Saturday, February 27, 2016

TAK PATUT BETUL AUNTIE CINA NI BUAT MACAM NI (GAMBAR)


Inilah Malaysia tak kisah apa warna kulit kami adalah bangsa Malaysia...Bangga jadi anak Malaysia... Buanglah perkauman sempit...

Tuesday, February 23, 2016

INILAH TAJUK MUKA DEPAN SURAT KHABAR BH YANG DIKECAM PENGGUNA INTERNET...


Sarawak banjir pun tak dapat jadi tajuk muka depan akhbar, jerawat batu jugak yang dikisahkan mereka kah3...Korang bayangkanlah sahabat aku kat Sarawak tu boleh kata yang media2 kat Malaysia ni mcm dah  melupakan mereka...

Thursday, February 18, 2016

BILA ORANG BIJAK KOMEN BAB HUDUD DAN PAS.


Semua facebooker tegar pasti kenal dengan Raja Mohd Shahrim ni beliau seorang pejuang rakyat yang tulen... 

DAH KENAPA DENGAN JKR NI (2 GAMBAR)



Dah elok2 letak hadis sahih tentang orang munafiq tiba2 tiada angin tiada ribut pi padam... Memang ada yang terasa ker?

Wednesday, February 17, 2016

ISTERI PEMIMPIN KENA RABA DENGAN WARGA ASING?



Korang pernah dengar pasal kes tu? Kes macam tu hanya akan menimpa rakyat biasa khususnya wanita tempatan yang berkerja bersama warga asing yang mencecah jutaan bilangannya...

Hakikatnya selain bekerja didalam sektor pembinaan,perladangan dll segelintri daripada warga asing juga buat kerja separuh masa sebagai kaki raba,kaki cabul dan perogol, selagi tiada anak perempuan/isteri vvip,menteri atau pemimpin umno yang kena cabul dengan warga asing ni selagi itulah mereka bebas buat onar kepada masyarakat tempatan khasnya wanita tanpa rasa takut... Siapa yang kerja kilang atau pernah berkerja dengan warga asing ni tahu betapa gersangnya warga asing ini melihat wanita tempatan...

Dengan kemasukan jutaan lagi warga asing ni sila tanya diri sendiri mampukah kerajaan kawal gejala sosial yang akan berlaku melibatkan warga asing?

Pendatang sedia ada dah 5.8 juta (2.1 juta dengan izin + 3.7 juta tanpa izin - itu yg direkodkan, yg belum rekod kita tak tahu berapa). Ni nak tambah lagi 1.5 juta. Jadi 7.3 juta dah.

Jumlah 7.3 juta ni dah kurang lebih separuh dari tenaga kerja warga tempatan iaitu kira-kira 14-15 juta.
14 juta + 7 juta = 21 juta. Saya bukan nak kritik, tapi pernah tak ada kajian rasmi yg nyatakan bahawa Malaysia benar2 memerlukan tenaga kerja seramai itu?

Sepatutnya kita dah berusaha meningkatkan penggunaan teknologi dlm bidang perladangan, pembinaan dll utk kurangkan tenaga kerja yang kebanyakan dari mereka ialah warga asing.

Dalam masa yang sama negara harus bergerak ke arah negara yang berpaksi kepada industri perkhidmatan agar sektor penghasilan dan pembuatan yg byk berpendapatan rendah dan byk menggunakan warga asing dapat dikecilkan bilangannya.

Bagi saya, jumlah tenaga kerja asing yang mencapai separuh daripada jumlah tenaga kerja tempatan adalah terlalu tinggi dan tak mampu dikawal oleh kerajaan dan pihak berwajib...

Tidak dinafikan memang ada dikalangan mereka yang betul2 ikhlas datang mencari rezeki dan ada dikalangan mereka yang kuat dalam pegangan agama tapi persoalannya dengan jumlah yang sangat ramai itu mampukah kita mengawal mereka?


Tuesday, February 16, 2016

ANAK SIAPA YANG BUAT KELAKU MACAM NI (GAMBAR)


Masa rehat di waktu murid lain makan dan bermain, ini lah satu2 nya murid Darjah 1 yg tidak pernah miss menunaikan Solat Dhuha setiap hari...Sek keb sultan ismail 1 Kota Bharu Kelantan. Tahniah kepada kedua ibu bapanya.

