yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Sunday, August 26, 2012

SIAPA YANG BAWAK FERRARI NI (GAMBAR)

https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/378632_461978360502110_1110600986_n.jpg

terbaik.....

APABILA BOLA MEMBUNUH (GAMBAR)

https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/305285_399149573473963_881012666_n.jpg

INI KISAH BENAR, BENCI YANG TERAMAT SANGAT BERTUKAR KEPADA CINTA SELEPAS MENDENGAR "SAYA MUHAMMAD"


Seorang wanita tua yang sedang melintasi gurun pasir dengan membawa beban yang berat. Walaupun nampak dalam kesusahan, namun dia tetap berusaha membawa barang bawaannya dengan sekuat tenaga. Tak lama kemudian, seorang lelaki muda datang dan menawarkan diri untuk mengangkat bawaannya. Wanitu malang itu menerima tawaran tersebut dengan senang hati. Lelaki itu pun mengangkat bawaannya kemudian mereka berjalan beriringan.

“Mudahnya kamu nak membantu dan menemani, saya sangat menghargainya”, kata wanita itu. Ternyata ia adalah seorang wanita yang mudah mesra. Lelaki itu pun dengan sabar mendengarkan sambil tersenyum. Tiba2 Wanita tua itu bertanya pada Lelaki tersebut, “Anak muda, selama kita berjalan bersama, saya mahu buat satu permintaan. Jangan bercakap apapun tentang Muhammad! Sebab dia, tidak ada lagi rasa damai dan saya sangat terganggu jika menyebut namanya. Jadi sekali lagi, jangan bercakap apapun tentang Muhammad!”.

Dia sambung bercakap lagi, “Orang itu benar-benar membuat saya kesal. Saya selalu mendengar nama dan reputasinya kemanapun saya pergi. Dia dikenal berasal dari keluarga dan suku yang tersohor, tapi tiba-tiba dia memecah belah orang dengan mengatakan bahawa tuhan itu satu.”

“Dia memperdayakan orang yang lemah, orang miskin, dan budak-budak. Orang-orang itu berpikir mereka akan dapat menemukan kekayaan dan kebebasan dengan mengikuti jalanNya,” wanita itu bercerita dengan kesal. “Dia merosakkan anak-anak muda dengan memutarbelitkan kebenaran. Dia meyakinkan mereka bahawa mereka kuat dan bahawa ada suatu tujuan yang boleh dicapai. Jadi anak muda, jangan sekali-kali kamu bercakap tentang Muhammad!”

Tak lama kemudian, mereka sampai ke tempat tujuan. Lelaki itu menurunkan barang bawaannya. Wanita tua itu menatapnya sambil tersenyum penuh terima kasih. “Terima kasih banyak, anak muda. Kamu sangat baik. Kemurahan hati dan senyuman kamu itu sangat jarang saya temukan. Biarkan saya memberi kamu satu nasihat. Jauhi Muhammad! Jangan pernah memikirkan kata-katanya atau mengikuti jalannya. Kalau kamu lakukan itu, kamu tidak akan pernah mendapatkan ketenangan. "Yang ada hanya masalah.”

Pada saat lelaki itu melangkah pergi menjauh, wanita itu memanggil & menghentikannya, “Maaf, sebelum kita berpisah, boleh saya tahu namamu, anak muda?” Lalu lelaki itu memberitahukannya dan wanita itu terkejut setengah mati.

“Maaf, apa yang kamu cakap tadi? Kata-katamu tidak terdengar jelas. Telinga saya semakin tua, terkadang saya tidak dapat mendengar dengan baik. Saya pikir tadi saya mendengar kamu mengucapkan Muhammad.”

“Saya Muhammad,” lelaki itu mengulang kata-katanya lagi pada wanita tua itu.

Wanita itu terpaku memandang Rasulullah SAW. Tak berapa lama meluncur kata-kata dari mulutnya, “Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah, dan Muhammad adalah utusan-Nya.“

Demikianlah Rasulullah SAW. Hanya dengan dua kata dari mulutnya yang mulia, serta dibekali dengan kerendahan hati, kesabaran, dan kewibawaan yang luar biasa, beliau sanggup mengubah hati seorang wanita tua yang sebelumnya sangat membencinya menjadi mencintainya hanya dalam waktu singkat.

Betapa agungnya peribadi BAGINDA

SUMBER

ROADTAX KERETA SIAPA YANG SAMPAI RM 25 RIBU NI (GAMBAR)

https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/s480x480/547284_406419839407591_578353699_n.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)