Innity

Thursday, March 19, 2020

AKHIRNYA 1 BAS KENA KUARANTIN.

Gambar hiasan

Untuk maklumat semua peristiwa ini berlaku sebelum perintah kawalan pergerakan dikeluarkan.

Inilah sebenarnya objektif kerajaan apabila melarang masyarakat untuk pulang ke kampung masing-masing.

PETALING JAYA: Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan mengesahkan seorang penumpang bas dari Johor Bahru ke Kuantan disahkan positif Covid-19.

Penumpang itu menaiki sebuah bas ekspres Plusliner dari Larkin Sentral, Johor Bahru ke Terminal Sentral Kuantan pada 4 petang 16 Mac lalu.

Sehubungan itu, Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan menggesa semua penumpang bas berkenaan menghubungi bilik operasinya untuk menjalani ujian saringan Covid-19.

Terdahulu, penumpang yang dijangkiti virus itu melakukan ujian saringan di Johor Bahru dan diarahkan menjalani kuarantin.


Sumber:https://www.facebook.com/323440711827/posts/10157067151761828/

Patuhilah Perintah Kawalan Pergerakan...

GAMBAR KEADAAN TANGAN SEORANG KAKITANGAN KESIHATAN SELEPAS 5 JAM DALAM BILIK PENGASINGAN.

Foto-Facebook

Cuti mereka dibekukan. Masa dengan keluarga mereka dikorbankan.

Tapi pengorbanan mereka hanya sia-sia jika kita sebagai rakyat tidak melaksanakan  tanggungjawab  kita dengan mematuhi 'Perintah Kawalan Pergerakan'.

Mari kita bantu mereka dengan mematuhi saranan Kerajaan. Jangan sia-siakan pengorbanan pertugas kesihatan.

Aku merayu tolong jangan tambah derita mereka. Mereka telah berkorban banyak untuk kita.

Jangan jadi manusia yang hanya pentingkan diri sendiri.


Wednesday, March 18, 2020

BILA ABANG POLIS DAH PENAT DENGAN PERANGAI KORANG.

Foto-Facebook

Apa kata Abang Polis:

"NAK BALIK KAMPUNG TAK PERLU ISI BORANG BUAT MASA SEKARANG. TERUSKAN PERJALANAN ANDA UNTUK 'MEREBAKKAN' VIRUS COVID-19. HATI-HATI MEMANDU. TERIMA KASIH"

Engkau tengok Abang Polis pun dah sarkastik dengan korang yang degil tu.

Apa yang perlu anda buat sebagai rakyat:

1. Patuhi dan ikuti arahan daripada kerajaan, jangan buat palatau seolah-olah kita kebal dengan virus Covid-19.

2. Belajar daripada kesilapan rakyat Iran dan Itali yang berpusu-pusu balik kampung akibatnya gelombang Covid-19 menjadi semakin parah dan beratus-ratus orang mati dalam sehari.

3. Beri kepercayaan kepada kerajaan kerana kerajaan hanya mahukan yang terbaik untuk rakyat.

4. Berdoalah kepada Allah SWT kerana sesungguhnya virus ini datang dariNya dan kepadaNya ia akan kembali.

GAMBAR RAKYAT MALAYSIA YANG KEBAL COVID-19 TERSEBAR.







Foto-Facebook


Terbaiklah rakyat Malaysia langsung tidak ambil pengajaran daripada Wuhan dan Itali.

Sebelum ni ramai yang kritik pasal perhimpunan Tabligh tapi tanpa sedar anda sendiri dah buat perhimpunan yang lebih besar dan risiko jangkitan yang lebih besar.


Tuesday, March 17, 2020

QIHONG GAN DAN BENNY TEH SEKOLAHKAN KAUM CINA YANG TAK FAHAM BAHASA MELAYU.





Foto-Facebook




Semalam YAB PM telah membuat satu pengumuman khas mengenai 'Perintah  Kawalan Pergerakan'.

