Sunday, January 31, 2016

TERNYATA PM KITA PALING BIJAK DIDUNIA, INI BUKTINYA...


PM kita DS Najib selamba jer 2.6B masuk akaun...Rilek jer...Ternyata PM kita terhebat didunia...

Saturday, January 30, 2016

MENANGIS JEMAAH MENTERI KALAU TENGOK KARTUN NI.


N'N: Inilah realiti yang berlaku di Malaysia...Setiap kali rakyat berhadapan dengan krisis dan kesusahan muncul menteri2 bijak pandai memberi komen seperti budak tadika...Tidak kurang juga yang terpalit dengan pelbagai skandal rasuah dan pecah amanah...

KORANG MASIH TAK FAHAM APA ITU TPPA TAK TAHU SAMADA NAK SOKONG ATAU NAK BANTAH, JOM BACA SECARA SANTAI......

 

Ilustrasi oleh Fahmi Reza

Pak Menteri: "Pakcik tahu kan, perjanjian ini membolehkan pakcik boleh jual barang pakcik ke Amerika... bayangkan berapa banyak untung pakcik boleh dapat...

Pakcik: "Boleh jual terus macam tu sahaja ke?"

Pak Menteri: "Ya, cukai semua hapus. Boleh masuk begitu sahaja. Pakcik cuma kena eksport dan buka kedai di sana"

Pakcik: "Berapa sewa kedai di sana? Kos eksport harga lagu mana pula? Ambil contoh dekat dulu Singapura"

Pak Menteri: "Mungkin SGD20,000 sebulan kot.. tak pasti..."

Pakcik: "RM60,000 sebulan. Macam mana nak tahan? Mana nak cari duit itu? Tunggulah ada duit dulu baru fikir."

Sewaktu pakcik tengah pikir jalan nak eksport ke Singapura, tetiba depan kedai dia ada tiga kedai baru jual produk yang sama line dengan dia.

Pakcik: "Where are you from?"

Kedai 1: "Singapore"

Pakcik: "It is cheap to come here?"

Kedai 1: "Here rental only RM20,000 a month... like SGD7,000 only - and export tax is so cheap now after signing the agreement. In Singapore, we pay SGD30,000 rental a month. With such cheap rent, we can lower our cost, and increase our production, thus lowering the prices. You see this brand (brand yang sedang dijual pakcik) - Made in Malaysia - sell at RM20 - look at ours nicer bottle also sells at RM18."

Pakcik terbeliak mata pergi jumpa Pak Menteri...

Pakcik: "Bisnes aku nak mati dah... dulu Pak Menteri kata perjanjian ini akan bantu aku... sekarang aku habis kena pukul syarikat asing."

Pak Menteri: "Kau lambat dan tak cukup modal. Bukan salah perjanjian, salah kamu. Kan ini bagus, ia buat kamu lebih berdaya saing."

6 bulan selepas itu pakcik terpaksa tutup kedai dan terserempak Pak Menteri di kedai kopi milik syarikat asing.

Pak Menteri: "Tengok perjanjian ini buat kita dapat nikmati kopi import pada harga murah begini."

Pakcik: "Betullah, ingat tak saya? Saya dari taukeh kedai sekarang kena kerja sini angkut kopi pada Pak Menteri kerana perjanjian itu juga. Memang besar jasamu pada aku, Pak Menteri."

Tiada kaitan dengan hidup atau mati.

Kredit: Timmy Say

N'N: Difahamkan juga harga ubat-ubatan akan meningkat selepas TPPA dilaksanakan... Difahamkan juga semua ahli parlimen pembangkang bersepakat tidak bersetuju dgn perlaksanaan TPPA termasuk ahli2 parlimen DAP manakala BN sebulat suara menyatakan peretujuan menyokong TPPA...Syabas juga kpd ahli parlimen PAS yng sebulat suara menolak usul TPPA namun apakan daya pembangkang tidak mampu menyekat usul itu...

Friday, January 29, 2016

AKSI TERLAMPAU PEMANDU HONDA CITY CETUS KEMARAHAN ORANG RAMAI (GAMBAR)


N'N: Marilah kita bersangka baik, pam minyak tu mungkin bapak dia yng punya...

