Tuesday, December 31, 2019

BOLEH MENANGIS PEMIMPIN DONG ZONG, GERAKAN, MCA DAN DAP BILA BACA STATUS NI.

Foto-Facebook



Beza minda yang terbuka dengan minda yang tertutup bagai katak dibawah tempurung.

Sunday, December 29, 2019

DONG ZONG: 60 TAHUN HIDUP DI MALAYSIA TAPI TULIS SURAT KENYATAAN MACAM BUDAK SEKOLAH RENDAH.

Foto-Facebook

Sangat memalukan kelihatan seperti kenyataan dalam bahasa Cina yang diterjemah menggunakan Google Translate. Memang selayaknya mendapat markah F atau Gagal...

Aku rasa kalau suruh mereka nyanyi lagu Kebangsaan pun misti tergagap-gagap.

Saturday, December 28, 2019

PEMIMPIN DONG ZONG SEPATUTNYA MASUK MAHARAJA LAWAK MEGA.



Dalam sebuah forum yang dianjurkan Gabungan Bertindak Malaysia @ KLSCAH, wakil Dong Zong berkata:

Masyarakat umum khususnya kaum Cina di negara ini dilihat menolak pelaksanaan pembelajaran tulisan Jawi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) adalah disebabkan ‘fear factor’ .

Setiausaha Agung Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Ng Chai Heng berkata, ada kalangan ibu bapa memberitahu mereka bimbang pembelajaran Jawi akan membawa pengaruh Islamisasi kepada anak-anak mereka.

Sumber:Malaysia Gazette

Namun kenyataan itu disangkal oleh pakar Hadith dan al-Quran, Dr.Kamilin Jamilin yang menulis kenyataan berikut:

Dahulu ketika tamadun Islam di puncak kegemilangan, pelbagai cabang ilmu sains seperti perubatan, kimia dan falak dipelajari dalam bahasa Arab.

Ratusan kalau bukan ribuan pelajar bukan Islam yang mencedok ilmu ini dalam bahasa Arab tidak menjadikan mereka muslim.

Misalnya Universiti Qarawin di bandar Fas, Maroko yang dibina pada kurun ketiga hijrah (diperakui sebagai universiti tertua dunia), mempunyai jurusan kepakaran seperti perubatan, falak, falsafah dan syariah.

Universiti ini telah melahirkan ratusan ilmuwan bukan islam, antaranya: Silverster II@Garbiret Doriac (Pope 999-1004 masihi), ilmuwan yang pertama memperkenalkan nombor arab ke Eropah dan menterjemah pelbagai buku ilmu dalam bahasa Arab yang ditimba di Andalus ke bahasa Latin.

Begitu juga dengan ilmuwan yang dikenali sebagai Ibn Maimun, seorang ahli falsafah Yahudi dan juga doktor perubatan yang pernah beberapa tahun mengajar di universiti tersebut.

Tidak pula mereka menjadi muslim hanya dengan mempelajari ilmu melalui wasilah bahasa Arab??

Hari ini ketika tamadun dunia bukan lagi di tangan umat Islam dan bahasa Arab tidak lagi menjadi bahasa utama ilmu, nak belajar mengenali sedikit huruf Jawi yang ada kaitan dengan bahasa Arab pun ditentang kerana dianggap sebagai Islamisasi!

Aduhai, alangkah lemahnya umat Islam kini…

Sumber:https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2645920582302831&id=1743258955902336

Kenyataan pemimpin Dong Zong itu turut disangkal seorang guru berketurunan Cina yang bernama Susan Leong.

Menurut Susan, tindakan memperkenalkan tulisan Jawi itu tidak menjejaskan kesatuan serta keharmonian dalam masyarakat malah memberi ilmu tambahan kepada pelajar pada zaman kini.

Seperti dirinya sendiri, Susan berkata beliau turut mempelajari tulisan tersebut sejak kecil dan masih mengingati kesemua 28 huruf Jawi meskipun sudah berusia 56 tahun.

Sumber:https://naimnikmat.blogspot.com/2019/12/soalan-untuk-dong-zong-dap-gerakan-dan.html?m=1

NGO rasis seperti Dong Zong sepatutnya tidak wujud dalam negara yang berbilang kaum dan berperlembagaan seperti Malaysia.

Sungguh ironi bila produk² milik ahli perniagaan Cina boleh sahaja menggunakan tulisan 'Halal' yang ditulis dalam tulisan Jawi untuk mengaut keuntungan tetapi takut diIslamkan dengan pengenalan tulisan Jawi dalam buku teks.

Dengan kenyataan dangkal dan menggelikan hati itu, pemimpin Dong Zong sepatutnya masuk Maharaja Lawak Mega.

Sekian.

P.RAMLEE DAH BERITAHU LAMA DAH BENDA NI TAPI KORANG TAK NAK DENGAR.

Foto-TTKM


Salah pangkah dapat apa Tuan² dan Puan²?

Pendapatan Dr Mahathir Mohamad naik 31 peratus kepada lebih RM100,000 sebulan.

Ini berdasarkan rekod di laman web pengisyhtiharan harta dan pendapatan SPRM.

Mahathir pada 19 Oktober 2018 mengisyhtiharkan pendapatan bulanan sebanyak RM75,861.57 bagi dirinya dan isteri Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Kemas kini pada 14 November menunjukkan pendapatannya sebanyak RM100,004.32, bagi beliau seorang saja.

Sumber:Mkini

Golongan pekerja swasta hanya akan merasa kenaikan gaji minima daripada RM1100 kepada RM1200 itu pun tidak berlaku secara menyeluruh kerana hanya pekerja di bandar² utama dan bandar² terpilih sahaja yang merasaikan kenaikan gaji minima itu.

Para menteri dan ahli Parlimen mendapat elaun secara menyeluruh, sehingga elaun parking pun mereka ada, manakala penjawat awam pula mereka berkira-kira untuk memotong elaun.





Friday, December 27, 2019

BOSAN RUMAH SERING DIMASUKI PENCURI, TUAN RUMAH INI BUANG SEMUA TINGKAP DIRUMAHNYA.


Foto-Harian Metro

Kelaziman sesebuah rumah dilengkapi dengan beberapa tingkap yang berperanan sebagai pengudaraan serta pencerahan ruang daripada cahaya matahari, namun sebuah rumah di Taman Koperasi di Kangar agak unik dan menarik perhatian sesiapa yang memandang kerana ia hanya mempunyai dua pintu tanpa sebarang tingkap.

Sekali pandang persis seperti sebuah gua, namun bagi seorang kontraktor elektrik, Mohamad Hanif Allah Pitchay, 42, beliau mempunyai alasan yang kuat mengapa rumahnya tidak mempunyai tingkap .

Mohamad Hanif berkata, sebelum ini rumahnya mempunyai tingkap seperti rumah lain, namun selepas dua kali dimasuki pencuri yang mengakibatkan kehilangan sejumlah wang dan motosikal, beliau mengambil keputusan ‘membuang’ semua tingkap pada hujung tahun lalu.

Ketika wartawan Bernama melangkah masuk ke ruang tamu rumah teres setingkat itu, mendapati suasana sedikit malap, cuma samar-samar cahaya matahari yang menerjah masuk menerusi pintu dan ruang udara kipas ekzos yang terdapat di rumah itu.

