.
Saya kemudian telah terus pergi ke rumah tersebut di Bistari Impian, Larkin dan berjumpa dengan tuan rumah.
Tuan rumah tersebut adalah seorang perempuan Cina.
Saya bertanyakan tentang harga sewa sebulan dan beliau mengatakan harga biasa adalah RM1,200/- sebulan tetapi beliau menawarkan untuk saya hanya dengan RM900/- sebulan dan pada masa yang sama juga saya meminta beliau untuk menyediakan surat perjanjian sewa rumah.
Beliau mengatakan “Tuan duduk dululah nanti baru kita kira”.

12. Semasa saya melaporkan diri kepada PT-D7 DSP. NG FOOK LONG, beliau telah meyampaikan beberapa arahan penugasan dan memberi arahan semua serbuan boleh dibuat ke atas aktiviti haram kecuali judi empat nombor ekor haram dan hendaklah memaklumkan kepada beliau terlebih dahulu.

13. Pada 28.02.2007, saya telah terima sms dari AH HON dari talian no. 017-2551255 yang berbunyi “Tolong Ambil Tindakan Serta Merta 4A(a) atas Tiga Tempat berikut No. S38, S25A dan S37 Jalan Bukit Batu 11, Kulai Johor.
Tugasan dari atas tengah perhatikan. Jangan balik kosong”.
Saya kemudian telah memaklumkan kepada PT-D7 DSP. NG FOOK LONG dan beliau pun mengatakan ada menerima sms yang sama.
Saya memberitahu DSP NG FOOK LONG, “Kita pegawai polis dan tidak boleh ikut arahan AH HON” yang saya dapati ahli sindiket haram.
DSP NG FOOK LONG hanya mendiamkan diri.

14. Pada awal Mac 2007, saya telah keluar dari rumah yang disediakan oleh AH HON dan mencari rumah sewa sendiri di Bandar Baru Uda.
Saya telah menguruskan sendiri penyewaan dan perpindahan ke rumah tersebut.

15. Saya juga telah terima sms dari AH HON, dimana AH HON meminta maaf di atas arahan beliau untuk buat serbuan.
Selepas dari itu, tiada perhubungan lagi dengan AH HON.

16. Sekita waktu sama pada awal Mac 2007, saya telah terima maklumat dari anggota D7 iaitu SM/D.94894 Manimaran, Sjn/D.104700 Raja Kumar, Sjn/D.88548 Tow Pong Yew, L/Kpl/D.115161 Asmawi Bin Utar dan Sjn. 89379 Yassim Bin Malek – dari IPD Kluang, Johor bahawa sindiket TENGKU (GOH CHENG POH) dibawah seliaan AH HON telah aktif menjalankan kegiatan judi empat nombor ekor haram dengan memonopoli seluruh Negeri Johor, dimana TENGKU mempergunakan Pegawai dan Anggota D7 untuk membuka kes fail ke atas mana-mana ajen/penganjur yang tidak tunduk kepada sindiket tersebut.
Mana-mana pegawai dan anggota tidak mengikut telunjuk sindiket ini akan ditukarkan ke PGA.

17. Ada diantara anggota D7 yang tidak dapat menerima perkara ini telah memohon untuk bertukar keluar dari D7, IPK Johor tetapi tidak disokong oleh PT-D7 terdahulu iaitu DSP. MOHD HEDZIR BIN HUSSIN dan SI/D.59920 NG SWEE MIN.
Atas sebab tersebut, saya telah mengeluarkan arahan kepada Pegawai D7 dan anggota D7 supaya mendapatkan maklumat ke atas kegiatan sindiket TENGKU untuk penyediaan kes fail.

18. Pada 28.03.2007, sepasukan Pegawai dari D7 Bukit Aman, Kuala Lumpur yang di ketuai DSP. ZAWAWI telah membuat serbuan/tangkapan ke atas dua (2) pusat pengiraan judi empat nombor ekor loteri awam haram iaiatu di Taman Sri Putri, Kulai Johor dan Taman Sentosa, Johor Bahru.
Dalam tangkapan tersebut sejumlah 32 buah mesin faks dan tujuhbelas (17) orang telah ditangkap bersama lebih kurang 3,000 helai “ekod of stake”, Rujuk: Kulai Report: 2588/2007 dan Johor Bahru Selatan Report: 7295/2007.