LAYANAN SEORANG KERANI PEJABAT POS TERHADAP OKU GAMATKAN PEJABAT POS (GAMBAR)



Kejadian di Pejabat Pos Kepala Batas dimana seorang pakcik OKU warga emas yang tiada kaki untuk berjalan, hanya dgn mengesot datang untuk mengambil dividen ASB..

Seorang staf wanita yang baik hati dan tidak sombong keluar untuk membantu pakcik tu hingga selesai urusannya...

Pada staf tersebut, hanya Allah saja yg dapat membalas jasa baiknya.

Sumber FB UtaraNews

Thursday, January 28, 2016

APA NAK JADI DENGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR NI, MAKIN LAMA MAKIN MENINDAS...


Dari FB Iron Steel

pagi tadi lepas sarapan aku pergi pejabat pos. da setel urusan bil di pejabat pos, hala tuju seterusnya ke MBSA untuk lunaskan cukai taksiran.

macam biase brader, ambil nombor giliran.. usha2 jodoh sepandang dua.. lebih kurang 10 minit, nombor aku di panggil.

awek kaunter tu tanye "nak bayar setahun atau separuh?"

aku jawab "ikut bil lah senang rm152.40".

sambil belek2 duit kat dompet, dalam hati memberontak juga. mane tak serabut, dalam setahun je berapa cukai nak kene hadap, tu belum cukai harian lagi. tapi aku rilek sambil senyum, hulur gak duit kat kaunter.

"rumah kos rendah?" dia tanya lagi. aku mengiyakan.

lantas bill tadi di pulangkan balik pada aku, dan berkata "cukai untuk tahun 2016 , kerajaan Selangor dah bayarkan.."

p/s- tu je nak kongsi, duit tu boleh beli barang untuk perbelanjaan dapur atau anak pokok lemon yg aku dah lama mengidam nak beli..

SAMPAI MACAM NI MEREKA PERLAKUKAN SEORANG ADUN SEMATA-MATA SEBAB NAK SINGKIRKAN MUKHRIZ



Datuk Abu Hassan Sarif mendedahkan dipaksa menyokong kumpulan penentang yang mengatur rancangan menyingkirkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Seputeh itu berkata, beliau diburu dan dipaksa semata-mata mahu mendapatkan sokongan menolak Mukhriz dan menjatuhkan menteri besar penggal pertama itu.

"Saya amat mengenali menteri besar kita, saya lakukan apa sahaja demi untuk mengekalkan Datuk Mukhriz walaupun saya tak sehebat pegawai sekeliling. Kita ada tugas dan tanggungjawab saya sebagai Adun untuk pertahankan Datuk Mukhriz.

"Saya lari, saya hilang, hampir-hampir jatuh di laut, diburu semata-mata nak dapatkan sesuatu daripada saya," kata Abu Hassan sambil menangis di hadapan orang ramai semasa program bagi menyatakan sokongan kepada Mukhriz di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam malam tadi.
Abu Hassan tidak menjelaskan mengapa beliau diburu, namun sumber mendedahkan kira-kira 19 Adun sudah menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menolak kepimpinan Mukhriz.

Adun 5 penggal itu berkata, beliau sangat sedih mengenangkan apabila seorang pemimpin yang disanjung rakyat akan digulingkan dengan begitu hina sekali.

"Saya menangis, saya tak pernah menangis depan anak dan isteri. Kita ada lelaki ada ego tapi di sini saya menangis depan anak saya, depan rakan saya menangis.

"Bagaimana orang yang ikhlas, jujur dan amanah, tidak mempunyai moral dan akhlak tidak baik, bertanggungjawab, tak amal rasuah, pemimpin yang boleh majukan masyarakat, rakyat dan negeri Kedah ini, tiba-tiba beliau akan digulingkan dalam keadaan yang amat menyedihkan, saya tidak reda," katanya.

Abu Hassan juga mendedahkan semalam Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak memanggil semua Adun Kedah bertemunya di Putrajaya.

Dalam pertemuan itu Abu Hassan berkata, beliau membuat rayuan kepada Najib supaya Mukhriz dikekalkan sehingga habis penggal.

"Beri masa, saya kata kepada PM, beri masa kepada Mukhriz, kalau nak buang dan ganti pun tunggu habis penggal.

"Biar beliau jalankan tugas dan kita nak pastikan Datuk Mukhriz memang pemimpin yang disukai rakyat dan bukan cakap kosong," katanya.