Mohamad Hanif yang menyambut mesra kehadiran Bernama, memetik suis lampu di kiri pintu bagi menerangi suasana dalam rumah sungguhpun cahaya matahari memancar dengan terang di luar.

“Sebenarnya idea mengubah suai rumah menjadi tanpa tingkap juga datang daripada ibu saya, Habsah Mohd Gani yang mana sebelum rumah ini dipecah masuk pencuri, beliau (ibunya) menganggap ruang tingkap sangat leceh untuk dijaga.

“Hari-hari emak saya asyik mengemas dan mengadu penat membersihkan kotoran debu di tingkap dan kerap membasuh langsir berkali-kali dan ini mendorong saya untuk membuang tingkap rumah,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Sumber


Thursday, December 26, 2019

SEBURUK-BURUK KERAJAAN DAN PEMERINTAH MENURUT UMAR AL-KHATTAB

Gambar hiasan

Gambar hiasan

Muhasabah untuk pemimpin

Diriwayatkan bahawa Umar bin Al-Khattab RA (wafat 23 H) pernah mengatakan :

بِئْسَ الْوَالِي أَنَا إِنْ شَبِعْتُ وَالنَّاسُ جِيَاعٌ

“Akulah seburuk-buruk pemerintah apabila diriku kenyang sedangkan rakyat pula menderita kelaparan...”

[Al-Bidayah Wa an-Nihayah, Ibn Katsir]

Renung-renungkan dan selamat beramal...




Wednesday, December 25, 2019

WANITA INI PUJI YB PH MELAMBUNG-LAMBUNG KERANA KOMITMEN BELIAU KEPADA PENDUDUK SETEMPAT.




Sudah pergi pejabat, tapi YB selalu tidak ada, adu wanita kepada Budiman

MalaysiaGazette – Walaupun Barisan Nasional (BN) sudah tidak berkuasa dan tidak memiliki sumber namun komponen parti itu dicari rakyat yang mahu mendapatkan bantuan.

Dulu, kata Datuk Seri Najib Razak ramai yang datang ke pejabat BN atau pejabat kerajaan minta bantuan.“Sehingga ke hari ini juga.“Kita bantu. Kita selalu cari jalan untuk jaga kebajikan rakyat,” katanya.

Bekas Perdana Menteri itu mengulas mesej daripada seorang wanita yang dikongsi oleh bekas Ali Parlimen Sungai Besar dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi.

Wanita berkenaan menghantar mesej melalui Whatsapp memohon bantuan Budiman kerana keadaan hidupnya semakin mendesak sekarang.

Berdasarkan perkongsian mesej itu, wanita berkenaan memaklumkan suaminya sudah kehilangan pekerjaan.

Disebabkan itu, keadaan keluarga itu semakin sukar, ditambah pula bantuan persekolahan sudah tiada.

Wanita itu memaklumkan kepada Budiman dia sudah cuba pergi ke pejabat wakil rakyat tetapi ‘Yang Berhormat’ selalu tiada.

Lantaran itu, wanita tersebut terpaksa mencari Budiman. Budiman melalui Facebooknya berkata, beliau meminta maaf. “2020 semakin suram”, katanya.

Sumber


Sudah dinyatakan berjuta-juta kali PH menang rakyat senang.

Sekian.

Tuesday, December 24, 2019

PEKERJA A&W RNR AYER KEROH: ANDA JANGAN FIKIR ORANG TAK TAHU APA YANG ANDA BUAT PADA PAKCIK NI!

Foto-Firdaus Fitri

Semalam saya singgah di A&W Hentian Rehat Ayer Keroh. Saya beratur utk memesan makanan.

Queue agak panjang. Ketika itu isteri saya bersama dengan ibu saya di surau. Di poket saya tiada cash walau sesen pun ketika itu. Bila hampir tiba giliran saya, saya cuba hubungi isteri saya tapi panggilan saya tidak berjawab.

Saya cuba call anak² perempuan saya yg ketika itu bersama ibu dan nenek mereka, pun tidak berjawab. Saya fikir mereka mungkin sedang solat atau menguruskan ibu saya di toilet.

Bila tiba giliran saya, saya bertanya kpd cashier samada menerima pembayaran melalui kad debit. Malangnya tidak. Saya beritahu cashier bahawa saya langsung tiada cash di tangan. Utk call isteri atau anak² ketika itu tidak begitu appropriate kerana org yg beratur agak ramai.

Anak muda cashier ini Firdaus Fitri bertanya kpd saya "Pakcik nak order banyak ke? Kalau utk seorang tak apa saya belanja". Saya beritahu dia saya nak order utk 9 orang. "OK Pakcik...Pakcik order dulu...lepas tu boleh ambil duit kat ATM". Saya tanya di mana letaknya mesin ATM terhampir. Dia beritahu ada di stesen Petronas. Jaraknya agak jauh utk berjalan kaki.

"Pakcik boleh bawa motor tak?" tanya Firdaus Fitri. Saya angguk. "Lepas order ni Pakcik jumpa saya di belakang ambil kunci motor...ya".

Selesai membuat pesanan, saya terus menuju ke pintu keluar utk ke arah belakang restoran. Masa itu saya bertemu dgn isteri dan anak²  bersama ibu saya. Lega. Saya lalu meminta sedikit cash dan terus membuat pembayaran.

Saya minta izin Firdaus Fitri utk merakam foto beliau. Anak muda Kelantan ini berjiwa besar, berhati mulia, baik hati dan yg penting dia ada skill pengurusan yg baik dlm menyelesaikan masalah. Kalau dilatih anak muda ini dia mampu menjadi seorang Pengurus yg baik.

Tahniah A&W Hentian Rehat Ayer Keroh kerana memiliki seorang kakitangan yg berkualiti.


Sumber: Mohd Ellmy Yusri Ismail.

Monday, December 23, 2019

KALAU INI BUKAN HIPOKRIT KORANG NAK PANGGIL APA? BANTAH TULISAN JAWI TAPI GUNA LOGO HALAL JAWI UNTUK BUAT DUIT.





Foto-Facebook

Bersungguh-sungguh mereka membantah tulisan Jawi.

Tapi untuk buat duit mereka sanggup pula guna tulisan jawi yang mereka anti sangat tu.

Inilah sikap hipokrit mereka. Kenapa tidak guna sahaja perkataan tulisan Cina untuk tulisan 'Halal' itu?





Berikut adalah logo halal baru yang dicadangkan:


Kalau semua produk keluaran syarikat non-muslim dan non-bumiputera setuju guna logo baru ini aku setuju dengan bantahan mereka terhadap tulisan Jawi.


Saturday, December 21, 2019

BOLEH MENANGIS PENYOKONG DONG ZONG BILA TENGOK GAMBAR NI.

Foto-The Vocket



Seperti yang kita sedia maklum Dong Zong adalah sebuah NGO yang sangat lantang menentang pengenalan tulisan Jawi dalam buku teks sekolah.

Tentangan yang dilakukan Dong Zong telah mengundang kemarahan masyarakat Melayu kerana tulisan Jawi adalah warisan yang sangat bernilai kepada negara dan kaum Melayu.

Penentangan Dong Zong itu dilihat sangat rasis dan mempertikaikan keputusan Kementerian Pelajaran.

Namun ternyata bukan semua yang menentang tulisan itu dan sebenarnya ramai pihak yang menghargai tulisan yang indah  itu.