19. Hasil dari risikan yang diperolehi dari tangkapan-tangkapan di atas, saya telah membuka kes fail dibawah Ordinan Darurat (KA & MJ) 5/69 ke atas tiga (3) orang subjek yang terlibat langsung dengan TENGKU.
Manakala kes fail terhadap TENGKU tidak dapat dibuka kerana kekurangan “statement”.
Tiga (3) orang subjek yang diambil tindakan kes fail adalah bernama:-

(a) SOH KING SIANG;
(b) LIM CHIN CHAI; dan
(c) LEE YOKE HAN.

20. Ketiga-tiga kes fail ke atas subjek terserbut diatas telah diedarkan ke D7, Bukit Aman, untuk kelulusan tangkapan di bawah Sek. 3(1) Ord. Darurat (KA & MJ) 5/69.
Namun, sehingga kini ia masih belum diluluskan.

21. Kemudian dari itu, saya dapati tigabelas (13) orang dari tujuhbelas (17) tangkapan di atas telah membuat laporan Polis dengan mendakwa saya dan anggota-anggota yang terlibat dalam soalsiasat dan merakam percakapan risikan telah memukul mereka semasa dalam tahanan dan rakaman percakapan risikan, dimana kebanyakkan tangkapan adalah wanita tua.

22. Akibat daripada laporan yang di buat oleh tangkapan-tangkapan di atas, satu pasukan TATATERTIB diketuai oleh DSP. Navamaney telah merakamkan percakapan saya dan anggota terlibat.
Siasatan Tatatertib menjurus kepada membantu kepada pihak sindiket, sedangkan saya dan anggota tidak menggunakan sebarang kekerasan terlebih lagi terhadap wanita tua.
Selang dua hari kemudian, saya dapati DSP. Navamaney telah dinaikkan pangkat P/SUPT.

23. Pada 30.03.2007, saya dan anggota D7 telah menangkap tiga (3) orang subjek di bawah Sek. 3(1) Ordinan Darurat (KA & MJ) 5/69 yang merupakan ahli sindiket TENGKU.
Butiran diri mereka adalah seperti berikut:-

(a) CHAI NGEW;
(b) CHIN YEW FAH; dan
(c) TAN LEE POEY

24. Subjek (i) dan (ii) telah ditahan di lokap Balai Polis Larkin, dimana ketiga-tiga mereka ditahan untuk tempoh 60 hari sementara arahan KKDN.
Selepas sembilan (9) hari kemudian, ketiga-tiga subjek di atas dibebaskan tanpa pengetahuan saya, sedangkan saya merupakan IO kes fail.
Mereka telah dibebaskan oleh P/DSP. NG FOOK LONG di atas arahan DATO KHALID BIN ABU BAKAR – Tim. Pengarah JSJ 1 – (Operasi/Risikan).
Setelah meneliti ketiga-tiga kes fail tersebut, saya dapati mereka dibebaskan dengan alasan, telah insaf, tiada kekerasan dan menjalankan aktiviti secara individu, sedangkan arahan PJSJ No. 2/2005 masih dikuatkuasakan.

25. Pada 29.05.2007, saya telah meneliti E-Siar dan mendapati lima orang pegawai D7, IPK Johor telah ditukarkan keluar dari Bahagian D7, IPK Johor dan salah seorang pegawai saya bernama C/INSP. SUNDAR RAJAN A/L ELLUMALAI (I/12413) telah ditukarkan-ke PGA SIBU.
Saya dapati pengawai ini ditukarkan kerana beliau telah terlibat dalam merakamkan percakapan risikan ke atas seorang tangkapan bersabit J.BAHRU REPORT: 7295/2007 yang mendedahkan secara positif penglibatan TENGKU dalam penganjuran aktiviti perjudian empat nombor ekor loteri awam haram.
Selain itu, pegawai ini juga aktif dalam menangkap ajen-ajen menulis judi empat nombor ekor loteri awam di bawah sindiket TENGKU.

26. Adalah saya mengatakan bahawa sebagai seorang pegawai polis, saya merasa amat tertekan bahawa tindakan saya dalam menjalankan risikan terhadap kegiatan jenayah judi haram yang membabitkan sindiket dibawah naungan TENGKU dan BK TAN boleh menyebabkan saya dikenakan siasatan oleh Bahagian Tatatertib.
Saya menganggap ini satu penganiayaan terhadap diri, kerjaya, keluarga dan nama baik saya.