Pengumuman itu juga telah disiar secara 'live' di laman Facebook rasmi YAB PM.

Namun terdapat komen yang sangat menyakitkan hati rakyat Malaysia. Komen itu berbunyi " Woi...Speak English".

Sebenarnya terdapat komen yang agak sama menyerlahkan sikap segelintir rakyat Malaysia yang gagal memahami Bahasa Kebangsaan.

Apa yang mengejutkan komen² itu telah menaikan kemarahan Benny Teh dan Qihong Gan.

Berikut adalah terjemahan ringkas:

Benny Teh:
"Dey kau ada IC biru kemudian mengaku rakyat Malaysia tapi tidak tahu Bahasa Kebangsaan. Tolong bungkus baju kau dan pergi balik China sebab kau memalukan kaum Cina Malaysia"

Qihong Gan:
"Aku sangat malu dengan komuniti orang Cina yang Kebanyakan mereka memberi komen 'Tak faham BM'. Tolonglah sekarang dah masuk tahun 2020, kalau betul nak perjuangkan masa depan yang baik tolong belajar dan hormatilah Bahasa Kebangsaan kita'

Aku bangga kita ada rakyat macam Benny dan Qihong sebab mereka mencerminkan perpaduan rakyat Malaysia.

Semoga usaha mereka untuk menyemai kencintaan kaum Cina terhadap Bahasa Kebangsaan tercapai.

BAYANGKAN JIKA SEORANG POSITIF COVID-19 BERSIN DALAM SITUASI SEPERTI INI.

Foto-Facebook

Sebenarnya kunci untuk mengekang dan  memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19 ini ada pada kita.

Pembelian panik seperti ini sesekali tidak akan membantu dalam proses membasmi penularan wabak itu bahkan ia berpontensi menyebarkan lagi wabak berstatus pendemik itu.

Pasaraya masih dibuka seperti biasa dan keperluan harian masih boleh dibeli seperti biasa. Jadi apa perlunya pembelian panik?

Cuba bayangkan disaat kita sedang bersesak itu ada dikalangan kita yang positif Covid-19 tetapi langsung tidak mempunyai dan langsung tidak menunjukkan simptom².

Jadi berfikirlah secara waras kerana kita mampu memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 dengan mematuhi saranan Kerajaan.

Sila Baca:

6 POINT PENTING DALAM PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERMULA 18 MARCH 2020.



6 POINT PENTING DALAM PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERMULA 18 MARCH 2020.



“PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN”

1. Larangan menyeluruh pergerakkan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit and kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.

2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara.

3. Sekatan kemasukkan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.

4. Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta.

5. Penutupan semua institusi pendidikan tinggi, awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.

6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dalam perkhidmatan penting negara (essential services).

- YAB PM

Sumber:https://www.facebook.com/716388591/posts/10157919057533592/

Marilah kita rakyat Malaysia pastikan perintah kawalan pergerakan ini berjaya mencapai objektifnya iaitu untuk mengekang penularan wabak Covid-19.

Tolonglah jangan buat pembelian panik dan patuhilah larangan² yang telah dinyatakan YAB PM.

Semoga ALLAH SWT melindungi kita semua.

Monday, March 16, 2020

BENARKAH INI PUNCA MENGAPA MALAYSIA JADI NEGARA TERTINGGI TERKENA JANGKITAN COVID-19 DI ASIA TENGGARA?









Kalau boleh undur waktu adakah korang rasa mereka semua ni berani keluarkan kenyataan yang sama?

Sebenarnya awal² lagi kita boleh bendung penularan wabak Covid-19 ini.

Sewaktu rakyat panik dan seru kerajaan untuk sekat perlancong dari China, ada dikalangan rakyat yang dituduh rasis.

Sekarang lihatlah hasil daripada perbuatan kalian.

Yang akan menempuhnya adalah rakyat.