Terbaru pasukan Juventus telah menunjukkan jersi terbaru mereka dengan tulisan nama Jawi bagi kempen Piala Super Italia 2019.

Adidas dan Juventus telah melakukan kerjasama dengan artis kaligrafi Arab-Maghribi iaitu Shaker Kashgari bagi menyediakan design terbaru jersi mereka beserta nama pemain yang ditulis dari tulisan Jawi.

Dapatlah aku simpulkan Dong Zong sebenarnya hanyalah NGO katak dibawah tempurung yang bersifat rasis melampau.

Sekian.





Friday, December 20, 2019

BERITA BAIK UNTUK KAKI-KAKI MABUK DI NEGERI PERAK.




Sinar Harian - Minuman keras sedia dipertimbangkan untuk dijual di Pulau Pangkor yang bakal diisytiharkan sebagai Pulau Bebas Cukai menjelang Januari 2020. 

Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Perak, Tan Kar Hing berkata, pengecualian arak sebagai item bebas cukai masih belum dimuktamadkan oleh jawatankuasa induk. 

"Kerajaan negeri akan sentiasa mengkaji semula dasar tersebut jika ada permintaan yang munasabah ataupun ada dasar lebih menjaga pemain industri atau penduduk setempat, kita akan kaji semula. 

"Mungkin akan ada tempat-tempat tertentu yang boleh (jual) atau jika tiada permintaan, kita takkan jalan atau benarkan arak sebagai barangan bebas.  

Setakat ini, arak sahaja tidak disenaraikan dalam barangan bebas cukai," katanya ketika mengulas soalan pemberita mengenai dakwaan pemain industri pelancongan tempatan yang memaklumkan arak dan rokok tersenarai sebagai barangan bebas cukai. 

Beliau ditemui pada program Jelajah Persona Selangor 2019 - Edisi Negeri Perak yang dihadiri Exco Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari di sini hari ini. 

Kar Hing berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan arak akan dimasukkan sebagai item jualan di pulau berkenaan pada masa akan datang. 

Beliau turut mengesahkan bahawa rokok telah dimasukkan sebagai barang bebas cukai. 

"Apa yang kita telah bersetuju untuk dijadikan barangan bebas cukai adalah semuanya termasuk rokok. 

"Arak belum lagi dimuktamadkan. Setakat ini, ia masih belum dibenarkan," katanya.



Sepatutnya cadangan untuk jadikan arak ini sebagai barang bebas cukai tidak timbul kerana kerosakan yang disebabkan oleh arak terlalu banyak dan ia sangat bertentangan dengan Maqasid Syariah.

Namun apakan daya apabila yang menguasai kerajaan terdiri daripada mereka yang hanya mementingkan keuntungan berbanding memikirkan kerosakan akibat arak.

Bagi aku bukan sahaja arak tetapi rokok pun tidak sepatutnya dijadikan barang bebas cukai.

Sekian.

Thursday, December 19, 2019

INI BUKTI PEMIMPIN PH BUKAN BIASA-BIASA.

Foto-Ulasan Apek Cina

Pasti penyokong PH rasa bangga yang amat sangat apabila melihat betapa hebatnya Pemimpin PH meneraju negara.

Antara sumbangan yang boleh dibanggakan dan patut diwar-warkan kepada seluruh negara adalah kejayaan mereka:

1. Merasmikan Pelancaran Whatsapp Group

2. Merasmikan naik taraf  lif

3. Merasmikan Pelancaran lampu isyarat pejalan kaki

Benarlah kata Menteri Kewangan bahwa sudah banyak manifesto Pilihanraya yang sudah mencapai sasaran.

Pengundi PH pasti sedang berbangga dengan kejayaan-kejayaan ini.

Rakyat tidak perlukan penurunan kos sara hidup cukuplah dengan pelancaran whatsapp Group, itu sudah pasti akan meringankan beban kos sara hidup.

Sekian.

SIAPA YANG CAKAP PH TAK PANDAI MENTADBIR, JOM SEKEH KEPALA DIA. INI BUKTI PH MENANG RAKYAT SENANG:


Akhirnya berlaku dizaman PH mentadbir sejarah perolehan ASB paling tercorot.

Apa sebenarnya yang PH buat selain bergaduh sesama sendiri dalam isu yang bodoh.

Menteri Kewangan sibuk bermain politik daripada berusaha memantapkan ekonomi.

Menteri Ekonomi pula seakan-akan tiada fungsi.

Bagaimana rakyat hendak berpuashati dengan prestasi PH jika bukti yang jelas dan nyata PH tidak mampu memantapkan ekonomi negara.

Peluang pekerjaan kurang, gaji tidak setimpal dan sara hidup semakin tinggi dan melambung hari demi hari.

Berikut adalah prestasi ASB dibawah pentadbiran BN:


Ringgit Malaysia terus turun, pelabur pula rakus menjual saham.

Jika situasi ini masih tidak dapat mengambil perhatian pemimpin PH maka tunggulah saat kehancuran PH.

BN pun rakyat mampu jatuhkan apalagi dengan PH yang baru setahun jagung dan berhingus itu.

Sekian.



Wednesday, December 18, 2019

INI KALAU BUKAN GILA PUBLISITI KITA NAK PANGGIL APA?

Foto-TTKM


Seramai 29 pelajar dari Pahang menerima surat tawaran kemasukan MRSM dari YB Menteri sendiri pada majlis Program Back to School 2020 di Kuantan, Pahang. 

Bersama surat tawaran, turut disertakan sijil tahniah, dimana  gambar YB Rina Harun kelihatan hampir satu pertiga muka, sambil disertakan nama akaun facebook, instagram dan twitter menteri tersebut. 

"Tahniah atas kejayaan anda mengikuti pengajian di Maktab Rendah Sains Mara. Semoga dapat memenuhi cita-cita anda dan sentiasa mencipta kecemerlangan demi keluarga, agama, bangsa dan negara." - YB Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Luar Bandar



Rasanya seteruk-teruk pemimpin kerajaan terdahulu tidaklah sampai sebegini kemaruk inginkan publisiti.

Tuesday, December 17, 2019

INILAH 3 MUKA SURAT SIRI PENGENALAN SENI TULISAN JAWI YANG SANGAT DITAKUTI.





Entah apa yang ditakuti sangat oleh pertubuhan rasis Dong Zong dan yang seangkatannya terhadap siri pengenalan seni Tulisan Jawi kepada pelajar sekolah.

Amatlah bodoh dan dangkal sekali jika siri pengenalan tulisan jawi ini ditentang kerana pengaruh tulisan Arab padahal angka nombor yang digunakan dalam mata pelajaran Matematik juga berasal daripada angka Arab.

Pernah kita terfikir kaum yang datang sehelai sepinggang ke Tanah Melayu kini menjadi duri dalam daging mempertikaikan seni warisan bangsa Melayu.

"Kaduk  naik junjung" itulah perumpamaan yang sesuai diberi kepada segelintir manusia yang tidak tahu erti syukur dan hidup secara harmoni.

Kerajaan tidak sepatutnya memberi muka kepada pertubuhan rasis seperti Dong Zong, pertubuhan itu sepatutnya sudah diharamkan kerana menggugat keharmonian kaum di Malaysia.

Namun kerajaan yang kita ada sekarang adalah kerajaan yang lemah dan lemau bagai diinjak-injak oleh pertubuhan itu.