Abu Hassan turut menasihati rakan-rakannya supaya memikirkan mengenai masa depan Umno dan bukan semata-mata mengejar habuan dan jawatan.

"Jangan kita lari nak habuan dan pangkat, tapi hari ini orang lari takut hilang pangkat dan juga sekarang ini orang lari nak kejar pangkat, nak jadi exco, nak jadi menteri, nak jadi menteri besar," katanya - TMI

KUTIP UNTUNG TOL JUTA2, CUKAI JALAN WAJIB BAYAR TIAP2 TAHUN TAPI KUALITI JALAN MACAM NAK BUNUH ORANG.


Wednesday, January 27, 2016

INI YANG BERLAKU BILA MANUSIA LEBIH BODOH DARIPADA ANJING.


Perlukah anjing itu dibawa kemana2, pergi sekolah bawa anjing, msk pawagam bawa anjing,  shopping bawa anjing, bersenggama bawa anjing, makan sebelah anjing,berak bawa anjing, kencing bawa anjing dan tido pun sebelah anjing nanti kau nak kahwin pun biar anjing jadi pengapit...

Minta maaflah aku bkn nk bersifat perkauman tp kita yng mengaku 'Bangsa Malaysia' perlu ada sikap hormat menghormati... Binatang tu kalau Allah SWT bg akal dia pun tak kemaruk nk bawa manusia kehulu dan kehilir...

Tuesday, January 26, 2016

KENAPALAH KAU BACA AL-QURAN BUKANNYER KAU FAHAM PUN...



N'N: Wahyu pertama sebut iqra...Baca,faham dan amal..

TINDAKAN PEMIMPIN AMANAH YANG SEAKAN MENGGUNAKAN CAI UNTUK KUASAI MESYUARAT AMANAH P.PINANG DIKRITIK.



N'N: Progresif, Amanah dan Peduli atau Hipokrasi merajuk sbb kalah pemilihan? Aku harap pemimpin Amanah boleh terima kritikan dan penyokong mahupun ahli boleh berfikiran terbuka dan tidak taksub kpd susuk pemimpin...

Monday, January 25, 2016

UPDATED: OBJEK YANG MENYERUPAI KAMERA DALAM TANDAS SEBUAH RESTORAN UNDANG RASA TIDAK SENANG PELANGGAN.

 


N'N: Perkara seperti ini perlu diketengahkan untuk melindungi maruah dan kehormatan pelanggan restoran itu, siasatan perlu dijalankan oleh pihak yng bertanggungjawab..

SUMBER

N'N: Atas dasar tanggungjawab menerangkan tentang kebenaran admin ingin menyata bahwa berita yang disebarkan tentang Marina Restoren terbabit adalah fitnah dan penerangan tentangnya boleh dibaca disini 

Friday, January 22, 2016

INILAH KISAH DEBAT PRESIDEN PAS DENGAN SEORANG ATHEIS YANG JARANG KITA DENGAR DAN DICERITAKAN...

Ahmad Boastamam ada bercerita, bahawa satu malam, iaitu selepas dari kongres PKMM, beliau bersama-sama dengan Dr Burhanuddin Al-Helmi (gambar kanan) dan Mokhtaruddin Lasso. Ketika itu, mereka sedang berada di pejabat harian ”suara rakyat”, lidah rasmi PKMM di Jalan Brewster.

Sedang bersembang, tiba-tiba Mokhtaruddin Losso yang terkenal dengan pemikiran komunis bertanya kepada Dr Burhanuddin Al-Helmi.

 LASSO

”Apakah benar tuhan itu ada, wahai Tuan Doktor?”

Ahmad Boastamam bercerita, ketika Mokhtaruddin Lasso bertanyakan soalan tersebut, kelihatan wajahnya dalam keadaan tersenyum.

Ahmad Boastamam tidak menyangka bahawa Mokhtaruddin akan bertanyakan soalan sebegitu kepada Dr Burhanuddin. Detik hati Ahmad Boastamam bahawa mungkin Mokhtaruddin ingin menguji keteguhan Dr Burhanuddin dalam beragama.

”Sudah pasti ada” jawab Dr Burhanuddin Al-Helmi ringkas.

”benarkan tuhan itu berkuasa?”

”Benar”

”kalau benar tuhan itu berkuasa, suruhlah tuhan membuat sepasang terompah kayu sekarang. Jika tuhan mampu membuatnya, saya akan percaya bahawa tuhan itu ada dan berkuasa” Mokhtaruddin berprovokasi.