Buat masa sekarang apa yang kita boleh buat ialah elakkan pergi ke tempat tumpuan ramai, jaga kebersihan diri dengan kerap membasuh tangan, pakai topeng muka jika ada gejala batuk,selesema dan kerap bersin.

Berdoalah kepada Allah SWT supaya terhindar daripada wabak Covid-19.

Sekian.

MESYUARAT KHAS COVID-19: BAB INI MEMANG PH MENANG DAH PN KALAH.

Foto-Facebook

Kalau bab kuasa dan jawatan bila-bila pun boleh meeting tapi bila melibatkan rakyat boleh pula main tangguh-tangguh macam tu.

Sedarlah wahai pemimpin PN bahwa rakyat sedang memerhati tindak-tanduk kalian.

Sekarang bukan masanya untuk menyalahkan siapa² tapi masanya untuk Kerajaan dan dan pembangkang berganding bahu menangani Covid-19 bersama-sama.

Sekian.




Sunday, March 15, 2020

BOLEH MENANGIS PEMIMPIN UMNO BILA BACA STATUS NI.

Foto-Facebook


Abdul Rani Kulop Sahaja:

Umno ni tuan2 dia memang tak boleh takde jawatan sebenarnya..agenda nak selamatkan negara tu hanya di bibir jer. 

kalau serius nak selamat kan negara,buat kerja lah.. 

Negara dalam proses nak pulih,bagi peluang pada PM baru nak pulih kan negara. 

Jangan sebok jawatan jer.kau dengar tak PAS bising pasal jawatan?? 

ade dengar tak??

Kalau kemaruk sangat jawatan jangan tunjuk sangat la.takde jawatan pun kau boleh buat kerja jugak,macam la tak jadi menteri kau tak makan..ni la yang buat rakyat meluat dengan umno ni..sekarang waktu kerja bukan rebut 

jawatan lah bahlol..

Aku  setuju sangat²  sangat dengan pendapat beliau, kalau hendak jawatan pun janganlah tunjuk sangat.


Nasib baik wujud lagi pemimpin mcm ni dalam umno kalau tidak tiap² hari duk ratib pasal jawatan.

Jawatan penting atau khidmat untuk rakyat lg penting?

Sekarang ni masa untuk pulihlan ekonomi dan tangani Covid-19.

Benda macam ni pun nak kena ajar ker?

Mohon terasa.

Saturday, March 14, 2020

KERJA GILA: BAGAIMANA KERAJAAN P.PINANG BOLEH LULUSKAN HIMPUNAN LEBIH 30 RIBU ORANG DISAAT NEGARA DILANDA COVID-19?


Foto-Facebook Raziq Michael

Apa yang dinyatakan pengguna Facebook tersebut sangat benar,bagaimana setelah WHO mengisytiharkan Covid-19 sebagai pendemik tapi himpunan seramai 30,000 manusia masih boleh diluluskan?

Adakah kerajaan negeri P.Pinang dan KKM sanggup mengambil risiko penyebaran berskala besar Covid-19 di negara kita ini?

Tolong jangan buat kerja gila macam ni. Sedangkan Solat Jumaat yang melibatkan kaum majoriti iaitu Melayu pun boleh dibatalkan dan digantikan dengan solat zohor di rumah, mengapa himpunan seperti di P.Pinang itu tidak dibatalkan atau ditangguhkan sehingga keadaan kembali reda?

Sila jawab persoalan² ini?








SUSPEK COVID-19 LARI: TOLONG JANGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI.



Kenapa pentingkan diri sendiri? 

Kita hidup didunia ni sorang² ker? 

Cubalah fkirkan pasal golongan ini:

1. Warga emas

2. Pesakit kronik (terutamanya membabitkan pernafasan)

3. Wanita mengandung

4. Bayi dan anak kecil yang lemah sistem imun.

Mereka ada hak untuk sihat dan tak patut dijangkiti kerana sikap kita.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang ada tanda COVID-19 dan menghilangkan diri ketika ditahan di Klinik Kesihatan Bukit Naga, Seksyen 32, Shah Alam, semalam kembali semula ke klinik berkenaan pagi tadi.