Dan saya membuat pengakuan ini dengan sesungguhnya mempercayai bahawa yang sama adalah benar dan mengikut peruntukan Akta Akuan Berkanun, 1960.

DITANDATANGANI DAN DIIKRAR )
SESUNGGUHNYA oleh MIOR FAHIM BIN )
AHMAD (G/13237) tersebut di atas di Kuala Lumpur )
pada haribulan 2007 )

Di hadapan saya,
Pesuruhjaya Sumpah

(The original copy of the above was signed and personally delivered to Tun Dr Mahathir Mohamad by Raja Petra Bin Raja Kamarudin).

Nota : ASP Mior Fahim Bin Ahmad , yang membuat laporan diatas telah meninggal dunia akibat lemas, moga rohnya tenang disana walaupun semasa hidupnya , beliau dianiaya oleh pihak berkuasa yang menyalah gunakan kuasa , korup dan menyeleweng , amin .

Sunday, October 15, 2017

HIMPUNAN TOLAK KLEPTOKRASI GAGAL MENDAPAT SAMBUTAN RAKYAT, DIMANA SALAHNYA? (GAMBAR & ULASAN)


Berikut adalah analisa seorang netizen:


HIMPUNAN KAKI KLEPET TOLAK KLEPTOKRASI (KKTK) GAGAL - APAKAH PUNCANYA?

Ketika sy menulis artikel ini, himpunan KKTK yg dianjurkan Pakatan Harapan di Padang Timur PJ pastinya sudah tiba ke penghujung. berdasarkan laporan rasmi oleh portal2 berita pro PH dan juga gambar2 daripada orang perseorangan, kehadiran hanyalah 5,000 orang daripada sasaran 100k yg ditetapkan penganjur, atau 5% sahaja yg hadir.

sepatutnya himpunan KKTK ini mudah mencapai sasaran. ini atas beberapa faktor antaranya

- kedudukan lokasi himpunan yg amat strategik dan mudah dari segi pengangkutan awam dan logistik

- lokasi himpunan diapit oleh 3 parlimen yg dipegang PH iaitu Shah Alam, PJ dan Lembah Pantai

- PH sering mendabik dada sokongan terhadap mereka di Lembah Kelang adalah amat baik dan banyak, terutamanya oleh anak muda

- PH sendiri merupakan gabungan 4 parti iaitu Dap, Pkr, PPBM dan Pan. seharusnya 4 parti ini jika digabungkan akan jadi seperti Voltron, 5 singa kecil bergabung membentuk satu robot perkasa. benar?

namun hakikatnya kehadiran seperti yg sy sebutkan di atas amatlah menyedihkan. cuaca pula amat baik pada hari ini. tiada hujan tiada ribut dan tidak panas sgt. namun kehadiran masih amat mengecewakan. lebih mengecewakan, kehadiran anak muda amatlah teruk sehingga menyebabkan Ketua Pan Batu iaitu Cikgu Ishak Surin mengeluarkan kenyataan "berdosa jika tidak bersama kami".

wah. Pan pun dah pandai main dosa pahala?

mengapakah sambutan amat menyedihkan sedangkan sepatutnya himpunan ini lebih berjaya berbanding mana2 himpunan yg dianjurkan Pas?

bagi sy, ada beberapa faktor utama -

1) anak muda muak dgn politik PH. mereka mencanangkan tolak kleptokrat, namun mereka sendiri terpalit dgn pelbagai skandal. lepas satu, satu.

2) ramai yg menzahirkan protes atas keberadaan Tun Mahathir dalam line up PH. bagi mereka, selama ini perjuangan mereka ialah menentang kebobrokan Tun dan ini seringkali disemarakkan oleh pimpinan2 PH dahulu. namun kini, pimpinan2 itulah yg tidak segan silu menjilat habis2an kaki Tun.

3) anak muda dan khalayak tidak lagi mahu berpolitik semata2. mereka mahu mencari "cause of life" - matlamat hidup dan perjuangan - dan tiada matlamat lain yg lebih bagus melainkan Islam.

4) tiada sokongan drpd non partisan terhadap PH. seperti yg kita tahu, beberapa pihak berhaluan kiri tidak menyokong PH seperti SAMM, PSM dan pelbagai lagi. ketiadaan mereka sebenarnya memberikan impak walaupun sekecil atau sebesar mana pun.