Provokasi mokhtaruddin itu dijawab tenang oleh Dr Burhanuddin Al-Helmi.

”Masakan patut tuhan diminta membuat pekerjaan yang remeh seperti membuat terompah kayu itu.

”ini tidak bermakna tuhan tidak boleh membuat terompah kayu” sambung Dr Burhanuddin Al-Helmi lagi.

”Tuhan boleh. Kalau alam ini dapat dicipta-Nya, kenapa pula perkara mudah dan kecil seperti membuat terompah kayu itu tidak boleh?

”kalau seseorang yang pakar dalam ilmu, pasti misalnya boleh menjawab masalah-masalah yang tinggi dalam ilmu itu dengan mudahnya, mustahillah dua kali lima dia tidak tahu. Itu logik, bukan?” soal Dr Burhanuddin yang memberikan jawapan secara tidak langsung kepada Mokhtaruddin.

”demikianlah ibaratnya tuhan dengan membuat terompah kayu itu” sambung Dr Burhanuddin lagi.

”Kalau banyak orang, banyak manusia yang menjadi makhluk Tuhan, sudah boleh membuat terompah kayu belaka, kenapakah harus diperlukan juga tenaga tuhan untuk perkara yang remeh ini? Tidakkah itu sama saja seperti menyuruh seorang ayah mengesat hingus atau menghisap puting sedang bayi kecil pun sudah tahu belaka membuatnya”

Jawapan Dr Burhanuddin al-Helmi itu ternyata menyebabkan Mokhtaruddin Lasso terpegun. Sila baca buku "Dr Burhanuddin : putera setia melayu raya” karangan Ahmad Boastamam"

 


N'N: Almarhum Dr Burhanuddin bin Hj Mohd Noor al-Hilmi adalah Presiden PAS yang dilantik pada tahun 1956 - 1969, beliau juga adalah pejuang kemerdekaan Tanah Melayu Allahummaghfirlahu...Apa yng kita dapat belajar drpd beliau adalah sifat keterbukaannya terhadap idealogi2 lain selain Islam, beliau seorang Muslim yng taat dan beliau sgt terbuka dgn sesiapa shj...

Thursday, January 21, 2016

APA NAK JADI DENGAN MELAYU YANG TAK TAKUT DENGAN ALLAH SWT NI.


Sepasang suami isteri menemukan sesuatu objek yang mengejutkan selepas mengadu mengalami masalah rumahtangga yang berterusan. Kisah itu telah dikongsikan melalui Facebook Pusat Rawatan As-Syifa An-Nur.

"Tempoh hari saya ada buat rawatan pagar sebuah kediaman di kawasan Jengka, Pahang bagi masalah suami isteri dan keluarga yang sering bergaduh, panas berada dirumah, sakit di bahagian sendi-sendi, sukar tidur malam, sering nampak kelibat2 didalam rumah,

Hari ni dikejutkan oleh tuan rumah, penemuan patung dicucuk jarum seperti manusia dan bungkusan berwarna hitam berisi tanah mungkin (Tanah Kubur), penemuan ini dihalaman rumah beliau.

Allahuakbar, Subahanallah, masih ada lagi manusia yang bertopengkan syaitan..bertaubatla, bertaubatla, bertaubatla kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai."


Wednesday, January 20, 2016

TAKTIK PENIPUAN TARIK KERETA BERLUASA ANDA MUNGKIN MANGSA SETERUSNYA JIKA TIDAK MEMBACA PESANAN INI.



Dari FB Pn.Adilla Rashid:

Salam warga Putrajaya..

Semalam (15/1/16) tengahari sy dgn husband nk g amik anak kat presint 5..sekolah kt sana..tetiba husband perasan yg kereta kami diekori..x sedap hati dia wt u turn byk kali still kereta tu ikut..tetiba dia overtake kitorg and minta stop..ms tu kt depan sekolah presint 5 tu..

Apa yg kami perasan kereta proton saga plat no BKA 8550..ada 4 indian..kata nak tarik kereta kami.