Siapa lagi yang kita dapat harapkan membela dan memelihara seni warisan tulisan Jawi ini?

SEMUA ORANG NAK TAHU, MENGAPA LIM GUAN ENG BERBOHONG?

Foto- MalaysianGazette


Lim Guan Eng didakwa berbohong dan sengaja mengapi-apikan sentimen perkauman apabila membuat kenyataan bukan Melayu dan bukan Islam menjadi sasaran dan tiada tindakan ke atas sekolah yang menyanyikan lagu Negaraku dalam bahasa Arab. 

Sedangkan realitinya pihak polis juga sedang menyiasat kes lagu Negaraku dalam bahasa Arab seperti mana kes nyanyian lagu kebangsaan dalam bahasa Mandarin. 

Kedua-dua kes itu disiasat di bawah Seksyen 8(3) Akta Lagu Kebangsaan 1968 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 

Pemerhati politik, Dr Novandri Hasan Basri mempersoalkan kenapa anak Lim Kit Siang ini sanggup membohongi perwakilan DAP negeri dan rakyat. 

“Kenapa beliau sengaja mengaitkannya dengan sentimen perkauman dan keagamaan sedangkan kedua-dua kes disiasat? 

“Dan sampai bila DAP mahu terus mengapi-apikan rasisme melampau yang boleh menimbulkan ketegangan di antara kaum di negara ini?,” soalnya. 

Beliau turut bertanya apakah DAP sengaja mahu mencetus keraguan dan tidak selesa sesama kaum di negara ini seperti yang DAP lakukan sebelum ini hingga berlakunya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969. 

Sementara itu, Dr Kamarul Zaman Yusoff juga mempersoalkan kenyataan Guan Eng yang menyebut “ada ketidakpuasan hati 
di kalangan masyarakat bukan Islam bahawa mereka disasarkan tanpa sebab munasabah dan adil” 

 dan “nyanyian Negaraku dalam Bahasa Mandarin sehingga ada yang buat laporan polis, polis siasat dengan sepenuhnya”. 

Katanya, Setiausaha Agung DAP itu juga bertanya: “Mengapa bila Negaraku dinyanyikan dalam Bahasa Mandarin jadi isu, Negaraku dinyanyikan dalam Bahasa Arab tak jadi isu?” 

Soal Kamarul, takkan Guan Eng tidak tahu sedangkan pada 11 Disember lalu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Huzir Mohamed sudah mengeluarkan kenyataan media bagi menjelaskan perkara tersebut.

“Disebut bahawa kedua-dua isu “nyanyian Negaraku dalam bahasa Mandarin” dan isu “nyanyian Negaraku dalam bahasa Arab” telah dan sedang disiasat oleh PDRM. 

“Bila kedua-dua isu mendapat layanan sama masyarakat dan PDRM mengapakah masih mahu didakwa “masyarakat bukan Islam disasarkan tanpa sebab munasabah dan adil?,” ujarnya.- Malaysia Gazette



Lim Guan Eng ni bercakap macam dia tu masih lagi pembangkang pula.

Sudah jadi kerajaan masih lagi berpropaganda macam pembangkang, kebangangan apakah ini?

Tak habis-habis keluarkan kenyataan yang berbaur rasis. 

Sedarlah kamu sudah jadi kerajaan yang mentadbir tidak sepatutnya kamu menanam kebencian masyarakat Cina terhadap pihak berkuasa yang yang menjalankan tugas mengikut perlembagaan.

Sekian.

Monday, December 16, 2019

BOLEHKAH PENJAWAT AWAM YANG BERKERJA DAN MAKAN GAJI DENGAN KERAJAAN MENGUNDI PEMBANGKANG? INI JAWAPANNYA:



Untuk mengundi sesiapa pun itu adalah hak anda yang dijaga oleh perlembagaan.

Anda berkerja dengan kerajaan dan makan gaji dengan kerajaan tidak bermakna anda wajib menyokong mereka.

Kerajaan yang  baik dan bertanggungjawab tidak akan sesekali mengugut penjawat awam supaya mengundi kerajaan didalam PRU mahupun PRK.

Sekian.


Saturday, December 14, 2019

BOLEH MENANGIS SYED SADDIQ BILA BACA KENYATAAN NI...




Klik gambar untuk lebih jelas

Tidakkah ini mendatangkan tanda tanya apabila seorang atlet cemerlang Sukan Sea baru-baru ini langsung tak 'mention' nama Syed Sadiq selaku Menteri yang menerajui Kementerian itu dalam ucapan penghargaan beliau.

Namun persoalan itu mungkin terjawab dengan kenyataan Irfan Shamsuddin sebelum ini:


Foto-nst


Berdasarkan pemerhatian ternyata Syed Saddiq tidak mempunyai kemampuan menerajui Kementerian Belia dan Sukan.

Pencapaian di Sukan Sea yang merosot  baru-baru ini jelas melihatkan ketidakupayaan beliau untuk menerajui kementerian tersebut.

Beliau seolah-olah tidak mempunyai hala tuju dan visi dalam menerajui kementerian terbabit jika dibanding dengan Menteri terdahulu iaitu  YB Khairy Jamaluddin.

Belum terlewat untuk PM merombak kembali kementerian terbabit supaya individu yang lebih layak dan berkemampuan dapat menerajui kementerian tersebut.

Friday, December 13, 2019

SYOK JADI PENUNGGANG AGAMA, AIR KOSONG MODAL TAK SAMPAI 50 SEN TAPI JUAL RM3.50?



Foto-Ilembunati



Kos produksi untuk air botol gini tak sampai 50sen. Guna agama terus jadi mahal. 

Habis air kolah kat masjid dengan surau lagi mahal la. 

Hari2 kat masjid/surau dibacakan 5 waktu sehari. 

Tak sah kalau tak tunggang. Nak kaya punya pasal. Kalah mat rempit gini. 

Sumber:Ilembunati


Berikut adalah  pandangan Mufti Wilayah Persekutuan:

Waalaikumussalam wbt, 

Perbuatan menjual produk-produk ruqyah atau jampi meskipun menggunakan ayat suci al-Quran dan doa-doa yang baik maksudnya, boleh membuka kepada pintu fitnah. 

Justeru, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Malaysia Kali Ke-108 yang bersidang pada 2-3 November 2015 telah membincangkan mengenai Hukum Penjualan Produk Menggunakan Ayat Ruqyah (Ayat Al-Quran) Untuk Tujuan Komersial. 

Muzakarah berkenaan telah membuat keputusan seperti berikut: 

Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Islam tidak menafikan penggunaan ruqyah dan     Rasulullah S.A.W. menyebutkan bahawa sebaik-baik ubat ialah ayat-ayat Al-Quran dan Baginda membolehkan untuk meruqyah selama mana tidak berlaku syirik.

Berdasarkan dapatan kajian yang dikemukakan, Muzakarah mendapati bahawa isu produk yang dilabelkan sebagai ‘makanan sunnah’ dan makanan/minuman yang diruqyahkan dengan ayat Al- Quran serta zikir semakin berleluasa dan menjadi pelan pemasaran pengusaha produk-produk makanan dan barangan di Negara ini. Ia telah menjadi kaedah untuk melariskan produk bersandarkan perkataan ‘makanan sunnah’ dan ruqyah.