Hasil pemeriksaan, lelaki berusia 54 tahun terbabit didapati tidur di sebuah kedai dobi di Seksyen 18, Shah Alam, bersama isterinya sebelum kembali semula ke klinik sekitar jam 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata lelaki berasal dari Bagan Serai, Perak itu juga sebelum ini turut dilaporkan menyertai himpunan tabligh di sebuah masjid di Sri Petaling, di sini, pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu.

Lelaki itu datang ke klinik berkenaan bersama isterinya namun mereka dilaporkan tiada di kawasan klinik selepas dimaklumkan lelaki itu perlu ditahan kerana mempunyai tanda COVID-19.

“Susulan itu, doktor di klinik kesihatan berkenaan kemudian membuat laporan polis selepas usaha menghubunginya tidak berjaya,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

“Dengan ini, Polis Daerah Shah Alam, menasihatkan semua pihak untuk mendengar arahan pihak Kementerian Kesihatan dan tidak bertindak sesuka hati kerana boleh menyebabkan penyakit berkenaan berjangkit, ...tolong beri kerjasama,” katanya.

Ini bukanlah kali pertama kes individu disyaki positif COVID-19 menghilangkan diri. Sebelum ini satu laporan polis turut dibuat Hospital Shah Alam, di mana satu keluarga yang baru pulang dari Korea Selatan, turut menghilangkan diri semasa pemeriksaan dilakukan, hujung bulan lalu.

Bagaimanapun, keluarga berkenaan yang tinggal di Shah Alam, kemudian dapat dikesan sebelum pihak hospital membawa mereka ke Hospital Sungai Buloh dengan ambulans. Berita Harian

Friday, March 13, 2020

TERUK DAP DIKECAM GARA² ANJURKAN CERAMAH DISAAT COVID-19 MELANDA NEGARA.





Yang diharapkan sokongan rakyat tapi yang mereka dapat hanyalah kecaman daripada rakyat.

Anda dapat baca komen² daripada netizen yang tidak berpuas hati dengan anjuran ceramah politik tersebut yang dilihat tidak kena pada waktunya.


Antara komen² netizen:

Ezani Ismail: Jelalah yg menyebabkan rakyat dijangkiti Covid-19... Dan paling utama memberi kekuasaan kpd DAP

Joyce Sim: Irresponsible politicians, calling for gathering in the height of covid-19.

Dan rata²nya pages itu dibanjiri komen tidak puas hati oleh netizen.



PERNAH TERIMA GAJI RM540K SEMINGGU KINI JUTAWAN INI HANYA TINGGAL RM27 DALAM DOMPET.

Foto-Wikipedia

Langit tidak selalu cerah oleh itu sediakan payung sebelum hujan. 

Sikap berbelanja secara boros dan langsung tidak menyimpan akhirnya membawa padah kepada bintang bola sepak terkenal Brazil Ronaldinho.


BEKAS bintang bola sepak dunia, Ronaldinho ketika ini pasrah menerima hukuman penjara selama enam bulan selepas didapati bersalah menggunakan pasport palsu.

Musibah terbaru ini menambah derita Ronaldinho yang satu ketika dahulu sangat berjaya tetapi kini dibebani dengan masalah kewangan dan muflis.

Difahamkan putaran hidupnya berubah apabila Ronaldinho kembali ke Brazil selepas mengakhiri karier panjang di Eropah.

Selepas khidmatnya berakhir di AC Milan pada Januari 2011, pemain yang dikenali dengan barisan gigi depannya yang unik itu pulang ke Brazil untuk beraksi bersama Flamengo.

Selain mendapat gaji 100,000 pound sterling (RM540,000) seminggu, dia juga masih memperoleh pendapatan menerusi tajaan iklan seperti CocaCola, EA Sports, Gatorade, Nike dan Pepsi.