Dorg dh gertak2 minta kami keluar kereta tp sbb ada anak2 mmg kereta kami dilock sentiasa..sy minta surat bank tp xde katanya..bank call minta ambil je kereta tu.sy terus call polis..semasa tgu polis tu dorg ugut2 lg..tunjuk sy kad kuasa tp apa yg sy perasan kad tu dh expired..sy amik phone n amik gambar dia..marah betul dia..nak tercabut pintu kereta..

Polis call sy balik kata dh di area sy tu..trus mereka ni cabut lari naik kereta..polis sampai tp dorg lari. Polis ambil report dan minta hati2 juga..kata ada gak kes cmni berlaku..

Apa yg sy risaukan ialah klu sy memandu seorg diri ms tu..n ada anak2..kawan2 pn ada yg memandu sendiri..Klu sy yg drive td myb sy x perasan pn diekori. Husband pn dah call bank n xde mslh pn akaun kereta kami.. mmg bkn dr bank nak tarik kereta tu..myb gak nak curi kereta.

So kawan2 semua take care..n jgn cepat panik..

Tuesday, January 19, 2016

INILAH CARA PALING DAHSYAT UNTUK BERHENTI MEROKOK ( 3 GAMBAR)



Dari FB Nik Fauzi:

Lelaki ini kuat menghisap rokok" 40 btg dlm satu hari ia blh habiskan dan kini dia tlh membuat azam baru utk berhenti merokok dgn menyarongkan mukanya dlm sebuah sangkar siap dgn kuncinya bila ia lapar atau pun dahaga isterinya akan membuka mangga kunci itu - Anda bagaimana blh gitu ?

Monday, January 18, 2016

PROJEK GILA KERAJAAN PAS KELANTAN?



Tiada masuk akal laluan basikal dibina betul-betul melalui tempat orang menunggu bas (gambar di bawah), ia seumpama ditadbir oleh sebuah kerajaan negeri yang ‘gila’, kata pengguna FB Lim Lian See.

“Tidak boleh percaya terdapat lorong basikal betul-betul di hadapan perhentian bas. Letakkan kaki anda ke bawah untuk dilanggar oleh penunggang basikal pelumba, “ulasnya.


lane2 

Menurutnya, apabila lorong berbasikal dibuat secara bengkang bengkok, ia menunjukkan kerajaan negeri sedikit gila. “Tetapi lorong basikal ini yang hanya betul-betul di hadapan perhentian bas adalah benar-benar gila. “Mungkin CAT (haiwan) adalah orang mengecat lorong itu. Atau ‘C’ dalam CAT bermaksud gila (crazy) dan tidak cekap (not competent),”ulasnya.

Seorang lagi pengguna FB Azizi Safar pula mempertikaikan siapakah dalang di sebalik projek ini kerana ia pernah dinafikan kelulusannya oleh pihak MBPP sendiri.“Dilaporkan dalam media bahawa MBPP mendakwa tidak meluluskan projek ini. Jadi siapa yang meluluskan projek ‘mengecat laluan pejalan kaki hijau ini?,”soalnya.

Satu perkara lagi yang dipertikaikan ialah kos projek itu yang dilihat tidak masuk akal untuk projek tangkap muat seperti itu. RM 30 Juta untuk projek laluan basikal sepanjang 12.5 kilometer adakah ia munasabah?

SUMBER

N'N: Duit pembayar cukai digunakan dengan cara yng tidak berhemah, kenapa tidak dilakukan kajian dahulu sebelum projek diluluskan atau ambil model negara yng telah berjaja melaksanakan projek sebegini? CAT lah sangat...

Sunday, January 17, 2016

APA DOSA ANAK KECIL INI TERHADAP PENGUSAHA BAUKSIT...



Dari FB Wan Zamzahidi Wan Zahid:

Ini anak saya, Anieq. Dia sekarang dalam darjah tiga. Sejak dari umur dua tahun dia sakit. Doktor temui ketumbuhan dalam otak. Dalam tahun 2013, dia menjalani pembedahan dan Alhamdulillah dia semakin sihat. Bila dia berumur lapan tahun, kami berpindah ke Kuantan.

Bekalan air rumah kami diambil dari loji-loji air sekitar Kuantan yang dicemari bauksit. Ada bekalan air terawat yang jumlah Aluminium melebihi had kawalan. Aluminium akan mengganggu saraf otak dan merosakkannya. Aluminium membawa risiko korosakan saraf otak dan mengakibatkan penyakit seperti alzheimer, parkinson dan lain-lain.

