AES Mula Beroperasi Malam Ini
PETALING JAYA: Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan mula
beroperasi pada malam Sabtu di 14 'kawasan panas' untuk menangkap mereka
yang memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat.
Bagi fasa pertama AES, sebanyak 14 kamera telah
dipasang di Perak, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur dengan 10
daripada kamera tersebut adalah untuk mengesan mereka yang memandu
melebihi had laju manakala empat lagi untuk mengesan mereka yang
melanggar lampu isyarat.
Lebih banyak kamera akan dipasang di 817 'lokasi panas' pada fasa kedua
yang akan menyaksikan AES dilaksanakan secara menyeluruh di negara ini.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan
berkata pelaksanaan AES merupakan satu tindakan tegas kerajaan untuk
mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya.
"Kamera AES dipasang di ‘kawasan panas’ atau lokasi yang dikenalpasti
sebagai lokasi maut yang mencatatkan jumlah kematian yang tinggi," kata
Solah dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Solah berkata orang ramai boleh menyemak lokasi kamera AES di laman web
JPJ, www.jpj.gov.my, sambil menambah pengguna boleh mengetahui mengenai
zon operasi kamera AES melalui papan tanda yang diletakkan di kawasan
yang berhampiran.
"Dengan mengetahui lokasi kamera AES diletakkan, pengguna jalan raya
akan lebih berhati-hati dan mereka memandu mengikut undang-undang. Ini
dapat mengurangkan jumlah kematian dan objektif kami adalah bagi
memastikan pengguna jalan raya, dan bukannya untuk memberikan kuasa yang
lebih besar kepada JPJ untuk mengeluarkan saman," kata Solah.
Beliau berkata kamera AES bagi papan tanda untuk mengesan kenderaan yang
melebihi had laju di lihat dua hingga tiga kilometer sebelum lokasi
kamera tersebut.
Bagi kamera untuk mencatatkan jumlah pemandu yang melanggar lampu merah,
papan tanda yang diletakkan adalah 50 hingga 500 meter daripada lampu
isyarat berkenaan.
Solah berkata imej yang ditangkap oleh kamera AES akan dihantar secara
automatik kepada pusat kawalan AES dan nombor plat kenderaan yang
melanggar peraturan tersebut akan dikesan oleh pangkalan data JPJ,
sebelum saman dikenluarkan kepada pemilik kenderaan tersebut.
"Proses semakan, mengenalpasti pasti kesalahan dan pengeluaran notis
sama dibuat oleh pegawai JPJ terlatih yang ditempatkan di pusat kawalan
AES.
"Jika imej yang ditangkap tidak sepadan dengan nombor pendaftaran
kederaan yang terdapat dalam pangkalan data JPJ, siasatan lanjut akan
dijalankan. Ini ialah bagi memastikan saman yang dikeluarkan sah menurut
undang-undang jalan raya, serta dapat mengelakkan daripada saman
dikeluarkan kepada pihak yang tidak bersalah," katanya.
Notis sama yang telah diproses dan ditentusahkan sebelum dihantar kepada
pemilih kenderaan berdaftar dalam tempoh lima hari daripada tarikh
kesalahan serta imej kenderaan yang dirakamkan.
"Bagaimanapun, jika pemilik berdaftar bukan pemandu kenderaan tersebut
ketika kesalahan direkodkan, mereka boleh mengemukakan butiran pemandu
terbabit kepada JPJ selepas 30 hari daripada tarikh menerima notis saman
tersebut.
"Jika mereka memilih untuk hadir ke mahkamah, mereka boleh berbuat
demikian pada mas dan tarikh yang ditetapkan dalam notis berkenaan,"
kata Solah.
Solah berkata mereka yang menerima notis saman AES boleh menghubungi
pusat kawalan AES untuk mengetahui butiran lanjut mengenainya ditalian
03-78464400, bagi kesalahan yang direkodkan di Perak, sementara bagi
kesalahan yang direkodkan di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur mereka
boleh menghubungi talian 03-7628 8268.-mstar
Jangan BANGGA sangat Amno woi [Baca neh...]
2 minutes ago












