Tuesday, April 30, 2013

KENAPA BUAT PERANGAI KEJI MACAM NI? (GAMBAR)




Demokrasi???

NAK TANYA SIKIT SIAPA YANG BODOH SEKARANG?


Sebenar apa mekanisme yang BN gunakan untuk memastikan Penjawat Awam dapat memiliki rumah di Putrajaya? Sekurang2nya Husam Musa mencadangkan kaedah utk mengurangkan beban Penjawat Awam sekaligus memberi peluang mereka memiliki rumah di Putrajaya.....Semua sedia maklum,duduk di kuaters Kerajaan bukanya percuma elaun perumahan dan COLA ditolak bagi menggantikan sewa rumah tersebut jd renung2kan....

GEMPAR!!! DAKWAT YANG KONONNYA KEKAL BOLEH DICUCI GUNA SABUN!!! SPR PERLU JAWAB DAKWAAN INI (GAMBAR)





Sebelum ni Pengerusi SPR Abdul Aziz berkata SPR akan menggunakan dua dakwat yang berbeza warna untuk pengundian awal dan pengundian biasa, yang masing-masing boleh tahan sekurang-kurangnya tujuh hari dan tiga hari.

"Saya boleh memberi jaminan bahawa dakwat tersebut boleh tahan untuk sekurang-kurangnya tujuh hari," katanya, sambil menambah dakwat itu mengandungi pigmen, silver nitrate dan dan bahan-bahan herba. 
( sumber: http://www.malaysiakini.com/news/226674)

INI BUKTI DEMOKRASI MALAYSIA DITAHAP YANG SANGAT MEMALUKAN (GAMBAR)


Hanya satu pihak sahaja yang dibenarkan berkempen dikaca TV....Oh Malaysiaku............

Sunday, April 28, 2013

AKU DAH TAK MAMPU NAK CAKAP APA2 BILA LIHAT GAMBAR INI


Walaupun saya cacat tapi semangat untuk menangkan saudara..kata kata dari Siva yang sedang bantu rakannya pasang bendera..

ULAMA' MUDA UMNO SAHKAN PELAKON AZHAR SULAIMAN IKUT JALAN ORANG YANG TIDAK BERIMAN (STATUS FB & VIDEO)





Firman Allah SWT:

Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.

Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu; -

Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.

An-Nur Ayat 13-15

TENGOKLAH CARA ORANG PAS BALAS DENDAM SELEPAS UMNO /BN KERAP KALI KATA PAS PARTI AJARAN SESAT (GAMBAR)


Semangat Rakyat... 2 Ahli Wanita UMNO/BN Terlibat Dalam Kemalangan Di Perak. Ahli & Petugas PAS Yang Berhampiran Segera Datang Membantu Memayung Mangsa Sambil Menanti Kehadiran Ambulan... Biarpun PAS Sering Dihina & Dikeji Oleh UMNO/Bn Dengan Mengatakan PAS Sesat Dan Sebagainya, Namun Sifat Kemanusiaan Kami Tetap Ada Sebagai Rakyat Prihatin Tanpa Mengira Musuh/Seteru Politik...

Saturday, April 27, 2013

MENITIS AIR MATA BILA BACA STATUS NON-MUSLIM NI (STATUS FB)

BERKALI-KALI MEREKA PUTAR BELIT UCAPAN BELIAU, BERKALI-KALI BELIAU DIFITNAH DAN LIHATLAH BETAPA RAKYAT MEMBENCI BELIAU, INILAH TAHAP KEBENCIAN RAKYAT KEPADA TGNA (GAMBAR)


Saya tak pernah tengok Tuan Guru Nik Aziz 'live', so bila tau dia turun Putrajaya hari ni, pergi susahkan diri beramai2 ke Masjid Besi. mula2 ingatkan oh TGNA bagi khutbah kot? pastu pikir balik, eh takkan la pulak. mane nak lepas kan.

so takpela, masa sampai tu dah penuh dengan orang, ada la nampak baju hijau probably one in 20 or 30 jemaah tu. ramai lah jugak. nampak jugak photographer chinese semua jenis ada duduk dekat dalam masjid. saya pun naik bhgn atas sebab sampai dah azan kedua.

sampai2 je, terus sunat tahiyyatul masjid, duduk dekat situ (boleh nampak jemaah kat bawah dgn mimbar etc), dok teropong teropong jugak mana TGNA ni. cari serban putih dia (sebab dia mesti pakai serban putih kan), dok langut langut, tak jumpa.

pastu dengar khatib baca khutbah, pasal kepimpinan and demokrasi etc, masa halfway khutbah 1st tu, tiba2 khatib jadi sebak bila sentuh bab perpaduan umat Islam, kesejahteraan rakyat dan negara.

anyway, bila dia start sebak, dia continue lagi tapi terberhenti sebab dia menangis sekejap (sambil cover2 la jugak), amik nafas, dia sambung semula. dia jadi sebak mungkin dia realize he was forced to read, or tak pun saya kira kira mungkin sebab dia terjeling TGNA kot, and probably te'rasa' dengan presence TGNA, and feel ada yg lebih layak berada kat tempat dia delivering the khutbah, I dunno really.

but since then, dia terus sambung khutbah 1st tu dengan keadaan sebak, dan bila dia recite ayat dari ali Imran,

