Saturday, March 29, 2014

BENDA INI YANG BUAT NAJIB PENING KEPALA SEKARANG (GAMBAR)


Syarikat satelit yang berpangkalan di Britain, Inmarsat, berkata pihaknya tidak terbabit dalam membuat kesimpulan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di Lautan Hindi".

Pada malam 24 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di Lautan Hindi" dengan memetik analisis data satelit Inmarsat.

Bagaimanapun, pengumuman telah membangkitkan kemarahan di

kalangan keluarga penumpang China, yang enggan menerima kesimpulan itu sehinggalah pesawat tersebut ditemui.

Jurucakap Inmarsat Jonathan Sinnatt berkata Inmarsat hanya menyediakan maklumat dan terpulang kepada kerajaan Malaysia untuk membuat kesimpulan sendiri, laporan China Daily.

"Kami menyediakan maklumat kita kepada rakyat Malaysia, dan mereka menggabungkannya dengan maklumat yang lain yang mereka ada, yang kita tidak tahu tentangnya, dan kemudian mereka membuat kesimpulan daripadanya dan membuat pengumuman mereka sendiri.

"Kami tidak terbabit dengan apa yang Malaysia umumkan, itu terpulang kepada mereka, kerana mereka melihat gambaran penuh. Kami hanya menyumbang satu set maklumat," jurucakap itu dilaporkan berkata.

Sementara itu, Reuters melaporkan Xinhua hari ini berkata sebuah pesawat China telah mengesan tiga objek yang mencurigakan di kawasan carian baru di Lautan Hindi.

Barang-barang itu masing-masing berwarna putih, merah dan oren, kata Xinhua.

Manakala Astro Awani pula memetik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata hari ini bahawa protokol keselamatan
baru di pintu masuk negara, terutamanya KLIA, sedang dikaji dan diperbaiki jika perlu.

Imigresen akan memasang APSS atau sistem pemeriksaan penumpang yang akan dilaksanakan pertengahan bulan Jun.

Bagaimanapun beliau enggan menjawab ketika ditanya mengenai protokol ruang udara, sambil berkata ia terletak di bawah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Kementerian Pengangkutan.

Mengenai pelanggaran keselamatan ruang udara kita seperti yang berlaku terhadap lencongan penerbangan MH370, Zahid berkata ia adalah satu perkara yang melibatkan Kementerian Pertahanan.

Katanya, ketika beliau menjadi menteri pertahanan, Tentera Udara diberi tanggungjawab untuk memintas apa-apa unsur asing, tetapi bukan pesawat komersial, kerana radar primary dapat mengenal pasti antara sebuah jet pejuang, pesawat tentera dan pesawat komersil.

n'n:Inmarsat hanya menyediakan maklumat dan terpulang kepada kerajaan Malaysia untuk membuat kesimpulan sendiri..
Tapi kesimpulan yang PM kita buat tu kelihatan agak2 terburu2 (mungkin kerana tekanan) sehingga mengbangkitkan kemarahan rakyat China. Akibatnya rakyat Malaysia di China terpaksa berhadapan dengan kemarahan rakyat China...

INILAH MANUSIA YANG TAK ADA PENYAKIT TAPI CARI PENYAKIT (GAMBAR)


Amacam best???

Wednesday, March 26, 2014

DAP BUAT KENYATAAN HINA ISLAM LAGI!!!


KUALA LUMPUR, 25 MAC: DAP mengutuk keras tindakan mahkamah di Mesir yang menjatuhkan hukuman mati terhadap 529 penyokong bekas Presiden Mesir, Dr Mohamed Morsi atas tuduhan menyerang dan membunuh anggota polis.

Kumpulan penyokong terbabit adalah anggota Ikhwanul Muslimin yang diharamkan dan sebahagian daripada lebih 1,200 orang yang dibicarakan.

Mahkamah di Minya, di Selatan Kaherah, mengeluarkan hukuman itu selepas sekadar dua sesi dalam keadaan peguam tertuduh mengadu tidak diberi peluang membentangkan hujah mereka.

Strategis Pilihanraya DAP, Dr Ong Kian Ming dalam satu kenyataan hari ini mengutuk keras hukuman mati terbesar dalam sejarah Mesir yang dianggap sebagai mengarut.

“Malahan, Amnesty International sendiri menamakan hukuman ini sebagai hukuman mati beramai-ramai yang terbesar dalam sejarah dunia.

“Adalah sangat merepek apabila hukuman dengan magnitud sebegini boleh dijatuhkan hanya selepas perbicaraan beramai-ramai selama dua hari bersabit kematian seorang anggota polis.