Sehubungan itu, sebagai Sadd az-Zarai’ kepada unsur-unsur penipuan dan penyalahgunaan ayat-ayat Al-Quran untuk tujuan komersial, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penggunaan ruqyah dan istilah ‘makanan sunnah’ secara tidak bertanggungjawab untuk tujuan mengaut keuntungan dan melariskan produk perlu dihentikan kerana dibimbangi ia termasuk dalam perbuatan memperdagangkan ayat-ayat Al-Quran yang ditegah oleh ajaran Islam.

Oleh hal yang demikian, Muzakarah menggesa supaya perbuatan tersebut ditangani segera supaya istilah ‘makanan sunnah’ ini tidak difahami oleh masyarakat dalam konteks yang tidak tepat, dan penggunaan ruqyah tidak disalahgunakan sehingga menggugat akidah sekiranya masyarakat meyakini keberkesanan ruqyah pada sesuatu produk tersebut mengatasi usaha dan ikhtiar serta kekuasaan Allah S.W.T.

Muzakarah juga bersetuju memutuskan supaya penggunaan ruqyah pada sesuatu produk untuk tujuan komersial tidak dibenarkan sama ada untuk tujuan pelabelan, pengiklanan atau promosi.

Kami bersetuju dengan keputusan tersebut dan menyeru orang ramai agar tidak memasarkan produk yang diruqyah, sama ada dijampi secara lisan mahupun secara elektronik, agar tidak mendatangkan fitnah kepada agama. 

Semoga kita menjadi orang yang berniaga mengikut apa yang diajar Rasulullah dan Syariat Islam dengan menjarakkan diri daripada unsur gharar supaya Allah memberkati perniagaan kita. 

Wallahua’lam. 

Sumber: Laman web Pejabat Mufti Wilayah


Thursday, December 12, 2019

SOALAN UNTUK DONG ZONG, DAP, GERAKAN DAN MCA, KALAU BOLEH BELAJAR BAHASA JEPUN KENAPA TIDAK TULISAN JAWI?


Kalau boleh belajar bahasa Jepun, kenapa tidak tulisan Jawi? soal guru Cina. 

Susan Leong mempelajari tulisan jawi sejak kecil dengan adik-beradiknya. 

Perdebatan mengenai tulisan Jawi yang ingin diajar di sekolah Cina dan India masih lagi dibicarakan meskipun mahkamah telah membuat ketetapan. 

Ada pihak yang bersetuju, ada yang tidak atas sebab-sebab tertentu. 

Namun dalam pertikaian tersebut, seorang guru Cina yang telah berkhidmat lebih 30 tahun dalam dunia pendidikan menyokong tindakan supaya pelajar Cina dan India untuk mempelajari tulisan Jawi. 

Bagi Susan Leong, tindakan itu tidak menjejaskan kesatuan serta keharmonian dalam masyarakat malah memberi ilmu tambahan kepada pelajar pada zaman kini.
Seperti dirinya sendiri, Susan berkata beliau turut mempelajari tulisan tersebut sejak kecil dan masih mengingati kesemua 28 huruf Jawi meskipun sudah berusia 56 tahun. 

Lima daripada enam adik beradiknya itu mempunyai kemahiran tulisan jawi dengan begitu baik. 

“Dulu saya pergi belajar tulisan Jawi dengan seorang ustaz, tak ada masalah. Bukan saya seorang, 5 adik beradik saya juga pergi belajar tulisan Jawi. 

“Sebab ibu bapa saya pada waktu itu menekankan pendidikan, ketika itu semua bahasa rumi akan di Jawikan, jadi mereka cepat-cepat hantar kami belajar tulisan Jawi,” katanya kepada FMT. 

Tambahnya ketika itu, langsung tidak timbul sebarang masalah jika bangsa selain Melayu mempelajari tulisan Jawi. 

Sehinggakan Susan berkata tulisan tersebut telah sebati dengan dirinya dan menganggap ia merupakan seni dalam kehidupan yang menarik untuk dipelajari.
“Saya memang suka seni, jadi bila menulis Jawi Saya seronok sangat sebab ia seperti seni baru yang kita boleh pelajari,” katanya lagi. 

Masih mengingati kesemua huruf jawi sehingga kini. 

Namun, mempelajari semua ilmu itu tidak langsung melambangkan dirinya menentang sesebuah kaum sebagai seperti yang didakwa sesetengah pihak. 

Malah Susan berkata yang dia bangga dan merasakan dirinya sangat istimewa kerana mempunyai kemahiran dalam bahasa selain Mandarin dan Kantonis. 

“Sedangkan ramai orang Melayu kini pun tidak pandai tulisan Jawi, bukankah itu istimewa pada saya? 

“Dan kenapa perlu ‘rasis’, perkara melibatkan Melayu sahaja, tidak boleh diajar di sekolah Cina dan India, tetapi mengapa mereka boleh belajar bahasa Jepun sebagai bahasa tambahan di sekolah?” soalnya. 

Menceritakan pengalamannya sewaktu mengajar di sebuah sekolah di Petaling Jaya, Susan berkata dia terpaksa menjalankan tugas sebagai guru ganti dan keadaan kelas tersebut sangat tidak boleh dikawal. 

Tulisan jawi dianggap seni pada dirinya.

“Kita sudah dibahagikan untuk menjaga mana-mana kelas yang gurunya tidak dapat hadir. Saya masuk ke kelas yang keadaannya sangat riuh rendah, keadaan sangat tidak terkawal. 

“Saya sebut tolong diam, semua tak mahu dengar, jadi saya tulis di papan hitam ‘tolong diam, jika tidak saya pukul’ (dengan tulisan Jawi), tiba-tiba semua diam dan tepuk tangan. 

Selepas itu bila keluar dari kelas dan terserempak dengan pelajar di koridor, mereka akan berkata ‘selamat pagi ustazah,” katanya sambil ketawa. 

Sejak itu Susan berkata yang dia mula terkenal dalam kalangan pelajar sebagai seorang guru Cina yang mahir tulisan Jawi.
Malah guru lain juga turut bangga dengan kemahiran istimewanya itu. 

“Dulu pendidikan agama antara pelajaran yang saya letakkan sasaran kerana ia mudah. Sehingga saya darjah dua sahaja diberi peluang untuk mempelajarinya, selepas itu tidak boleh lagi kerana pada waktu itu politik sudah mula menular. 

“Kementerian tidak lagi membenarkan bangsa Cina dan India mengambil pelajaran pendidikan agama. Ketika itu saya sangat sedih, jadi sebab itu saya tidak mahu pelajar sekarang ketinggalan dalam mempelajari tulisan jawi,” ujarnya lagi. 

Tulisan Jawi telah menjadi entiti bangsa Melayu sejak 1,000 tahun lalu. 

Jadi Susan berkata ia bukanlah suatu kepelikan jika masyarakat majmuk kini mempelajari tulisan tersebut sebagai seni dalam kehidupan masing-masing. 

“Dalam hal ini, semua orang perlu berfikiran terbuka, baru hasilnya menjadi lebih positif,” ujarnya. 




Wednesday, December 11, 2019

DIMANAKAH LETAKNYA OTAK PEMANDU KERETA INI?