Sumber: Jue Jue Ibrahim Ibrahim

Monday, February 15, 2016

SELAMAT DATANG KE BANGLASIA (GAMBAR)


Tak faham aku, semua tenaga mahir dan separuh mahir di Malaysia dah mati ker sampai perlu import warga asing? Eloklah ditutup sahaja GIATMARA, IKM, ILP, POLITEKNIK dan ADTEC...Lepas ni kalau pergi temuduga tak mustahil akan ada dialog macam ni:
"Anda lepasan mana?"
"Politeknik Ungku Omar"
"Minta maaf kami sudah ada calon dari Politeknik Dhaka Bangladesh"

BAGAIMANA JIKA RAKYAT MAHU MENTERI DARI BANGLADESH UNTUK JIMAT KOS?

Wednesday, February 10, 2016

Saturday, February 6, 2016

INILAH KERJA MANUSIA BERHATI IBLIS (GAMBAR)


Dengan nyawa manusia pun kau nak buat mainan...Kau memang manusia berhati iblis...  Korang bayangkan berapa nyawa manusia yng dipertaruhkan...

Friday, February 5, 2016

BOLEH MENANGIS KEYBOARD WARRIORS BILA ANAK MB KEDAH YANG BARU JAWAB TOMAHAN KEYBOARD WARRIORS TERHADAP BAPANYA.


Anak bongsu Menteri Besar Kedah, Azira Hafiza Ahmad Bashah berkongsi pesanan yang panjang dan mendalam kepada mereka yang menyerang keperibadian bapanya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Menurut laporan blog pro-UMNO, MYKMU.net, perkongsian yang dibuat dalam laman sosial Facebooknya itu dipercayai dilakukan sebagai memberi sokongan moral kepada bapanya yang baru sahaja mengangkat sumpah sebagai menteri besar Kedah pada hari ini.

Ini pesanannya..

Buat yg hina bashah kerana ada srp.saja. sila baca ….

Bismillahirrahmanirrahim.

Kaki “tidur”, yang dicerca, dikeji, dimaki tu is my one and only abah and yes I’m proud of him. Lawak bila orang yang tak pernah kenal, tak pernah bersua, baca entah dari sumber yang mana, tak pernah tegur, tak pernah say Hi (sorry nanti keyboard warriors kecam bukan islam kena bagi salam) boleh cakap macam-macam.

Siapa tahu video “tidur” yang sangat popular tu semata2 nak burukkan abah. Orang yg rakam video tu merangkak la dekat padang masyar mintak maaf sebab sebar fitnah. But don’t worry abah dah maafkan pun. Macam tu lah bila dah rasa diri bagus, bila besar boleh jadi keyboard warriors yang maksum bebas dosa confirm masuk syurga dan boleh menghukum orang tanpa usul periksa.

Yes. Abah sekolah tak tinggi. Takda master, takda phd, apatah lagi diploma, bukan kelulusan luar negara, apatah lagi ahli motivasi/professional trainer. Haha. Sebab abah yang kena ambil alih tugas seorang ayah untuk keluarga dia. Jaga kakak, dan adik-beradik lain lepas ayah abah meninggal. Kerja jual telur ayam, jual durian, kelindan lori, you name it. Tapi kalau tgk adik-beradik abah Alhamdulillah semua berkelulusan tinggi dan ada yang dari luar negara (nanti keyboard warriors kecam riak). Abah pengalaman politik dia sejak dari umur 20an lagi. Dia mula dari bawah. Dari kosong. Dari nan hado. That’s the fact. Mana ada istilah pakai cable/bapak macam orang sekarang. Tidak disangkal pancapaian akademik sangat penting. Itu harus. Tapi, apa guna belajar tinggi, nak involve politik, jaja kejayaan sana sini, share status dalam facebook dapat deal dari Dato’ A, Dato’ B, dapat peluang kerja yang tak dapat ditepis tangan kanan dan kiri. Tapi sendunya hidup bila assignment pun meniru. Copy paste kulit ke kulit sampai orang lain pun dapat susah. Bila kantoi pandai salahkan orang lain. Yes, this one is for you my friend. Shame on you. Alhamdulillah abah bijak dia tak beli ijazah ka master ka phd dan lepas tu kantoi hanya kerana nak puaskan hati manusia yang memandang akademik semata-mata. Kesian abah sebab dia tak pandai selfie, tak pandai tweets dan post pencapaian dekat facebook. Lawak bila waktu dipilih jadi ketua semasa pemerintahan PAS tak ada orang yang persoalkan kelayakan akademik abah. Sebab siapa yang sanggup nak galas tanggungjawab tu ? Kan ?

