yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Monday, September 10, 2012

TAHNIAH NAJIB, WARGA FELDA TERUS DAPAT DURIAN RUNTUH BERGANDA-GANDA.



Saham FGVH menjunam, peneroka mula rugi


KUALA LUMPUR: Saham Felda Global Venture Holding (FGVH) terus menjunam jatuh dengan pantas menuju harga awal ketika dilancarkan iaitu RM4.55 apabila jatuh lapan sen lagi tengahari ini.

Saham itu terus jatuh sebanyak 89 sen sejak mencecah RM5.55 pada 5 Julai lalu dan ditutup pada harga RM4.69 tengahari ini.

Saham FGVH terus jatuh selepas mencecah batasan saikologinya apabila jatuh ke RM5.00 Rabu minggu lepas, iaitu jatuh sehingga 31 sen.

Mula rugi

Sementara itu, Penasihat Ekonomi Anak (Persatuan Anak Peneroka Felda), Dr Rosli Yaakob (gambar atas) berkata, peneroka Felda kini mula rugi apabila sahamnya jatuh melepasi 4.70.

Ini kerana, dividen yang diperolehi tidak akan mampu menampung interest pinjaman yang mereka buat untuk membeli saham FGVH.

"Kadar interest pinjaman mereka untuk membeli saham ini pada kadar RM4.45 kini lebih tinggi berbanding dengan dividen yang mereka perolehi," kata Dr Rosli.

Kini, semasa laporan ini ditulis, saham FGVH adalah lebih rendah dari RM4.70 iaitu RM4.69.

SUMBER

ADAKAH INI SYAITAN YANG DIKENALI YANG DIMAKSUDKAN TUN M (GAMBAR)




Gambar Pencacai UMNO baling cat kearah bas jelajah Merdeka Rakyat di Melaka...

SELANJUTNYA.....

SEORANG YANG BERBANGSA CINA MASUK ISLAM SELEPAS CERAMAH PARTI POLITIK, CUBA TEKA UMNO ATAU PAS?

Mengucap Syahadah Setelah Selesai Ceramah Umum PAS

Alhamdulillah... kita menerima seorang lagi saudara baru yang memeluk Islam pada malam tadi setelah selesai ceramah umum PAS Kawasan Balik Pulau di Dataran Teluk Kumbar...

Ustaz Mohd Fauzi selaku YDP PAS Kawasan Balik Pulau merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang telah mengajar saudara baru yang berbangsa Cina mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH...

TAKBIRRR!!!...ALLAHUAKBAR...

Sumber:Addin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)