Thursday, November 26, 2015

SIAPA YANG PERNAH MAKAN DEKAT KEDAI INI, MESTI MUNTAH LEPAS TENGOK GAMBAR INI.


Rentetan kes di sebuah restoran mamak Azhar Maju di Dataran Senawang, Seremban yang menjadi viral apabila didapati seekor tikus di tempat periuk nasi mereka sedang menjamah nasi lebihan pinggan yang digunakan untuk menceduk nasi, pihak KKM telah bertindak pantas turun padang untuk membuat siasatan.

Perintah tutup premis telah dikeluarkan selama dua minggu bermula hari ini. Sumber:Omak Kau

Monday, November 23, 2015

ANAK SIAPA NI? (GAMBAR)


Alhamdulillah adik ini tolong susun selipar di masjid.
Lokasi di Kubang Kerian, Kota Bharu.
Sumber: FOBN


Sunday, November 22, 2015

SEKARANG ANDA NAMPAK TAK MENGAPA PENTINGNYA OBAMA.


SEKARANG PKR DAPAT RASA APA YANG PAS RASA...



Semalam DUN Pulau Pinang membincangkan usul kontroversi dikemukakan Adun Muhammad Farid Saad (BN - Pulau Betong) mengenai isu tebus guna tanah seluas lebih 2,600 hektar berhampiran muara Sungai Pinang.

Menurut pembangkang, pembangunan di kawasan itu akan menyebabkan hidupan laut terancam kerana habitatnya terhapus, selain menjejaskan kehidupan kira-kira 500 nelayan di kawasan berkenaan.

Selepas dibahaskan, usul itu diundi dan akhirnya ditolak apabila ia hanya mendapat lapan undi sokongan, manakala 22 lagi menolak.

Lima Adun PKR pula bersikap berkecuali.

Pengundian juga menjadi perhatian apabila salah seorang Adun DAP, Teh Yee Cheu (Tanjung Bungah) yang dikenali sebagai aktivis alam sekitar turut mengundi menyokong usul berkenaan.

Dua lagi Adun PKR, Law Choo Kiang (Bukit Tambun) dan Maktar Shapee (Sungai Bakap) tidak boleh mengundi kerana masing-masing menjadi speaker dan timbalan speaker. mk

N'N: Menyokong usul pembangkang atau pihak lawan tidak semestinya bermaksud kita menyokong dasar mereka, sokong ikut tajuklah... 

Saturday, November 21, 2015

INI MESTI KES DAH HILANG SABAR (GAMBAR)


Bukankah lebih baik berdoa, Ya Allah berikanlah hidayah kepada orang yang membuang sampah di tempat ini...

Friday, November 20, 2015

INILAH ALASAN KUKUH MENGAPA KITA PERLU SOKONG DAP DAN PAN PRU PADA AKAN DATANG...


ADUN PKR MENANGIS DALAM DEWAN UNDANGAN NEGERI AKIBAT DIABAI KERAJAAN NEGERI P.PINANG (DAP)?




Tangisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Penanti, Dr. Norela Ariffin mengejutkan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Dia dikatakan tidak dapat menahan perasaan sebaknya, mendakwa kerajaan negeri telah mengabaikan kawasannya.
Reaksi itu berlaku selepas soalan yang dikemukakannya tidak dijawab.

“Saya tidak faham kenapa kerajaan negeri tidak mendengar masalah rakyat,” 

Aksi Dr Norlela itu kemudian ditenangkan ADUN Berapit, Lydia Ong. - FMT


Thursday, November 19, 2015

BESAR BETUL KEPALA PEMIMPIN NI (GAMBAR)


LIHAT VIDEO 

Cuba anda bayang bila MP Jepun berkeras nak berbahasa inggeris dalam Parlimen Jepun atau bayangkan MP Singapura berkeras nak berbahasa Melayu dalam Parlimen Singapura.. Orang Jepun cukup cintakan bahasa kebangsaan tp MP DAP ni macam tiada jati diri sebagai warganegara Malaysia...Kononnya DAP mempertahankan perlembagaan dan kedaulatan negara tapi bahasa kebangsaan pun tak mampu nak guna terbukti semua itu hanya retorik...