Plus, the best part is. Siapa yang tengok dan tahu susah payah dia dan jentera yang lain lepas Kedah kalah dalam sejarah dulu. Bila nak dekat GE13 anak-anak tak payah cakap, berapa hari yang kami dapat jumpa sembang dengan abah. Nak jumpa pun tak menyempat. Mama dan kami adik beradik share abah dengan rakyat dari kakak yang sulung dalam perut lagi. Weols okay, dah biasa. Bak kata orang Kedah, dah mangli. Bila Kedah menang, orang tu cuci kaki tangan terus dapat jawatan. Untung badan. Abah ada cakap apa tak ? No. Dia terima semua. Tak pulak dia nak lompat parti macam orang lain. Untungla bila ada ayah berpengaruh tolong kempenkan on behalf. Takpa kita letak tepi sebab abah dah mangli cantas mencantas memang asam garam politik.

Sungguh. Saya respect dengan orang yang boleh komen dan bagi buah fikiran dengan bahasa yang sangat intelektual dan berhemah. Seriously, I respect that. Saya percaya semua orang ada hak bersuara. Hak memilih. Hak mengutarakan pendapat. I don’t care, even my friend can say anything they want. It just that, don’t use abusive language. Kadang rasa sedih, kadang kami adik beradik tergelak pun ada. Macam lawaknya hang ni. Yang mintak mati kena panah petir, yang minta doa mati mata terbuka, yang mintak doa satu family jatuh sakit. Wow lagi sekali. And paling menarik ada yang komen suruh balik main dengan cucu. Oh that part, kena perenggan baru.

Sejak habis GE13 dan abah mula tugas sebagai timbalan kpdnkk, believe me dia memang boleh tengok cucu sebab setiap weekend sampai ke harini abah ulang alik kl ke kedah without fail. Mana kerja di kpdnkk. Mana kerja disini lagi. So don’t say he doesn’t care at all about Kedah or his work. You know nothing. Dah berapa penggal dia jaga dun ? Fikirlah sendiri. Saya yang baru bekerja nak balik kedah sebulan sekali pun rasa letih. Not a single word saying he’s tired working nearly forty years for his family and his rakyat. Siapa yang tahu susah payah dia yet he never complained and still people talk shit about him. Macam saya katakan tadi, saya respect dan sangat okay dengan manusia yang sangat berhemah bila mengutarakan pendapat. Even he or she is my friend. I have no problem at all and love to hear that too. Use a decent language. Is it too hard ? Bukan apa, takut yang doa kena panah petir tu Allah bayar cash. Walaupun sekarang bukan musim hujan.

I read somewhere saying, aku tak kisah dengan orang yang membenci. Aku cuma takut dengan mereka yang pura-pura suka. Believe me, I’m so grateful that I’ve cut you off before all this thing happen. At least kita boleh kenal mana satu kawan bila senang dan bermanis mulut (bila nak minta surat sokongan, nak minta bantuan/sponsor, nak minta tukar kerja, nak minta pinjam duit, nak minta tajaan tunggu tak boleh minta nyawa ja and the list goes on) dan mana satu kawan bila susah. Sikitpun saya tak menyesal. Sumpah.

Kalau abah ada salah dan silap dengan mukhriz, and vice versa saya tak berapa risau sebab mereka boleh sama-sama minta maaf. Cuma keyboard warriors yang maksum dan confirm masuk syurga dah ready nak berjumpa dekat padang masyar nanti ? Sesiapa yang sungguh tak berkenan dekat abah, saya sarankan berdoalah pada Allah. Sesungguhnya doa “rakyat teraniaya” tiada hijab. Berdoalah andaaa para keyboard warriors sekaliannn sebab kalau sumpah seranah bukan Allah dengar pun. Malaikat belah kiri asyik pulak mencatit. Kun faya kun. Jadi maka jadilah. Rezeki, ajal, jodoh Allah yang tentukan. What’s yours will always be yours, what’s not yours will never be yours. No matter how hard you fight for it. Jadi, mohon jangan gelabah sangat. Orang kedah cakap jangan gelabah togei (its taugeh).

