yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Saturday, January 19, 2013

RAMAI ORANG SOLATNYA TIDAK SAH KERANANYA....

https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/64983_561956880499757_893535858_n.jpg


1. Sebutan huruf "ba" berbaris bawah tidak kedengaran. Seolah-olah kita menyebut "Ismillah..."

2. Sabdu pada kalimah ﷲ tidak dijelaskan. Huruf yang bersabdu ibarat huruf itu mempunyai dua huruf yang sama, tetapi ia disatukan menjadi sabdu (faham tak ni? Selain itu, kalimah Allah disebut dengan lafzhul-jalalah (lafaz yang besar). Ini adalah sebutan yang salah kerana 'Bismillah' hendaklah disebut dengan 'lam tarqiq' (lam nipis) kerana huruf ﻡ pada kalimah ini adalah berbaris bawah.

3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi "BismilahiRahmaan...", yang sepatutnya "BismillahiRRahmaan...".

4. Begitu juga dengan kesalahan pada nombor 3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi "BismilillahirrahmaaniRahiim", yang sepatutnya "BismillahirrahmaaniRRahiim"

5. Sebutan huruf ﻱ tidak dipanjangkan. Ia wajib dipanjangkan harakatnya sama ada 2/4/6 harakat kerana ia adalah huruf mad yang diwaqafkan. Hukumnya Mad 'Aridh Lissukun.

6. Huruf ﺡ digantikan dengan huruf ﻩ

7. Kalimah ﭐﷲ seolah-olah tiada sabdu dan disebut "al-hamdulilah". Sebutan yang betul adalah "Al-hamdulillah..."

8. Sabdu pada huruf ﺏ ditinggalkan sabdunya dan sebutan berbunyi "Rabil" yang sepatutnya "Rabbil"

9. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ

10. Sabdu ditinggalkan. Sebutan menjadi "Iyaka". Sebutan yang betul adalah "Iyyaka".

11. Sebutan huruf ﻉ tidak jelas.

12. Kesalahan sama seperti nombor 10.

13. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ

14. Tidak memuncungkan bibir. Apabila sesuatu huruf diwaqafkan berbaris hadapan, kita hendaklah memuncungkan bibir. Hukum ini dipanggil 'isymam'.

15. Menyebut "Ehdina...". Sepatutnya "Ihdina...".

16. Huruf ﺹ tidak disabdukan.

17. Huruf ﻁ ditukar menjadi huruf ﺕ

18. Huruf ﻕ ditukar menjadi huruf ﻙ. Apabila huruf ﻕ berbaris bawah, sifatnya menjadi kurang tebal, bukan nipis.

19. Menukar huruf ﺫ kepada huruf ﺯ. Ini merupakan kesalahan yang paling biasa dilakukan. Ramai yang masih tidak dapat membezakan perbezaan huruf-huruf ini.

20. Huruf ﺃ dulu, baru huruf ﻉ. Ramai yang membunyikan ﺃ , kemudian ﺃ. Ada juga membunyikan ﻉ, kemudian ﺃ. Tak kurang juga ada yang membunyikan ﻉ kemudian ﻉ

21. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ

22. Huruf ﺭ berbaris bawah disebut "Rel", sepatutnya disebut "Ril".

23. Huruf ﻍ disebut dengan qalqalah.

24. Huruf ﺽ tidak ditebalkan sebutannya.

25. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ

26. Huruf ﺽ tidak disabdukan.

27. Apabila huruf mad bertemu dengan huruf bersabdu dalam satu kalimah, maka harakatnya wajib 6 harakat. Hukumnya adalah Mad Lazim Musaqqal Kalimi. Ramai yang melafaz kurang daripada 6 harakat

Wallahu a'lam...

Kredit to : SOutul-MUjahid

PADAH GUNA INAI TIRUAN (3 GAMBAR)

https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/23743_10151690176929572_872105612_n.jpg

Apa hukum pakai inai macam ni?

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

MALANG BETUL NASIB BIHUN NI (GAMBAR)

https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/s480x480/59957_529401000428036_1877661382_n.jpg

nak makan ker nak buang? kah3.....

KALAU TAK PERKAUMAN BUKAN UMNO NAMANYA

https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/484853_523394827694912_1265020416_n.jpg

Cuba kita fahami isi Al-Quran dengan mendalam. Firman Allah SWT:

'Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.'-(Al-Maaidah :8)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)