Tuesday, November 17, 2015

RAFIZI MOHON GENCATAN SENJATA?


DAP PERLU KEKAL DI SELANGOR, JOM BACA APA ALASAN LIM GUAN ENG...


Nampaknya LGE tak buat research kerana fakta sebenarnya PAS tidak pernah melarang penjualan arak kepada non-muslim tp menghadkan penjualannya. Singapura telah pun melaksanakan undang2 untuk menghadkn penjualan arak, apakah tindakan itu tidak sesuai dgn rakyat Singapura yng majoritinya non-muslim? 


Monday, November 16, 2015

INILAH SEBABNYA UMAT ISLAM WAJIB SOKONG DAP.


Orang Islam perlu ambil kesempatan buat untung dengan menjual arak.

hadith Nabi SAW :-


عن أَنَسِ بن مَالِكٍ قال لَعَنَ رسول اللَّهِ في الْخَمْرِ عَشْرَةً عَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَشَارِبَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةُ إليه وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَآكِلَ ثَمَنِهَا وَالْمُشْتَرِي لها وَالْمُشْتَرَاةُ له


"Rasulullah saw melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah : Tirmidzi : Hadith Gharib : Al-Munziri dalam At-Targhib: Perawinya thiqah )"

Kita semua sedia maklum memang ada org melayu Islam yng menjadi pemegang saham di syarikat arak dan benar mmg tidak ada apa2 tindakan yng boleh diambil terhadap individu itu tp adakah kita seorang Muslim yng beriman menyokong kenyataan yng dibuat pemimpin DAP ini?  Adakah kita bersedia melihat arak dijual oleh org Islam, sedangkan ada nas dan dalil yng melaknat org2 yng mempunyai kaitan dgn arak? Apabila PAS ingin membawa suara Islam didalam dasar negara adakah kita seorang yng mengaku muslim menyokong atau mempersendakan usaha itu, tepuk dada tny iman...

MOHON PENYOKONG UMNO JANGAN MENANGIS LEPAS BACA KENYATAAN INI.

Friday, November 13, 2015

PAS VS DAP: SIAPA MENIPU, SIAPA YANG BERCAKAP BENAR, SIAPA YANG MEMEGANG PRINSIP & SIAPA YANG TIDAK BOLEH DIPERCAYAI? (WAJIB BACA)



Oleh : Lim Sian See

Satu setengah tahun lepas, PAS merupakan penyokong kuat Pakatan Rakyat yang sudah berkubur sekarang.

PAS sentiasa memenuhi janji mereka untuk berpakat dengan PKR dan DAP dan sentiasa menggerakkan jentera mereka yang besar untuk menyokong perhimpunan dan acara anjuran Pakatan Rakyat.

Menerima hakikat bahwa PAS mungkin bukan genius dalam hal berkaitan polisi pembangunan ekonomi tetapi sebagai sebuah parti berlandaskan agama, mereka dilihat sentiasa cuba untuk berpegang dengan prinsip mereka.

Jadi, bagaimana kerjasama ini boleh gagal begitu pantas dan mengapa PAS begitu keras dengan DAP sekarang? ... Ini jawapannya:

1) TIADA KEPUTUSAN KONSENSUS PAKATAN DALAM KES LANGKAH KAJANG. PAS TIDAK BERSETUJU DAN TIDAK DIBAWA BERUNDING.

Seperti yang disebutkan banyak kali oleh pemimpin DAP dan PKR, Pakatan berfungsi pada asas keputusan secara konsensus - bermakna kesemua 3 parti mesti bersetuju sebelum keputusan penting dibuat.

Ianya tidak beroperasi dengan asas keputusan majoriti 2/3. Ketiga-tiga mesti bersetuju.

PAS membantah keras Langkah Kajang ini tetapi ianya masih dilaksanakan tanpa persetujuan PAS - sesuatu yang pastinya melanggar perjanjian konsensus Pakatan.

Malah, ianya dilihat sebagai tindakan satu pihak iaitu PKR - sebagai satu strategi oleh Pengarah Strategi nya ketika itu, Rafizi Ramli.