5) ketiadaan Pas selaku pulling power. kita tidak dapat nafikan kehebatan tarbiyyah Pas ke atas ahli2nya utk menzahirkan kebersamaan dalam perjuangan - sesuatu yg gagal ditarbiyyah oleh parti2 lain termasuklah Pan.

adapun, pastinya pimpinan PH akan buat post morterm terhadap kegagalan ini. buat ahli Pas, teruskan perjuangan kita. insya Allah akhirat matlamat kita, dan dunia perjuangan kita.

Fais Al-Hajari
2335hrs, 14 Oktober 2017


Monday, October 9, 2017

MOHON KETUA POLIS JELASKAN PERSOALAN INI...


Kita pun pelik macam mana ada pusat judi dan pusat perlacuran yang masih boleh beroperasi walaupun sudah berkali-kali diserbu pihak polis... 

Sunday, July 30, 2017

SEJARAH PENCIPTAAN JAM TANGAN G-SHOCK.

Sejarahnya bermula apabila Kikuo Ibe (gambar) terlalu kecewa dengan insiden jam tangan yang telah dihadiah oleh bapanya rosak akibat terjatuh, beliau kemudiannya nekad mencipta sebuah jam tangan tahan lasak. Siapa sangka jam tangan yang dihasilkan Kikuo Ibe telah menjadi sebuah jam tangan 'legend' yang sehingga kini menjadi kegilaan remaja mahupun orang dewasa.

Proses penyelidikan dan penghasilan G-Shock bermula pada tahun 1981semasa Ibe berkerja sebagai seorang jurutera di syarikat yang menghasilkan jam tangan terkenal iaitu Casio. Projek khas itu diberi nama "Project Tough".

 

Pada awalnya Kikuo bercadang menggunakan binaan dalaman yang lebih tahan lasak daripada biasa didalam jam bagi memberikan ketahanan yang diperlukan. Tetapi dalam ujian awal dimana prototaip jam dijatuhkan pada ketinggian 10 meter jelas jalan penyelesaian ini tidak menhasilkan ketahanan yang memuaskan.

Penyelesaian terhadap masalah bagaimana menghasilkan jam tangan yang tahan lasak akhirnya dijumpai secara tidak sengaja. Beliau mendapat ilham apabila melihat bagaiman bebola getah mengajal selepas terjatuh. Prototaip dihasilkan dan ianya mampu memenuhi keperluan TRIPLE TEN yang dikehendakki Kikuo Ibe dan pasukan Project Tough. Apakah itu Triple Ten?

1. Tahan jatuh dari 10 meter
2. Tahan tekanan air sehingga 10 bar
3. Bateri yang tahan sehingga 10 tahun

 

Hasil kerja keras beliau akhirnya terhasilah model pertama G-Shock iaitu DW-5000 (gambar),jam tangan ini mula dijual pada tahun 1983. Semenjak itu lebih 50 Juta utas jam tangan berjenama G-Shock telah terjual.

Jualan G-Shock benar-benar melonjak pada dekad 90-an apabila remaja memerlukan jam yang sesuai dengan kegilaan mereka dalam aktiviti sukan lasak. Menurut Kikuo Ibe, pihak Casio langsung tidak menyangka G-Shock boleh menjadi popular kerana ianya sebenarnya dijual dan dihasilkan untuk sektor pembinaan bukan untuk pasaran remaja. Bagi memenuhi keperluan peminat G-Shcok dari golongan wanita pula Casio mengeluarkan Baby-G pada tahun 1991

G-Shock menjadi semakin 'lagendary' pada tahun 1993. Pada tahun ini berlaku Battle of Mogadishu di Somalia. Insiden ini juga dikenali sebagai insiden Black Hawk Down. Pasukan elit Delta Force menggunakan G-Shock sebagai jam pilihan ketika melakukan operasi dan pada hari berdarah ini G-Shock yang dipakai askar-askar elit ini mampu berfungsi walaupun in battle condition. Sejak dari hari itu anggota tentera dari cabang bukan elit pun mula menggunakan G-Shock kerana ianya satu-satunya jam yang boleh dikatakan battle proven. 

Bagi kami jam G-Shock yang paling ikonik rekaannya ialah DW-9052. Kami sendiri pernah melakukan droptest dari bangunan 3 tingkat dan jam ini tidak mengalami sebarang kerosakan.