Jika digabung secara keseluruhannya kontraknya itu, pendapatan Ronaldinho boleh menghampiri 100 juta pound sterling (RM540 juta).

Nasibnya mula berubah pada 2012 apabila Flamengo tidak mampu membayar penuh gajinya dan memutuskan untuk memotong gaji pemain itu.

Daripada dibayar 100,000 pound sterling, ia menurun menjadi 24 ribu pound sterling (RM131,000) seminggu sekali gus Ronaldinho berasakan ia tidak mencukupi untuk membiayai kehidupannya.

Dia kemudian berhijrah ke kelab Atletico Mineiro, Queretaro dan Fluminense. Selepas itu, kontrak lumayan menerusi tajaan iklan tidak lagi disambung.

Ketika pendapatannya terus merosot, Ronaldinho masih mengamalkan gaya hidup yang tinggi sekali gus menyaksikannya berdepan masalah kewangan yang serius.

Dia terpaksa menggadaikan beberapa aset peribadi untuk membayar kesemua hutang dan baki yang tinggal dipoketnya difahamkan hanya sekitar 5 pound sterling (RM27). - Harian Metro

Thursday, March 12, 2020

BEKAS MB TERENGGANU SEKOLAHKAN RAKYAT TERENGGANU YANG PENGOTOR?

Foto-Facebook

Siapa yang tidak kenal dengan DS Mat Said bekas MB Terengganu.

Beliau memang dikenali sebagai orang yang sangat lantang bersuara.

Namun dalam kelantangan beliau terselit juga lawak.

Berikut adalah tulisan status beliau:

"tukor la kerajaan arab saudi skali pung.. kalu rokyak mentaliti tahap sampoh tetap dok akang maju sesebuah negare.. tol nok free.. hutang takmboh bayor.. minyok nok muroh.. nok bini comel kebersihan tempat sendiri dok reti nok jage..
#jubolLembu "

Kenapa 'jubo lembu' puas aku fikir rupanya sebab lembu suka berak merata maka orang suka buang sampah merata-rata tiada beza dengan jubo lembu kah³...

Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1579318485558381&id=413453798811528

Update:

Pages yang menggunakan nama bekas MB Terengganu itu telah dinafikan sendiri oleh DS Ahmad Said bahawa pages itu adalah pages beliau.

Sumber:https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1210910792440849&id=1038814816317115

Serius dengan loghat Terengganu dia buat orang ramai percaya itu pages rasmi beliau siap ada hampir 100K pengikut berbanding pages rasmi beliau yang hanya ada seramai 16K sahaja pengikut.

Harap dengan kenyataan yang dikeluarkan beliau orang ramai tidak terkeliru walaupun status² yang ditulis sangat relevan dan lawak...

Sekian.





Wednesday, March 11, 2020

DIPERTIKAI KERANA BELAJAR BAHASA MELAYU,ORANG KOREA INI SEKOLAHKAN ORANG CINA RASIS.

Foto-Facebook

Video adalah daripada YouTuber asal Jepun iChang RM yang membuat content bagaimana cara untuk order makanan dalam Bahasa Melayu.

Apa yang menariknya ialah terdapat Komen daripada warga Korea yang menetap di Malaysia yang mendedahkan sikap segelintir rakyat Malaysia yang tidak menganggap Bahasa Melayu sebagai bahasa yang penting untuk dipelajari.

Terjemahan (Ringkas)

Saya berasal dari Korea dan kini menetap di Malaysia.

Kini saya sedang mempelajari Bahasa Melayu tetapi terlalu ramai dikalangan masyarakat Cina Malaysia yang mempertikaikan dan bertanya mengapa saya tidak mempelajari Bahasa Cina?

Mereka berkata kamu perlu belajar Bahasa Cina!!!

Ramai juga daripada kalangan mereka berkata saya tidak sepatutnya menghabiskan masa belajar Bahasa Melayu sebaliknya lebih baik belajar Bahasa English dan Bahasa Cina.