InsyaAllah, saya wakil dari ahli keluarga meminta maaf dan memaafkan anda semua yang memaki, mencaci memfitnah sebab anda semua tak kenal abah. Takpa lah, abah dah takda mak ayah untuk dapat dakapan syahhhdu seorang ibu/bapa pemberi semangat dan ditenangkan macam dia. Tapi abah ada kami. Saya juga doakan isteri/suami/anak/ahli keluarga keyboard warriors sihat hendaknya serta dirahmati Allah dunia akhirat, dapat belajar oversea dan tidak dipanah petir. Keyboard warriors kalau nak share mohon jangan separuh nanti takut jadi fitnah. Uhuks.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Yang benar,
Luahan hati anak bongsu.

N'N: Setakat ni kita tak tahu lg prestasi MB baru Kedah...Kalau tak perform bersiap sedia untuk dikritik...

Thursday, February 4, 2016

KENAPA MASIH ADA GURU SEKOLAH YANG BANGANG TANYA ORANG INI...



Ini jawapan Cikgu Mohd Fadli Salleh

Terbaca post ni sebentar tadi... Baca kali pertama mmg terasa nak marah, bila baca kali kedua kesian pulak kat penulis post ni...

Taraf ni punya level pemikiran pun ada hati nak buat post. Post pulak kat group KGM. Meh sini tukang post, biar cikgu Fadli sekolahkan awak semula.

Pertama sekali nk tanya perkara paling asas dan mudah? Kenapa murid di denda? Ok,kita guna jawapan dan cadangan awak yer..

"Kalau pun tak siap kerja rumah, jangan dirotan atau dipukul."

"Denda dia dgn suruh salin atau buat kerja rumah hingga siap"

Hahaha,maaf,xtahan nak gelak. Kerja rumah yg disuruh buat,tapi xbuat nk suruh denda minta siapkan kerja rumah? Itu bukan denda. Itu menyuruh murid buat benda yg sama berkali2. Benda yg memang murid tu malas nak buat.

Ibarat pemandu tanpa lesen,bila polis tahan polis tu cakap "Kenapa tiada lesen ni? Disebabkan awak tiada lesen, saya denda awak. Dendanya awak kena buat lesen."

Kau ingat pemandu tu nak pegi buat lesen? Kirim salam je lah, sebab dia tahu kalau esok dia kena tahan lagi,polis cuma "denda" dia suruh buat lesen je pun.

Meh sini nak cerita kisah aku dengan murid aku Tahun 1. Diulang yer, murid tahun 1. Cara aku mngajar sejak 11 tahun lepas mudah je. Aku xsuka menengking murid,menghalau dari kelas,marah2 mahupun memalukan murid. Memang aku tak suka. Mmg bukan cara aku. Hari pertama masuk kelas aku pesan siap2 kat murid :-

1) buku teks dan aktiviti wajib bawa setiap kali aku ngajar maths.
2) kerja sekolah atau rumah mesti siap,tiada alasan.
3) murid yg gagal siapkan kerja rumah atau gagal bawa buku hukumannya rotan di tapak tangan dengan pembaris kayu 30cm.
4) tiada rotan untuk murid yg salah, rotan hanya untuk murid yg malas.

Bulan pertama, murid tak bawa buku atau tak siapkan kerja rumah aku tidak rotan. Tapi aku maafkan dan tegaskan sekiranya berulang,tiada lagi maaf.

Minggu pertama bulan kedua, murid yg xbawa buku aku rotan 3x, minggu kedua meningkat 5x,akhir bulan 10x (maksimum rotan dah tu). Murid hanya dirotan setelah diberitahu apa salah mereka. Masuk je bulan ke 3, aku masuk je dalam kelas, xdan bagi salam, xdan cakap apa2 berderet dah murid datang depan hulur tangan. Bila ditanya kenapa,masing2 pakat jawab "Rotan saya cikgu, saya tak bawa buku. Rotan saya cikgu,saya tak siap kerja rumah"

Murid minta dirotan. Kau paham tak? Mungkin murid itu bukan murid yg bijak, tapi sekurang2nya dah dah paham erti tanggungjawab. Dia dah tahu dia buat salah dan sanggup terima hukuman. Aku mungkin tak berjaya buat murid tu paham sesuatu topik, tapi aku berjaya buat mereka faham apa itu makna tanggungjawab!

Hari demi hari,bulan demi bulan, bilangan murid yg xbawa buku atau xsiap kerja rumah makin berkurang sehingga satu tahap aku tidak lagi perlu merotan murid..