N'N: Sehebat-hebat manusia yang menghasilkan g-shock, Maha Hebat lagi Allah S.W.T yang menciptakan manusia..
P/S: Aku pun salah seorang pengguna g-shock :-)

Sunday, March 26, 2017

MALAYSIA ADALAH NEGARA ISLAM TAPI KENAPA BANYAK RUMAH URUT DAN PUSAT PELACURAN? INI JAWAPANNYA...


Kalau yang diatas pun tidak amanah bagaimana  pula yang dibawah hendak amanah, bapak borek anak rintik... Tergadainya tanah orang melayu bukan kerana bangsa lain, rosaknya akhlak anak melayu bukan kerana bangsa lain tetapi kerana melayu mencari kerosakan dengan meninggalkan Islam, jual jiwa kepada syaitan... 



Monday, March 20, 2017

INILAH RUPA BAPA PENYAYANG PALING TERKENAL DI ALAM MAYA SEKARANG...





Inilah kasih sayang seorang insan bergelar ayah. Sebenarnya sebuah kerajaan yng mentadbir negara juga boleh diibaratkan seperti seorang ayah, apabila rakyatnya susah seorang pemimpin sanggup mengetepikan kepentingan peribadi demi kepentingan rakyat jelata.

Seperti yng dilakukan Saidina Umar Al-Khattab yng tidak menjamah makan makanan mewah selagi ada rakyat dibawah pentadbirannya kelaparan.

Berbeza dgn kepimpinan sekarang yng membebankan rakyat dgn kos sara hidup yng tinggi dan gst tp pada masa yng sama dia bermegah dgn percutian menaiki jet peribadi yng ditanggung rakyat... Siapa pemimpin itu?

Tuesday, March 14, 2017

Monday, February 27, 2017

YANG MENJAHANAMKAN MELAYU IALAH ORANG MELAYU SENDIRI...




Johor Bahru: Enam suspek lelaki yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu rasuah dan penyelewengan membabitkan tanah di negeri ini dipercayai terbabit dalam penukaran status rumah berstatuskan Bumiputera kepada bukan Bumiputera.

Menurut sumber SPRM, aktiviti penukaran status itu dipercayai dibuat sejak 2013 membabitkan beberapa pemaju di Johor secara langsung menyebabkan mereka yang layak mendapatkan rumah Bumiputera tidak mampu untuk membeli rumah.

"Apabila rumah berstatuskan Bumiputera ditukar kepada bukan Bumiputera harga sesebuah rumah akan meningkat sebanyak beberapa kali ganda daripada harga asal.

“Ini sekali gus apabila penukaran status itu dilakukan ia menguntungkan pemaju dan mereka yang terbabit dalam aktiviti itu, tetapi yang terseksa adalah masyarakat yang ingin memiliki rumah sendiri,” katanya di sini, hari ini.

Sumber berkata, modus operandi pemaju menukar status itu adalah dengan menyorokkan hampir 30 peratus kuota yang disediakan untuk pembeli Bumiputera daripada senarai dengan mendaftarkan nama pekerja mereka yang mempunyai status Bumiputera.

Difahamkan, pemaju akan membuat permohonan kepada kerajaan negeri untuk menukar status rumah itu dengan alasan ia tidak berjaya dijual, sedangkan apabila ditanya pembeli, pemaju memberi alasan rumah berstatuskan Bumiputera sudah habis dijual.

Katanya, menerusi maklumat yang dikumpul setakat ini, pemaju akan dikenakan denda pada kadar tertentu yang sepatutnya dimasukkan ke dalam satu tabung khusus yang diwujudkan untuk digunakan bagi tujuan membiayai kemudahan di kawasan perumahan.

Bagaimanapun, hanya sebahagian dari keseluruhan jumlah itu dimasukkan ke dalam tabung berkenaan, manakala bakinya disyaki diseleweng.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato Azam Baki mengesahkan pihaknya sedang menyiasat kewujudan penipuan dalam penukaran status Bumiputera kepada bukan Bumiputera itu.

Beliau berkata, SPRM masih dalam proses menyiasat pejabat suspek untuk mendapatkan dokumen yang boleh membantu mengumpul lebih banyak maklumat berhubung penipuan terbabit.

“Saya tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi akan ditangkap berhubung siasatan kes ini,” katanya. Sumber: h.metro