Nuffnang

Innity

Innity

Saturday, April 30, 2016

NAK CEPAT KAYA KENA GUNA AGAMA UNTUK LARISKAN JUALAN (GAMBAR)


    Ayat2 al-Quran bukan untuk didagang ...

Tuesday, April 26, 2016

Monday, April 25, 2016

Thursday, April 21, 2016

KENAPA ANDA PARKING MACAM KHINZIR? (GAMBAR)

 


 'Anda parkir macam khinzir!'

Saya ke bank pagi tadi. Anak terlelap di dalam kereta, jadi saya tinggalkan dengan isteri. Dengn enjin dan penghawa dingin tidak ditutup. Jam 11 selesai urusan bank. Saya kembali ke kereta. Ada kereta menghalang laluan kereta saya dan dua kereta lain.

Saya menjenguk ke kereta itu. Saya cuba cari nombor telefon kalau kalau ada ditinggalkan di papan pemuka. Tiada. Brek tangan di tarik, dan gear di parkir.

'Tak boleh tolak nampaknya'

Saya bertanyakan isteri kalau kalau ada ternampak. Katanya tak perasan. Saya tanyakan lagi dua pakcik diluar. Kata mereka, cubalah bertanya di dalam bank, petronas atau a&w. Saya akur, kemudian berjalan lagi ke bank. Sampai ke bank, saya buat pengumuman. Tiada yang keluar. Saya naik ke tingkat atas. Juga tiada.

Saya ke a&w, harapan kalau ada pemuda yang keluar. Tiada. Begitu juga petronas, hampa.

Suhu el nino ini makin mendidihkan amarah.

Kembali ke kereta, masih tiada siapa yang tampil mengalihkan kenderaan. Saya kembali ke kereta. Saya lihat, kereta honda jazz, yang juga di halang laluan ada pemandu menunggu di dalam. Saya ketuk tingkap.

"Dah berapa lama tunggu?"

'Adalah dalam setengah jam, aku parkir sebab nak beli air di petronas. Tahu tahu kena halang sampai sekarang'

Aku makin menyirap. Ikutkan amarah, mahu aku hempuk cermin kereta itu dengan batu. Tarik brek tangan kebawah, tukar gear dan tolak. Isteri aku bilang jangan.

Aku kembali ke bank, petronas dan a&w. Mencuba nasib. Masih gagal.
Sudah satu jam.

Aku perhati kereta, nasib aku di tepi. Yang halang adalah separuh bahagian hadapan kereta tadi dan tiang. Kakak petronas datang, katanya. Cubalah cabut tiang, supaya aku boleh keluar. Orang dah ramai berkumpul. Dua tiga orang bantu aku cabut tiang, kami umpil dasar tiang, gegarkan. Sepak, Alhamdulillah, dalam 15 minit berjaya. Atas bantuan orang ramai.

Hampir sepuluh minit, isteri cuba keluarkan kereta, penuh hati hati. Orang ramai juga bantu. Alhamdulillah berjaya.

Aku tak tahu bagaimana abang honda jazz yang jauh ke dalam mahu keluar. Ikutkan situasi, aku memang dah terlalu lambat untuk segala urusan lain. Selesai kereta dialih, aku ambil tiang tadi. Aku letakkan atas cermin depan kereta tadi.

Akak petronas kata 'eh janganlah dik, nanti ada yang kata kami buat'.

Aku kata, dia takkan kata petronas yang buat kalau dia sendiri perangai umpama khinzir. Aku yakin, dia tahu dia menghalang, tetapi terlalu takut nak tampil keluar.

Kau pemandu WMG 4854, layak mendapat jari tengah. Anda parkir macam khinzir!

N'N: Khinzir lebih mulia sbb tidak dikurniakan akal...

Monday, April 18, 2016

ADA MANUSIA MENCARI DUIT DENGAN MENJADI SYAITAN (GAMBAR)

 



Kiriman seorang brother:

"Assalamualaikum pada semua kawan2....ni nak habaq skit...sy merupakan pengguna tegar maju express way@MEX putrajaya KL...kL putrajaya..masa balik kerja ri tu ternampak kayu melintang jalan..sekali ternampak paku terpacak kat papan tu..cara paku kat papan tu umpama mcm sengaja dipaku n diletakkan kat jalan..saya kutip ada 2 tempat berbeza masa tu..tp cuma amik pic kat bukit jalil ja...saya amik papan tu kat lane 1..yg papan tu sy kutip kat selekoh yg berdepan penghadang tu..selekoh kat lane 1..sapa laju mmg xdan elak...ada gak kereta yg langgar..pekara tak diingini leh berlaku jika penunggang moto terlanggar papan ni...waspada pada semua pengguna MEX..ada org cari rezeki cara tak elok huhuhuhu...paku n skru pon ada gak sy kutip time tu..semua lempaq tepi...kalu rasa info ni penting kawan2 bg tau laaa kat kawan2 lain ya...bahaya...biasa depa wat kerja masa org dapat gaji...info tau kat kawan2 yg pakai mex..lorong kecemasan biasa paku n skru banyak..mata mau liaq skit nohhh...share pada kawan2 yg pakai laluan ni ya..tqvm all"

APALAH MALANG SANGAT NASIB ORANG YANG TAK HENSEM SAMPAI DIPERLAKUKAN BEGINI....