Di manakah letaknya otak pemandu sebegini... parking di atas ramp dan menyukarkan orang lain terutama OKU untuk keluar masuk. #KEL7362

Lokasi: Aman Sentral, Alor Setar



Jawapannya pemandu itu tidak ada otak untuk diletak dimana-mana pun.


KERAJAAN TIDAK LAGI KAWAL FI PERUNDINGAN KLINIK SWASTA, ORANG MISKIN JANGAN GATAL² PERGI KLINIK SWASTA.



Kawalan fi perundingan klinik swasta dimansuh - Dr Dzulkefly

Kabinet sebulat suara bersetuju untuk memansuhkan kawalan fi perundingan di bawah Akta 586.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata keputusan dibuat selepas perbincangan Mesyuarat Kabinet pada 29 November dan hari ini.

“Perbincangan membabitkan cadangan pindaan Jadual Ketujuh, Peraturan-Peraturan Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Klinik Perubatan Swasta Atau Klinik Pergigian Swasta) 2006 di bawah Akta 586 (Jadual Ketujuh).

“Kabinet sudah menilai perkara ini secara holistik dan komprehensif serta mengambil kira saranan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara.

“Kabinet juga prihatin terhadap keperluan bagi pindaan Jadual Ketujuh, yang belum pernah dipinda sejak ia mula dikuatkuasa pada 2006.

“Pemansuhan kawalan fi perundingan ini membabitkan semua fasiliti berdaftar (Jadual Ketujuh) dan fasiliti berlesen (Jadual Ketiga Belas),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, dengan pemansuhan kawalan fi perundingan, pengamal perubatan dan pengamal pergigian swasta akan dapat menentukan kadar fi perundingan yang dikenakan ke atas pesakit mereka.

“Pesakit pula boleh menilai dan membuat keputusan awal jika fi perundingan yang ditawarkan adalah berpatutan.

“Pemansuhan kawalan fi perundingan ini adalah satu langkah untuk memperkukuhkan lagi kuasa pilihan di tangan rakyat,” katanya. - Berita Harian

Bagi orang miskin yang tidak ada akses terhadap klinik kerajaan atau hospital kerajaan anda dilarang sakit.

Sakit hanyalah untuk orang-orang kaya. Anda mungkin tiada lagi pilihan selain menanggung kesakitan.

Sepatutnya kerajaan perlu meletak had maksima fi atau harga syiling bukan membenarkan klinik swasta meletakkan harga sesuka hati.

Namun itulah kerajaan yang anda telah undi, mereka hanya memikirkan cara untuk kayakan mereka yang sudah sedia kaya dan menyusahkan mereka yang sedia ada susah.

Anda miskin, sakit dan sukar ke klinik kerajaan? Mereputlah anda...

Tuesday, December 10, 2019

BUDAK MELAYU KITA MEMANG WAJIB JADI MAT REMPIT, BUDAK BASIKAL LAJAK, BOHSIA,KAKI RAGUT DAN BUDAK JALANAN SAHAJAKAH?.

Foto-NST

Ini adalah perkongsian seorang warga maya:


CAKAP YANG BAIK-BAIK... 

Hakikatnya, sudah ramai anak Melayu yang hebat. Minggu ini sahaja beberapa nama anak muda Melayu cemerlang kita dengar dan raikan.  

Foto-Facebook

Nurul Ezzaty Hasbullah sekarang belajar di Penn State University US. Beliau telah diisytiharkan penerima Anugerah Biasiswa berprestij Rhodes. https://www.viral.bbn.my/2019/12/03/pelajar-malaysia-tempa-nama-sebagai-penerima-biasiswa-rhodes-paling-berprestij-di-dunia

Muhammad Haiqal Hanafi pula cemerlang dalam sukan. Beliau baru sahaja ditabal sebagai Raja Pecut Asia Tenggara. https://www.bharian.com.my/sukan/olahraga/2019/12/636626/muhammad-haiqal-raja-pecut-baharu-asia-tenggara/amp  

Foto-mstar

Hakeem Mohammad Akmal, 18, pula mendapat skor penuh 100 peratus bagi kertas FA1 Recording Financial Transactions sekali gus mencipta sejarah dunia dengan berada di tempat pertama bagi subjek berkenaan. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/12/524125/hakeem-cipta-sejarah-dunia 

Banyak lagi kisah anak Melayu yang hebat di peringkat  antarabangsa.Tetapi yang sedihnya kisah negatif anak Melayu pula yang selalu dihadapkan pada umum. Diulang-ulang bahawa anak Melayu bermasalah. 

Untuk orang Melayu menjadi bangsa yang maju, teladan kejayaan (success story) harus diperhebatkan. 

Ibubapa Melayu kena mula banyakkan bercakap hal yang baik dan cemerlang pada anak-anak mereka sehingga menjadi budaya dan ikutan sejak kecil. 

Kurang kan bercakap hal hal yang buruk. Kalau yang buruk sahaja diungkit, yang salah saja disebut, jiwa anak Melayu akan menjadi lesu. Semangat mereka akan menjadi lemah. 

Kalau yang baik kita minta, baiklah yang datang, kalau yang buruk kita minta, buruklah yang menjelma. 



Pada pengalaman aku sendiri memang bangsa lain jarang atau tiada langsung bercakap buruk tentang generasi muda mereka.

Mungkin disebabkan itu generasi muda mereka menjadi sangat berjaya dalam pelajaran kerana mereka tidak didedahkan dengan contoh-contoh yang buruk walaupun hakikatnya tidaklah sedemikian.

Tapi sikap positif mereka itu berjaya melahirkan generasi yang hebat.

Berbeza dengan masyarakat Melayu kita yang lebih suka menjaja tentang keburukan dan kejelikan generasi muda.

Mulai daripada sekarang kita perlu dedahkan anak-anak kita dengan kisah kejayaan remaja Melayu yang hebat supaya mereka boleh dijadikan contoh dan inspirasi.

Baca juga: TAK PERLU DANA 20 JUTA, PEMUDA KAMPUNG BANGGAKAN NEGARA DENGAN CIPTAAN MOTOR MESRA BANJIR.

Sekian.




Monday, December 9, 2019

INI JAWAPAN PALING WIN JIKA ADA KAWAN NON-MUSLIM ANDA YANG TANYA KENAPA AZAN PERLU KUAT DAN KERAP?




Mengapa azan harus dikumandangkan kuat ? Pakai speaker pula .. Apa tidak mengganggu yang lain termasuk non-Muslim ?

Adalah teman saya, yang kebetulan non-Muslim .. bertanya kepada saya .. “ Kenapa kalau azan harus dibunyikan kuat-kuat dengan speaker pula ? ”

Saya yang bukan ahli agama kemudian berpikir sejenak mencari jawapan yang mudah dicerna dengan menjawab seperti ini ..

“ Bro azan itu adalah panggilan solat .. namanya panggilan tidak mungkin dengan cara yang sama seperti berbicara atau berbisik-bisik ”

Teman saya membalas: " Tapi kan orang-orang sekitar tidak semuanya muslim ?”

Saya jawab lagi : “ Benar bro .. jika kita sekarang sedang berada di lapangan terbang .. kita akan dengar announcement memberikan panggilan untuk boarding ?

