Nuffnang

Innity

Innity

Thursday, December 31, 2015

SIKAP ORANG MALAYSIA YANG PENGOTOR DAN MENJIJIKKAN (GAMBAR)

 

Langsung xder kesedaran sivik...

sumber 

N'N: Kalau aku malas sgt pun aku akan cari juga tong sampah terdekat untuk buang benda tu... Tak sanggup letak benda tu dlm pinggan, Mak dan Abah aku xpernah ajar jadi biadap mcm tu...

KALAU TAK NAK KENA SEMBELIH MACAM BRADER NI, JANGAN ON DATA ROAMING SMARTPHONE KORANG BILA DI LUAR NEGARA.


 N'N:Lebih baik jangan pakai langsung sim kad Malaysia pakai shj sim kad negara yng kita melancong confirm tak kena sembelih sampai RM 12K...

Wednesday, December 30, 2015

KALAU KORANG JUMPA AHMAD MASLAN TOLONG TUNJUK VIDEO NI KAT DIA (HARGA BARANG BOLEH TURUN SEBAB GST)



Dengar baik-baik pada minit 6:15 " Harga barang boleh turun kerana GST"... Kepada manusia yang mengundi individu ni dan memungkinkan beliau menjadi seorang Menteri tahniah diucapkan kepada anda... Ketahuilah politikus kurang bijak lahir daripada pengundi yang kurang bijak...

N'N: kurang bijak tu bahasa lembut yng aku gunakan... kalau ikut hati mau jer aku sebut B***H..

BRO NI AMBIL ALIH KERJA JKR SELEPAS RAKAN TERBUNUH KERANA JALAN BERLUBANG (GAMBAR)

pole

Kisah selanjutnya disini

N'N: Semua dah tak boleh diharap, tau kutip cukai jer...Hampeh...

Tuesday, December 29, 2015

MENTERI UMNO VS PELAWAK (GAMBAR)

International Trade and Industry Deputy Minister Datuk Ahmad Maslan's tweet defending his earlier message on the social media site, advising Malaysians to take on a second job in order to earn more money. – Twitter screenshot pic, December 28, 2015.



Saya seorang pelawak, emcee, penulis, pelakon, jurulatih, pengarah. Itu tidak bermaksud saya mempunyai 6 pekerjaan. Ianya bermaksud saya lakukan 6 perkara yang berbeza.Dalam konteks penjawat awam kerajaan anda boleh kata saya pegang 6 jawatan berbeza.

Kerja adalah sesuatu yang anda lakukan setiap hari sepanjang hari. Jadi untuk seseorang untuk memiliki 2 pekerjaan bermakna mereka bekerja minima 2 x 8 jam shift sehari. Yang bermaksud 16 jam bekerja dalam 1 hari.

N'N: Entah kenapa aku rasa lebih baik Harith Iskander jadi Menteri dan Ahmad Maslan jadi Pelawak...

KENA TIPU LAGI!

Monday, December 28, 2015

ANAK SIAPA YANG KURANG AJAR SANGAT NI? (GAMBAR)


Dia lebih pentingkan beg dia daripada memberi seorang tua duduk diatas kerusi...Memang tiada kesedaran moral langsung. Tak pasti dimana gambar ini diambil, mungkin di luar negara tapi yang pasti perbuatan itu memang tidak boleh diterima akal yang sihat...

DEMI SESUAP NASI (GAMBAR)


Yang penting halal, tidak menipu dan menzalimi orang lain...

SUMBER: FB SIAKAP KELI

Saturday, December 26, 2015

DUNIA KUTUK BRUNEI KERANA HARAMKAN SAMBUTAN KRISMAS.

Itulah tajuk utama media dunia yang berjaya menghasut dunia untuk menghentam Brunei kerana pengharaman sambutan Hari Natal, sekaligus memberi persepsi negatif kepada sebuah negara Islam yang melaksanakan undang-undang syariah (hudud). Tapi apa yang sebenarnya berlaku adalah sebaliknya, seorang individu yang bernama Muhamad Harris Nasril mendedahkan suasana sebenar Sambutan Hari Krismas di Brunei.

Berikut yang tertera didalam akaun facebook beliau disini

 



N'N: Itulah sebabnya kita perlu Tabayyun...Fakta sebenarnya ialah Brunei hanya Haramkan orang Muslim menyambut krismas dan tidak menghalang org kristian untuk menyambut krismas, tapi media2 jahat melaporkan seolah2 Brunei mengharamkan sambutan krismas di negara itu dan menyekat kebebasan beragama...

Friday, December 25, 2015

KALAULAH SEMUA POLIS MACAM NI (GAMBAR)

 

Dari FB Mohd Faizal: Lihat polis trafik ni tergopoh gapah...ingatkan kejar sesuatu. Rupanya kejar waktu maghrib yg dah nak habis. Allahuakbar...betapalah dia menjaga solatnya agar tidak tercicir.

Lokasi : Surau plaza tol Sungai Besi.
N'N: Kita asyik share citer polis rasuah sampai org ramai ingat semua polis kaki rasuah jgn sbb nila setitik rosak susu sebelanga... 