Trivago... Perangai yang sama tp pernilaian oranf terhadap mereka berbeza... Yang hensem dipandang mulia yang tak berapa nak hensem dipandang negatif... Inilah lumrah manusia... 

Sunday, April 10, 2016

Friday, April 8, 2016

Wednesday, April 6, 2016

Pasti Ramai Yang Tak Tahu Hacks Dan Sunquick Malaysia Dimiliki Ahli Perniagaan Islam



Sekirnya disebut nama Datuk Seri Barkath Ali Abu Backer, mungkin ramai yang terlopong mulut menggeleng-gelengkan kepada menyatakan tidak kenal pada pemilik nama tersebut.

Namun jika kami sebut jenama "Hacks" dan "Sunquick", kami yakin bahawa boleh dikatakan semua rakyat Malaysia tahu tentang gula-gula dan jus oren yang kini dipelbagaikan perisa yang sememangnya terkenal di negara kita.


Sebenarnya, tokoh perniagaan India Muslim yang disebut nama di atas itulah pengasas, pemilik dan individu yang bertanggungjawab menghasilkan gula-gula jenama Hacks dan jus oren Sunquick.


 
Syahril A Kadir

Menurut bekas wartawan terkenal, Syahril A Kadir, asal-usul empayar Hacks bermula di era arwah bapa Barkath, Allahyarham Haji Abu Backer yang pada ketika itu telah membuka sebuah kedai runcit yang agak kecil, Barkath Stores, di Pulau Pinang.

"Pada era 50'an, gula-gula Hacks yang diimport dari England mendapat sambutan yang cukup hebat di sini. Lalu arwah Haji Abu Backer menghubungi syarikat itu di England dan menyakinkan mereka yang beliau mampu menjadi ejen tunggal gula-gula itu.

"Disebabkan kesungguhan beliau, pembuat Hacks, White Hudson Pte Ltd bersetuju dan melantik arwah sebagai ejen tunggal Hacks untuk Malaya dan Singapura," jelas Syahril.

 


Namun pada sekitar tahun 1965, dikatakan akibat kelewatan proses menghantar gula-gula Hacks dan juga akibat cukai yang tinggi serta persaingan harga, arwah telah meminta White Hudson Pte Ltd, supaya berkongsi niaga dengan pihaknya untuk menghasilkan gula-gula Hacks di Malaysia.

"Lalu arwah menghantar anak lelakinya itu iaitu Datuk Seri Barkath ke England semata-mata untuk mempelajari teknik-teknik penghasilan dan pemasaran Hacks. Setahun kemudian, beliau telah kembali ke Malaysia dan dengan jayanya melancarkan syarikat Hacks Malaysia Sdn Bhd.

"Dalam masa yang masa, Barkath Stores telah menjadi pengedar untuk minuman oren Sunquick yang dibuat oleh syarikat Denmark, Co-Ro Food A/S dan memasarkannya di dalam lebih daripada 80 negara di seluruh dunia. Sekarang ini Sunquick pun mereka dah hasilkan sendiri!," jelas Syahril.



Syahril turut memaklumkan bahawa Barkath telah diwawancara secara eksklusif oleh rakannya, Nazira Nazir dan bakal disiarkan di kaca televisyen esok menerusi RTM2.

Katanya, meskipun rancangan yang akan tersiar pada jam 11 pagi itu adalah berbahasa Tamil, namun ia mempunyai "subtitle" bagi mereka yang tidak tahu bahasa berkenaan. -Kedahnews.com

Monday, April 4, 2016

BOLEH MENANGIS PEMILIK DAN PELANGGAN BUTIK TUDUNG FAREEDA BILA BACA STATUS NI...


Apa yang dimaksudkan bro itu ialah perangai orang2 kita ni:




Paling best ada pulak troll ni:

Kenyang dapat tudung Fareeda, sebulan xmakan pun xper janji dpt tudung Fareeda...

Turut dipertikai ialah strategi pemasaran Pemilik Butik Tudung Fareeda:


Semua orang perlu muhasabah...

VIDEO RAKYAT MALAYSIA BEREBUT HENDAK BERJIHAD





Lelaki dan perempuan daripada kalangan tua dan muda berebut-rebut hendak berjihad menegakkan syiar Islam di bumi Malaysia...Saksikan videonya disini




Innity