Apakah kamu juga tidak bertanyakan kepada mereka mengapa membuat panggilan boarding untuk pesawat² lain dengan kuat padahal bukan panggilan untuk pesawatnya ? ”

Dia tersenyum namun membalas lagi : “Tapi bukankah semua orang sudah tahu dengan kemudahan dan teknologi moden dapat memberitahu mengenai waktu dan solat apa .. tanpa harus melaungkan azan ? "

Saya kemudian menjawab : “ Ya setiap penumpang juga sudah tahu jadual penerbangannya sejak membuat tempahan tiket lagi .. memegang tiket dan kemudian check-in .. sudah tercetak jadual berlepas di boarding pass .. sudah masuk ruang tunggu .. tapi pihak Penerbangan masih membuat panggilan boarding bukan ?

Dan ada satu hal lagi mengapa azan harus dikumandangkan .. itu bukan hanya sebagai penanda sudah masuk waktu solat tapi benar-benar panggilan solat .. kerana kami harus menyegerakan solat ..
" Sama juga seperti semua penumpang harus segera masuk pesawat setelah panggilan boarding .. walaupun masih ada waktu untuk naik pesawat sampai pintu pesawat dtutup "

Kali ini senyumnya bertambah lebar... lalu dia segera memeluk saya sambil menepuk-nepuk bahu saya dan berkata “Superb .. I got it bro “

Noted ! Thanks bro

Masih banyak orang tidak rela ketinggalan pesawat dibanding ketinggalan solat .. Bahkan lebih rela menunggu pesawat yang belum datang dibandingkan menunggu azan datang ..

Ayuh mari kita share agar mereka bukan sahaja dapat memahami kenapa perlunya azan dilaungkan tetapi juga agar terbuka pintu hatinya .. Aamiin Aamiin Aamiin Allahumma Aamiin Ya'Rabbal'Alaamiin

Hayya 'Alash Solah = Ayuh Solat ..

Hayya 'Alal Falah = Ayuh menuju kejayaan ..

Solat adalah jalan kejayaan dunia akhirat ..

Wassalam perkongsian

Sumber: MJ RENTAL CAR

Selalunya memang non-muslim perlukan jawapan yang logik kerana mereka tidak beriman seperti kita.

Alhamdulillah kerana saudara kita ini berjaya membuka minda orang non-muslim seperti Mahinder Singh.

Syabas diucapkan

Sunday, December 8, 2019

ISU TUKAR BAHASA LAGU KEBANGSAAN, KENYATAAN PERMAISURI AGONG INI AKAN BUAT SEMUA ORANG SENYAP.



Isu lagu kebangsaan tarik perhatian Raja Permaisuri Agong

CYBERJAYA 7 Dis. - Isu lagu Negaraku yang dinyanyikan dalam bahasa Mandarin di sebuah sekolah vernakular turut mendapat perhatian Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menerusi Ciapan akaun Twitter milik Baginda hari ini, Tunku Azizah lagu kebangsaan Singapura tidak dinyanyikan dalam bahasa lain kecuali bahasa Melayu.

"Lagu kebangsaan Singapura 'Majulah Singapura' dalam bahasa Melayu dan bukan daripada bahasa lain," titah Tunku Azizah menerusi ciapan akaun Twitter milik Baginda.

Lagu kebangsaan Singapura dinyanyikan dalam bahasa Melayu walaupun majoriti penduduknya adalah terdiri daripada penduduk bukan Melayu.

Semalam, tular video mengenai sekumpulan murid sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina di selatan tanah air menyanyikan lagu Negaraku dalam bahasa Mandarin.

Bagaimanapun Ketua Pengarah Pelajaran menerusi kenyataan semalam menjelaskan, siasatan yang dijalankan mendapati lagu Negaraku dalam bahasa Mandarin adalah bertujuan untuk memberi kefahaman terhadap maksud, tujuan dan adab ketika menyanyikannya.

Ciapan Raja Permaisuri Agong itu mendapat 4,221 ulang kicau dan 8,425 tanda suka.

Menerusi ciapan tersebut, para pengikut Baginda menyokong kenyataan itu.
Seorang pengikut dikenali sebagai Sam Mikli menyokong ciapan baginda dan menjelaskan negara jiran itu tidak mengubah bahasa lagu kebangsaannya kepada bahasa lain.

"Ampun Tuanku. Setahu patik, lagu kebangsaan Singapura 'Majulah Singapura' dinyanyikan dalam bahasa Melayu. Tidak pernah dinyanyikan bahasa lain. Orang Cina/Baba Nyonya, orang India/Punjabi, orang Serani termasuk cetera semua menyanyikannya dalam bahasa Melayu. Ampun Tuanku," katanya.

Bagi seorang pengikut dikenali Mr. Konkulusi Jr., dia meminta Baginda bersuara dalam isu ini.

"Tolong minta Yang di-Pertuan Agong bersuara isu ini tuanku. Lagu dan bahasa kebangsaan perlu dihormati. Semakin hari semakin cetus kebimbangan dan melebarkan jurang antara kaum bila mula dari sekolah sudah dididik begitu," katanya. - #malakattribune


Saturday, December 7, 2019

TANGAN BAYI LUKA DAN MEMBENGKAK AKIBAT JARUM SUNTIKAN , STAF HOSPITAL PULA CUBA SEMBUNYIKAN KEJADIAN DARIPADA PENGETAHUAN PENGARAH?





Berikut adalah perkongsian daripada pengguna facebook Azlindainda Azlindainda:


Keadaan semasa setakat hari nie....menyirap lak aku bila dapat tau doktor n staf kat GH Kulim nie cuba elakkan Pengarah Hospital sampai ke katil anak sepupu aku nie....

Nak ja aku viral kan benda nie....

Bikin panaih hati....

Hangpa semua tolong share sat bagi benda nie sampai ke pengetahuan Menteri Kesihatan Malaysia...

Jasa baik hangpa semua amat dihargai...

#WKPT

Sumber: Fb Waris Kelantan, Pahang & Trengganu

Bayangkan perkara ini terjadi kepada bayi kita.

Melihat kepada printscreen tersebut,  ibu kepada bayi malang itu, Siti Rohayu Abdul Shukor mengatakan insiden itu terjadi akibat jarum suntikan.

Aku tak tahu nak cakap apa. Sebelum ini tular kes bayi yang dicucuk lebih sepuluh kali pada tangan kerana jururawat tidak tahu cara yang betul untuk mengambil sampel darah daripada tangan bayi.

Kita semua sedia maklum tubuh badan bayi adalah sangat sensitif.

Bayi-bayi di hospital kerajaan ini dilihat seolah-olah macam jadi bahan eksperimen pula bagi jururawat-jururawat yang tidak mahir.

Yang lebih panas lagi apabila staf terbabit cuba sembunyikan kejadian itu daripada pengetahuan pengarah Hospital.

Aku harap pihak Hospital terbabit segera menjalankan siasatan terperinci dan tindakan tegas perlu diambil supaya insiden seperti ini tidak berulang.

Kejadian difahamkan berlaku di Hospital Besar Kulim.

Friday, December 6, 2019

TAK PERLU DANA 20 JUTA, PEMUDA KAMPUNG BANGGAKAN NEGARA DENGAN CIPTAAN MOTOR MESRA BANJIR.



‘Hebak anak muda kampong! Bijok sampai orang Jepung buleh geleng pala’ (Hebat anak kampung! Bijak hingga orang Jepun mungkin tidak percaya).