Thursday, December 24, 2015

INILAH ANAK MELAYU YANG MENGHARUMKAN NAMA BANGSA DAN AGAMA.

 

Kangar - Empat remaja lelaki berumur antara 15 hingga 19 tahun dipercayai terlibat dalam beberapa kes membaling batu ke arah kenderaan yang melalui Lebuh Raya Changlun-Kuala Perlis, diberkas polis semalam.

Menurut Ketua Polis Perlis, SAC Shafie Ismail remaja berumur 15 dan 17 tahun itu tidak bersekolah dan positif dadah jenis syabu manakala dua lagi masing-masing berumur 18 dan 19 tahun.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata remaja terbabit ditangkap kira-kira pukul 5.30 petang oleh sepasukan polis yang membuat intipan di Kilometer 13.3 arah Kuala Perlis sejak petang semalam.

"Sehingga 1 Disember lepas, enam mangsa aktiviti remaja terbabit membuat aduan polis. Saya percaya ramai lagi menjadi mangsa tetapi tidak membuat laporan," kata Shafie.

Katanya operasi penyamaran dilakukan sebanyak tiga kali di tempat kejadian dan remaja-remaja itu mengacah hendak membaling batu ke arah anggota polis yang menyamar di lokasi.

"Anggota-anggota saya terus mengepung dan memberkas mereka bersama batu sebesar penumbuk yang dipercayai digunakan bagi membaling ke arah kenderaan yang melalui lebuh raya itu," katanya.

Shafie berkata remaja terbabit memberitahu mereka melakukan aktiviti itu sejak Jun lepas dari pukul 5 petang hingga 9 malam untuk bersuka-suka sahaja.  SUMBER: RTM & H.METRO

N'N: Amacam bangga tak?

Thursday, December 17, 2015

KORANG NI NAK JUAL HANDPHONE KER NAK JADI SAMSENG ATAU KORANG NI MEMANG SAMSENG YANG MENJUAL HANDPHONE...



1. Seorang lelaki 'dikurung' di dalam sebuah bilik kecil selama empat jam oleh beberapa orang lelaki dek kerana beliau enggan meneruskan pembelian empat telefon bimbit.

2. Harga keempat-empat telefon tersebut tiba-tiba melonjak dari RM800.00 kepada RM10,000.

3. Pada awalnya keempat-empat telefon tersebut ditawarkan dengan harga RM200 setiap satu.

4. Setelah bayaran dibuat, penjual telefon tersebut enggan menyerahkan telefon terbabit tetapi mengarahkan pembeli memasuki sebuah bilik kecil.

5. Lelaki itu ditahan kira-kira sejam di dalam bilik itu kerana enggan meneruskan pembelian dan dipaksa membayar harga telefon bimbit tersebut jika mahu 'dibebaskan'.

6. Setelah membayar RM5,000.00, lelaki tersebut dibebaskan dan diberikan telefon bimbit yang dibeli tetapi tidak sama dengan jenama yang asal.

7. Lelaki itu telah membuat aduan kepada beberapa agensi termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, namun dia kecewa apabila tiada sebarang tindakan diambil.

8. Syukur laporan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendapat perhatian yang telah bertindak melakukan serbuan di Kompleks Kota Raya, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Kuala Lumpur.

9. Wang lelaki tersebut dapat dikembalikan dengan disaksikan Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Muhammad Yusuf Azmi.

10. Dipercayai wujud rangkaian yang dijalankan oleh pihak-pihak tersebut di kompleks berkenaan bagi melakukan penipuan terhadap pelanggan.

11. Kebanyakan yang menjadi mangsa penipuan tersebut adalah warga asing selain dari masyarakat tempatan. SUMBER

N'N: Cuba baca point no.7 tu, sedih betul bila buat laporan kpd pihak berkuasa tp tiada apa2 respon...Korang makan gaji buta ker apa?

NGERI KAKI BERTERABUR DI TENGAH JALANRAYA (GAMBAR)


Nasib baik hny kaki ayam...

Monday, December 14, 2015

INILAH SYAITAN YANG BERTOPENG MANUSIA (GAMBAR)


Demi duit manusia sanggup melakukan apa sahaja kerana mereka bertuhankan duit...

Sumber: fb lando zawawi vrus

Sunday, December 13, 2015

AKSI TERLAMPAU PELANGGAN TESCO INI RESAHKAN PELANGGAN YANG LAIN (GAMBAR)


TAK SANGGUP AKU NAK TENGOK GAMBAR NI, BAYANGKAN PERKARA INI BERLAKU KEPADA ANAK KORANG ( 2 GAMBAR)


Ipoh: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun terpaksa menahan sakit hampir sejam apabila dawai besi pagar yang berkarat tersusuk dan tersangkut di kelopak mata kanannya di Taman Bahagia, Tanjung Rambutan, di sini, petang kelmarin.
 
Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, Wan NurQaleesya Abdullah dikatakan memanjat pagar berdawai di belakang rumah gara-gara cuba mengambil selipar adiknya yang dicampakkan ke luar pagar sebelum dawai tertusuk pada mata kanannya sehingga menjadi bengkak dan berdarah. Sumber:Hmetro

Innity