“Jelas sekali perbicaraan ini adalah pincang apabila pihak pembelaan dilaporkan tidak diberi akses kepada bahan bukti, malah defendan dan peguam mereka pun tidak dibenarkan hadir ke mahkamah ketika hukuman dijatuhkan,” tambah beliau yang juga Ahli Parlimen Serdang.

Menurutnya lagi, perbicaraan ini memperlihatkan satu trend merisaukan bahawa Mesir akan kembali ke zaman pemerintahan diktator sepertimana di bawah rejim Hosni Mubarak.

“Saya menggesa kerajaan Malaysia untuk mengutuk tindakan kerajaan Mesir dan sistem mahkamah negara itu yang menindas rakyat sendiri,” tegas Kian Ming.

Pihak berkuasa Mesir telah bertindak keras terhadap kumpulan penyokong Morsi daripada kalangan Ikhwan sejak beliau digulingkan Julai tahun lalu.

Aktivis politik dan demonstran anti kerajaan bukan sahaja dipenjara malah ditembak mati oleh pasukan keselamatan Mesir.

Sumber : Roketkini.com

N'N: Kenapa DAP tak macam UMNO? Walaupun UMNO adalah pertubuhan yang majoritinya orang Islam tapi UMNO hanya senyap dalam isu ini...Aku jadi hairan dan pelik......

INI ADALAH KISAH BENAR...

Tuesday, March 25, 2014

INILAH ANTARA WAJAH2 PEJUANG ISLAM YANG AKAN DIHUKUM MATI DI MESIR.


ANTARA WAJAH-WAJAH WIRA-WIRA 529 YANG DIHUKUM MATI

Antaranya adalah Dr. Sofwat Hijazi (paling kiri dalam gambar). Adakah mereka menangis menerima hukuman? TIDAK SAMA SEKALI!

Dr Sofwat Hijazi dalam satu ucapannya yang penuh bersemangat untuk membebaskan Palestin dari Zionis. Ucapan beliau: "Insya Allah bumi Palestin akan merdeka di bawah kepimpinan Dr Mursi, kita akan bersolat di Masjidil Aqsa. Insya Allah"

REMAJA HABISKAN MASA 10 JAM SEHARI UNTUK BERSELFIE, BILA PULA MASA UNTUK AL-QURAN? (GAMBAR)



Apa Itu Selfie?

Selfie ialah sejenis gambar potret diri sendiri yang diambil menggunakan kamera digital atau kamera telefon dan biasanya diambil dalam sudut tertentu oleh empunya gambar itu sendiri sebelum ia dimuatnaik ke laman sosial.

KADANG2 HAIWAN LEBIH KENAL ERTI UKHWAH (GAMBAR)

Sunday, March 16, 2014

PESAKIT RAMAI, PENJAWAT AWAM NI SIBUK MAIN CANDY CRUSH (GAMBAR)


Aduan yang kami terima;

"Ramai pesakit, tapi ada pula masa untuk dia complete level kat Candy Crush. Lokasi di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Muka pula masam bila nak cakap dengan pesakit. Ialah kacau dia nak main Candy Crush" - Mr K.

Saturday, March 8, 2014

KENAPALAH PERANGAI MACAI UMNO NI MACAM SYAITAN?


APA MASALAH MANUSIA NI?


Situasi yng tengah meruncing mcm ni xpatut dijadikan lawak bro...

Isu kehilangan pesawat MH370 bukanlah berita yang patut dijadikan bahan jenaka. Bayangkan jika ahli keluarga kita yang turut berada dalam pesawat itu, tergamakkah kita untuk buat lawak?

Nabi SAW pesan, jika tiada benda baik yang hendak diperkatakan, lebih baik DIAM.

Masih tak faham apa yang Nabi SAW sampaikan atau sengaja melanggar perintah Nabi SAW?

INILAH 5 MANUSIA YANG MENJADI PERHATIAN DISELURUH MALAYSIA SEKARANG (GAMBAR)

YANG MENJATUHKAN HUKUM:


YANG MEMFITNAH:

 

YANG KENA ZALIM:

 

Friday, March 7, 2014

TAK TERCAPAI DIAKAL TINDAKAN KDN MENGHARAMKAN BUKU ULTRAMAN (GAMBAR)



Setelah dikaji selidik, saya menemui alasan mengapa KDN mengharamkan buku itu:


Jika ini alasan buku itu diharamkan ia sangat munasabah, tp bila pula KDN nak haramkan majalah mangga?