Ia antara pujian oleh netizen dalam dialek Terengganu untuk menggambarkan kekaguman terhadap kreativiti dua anak muda Kampung Banggol, Setiu, hingga dua buah motosikal bukan sahaja boleh bergerak di atas jalan raya tetapi juga di dalam air yang dalam.

Hasil gabungan kesungguhan dan keberanian Ikram Shahidi Mat Kail, 24 dan adiknya, Muhammad Zakaria, 22, turut membangkitkan keterujaan sesiapa sahaja yang melihatnya termasuk Bernama yang berkesempatan melihat mereka meredah banjir, lewat petang semalam.

Motosikal jenis Modenas Kriss 110 dan Honda C70 itu bukan sahaja masih berfungsi apabila sudah tenggelam sepenuhnya di dalam air, malah mampu bergerak laju meskipun air sudah pun berada pada paras leher penunggang.

Ikram Shahidi berkata kreativiti itu bermula dengan perasaan ingin mencuba namun tidak menyangka ia membuahkan hasil dan lebih menarik, mereka hanya mengambil masa dua jam untuk melakukan pelbagai proses pengubahsuaian.

Bagi menyempurnakan misi meredah air, beliau mengubah suai botol plastik bagi menggantikan tangki minyak, karburetor dan saluran udara ke karburetor, hujung paip ekzos yang kesemuanya diletakkan dengan kedudukan lebih tinggi daripada motosikal biasa bagi membolehkan motosikal itu bergerak dalam paras air yang tinggi.

"Sebenarnya, tahun lepas saya dah cuba buat tapi tak berjaya kerana motor enjin mati dalam air. Namun, saya cuba lagi baru-baru ini dan hasil cantuman pelbagai idea kawan-kawan motosikal itu berjaya disiapkan dalam tempoh dua jam.

Kami dua beradik meronda sekitar kampung pada waktu petang kelmarin, namun tak sangka pula rakaman video yang diambil beberapa rakan itu menjadi tular dan ramai nyatakan kekaguman mereka dengan kreativiti kami," katanya ketika ditemui Bernama di bengkelnya dekat Kampung Banggol, lewat petang semalam.

Muhammad Zakaria yang sering digelar ‘Pok Ya’ pula berkata mereka melakukan perkara itu sekadar mengisi masa lapang untuk melepas lelah selepas penat bekerja sebagai mekanik, juga untuk digunakan mengambil hasil tangkapan ikan di kawasan banjir dan menangkap burung.

Kedua-dua mereka sebenarnya tidak pernah mendapat pendidikan formal tetapi ia hanya hasil minat terhadap komponen motosikal sejak kecil dan pernah bekerja dengan mekanik lain selama beberapa tahun sebelum membuka bengkel kecil di kampung.

"Jika ada rezeki, teringin juga nak belajar secara formal sebab kami bercadang nak buat motosikal amfibia pula pada musim banjir akan datang. Boleh juga tolong bawa orang kampung ke kawasan selamat," katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Persatuan Belia Sepadu Banggol, Khairul Afendi Ibrahim berkata kreativiti dua beradik tersebut sangat membanggakan penduduk kampung kerana secara tidak langsung nama Kampung Banggol mula dikenali menerusi video berkenaan.

Lihat video disini

Beliau mula memuat naik empat video klip pada pukul 6.35 petang Selasa dan tidak menyangka status itu tular di Facebook apabila menerima lebih 1,000 komen dan 23,000 perkongsian (setakat 8.30 pagi ini).

"Asalnya saya hanya suka-suka nak rakam kenangan kehebatan dua rakan kampung kami atas inovasi ini, tak sangka pula video itu tular dan sehingga kini saya masih menerima pesanan di Facebook Messenger dari merata tempat termasuk Thailand, Vietnam, Filipina, Laos dan Amerika Syarikat yang berminat dengan video tersebut.

Malah, saya terima beratus-ratus permintaan dari orang ramai yang ingin menjadi kenalan di Facebook sehinggakan tidak menang tangan melayan pelbagai pertanyaan mereka yang teruja," katanya.
- BERNAMA

Menteri Kereta Terbang patut malu dengan pemuda hebat ini.

BOLEH MENANGIS TOK IMAM DAN JEMAAH BILA BACA SURAT LAYANG KANAK-KANAK NI.


Baru-baru ini telah tular sekeping surat layang yang ditulis seorang kanak-kanak yang tidak berpuas hati kerana tidak dibenarkan solat di saf hadapan bersama jemaah yang lain.

Berikut adalah gambar isi kandungan surat tersebut, perkongsian Yusrie Yusoff:

'Klik' gambar untuk lebih jelas

Surat layang buat tok imam dan jemaah surau dari seorang kanak2 yg tidak puas hati dihalau dari saf depan...

Semoga jadi pengajaran buat semua.. melentur buluh biar lah dari rebungnya.. jgn bezakan umur untuk rebut saf depan.. allah tak pernah bezakan hamba2 nya dlm beribadat..siapa lah kita nak bezakan sesama manusia.. kita semua sama ja..

Sumber: Yusrie Yusoff


Berikut adalah ulasan yang dipetik daripada web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (link): 

Kedudukan Kanak-Kanak Di Dalam Saf Solat

Berikut merupakan beberapa keadaan saf mengikut bilangan makmum dan jantinanya.

Pertama: Jika seorang imam bersama dengan dua orang ataupun lebih dari makmum lelaki, ataupun di belakang imam tersebut terdapat seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak maka keduanya berada di dalam satu saf di belakang imam.  

Kedua: Sekiranya seorang imam diikuti oleh dua orang makmum lelaki dan seorang perempuan, maka kedua orang lelaki tersebut berada dalam satu saf di belakang imam manakala perempuan tersebut berada di belakang keduanya. 

Ketiga: Dalam keadaan ramainya makmum lelaki berserta perempuan dan juga kanak-kanak bersama imam maka kedudukan para makmum lelaki adalah di saf pertama atau kedua-dua saf yang paling hampir dengan imam. Kemudian kanak-kanak berada di belakang mereka. 

Manakala terdapat suatu pendapat di sisi para fuqaha bermazhab Syafie yang mengatakan bahawa diletakkan di antara dua orang lelaki dewasa itu seorang kanak-kanak supaya dia dapat mempelajari pergerakan-pergerakan solat. 

Lihat Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (27/36-37).


Cadangan & Syor

Setelah kami bahaskannya maka kami dapati dan mencadangkan seperti berikut:

Jika kanak-kanak teramat kecil dan susah untuk di jaga serta mengganggu Jemaah, maka aulanya tidak di bawa ke masjid.

Jika kanak-kanak tidak mengganggu namun dibimbangi oleh kedua ibu-bapa akan keadaannya, maka boleh diletakkan di sebelah ibu-bapanya. Kami syorkan dalam keadaan sebegini, ibu-bapa untuk bersolat di tepi dinding (hujung saf) dan diletakkan anaknya itu dihujung sekali.

Jika kanak-kanak mampu berdikari,  aulanya diletakkan di saf kanak-kanak.

Sayugia juga wujudnya penyelia yang mengawasi dan membimbing kanak-kanak di dalam saf dan solat mereka agar kanak-kank dapat melakukan solat dengan sebaik mungkin. 

Di samping itu, dia dapat menasihatkan kanak-kanak dari berbuat bising dengan mengajarkan adab-adab dan meraikan kehormatan masjid.