Namun setiap kali saya dapat soalan seperti itu saya akan bertanya kembali kepada mereka

"Adakah saya tinggal di China?"

"Kenapa saya perlu belajar Bahasa Cina?"

Bahasa Kebangsaan Malaysia ialah Bahasa Melayu jadi saya perlu belajar Bahasa Melayu kerana saya berada di Malaysia dan ini cara saya menghormati Malaysia.






Tuesday, March 10, 2020

PUAK-PUAK NI KALAU SEHARI TIDAK HINA ORANG ISLAM MEMANG TAK BOLEH TIDUR KER?



Sedap sungguh mereka ni menghina orang Islam dalam konteks perkahwinan bawah umur.

Kononnya apabila PAS memegang portfolio KPWKM maka orang Islam akan gembira dapat bersedap-sedap dengan budak bawah umur.

Apa yang mereka ini tidak tahu bahawa statistik 2017 perkahwinan bawah umur mengikut agama dan etnik menunjukkan 968 adalah kanak-kanak bukan Islam.

Manakala kes yang melibatkan orang Islam ialah 877.

Terbukti kes yang melibatkan orang Islam adalah lebih rendah berbanding tapikes yang melibatkan non-muslim tapi yang dicanang dan diburukkan adalah orang Islam.

Sumber:https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=674211536657600&id=100022062793785

SENARAI MENTERI KABINET TERBARU KERAJAAN PN.


















Akhir teka-teki mengenai barisan kabinet PN terjawab hari ini.

Barisan kabinet dikatakan adalah barisan kabinet yang yang dianggotai individu² yang disaring oleh SPRM dan PDRM.

Apa yang sangat mengejutkan ialah perlantikan Mufti Wilayah yang dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Agama.

Juga terdapat lantikan individu yang tidak terlibat dalam parti politik (Teknokrat) tetapi mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu seperti yang telah dicadangkan oleh PAS.

Namun terdapat juga menteri 'recycle' seperti yang menyandang kementerian yang lain seperti Azmin, Zuraida,Rina Harun, Saifuddin Abdullah dan Redzuan Yusof (kereta terbang).

Aku sendiri sebenarnya mahu barisan kabinet terdiri daripada muka baru namun keputusan sudah pun dibuat oleh PM.

Kita doakan barisan kabinet ini ini mampu memberi sinar yang baru kepada rakyat Malaysia.

Sekian.

Sumber: Korek² (Timbalan Menteri mereka malas nk update)


Saturday, March 7, 2020

INI ANTARA SEBAB MENGAPA RAKYAT TAK BOLEH 'MOVE ON' BILA PH JATUH.



Dia ni kalau tak troll memang tak sah kah³

SIARAN MEDIA KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

HARGA RUNCIT PRODUK PETROLEUM BAGI TEMPOH 7 MAC 2020 SEHINGGA 13 MAC 2020

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan
menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 7 Mac 2020 sehingga 13 Mac 2020 adalah
ditetapkan seperti berikut:

(i)harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 21 sen selter iaitu daripada RM2.40 seliter kepada RM2.19 seliter

i(harga runcit petrol RON95 turun sebanyak 19 sen selter iaitu daripada RM2.08 seliter kepada RM1.89 seliter, dan

 (iii)harga runcit diesel turun sebanyak 17 sen seliter iaitu daripada RM2.13 seliter kepada RM1.96 seliter.



Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
6 Mac 2020


Friday, March 6, 2020

BOLEH MENANGIS PEROKOK DISELURUH MALAYSIA BILA TENGOK GAMBAR NI.




Sungguh kreatif pemilik restoran ini, sudah pasti perokok akan berasa serba-salah untuk merokok di dalam restoran itu.

Gurau kasar nampak kah³...

Kredit:
 https://www.facebook.com/100000924656759/posts/3825644634142987/


Innity