Anak saya baru saja nak menikmati hidup dan melalui zaman kanak-kanak.Jangan risikokan anak saya (dan anak kamu juga) kerana ketamakan kamu pada kebendaan dunia.Jangan rosakkan masa depan anak saya (dan anak kamu juga) kerana kamu butakan mata kamu pada kehidupan dan kemanusiaan.

Lihatlah dalam mata anak kamu, dia tak pinta kemewahan, tapi dia ingin kehidupan sejahtera.

N'N: Persoalan yng timbul sanggupkah pengusaha bauksit mengaut keuntungan atas penderitaan org lain....

Saturday, January 16, 2016

INI BUKAN GAMBAR LUCAH TAPI IA KELIHATAN SANGAT LUCAH


Pandangan pertama mampu menipu sebab itulah kita perlu perhatikan betul2 supaya kita tidak bersangka buruk terhadap sesuatu perkara yng kita tidak jelas...

Friday, January 15, 2016

JANGAN TERKEJUT PERDANA MENTERI PERNAH SURUH ISTERINYA BELI TIKET SENDIRI KERANA TAKUT GUNA WANG RAKYAT....



Bekas ketua polis negara Tun Mohammed Hanif Omar yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha sulit (ADC) kepada allahyarham Tun Abdul Razak Hussein bercerita mengenai perdana menteri kedua itu pada seminar memperingati Tun Razak di Kuala Lumpur, hari ini.Tun Abdul Razak Hussein seorang yang benci kepada perjudian dan sentiasa berjimat-cermat dalam berbelanja, kata bekas ketua polis negara Tun Mohammed Hanif Omar.

Hanif yang juga bekas setiausaha sulit (ADC) kepada perdana menteri kedua itu berkata, Razak sentiasa berhati-hati dalam menguruskan wang negara, malah tidak berbelanja sewenang-wenang untuk isterinya, Tun Raha Noah. Hanif mengimbau satu peristiwa semasa satu lawatan ke Kaherah, Mesir Razak menyuruh seseorang membawanya ke kedai replika intan untuk membeli cenderahati kepada Raha tetapi tidak jadi membelinya.

“Beliau sangat berhati-hati tentang wang.Beliau mahu membeli intan replika yang murah tetapi orang membawanya ke kedai intan yang asli, tapi beliau beritahu orang itu tidak mampu membelinya di sini kerana tidak sekaya kamu,” kata Hanif semasa seminar memperingati Razak yang dianjurkan Asian Strategy and Leadership Institute (Asli) di Kuala Lumpur, hari ini.

Selain itu, Hanif berkata Razak juga tidak suka aktiviti perjudian, mencerminkan ketegasan yang ditunjukkan bekas bosnya itu.“Beliau mengarahkan aktiviti perjudian di istana Perak dan Pahang dihentikan, malah mengarahkan menangkap mereka yang terlibat dalam perjudian itu.“Apabila sultan datang dan berkata mahu meneruskan aktiviti perjudian, beliau tidak bersetuju,” katanya.

Sementara itu, Datin Kalsom Taib, anak perempuan kepada kawan baiknya, Tan Sri Taib Andak menceritakan Razak pernah memberitahu isterinya, Raha mengenai tiket penerbangan sehala yang perlu dibayar jika mahu mengikutnya bersama dalam lawatan rasmi.“Beliau sangat prihatin dalam menggunakan wang rakyat sehingga dianggap sangat berhemah,” kata Kalsom pada majlis sama.

Kalsom masih teringat mengenai kisah di mana Razak tidak mengizinkan Raha mengikutnya dalam lawatan rasmi ke Kelantan dan Burma kerana tidak mahu membazirkan wang rakyat.“Beliau juga tidak mengizinkan Raha mengikutinya ke Kelantan dan menyuruhnya membeli tiket sendiri kerana tidak mahu menggunakan wang rakyat.

“Perkara sama juga berlaku dalam lawatan rasmi ke Burma apabila Razak menyuruh Raha membeli tiket penerbangannya sendiri,” kata Kalsom.Katanya, Razak juga tidak mahu menukarkan tirai di kediaman rasminya kerana bimbang membazirkan wang dengan sewenang-wenangnya.

Hari ini genap 40 tahun Razak meninggal dunia selepas menghembuskan nafas terakhir pada 14 Januari, 1976. – TMI

N'N: Malang sekali anak beliau langsung tidak mewarisi sifat beliau...

