yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Tuesday, August 7, 2012

TREND TUDUNG TERKINI YANG PALING GEMPAK (GAMBAR)

https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s480x480/404129_423851837666115_1447272088_n.jpg

Kah3....Takperlah janji tutup aurat.....

SUDAH TIBA MASANYA NAJIB TUTUP AKAUN FACEBOOK, TERUK DIA DIMALUKAN (GAMBAR)

https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/483902_332874116807367_1907631782_n.jpg

https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/402068_332875143473931_211156311_n.jpg

https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/559177_332874873473958_1866920943_n.jpg

https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/190077_332874613473984_51052623_n.jpg

SUMBER:FB

REALITI TAK SEINDAH FANTASI BRO (GAMBAR)

https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/405333_470282499650359_1554562327_n.jpg

Kenyataan memang pahit.........

KURANG AJAR DAP!!! BULAN PUASA PUN KORANG NAK ZALIMI MELAYU.

BANDAR KINRARA, 6 OGOS: Golongan Melayu miskin di sini lega dengan bantuan ikhlas DAP bagi meringankan beban keluarga mereka sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.

16-300x200.jpg (300×200)

Lebih dua ratus orang hadir dalam sebuah majlis penyampaian bantuan Ramadhan dan majlis berbuka puasa kepada golongan yang berpendapatan rendah, warga emas dan ibu-ibu tunggal bertempat di Dewan Orang Ramai Pangsapuri Enggang,Bandar Kinrara 6 Puchong pada Sabtu lalu.

Menyantuni penduduk Pangsapuri Enggang, ADUN Kinrara Teresa Kok bersama Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo dan Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya Michael Noel hadir bagi mengedarkan sejumlah peruntukan DUN berupa bantuan sebanyak RM70 setiap seorang dan buah kurma kepada penerima-penerima yang layak.

17-300x200.jpg (300×200)

Penerima bantuan, Salleh Abdullah, 67, sangat gembira dan berbesar hati kerana wakil rakyat turun untuk memberikan bantuan.

“Pakcik rasa baguslah buat program macam ni. Selain dapat bantuan, kita dapat buka puasa ramai-ramai dan eratkan persaudaraan. Ini kali pertama pakcik terima bantuan,” katanya.

Menurut Noraini Arriffin, 41, yang telah tujuh tahun mendiami kejiranan Pangsapuri Enggang, semasa kerajaan BN menerajui Selangor, dahulu tidak pernah diadakan majlis sebegini di bulan Ramadhan.

“Akak rasa gembira dan terima kasih sangat-sangatlah kepada YB yang datang. Sebelum ni tak pernah pun ada,” ujarnya.

Bagi Sharmazira Md Sharif, 31, yang dikenali sebagai kak Yong, beliau melahirkan rasa terharu kerana sebelum ini tidak ada wakil rakyat datang melawat mereka.

“Kat sini ramai orang miskin, ibu-ibu tunggal. Bila YB datang dan beli banyak kuih muih jualan orang miskin ini, akak rasa gembira dan sangat terharu. Akak harap tiap-tiap tahun dapat buat majlis begini,” katanya.

Teresa yang gembira dengan sambutan penduduk tempatan berkata, walaupun di kawasan pangsapuri itu banyak bendera Barisan Nasional dikibarkan di sepanjang jalan masuk, ia tidak menggambarkan realiti sebenar.

“Kita akan anjurkan program penerangan kepada penduduk di sini berkenaan dasar dan pencapaian kerajaan negeri Selangor selepas hari raya nanti. Kita mahu rakyat sedar bahawa kerajaan Pakatan Rakyat memang prihatin dengan nasib mereka,” tambah beliau.

Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh turut menjelaskan kepada penduduk mengenai isu air yang diperbesar-besarkan media.

“Sebenarnya negeri Selangor tidak ada masalah kekurangan air. Masalah sebenarnya adalah banyak paip selenggaraan SYABAS bocor di mana ia sebabkan air hilang sehingga 30 peratus. Inilah yang menyebabkan ada kawasan-kawasan tertentu menghadapi tekanan air rendah,” katanya.

18-300x200.jpg (300×200)

Selain itu ujar Teresa, hutang SYABAS pula mencecah RM2.8 bilion dan sekarang mereka sedang mencari pengguna yang masih berhutang bil air dengan syarikatnya.

“Mereka akan datang dan potong bekalan air dan untuk menyambungkannya semula, kita kena bayar RM50. Dengan cara ini mereka akan kutip lebih banyak wang dari pengguna.

“Kami telah beri amaran kepada SYABAS kalau tak mampu untuk uruskan air, kerajaan negeri Selangor akan ambil alih pengurusan SYABAS. Inilah yang menjadi kebimbangan mereka,” ujar beliau.

Beliau turut meminta penduduk kampung supaya menghubungi pejabatnya sekiranya mereka menghadapi masalah gangguan air.

“Kami akan bawa pegawai SYABAS memeriksa bekalan air di kawasan tuan-puan semua,” katanya. - ROKETKINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)