yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Saturday, September 15, 2012

INI DIA LELAKI YANG DISYAKI MENGHASILKAN FILEM YANG MENGHINA RASULULLAH SAW (GAMBAR)


Seorang lelaki disyaki menghasilkan filem Innocense of Muslims dibawa keluar dari rumahnya oleh pihak berkuasa AS, semalam. – Foto ihsan

AS tahan lelaki disyaki terbit filem hina Nabi

LOS ANGELES - Seorang lelaki yang disyaki menghasilkan filem yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, sehingga mencetuskan kemarahan dan protes mengorbankan hampir 10 orang setakat ini, ditahan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS), semalam.

Lelaki berkenaan, Nakoula Basseley Nakoula, pernah disabitkan kesalahan berhubung kes menipu bank pada 2010, dan diletakkan di bawah pemantauan selama lima tahun dan tidak boleh akses kepada Internet.

Nakoula, 55, dilaporkan telah menafikan terbabit dalam pembikinan filem tersebut, yang dinamakan Innocense of Muslims.

Protes ekoran tayangan filem itu merebak ke banyak negara Timur Tengah dan Mesir. Semalam, protes juga diadakan di Malaysia. Hari ini, protes merebak ke Australia.

Nakoula ditahan sejurus selepas tengah malam tadi.

Wakil media menunggu kemunculan lelaki itu selama 48 jam di hadapan rumahnya di selatan California.

Dia muncul dengan mengenakan skarf, kot dan cermin mata bagi mengelakkan wajahnya dirakam oleh media. Berdasarkan rekod hartanah, rumah dia ditahan adalah miliknya.

Jurucakap Jabatan Sherif Los Angeles, Steve Whitmore mengesahkan bahawa Nakoula dibawa ke stesen sherif Cerritos untuk disoal siasat oleh pegawai-pegawai pemantauan persekutuan bagi menentukan sama ada dia telah melanggar syarat hukuman dipantau selama lima tahun yang dikenakan.

Whitmore menambah, Nakoula telah bersetuju untuk ditemu siasat oleh pihak berkuasa sebelum tiba di rumahnya. Oleh itu katanya, keputusan dibuat Nakoula adalah secara sukarela.

"Lelaki itu memberi kerjasama," katanya lagi.

Nakoula ada memberitahu Associated Press bahawa dia bukan pengarah filem itu tetapi hanya pengurus logistik. Pengarah filem itu dikatakan menggunakan nama Sam Bassiel. Laporan terdahulu menunjukkan Nakoula menggunakan sekurang-kurangnya lapan nama yang lain.- SH

SUMBER

ORANG YANG SURUH PR LANGKAH MAYAT DIA DULU SEBELUM NAK TAWAN JOHOR NI MENGAKU BAKAL MENANTU SULTAN JOHOR, BETUL KER? (GAMBAR)

JANJI DITEPATI DI KELANTAN KENAPA TAK KELUAR TV3 (GAMBAR)

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/296764_10151040978712592_700328193_n.jpg

Satu lagi kejayaan kerajaan negeri Kelantan, alhamdulillah.

ROSMAH LAWAT DUBAI, KATE LAWAT MALAYSIA CUBA LIHAT APA YANG BERBEZA (GAMBAR)

https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/564256_384540871618255_1605916697_n.jpg

Nilailah sendiri........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)