Malah Setiausaha Agung Lim Guan Eng pun tidak mengetahuinya. Melainkan Lim Guan Eng menipu pada ketika itu, apabila Adun Kajang meletak jawatan untuk membenarkan Anwar bertanding di situ, maka hal ini bukan satu keputusan bersama.

Petikan akhbar - Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah menafikan mengetahui apa yang berlaku di Selangor berikutan peletakan jawatan Adun Kajang Lee Chin Cheh semalam.

Beliau berkata beliau tidak dimaklumkan dengan perkara itu oleh ketua de facto PKR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang akan bertanding di pilihanraya kecil Kajang. Lim juga berkata beliau baru mengetahuinya.

“Saya tidak diberitahu mengenai apa yang terjadi di Selangor berkenaan peletakan jawatan itu atau jawatan Menteri Besar Selangor.

“Adalah lebih baik sekiranya Anwar yang jawab. Saya tidak berhak menjawab atau memberikan pandangan. Pandangan saya terhadap hal ini tidak penting,” - Jan 28, 2014.


Sebagai seorang yang suka mengambil kesempatan, DAP kemudiannya turut serta dalam rancangan PKR dan Rafizi ini - Tetapi PAS tetap enggan untuk turut serta kerana prinsip keputusan konsensus Pakatan telah dilanggar.

2) FITNAH TERHADAP BEKAS MENTERI BESAR SELANGOR TAN SRI KHALID IBRAHIM.

Melihatkan kerjasama yang baik dengan Tan Sri Khalid, PAS percaya Tan Sri Khalid telah dijadikan mangsa. Dan ianya tidak adil melihat seseorang seperti itu difitnah dan dimalukan - sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Ketika kempen memaksa Khalid meletak jawatan, PKR dan DAP mengeluarkan kenyataan 91 muka surat yang mengandungi tuduhan terhadap Khalid berkenaan segala macam tuduhan salah laku dan rasuah.

Tuduhan ini banyak kali diulang di dalam ceramah oleh pemimpin PKR dan DAP di seluruh negeri.

Khalid sudah semestinya marah dan telah menyaman malu PKR pada Ogos 2014.

Ketika itu, Khalid turut mengarahkan pembantunya untuk menyerahkan laporan PKR berkenaan kaitan pemimpin PKR dengan urusniaga yang meragukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, yang memohon badan tersebut untuk menyiasat dakwaan parti - lalu menjadi orang pertama (dan masih satu-satunya) orang di Malaysia yang meminta diri beliau disiasat untuk kes rasuah.

Penilaian awal PAS yang Khalid difitnah terbukti benar apabila setahun kemudian, selepas Khalid diturunkan dari jawatan MB Selangor, Khalid menang saman malunya terhadap PKR apabila bekas Setiausaha Agung PKR membacakan permohonan maaf secara terbuka di dalam mahkamah.

Permohonan maaf itu adalah tanpa syarat dan PKR mengakui setiap tuduhan dan dakwaan terhadap Khalid adalah tidak benar dan berniat memfitnah.

"...dokumen tersebut telah menyatakan dan memberi gambaran bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) adalah seorang yg korup, zalim, tidak boleh dipercayai, tidak bersikap telus, tidak jujur, tidak beretika, tidak beramanah, tidak berintegriti, telah terlibat dengan perlakuan rasuah dan salahlaku dan tidak layak menjadi MB Selangor.

"Bagi pihak PKR dan saya secara peribadi, kami melahirkan rasa amat kesal dan dengan ikhlas dan suci hati serta TANPA SYARAT memohon maaf kpd TSKI. "

"Bagi pihak PKR dan secara peribadi, kami juga memberi akujanji kpd TSKI dan mahkamah yg mulia ini bhw kenyataan2 tersebut tidak seharusnya dikatakan dan kami akan memberhentikan dpd menyadatakan dan tidak akan mengulangi kandungan dan tuduhan2 dlm dokumen tersebut dan apa2 kenyataan yg berkaitan dgn dokumen tersebut."
---
Dengan sifat tidak malu dan bermuka tebal, Rafizi Ramli dan PKR telah mengeluarkan satu siri tweet mengatakan yang Khalid Ibrahim dan PKR telah memohon maaf terhadap satu sama lain dan Khalid telah menarik balik saman malu tersebut!!

https://twitter.com/rafiziramli/status/632036888203821056

https://twitter.com/KEADILAN/status/632123254543519744

Khalid tidak menarik balik saman tetapi menerima permohonan maaf tanpa syarat itu sebagai penyelesaian.