Oh,sebelum kau lupa,meh aku ingatkan balik. Ini cara aku didik murid tahun 1. Yang umurnya 7 tahun. Yg kau aku rasa dan lebih umur 30 tahun masih xreti2 tanggungjawab sebagai ibubapa? Xreti2 nk check buku anak2 tgk ada kerja rumah ke tidak? Xreti2 nk bantu anak siapkan kerja,bagi semangat? Reti komplen je ke?

Malu la kat anak2 didik aku yg umur 7 tahun tu. Mereka dah reti erti tanggungjawab, kau pula hanya reti komplen itu ini. Hanya reti membangangkan para guru.

Orang macam ni biasanya hebat bercakap dalam fb je pun. Mesyuarat PIBG kompem xnampak batang hidung.

Banyak lagi aku nak bebel ni... Tapi bateri dah low sangat dah ni. Buat cikgu Fadli marah lagi, kan dah penat kau nak baca. Paham ke tak ni? Ke nak kena rotan dulu baru paham?

N'N: Ini baru buku bertemu ruas, aku pro kepada Cikgu Fadli...Kalau semua benda kau nak harapkan cikgu buat, baik kau tak payah buat anak sbb anak itu Amanah...

SETIAP RAKYAT MALAYSIA LAYAK UNTUK DAPAT RUMAH PASTI MILIK (GAMBAR)


Kerja siang dan malam semata-mata nak beli rumah tapi selalu terlupa pasal rumah pasti milik....

GAMBAR RAKYAT MALAYSIA YANG TERPAKSA MEMPERTARUHKAN NYAWA SETIAP HARI DI JALANRAYA.


SELANJUTNYA DISINI

Wednesday, February 3, 2016

JANGAN BAWA MOTOR TERLALU RAPAT DENGAN LORI KERANA PEMANDU LORI MUNGKIN TIDAK NAMPAK ANDA, KETAHUI BLIND SPOT LORI(GAMBAR)


TAHUKAH ANDA..Gambar kawasan garisan kuning yang ditunjukkan adalah kawasan BLIND SPOT bagi lori, maka pemandu lori tidak nampak jika anda berada diruangan berkenaan. Maka untuk memastikan pemandu lori "ALERT" dengan kehadiran anda, pastikan anda berada dikawasan selain daripada garisan kuning dan bagi hon untuk memaklumkan keberadaan anda berhampiran lori.( Bagi hon ketika dalam keadaan selamat dan sesuai). Selamat Memandu dengan selamat ke destinasi yang dituju...-sumber

N'N: Seram bila aku tengok bila motor dibawa terlalu rapat dengan lori...Kita mohon perlindungan Allah SWT semoga diberi perlindunganNYA

KORANG UNDI LAGI PEMBANGKANG KAT SELANGOR, TENGOK APA BALA KORANG DAH DAPAT...


Apa sebenarnya yang rakyat perlukan daripada sebuah kerajaan? Melihat kepada kenaikan kos sara hidup, kerajaan yang baik seharusnya meringankan bebanan rakyat dengan memberi pengecualian cukai seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor ditambah pula dengan perkhidmatan bas percuma sedikit sebanyak mampu mengurangkan bebanan rakyat yang agak kurang berkemampuan...

Kita tidak mahu Kerajaan yang hanya pandai berjanji tapi tidak pernah menepati...

Tuesday, February 2, 2016

Monday, February 1, 2016

GAMBAR REMAJA BUAT MUKADIMAH JIMAK ATAS JALANRAYA SAMBIL BAWA MOTOR.


Nak bersangka baik? Mungkin mereka ni laki bini...Tapi aku rasa laki bini pun tak kemaruk nak buat mukadimah jimak atas jalanraya sambil bawa motor...Ramai orang minta mati dalam keadaan yng beriman tp  bagaimana jika pasangan remaja ni adalah pasangan kekasih, dan mereka terlibat dgn kemalangan semasa melakukan maksiat, adakah kematian mereka dalam keadaan yng beriman... Mohon dijauhkan keluarga kita daripada kecelaruan sebegini...

N'N: Kalau nak bersangka baik juga mungkin sahaja si awek itu sedang tolong menggaru kurap yng ada pada telor pakwenya...

JANGAN INGAT KAU PAKAI KERETA AUDI DAN KAD KREDIT KAU TAK PAYAH HORMAT ORANG LAIN.


Apa maknanya memiliki kereta besar tapi jiwa kecil,sombong dan bongkak... Boleh jer minta maaf tp disebabkan ada sifat riak langsung tak hormat org lain...