"dan berpegang teguhlah dengan tali Allah, dan jangan kamu berpecah belah, dan ingatlah nikmat Allah padamu ketika kamu dulu berpecah belah, lalu Allah satukan hati kamu, maka dgn nikmat itu kamu bersaudara, dan kamu dulu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah selamatkan kamu darinya, demikianlah Allah jelaskan ayat2 padamu, supaya kamu beroleh petunjuk."

terus panas basah pipi.

ada dengar esak sedikit dari tepi2 jugak. dan bila dia end khutbah 1st dia dengan 'fastaghfirullah, innallahaghafururrahim' khatib stress and ulang tiga kali 'fastaghfirullah' tu sebelum dia duduk.

selalu khatib area2 sini duduk skejap je, tapi dia duduk lama. taking his time nak recover, mungkin. dan seterusnya hingga lah ke habis solat where khatib baca ayat ali-imran tadi dgn syahdu dan disambung ayat 'umat pertengahan' pada rakaat kedua.

sampai lah ke habis solat sunat, saya dok tengok2 (bila luar solat la) mana la TGNA ni.

bila pakat dah habis solat sunat, baru nampak ramai berkerumun kat bhgn depan, and nampak flashes dari kamera. saya pi bahagian tepi sebab kat depan dah kerumun dah.

pastu saat dengar orang takbir, saya ternampak TGNA dari celah2 ramai2 manusia tu, kecik je tubuh, tapi influencenya mashaAllah superb.

saya struggle tukar tempat dari depan ke belakang (kat atas tu) tapi tak dapat nampak wajah TGNA.

masa semua dok ikut keluar iring sampai ke bawah naik kereta, saya pasang satu niat, yg kecik je, tak besar pun, saya nak jumpa dengan TGNA, nak peluk dia, dan bisik doa pada telinganya,

'semoga Allah kurniakan syurga buat TGNA dan keluarga'.

amin.

Thursday, April 25, 2013

Wednesday, April 24, 2013

CERAMAH KU NAN KALAHKAN CERAMAH HUSAM (GAMBAR)


Ceramah Dato' Husam kalah kerana kurang selesa....Peduli apa dengan keselesaan rakyat mahu berubah itu yang pentingkan......

PEMIMPIN UMNO CONFIRM CEMBURU BILA TENGOK GAMBAR NI.


Peminat cilik DS Nizar sabar menanti tandatangan idolanya. Yang lebih mengejutkan peminatnya itu seorang kanak2 berbangsa cina...

Dalam PR kami tidak pernah mengajar ahli,pengikut,mahupun penyokong kami dengan ideologi perkauman yang sempit...Atas sbb itulah Melayu,Cina,India dan kaum2 lain dalam PR boleh bersatu dan saling hormat- menghormati dan tak ketinggalan yang sayang - menyayangi antara satu sama lain...

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

-Surah Al-Hujurat ayat 13

INGIN TAHU BAGAIMANA BN BUAT DUIT UNTUK KRONI ? PAKAT TENGOK GAMBAR NI.


Duit pembayar cukai disalahguna.........

Kerajaan Umno-BN membina sekolah di U-10 Shah Alam yang mempunyai hanya 12 bilik darjah dengan kos berjumlah kira-kira RM12 juta. Ini bermakna setiap bilik darjah itu kosnya adalah RM1juta. Adakah perbelanjaan sedemikian munasabah? Ianya membuktikan ketidakcekapan dan ketidaktelusan Kerajaan BN.

Sebaliknya, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor pula terbukti jauh lebih efisien dan cekap dalam pengurusan kewangan. Kami telah pun membina SJK (T) Ladang Midlands yang mempunyai 24 bilik darjah serta kelengkapan dewan yang besar dan makmal yang canggih pada kos RM4.9 juta.

UTUSAN PENIPU DIBACA OLEH MEREKA YANG SUKA KENA TIPU (GAMBAR)


Boikot utusan sejahtera hidup tanpa penipuan............

ORANG UMNO DINASIHATKAN JANGAN MENANGIS LEPAS BACA SEMUA NI........

Sunday, April 21, 2013

INILAH CONTOH KEMPEN FITNAH POLITIK YANG JIJIK (GAMBAR)


Kenyataan sebenarnya:

Dasar Bersama PR menggariskan iltizam kami untuk mengalih hala tuju negara dan bangsa ke landasan yang betul setelah berdekad diruntun salah guna kuasa, rasuah dan politik perkauman, itulah kesepakatan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Selain itu tiga perkara pertama diangkat dalam dasar bersama PR meliputi komitmen mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.

Diikuti pula dengan Komitmen mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan.

Dan seterusnya Komitmen memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.

GAMBAR ANAK MUDA KEBANGGAAN UMNO/BN?

UMNO AKAN HANCUR KERANA REDHA DENGAN KELUCAHAN MELAMPAU(FITNAH BLOG)


Thursday, April 18, 2013

PRU-13:TARIK DIRI ATAU.....(GAMBAR)


Admin dapat info dari Sabah :

Awal pagi ini rumah calon PAS N.59 Dun Tanjong Batu disimbah cat dan cermin dipecahkan, kita menolak budaya samseng begini, kita amalkan politik baik &berakhlak !!!

semoga saudari Fatmawaty Yusoff dilindungi &dkuatkan..
“La haula wa la quwwata illa billah" - Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan (pertolongan) Allah S.W.T"

Sumber : Ameerah Sabah

BUDAK TADIKA PUN TAHU MANA SATU GAMBAR YANG ORI.


Nampak sangat dia sedang menegakkan benang yang basah kah3........