Dan kononnya terdapat satu permohonan maaf Khalid terhadap PKR, ini dia. Sila baca dan ketawa.

http://goo.gl/oR8omB

Bagaimana PKR dan Rafizi boleh menyalah anggap ‘maaf zahir dan batin’ sempena hari raya sebagai permohonan maaf, saya tak tahu. Putarbelit yang sungguh memalukan.

Walaubagaimanapun, PAS telah membuktikan kewajaran menegakkan keadilan dan mempertahan Khalid dari fitnah.

3) PAS PERCAYA PKR & DAP TELAH ‘MENCURI’ 2 ORANG ADUN PAS.

2 orang ADUN PAS telah mengabaikan arahan parti dan berpihak kepada DAP dan PKR untuk menandatangani akuan bersumpah menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar.

http://goo.gl/fY1BmD

Presiden PAS Hadi Awang begitu marah yang ahli partinya bertindak melanggar arahannya dan berbuat demikian terhadap partinya. Anda boleh dengar kemarahannya disini:
(Hadi bidas PKR 'curi' dua barua PAS sokong Azizah)

https://www.youtube.com/watch?v=O41WvJgpRHs&feature=youtu.be

Saya fikir tidak ada parti politik di dunia ini yang akan bertolak ansur dengan parti yang ‘mencuri’ wakilnya.

Jika anda hormat rakan kerjasama anda, anda pastinya tidak akan menerima akuan sumpah dari wakil rakan kerjasama anda dan membelakangi keputusan parti mereka sendiri.

Itu tikam belakang. Yang teruk.

4) PAS PERCAYA PKR & DAP TELAH MUNGKIR JANJI & TIDAK MENGHORMATI KEPUTUSAN KONSENSUS UNTUK MEMBENARKAN PAS MELAKSANAKAN KERAJAAN ISLAM SERTA HUDUD.

Perlu diingat, kewujudan PAS adalah untuk menegakkan ISLAM di Malaysia dan sangat mustahil PAS akan berhenti memperjuangkan hukum syariah dan hudud.

Sebab itulah, isu Hudud sentiasa menjadi duri dalam daging di dalam hubungan Pakatan yang menyebabkan beberapa perbalahan ketika tahun-tahun awal Pakatan Rakyat selepas 2008.

Ini telah menyebabkan berlakunya satu mesyuarat sulit pada September 2011 di antara mereka yang pada awalnya dilaporkan (tetapi dengan cepat dipadam oleh Malaysia Chronicle tetapi sempat disalin oleh beberapa blog):
---
"Selepas marathon mesyuarat dimana meja dihempas dan pengerusi DAP Karpal Singh ditengking oleh ahli parti sendiri supaya menyedari masalah yang sedang melanda Pakatan , satu persetujuan telah dicapai dan semua orang memperolehi apa yang diinginkan."

"Pertama, Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat telah diberikan kebenaran untuk melaksanakan agenda hukum hudud di Kelantan, di mana pada tahun 1993, lama sebelum Pakatan dibentuk, beliau telah mengusulkan hudud di Dewan Undangan Negeri."

"Ini adalah satu persetujuan dari DAP dan sebagai penghargaan sumbangan Nik Aziz kepada negara dan pakatan pembangkang. Penghargaan yang sama diberikan kepada Terengganu, di mana Presiden PAS Hadi Awang telah menggazetkan hukum hudud pada 2003 tetapi tidak berupaya melaksanakannya."

"Sebagai balasan, DAP telah mendapat pengiktirafan dari PAS yang manifesto bersama Pakatan dan Buku Jingga akan kekal, tanpa perlu melibatkan hudud."

https://hornbillunleashed.wordpress.com/2011/09/30/23889/

Kebenaran untuk Kelantan melaksanakan hudud di Kelantan tidak pernah didedahkan di dalam ceramah dan ucapan Pakatan selepas itu kerana mereka memilih untuk menyebut “Hudud tidak termasuk di dalam Polisi Bersama Pakatan Rakyat”.