Thursday, January 14, 2016

LORI HANTU RAGUT NYAWA PELAJAR SEKOLAH, BAGAIMANA LORI ZAMAN PENJAJAH NI MASIH ADA LAGI ATAS JALANRAYA?

 


Selangor, 14 Jan - Dua maut manakala 1 lagi cedera apabila sebuah lori melanggar 15 motosikal dan van dalam kejadian yang berlaku di depan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Damai Perdana.

Menurut Bomba Selangor, kejadian itu berlaku pada jam 1.11 tengahhari tadi. 

Sumber: Siakapkeli.my

N'N:Persoalannya bagaimana lori seuzur ini masih lagi beroperasi diatas jalanraya? Bagaimana boleh lepas pemeriksaan Puspakom?

INI BUKAN LAWAK TAPI SERIUS BAS BERGERAK GUNA TAHI MANUSIA (6 GAMBAR)

 


Korang agak2 bila diorang nak cipta kereta berkuasa tahi? Kalaulah kereta @ motor berkuasa tahi diperkenalkan di Malaysia, rasanya mahu bangkrap pengusaha stesyen minyak...

PUNGGUNG ISTERI MENGGERUTU ANTARA SALAH SATU ALASAN PALING MENGARUT MENGAPA PASANGAN BERCERAI...


Kalau sayang kentut pun bau wangi tp kalau dah benci semua pun tak kena, aku teringat kata2 seorang pakar motivasi masalah atau antara punca2 yng mengakibatkan pasangan bercerai adalah kerana suami dan isteri yng tidak SOLAT...

Monday, January 11, 2016

GAMBAR PERANGAI PENGOTOR DAN PEMALAS SEGELINTIR RAKYAT MALAYSIA.

 

Tong sampah depan mata tu...Kononnya kita nk ubah masyarakat, kita nak menentang pemerintah zalim dan korup, tapi cermin diri dululah sbb perangai pemalas dan pengotor pun kita tak mampu nak ubah..

kredit: Tn Iskandar Ismail 

GAMBAR TEKNIK KEJI TERBARU UNTUK PANCITKAN TAYAR KENDERAAN DI HIGHWAY.

 


Dari FB Mohd Shai Fuddin Alias:

Hati-hati teknik terbaru pancitkan kenderaan anda di highway.. elakkan dari melanggar sebarang objek. Wallahualam.

Friday, January 8, 2016

PENGUSAHA KANTIN NI TAKDER HATI PERUT, RUNGUT IBU MURID...


Seorang ibu yng kebetulan menemani anaknya ke kantin sekolah terkejut melihat juadah yng dibeli anaknya langsung tidak setimpal dgn harga yng dibayar...

AWAS WANITA MELAYU ANDA ADALAH SASARAN SINDIKET INI...


Susulan kes Gores Menang oleh 2 lelaki cina di Tesco extra Seberang.

Menurut saksi kejadian 2 org laki cina tu sedang memaksa kakak ni untuk ikut naik kereta dgn depa..sbb katanya dia terpilih utk dpt hadiah free...

Seorg lagi duduk kat tmpat lain sedang memerhati...Saya tergerak hati utk tolong kakak ni..mujur la dia lari kat saya..laki2 cina tu terus marah kami dan pergi...

Katanya kami ni bodoh xmau ikut depa pi ambik hadiah. Lps tu kami pusing dlm parking tesco..rupa2nya depa memang mencari mangsa perempuan melayu utk menipu. - sumber

N'N: Modus operandi mereka ialah berpura-pura seolah2 mangsa memenangi hadiah lumayan, tapi mangsa perlu bayar deposit sebelum mendapat hadiah... Hakikatnya harga barang yng mereka menangi sebenarnya jauh lebih murah dan mereka dipaksa membayar harga yng lebih mahal. Berhati2lah semua...

Thursday, January 7, 2016

ORANG NI BOLEH DAPAT ANUGERAH KAKI BODEK NO 1.

Meh sini aku nak citer sikit kat korang, dulu 2006 hutang negara hanyalah 247 bilion lepas tu pada 2013 hutang negara telah meningkat kepada 546 bilion dengan peningkatan 299 bilion. Laporan terakhir 2015 pulak hutang negara telah menjangkau 847 bilion.