Akhirnya selepas PRU-13, PAS cuba menegakkan Hudud di Kelantan sekali lagi dan DAP membantah keras dan mula memperkecilkan PAS.

Kemudian segalanya mula meletup!

Pada April 2014, seorang pemimpin kanan wanita PAS berkata, “DAP pernah bersetuju PAS perjuang konsep Negara Islam.”

 http://goo.gl/oW67CK

Sehari kemudian pada April 2014, Naib Presiden PKR Tian Chua telah memberitahu media yang DAP dan PKR sememangnya telah bersetuju untuk Hudud di Kelantan - yang menyebabkan Lim Guan Eng memanggil Tian Chua sebagai ‘tidak bertanggungjawab dan penipu yang tidak beretika”.

http://goo.gl/UxvkTl

Beberapa hari kemudian, Presiden PAS Abdul Hadi Awang JUGA berkata DAP telah bersetuju untuk PAS melaksanakan hudud. Tetapi Lim Guan Eng menafikannya dan menuntut Hadi memberikan bukti.

http://goo.gl/kgogGy

Akhirnya, satu salinan surat yang ditandatangani bersama-sama oleh Abdul Hadi Awang dan Lim Guan Eng sebelum PRU-13 mula timbul.

http://goo.gl/2FplaO

Di dalam surat tersebut, jelas ianya menyebut “PAS berhak memperjuangkan aqidah dan konsep Negara Islam secara sendiri.”

Sekarang, melainkan Lim Guan Eng jahil yang Negara Islam juga melibatkan hukum syariah dan hudud, ianya jelas yang DAP membenarkan PAS melaksanakan hudud kerana Lim Guan Eng menandatanganinya!

Surat itu juga disiarkan di laman Facebook rasmi Abdul Hadi Awang.

https://goo.gl/W0ueW8

Dan jika anda percaya surat itu palsu atau Hadi Awang telah berbohong, anda boleh menonton videonya di sini dan lihat siapa yang ada di dalam video apabila mereka membacakan surat ini beberapa ketika sebelum PRU-13 di hadapan sekumpulan ahli PAS.

https://www.youtube.com/watch?v=TPvyYjm7aNA&feature=youtu.be

Maka, di dalam fikiran mereka, PAS marah dengan DAP kerana DAP telah melanggar janji dan surat persetujuan yang telah ditandatangani. Dan tidak hanya itu, PAS marah yang pemimpin DAP telah menyerang pemimpin PAS dengan teruk dan kurang ajar - memanggil Abdul Hadi dengan pelbagai gelaran buruk.

Ini telah melanggar persetujuan bertulis serta keputusan konsensus dan penafian terbuka terang-terangan oleh DAP yang masih ada hati untuk menyerang semula PAS dan melabel PAS sebagai penipu membuat mereka hilang sabar.

Melihatkan semua peristiwa di atas, hubungan antara PAS dan DAP nampaknya tidak boleh dipulihkan.

Siapa yang menipu, siapa yang berkata benar, parti mana yang memegang prinsip dan parti mana yang tidak boleh dipercayai adalah jelas....

Tuesday, November 10, 2015

Saturday, November 7, 2015

KELUCAHAN MELAMPAU PENJAWAT AWAM DI KUALA SELANGOR? (GAMBAR)


Hati2 dgn penguatkuasa yng tidak berpakaian...Mungkin ayat yng sebenarnya ialah AWAS ANDA AKAN BERHADAPAN DENGAN PENGUATKUASA TIDAK BERUNIFORM!


Wednesday, November 4, 2015

MOTOR JER BESAR TAPI JIWA KECIL (GAMBAR)


Dah sah2 tu tempat parking untuk OKU, Perbuatan mereka ni seolah2 tak menghormati tempat yng dikhaskan kepada golongan OKU...

Sunday, November 1, 2015

MELAMPAU BETUL AZMIN ALI NI...



Najib pun bagi rm500jer kpd penjawat awam, kenapa Azmin bagi sampai sebulan setengah gaji kah3... Kalau UMNO/BN yng masih mentadbir Selangor adakah penjawat awam akan merasa bonus sebegini? Jgn melampau sgt Azmin nanti semua penjawat awam dah tak undi umno/bn kah3...