Meh perhatikan jadual Hutang Negara mengikut tahun:


1997 RM90 bilion

1998 RM103 bilion

1999 RM112 bilion

2000 RM125 bilion

2001 RM145 bilion

2002 RM164 bilion

2003 RM188 bilion

2004 RM216 bilion

2005 RM232 bilion

2006 RM247 bilion

2007 RM274 bilion

2008 RM317 bilion

2009 RM376 bilion

2010 RM405 bilion

2011 RM465 bilion

2012 RM501 bilion

2013 RM546 bilion

2014 RM677 bilion

2015 RM847 bilion

(Sumber International Monetary Fund & The Economist)


Bayangkan, hutang kerajaan pada 1997 hanyalah RM90 bilion tetapi selepas 17 tahun pada tahun 2014 telah menjadi RM677 bilion.


Pada 2003 ketika Tun Abdullah Badawi mengambil alih negara hutang negara ialah RM188 bilion.


Selepas 6 tahun pada 2009 ketika beliau melepaskan jawatan kepada Datuk Seri Najib ia meningkat sekali ganda sebanyak RM188 bilion kepada RM376 bilion.


Selepas 5 tahun Najib mengambil alih negara, hutang pada 2014 meningkat hampir sekali ganda sebanyak 301 bilion kepada RM677 bilion.


CUBA KITA KIRA - 847 BILION/30 JUTA RAKYAT MALAYSIA:


847000,000,000/30 JUTA=RM28,233.3

Korang faham tak setiap drpd kita berhutang RM28,233.3 kerana kegagalan UMNO/BN dan Najib. Adakah korang fikir BR1M selesaikan masalah org miskin? Rakyat perlukan peluang pekerjaan bg menjana ekonomi keluarga, rakyat terhimpit dgn kos sara hidup yng semakin tinggi tp apa yng rakyat dpt ialah rakyat perlu menanggung kerajaan yng korup ini dgn membayar GST...



INI BUKTI BUKAN SEMUA PENJAWAT AWAM KUAT MENGULAT, KUAT SEMBANG DAN MUKA KETAT.

 

Dari FB Eddie Putera :

INI ORANG BANYAK BAGUS. Dia jaga 2 kaunter. Satu kaunter dia layan orang orang mau bikin IC baru. Then dia lari lain kaunter kasi handle collection IC baru. Muka tarak masam, serious tapi tarak kudukut mau senyum. Panggil nama orang tarak macam mau tengking2. Wei brother, kalau lu punya boss boss baca ini posting ar, wau mau minta dia orang kasi naik lu punya pangkat. kasi naik gaji ka apa ka. Lu contoh pegawai kerajaan yang berdedikasi dan serve your customers well. Puiiiiii la lu bro, nanti lu sudah jadi boss lu jangan eksyen ar .....

N'N: Kita selalu viralkan penjawat awam yng teruk, tak adil jika kita tidak viralkan juga penjawat awam yng berdedikasi...Tapi mmg susah nak jumpa penjawat awam yng sempoi mcm tu...

Wednesday, January 6, 2016

GAMBAR REMAJA MELAYU BUAT MUKADIMAH JIMAK DIATAS FERI.


Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amr Al Anshary Al Badry radhiallahuanhu dia berkata, Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam bersabda: 

"Sesungguhnya ungkapan yang telah dikenal orang-orang dari ucapan nabi-nabi terdahulu adalah: 
Jika engkau tidak malu perbuatlah apa yang engkau suka.
(Riwayat Bukhari).



Tuesday, January 5, 2016

BOLEH MENANGIS RANI KULUP LEPAS BACA KENYATAAN BALAS KRITIKKANNYA TERHADAP PENJAWAT AWAM.


Itu adalah respon  seorang penjawat awam terhadap post aku sebelum ini tentang kritikan Rani Kulup terhadap warga penjawat awam yang dirasakan tidak layak menerima bonus berbanding perkerja swasta disini... Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan Rani Kulup:


N'N: Sebenarnya kita tidak boleh pukul rata kerana memang ada penjawat awam yang ikhlas dan berdedikasi dlm menjalankan tugas, cuma akhir2 ini kita diviralkan dgn kes2 layanan buruk penjawat awam yng bertugas melibatkan org awam seperti dikaunter2 jabatan kerajaan yng tidak mesra pelanggan,lembab,banyak bersembang,muka ketat(pengalaman sendiri) dll...