yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Thursday, July 12, 2012

CUBALAH PEMIMPIN UMNO/BN JUMPA KELUARGA MANGSA KEZALIMAN I.S.A INI, TANYA PADA DIRI KAMU ADAKAH AKU MANUSIA?

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/s480x480/8016_438036246217769_1781595471_n.jpg

Daripada status FB Mohd Akmal Kamarudin:
"Kami amat derita dan sedih. Terima kasih yg dtg sokong kami walaupun kami bkn lah ORG BESAR" ujar isteri Razali (mangsa ISA yg sdg diseksa dlm tahanan) ditemani dua anak yg masih kecil........mengalir air mata sy melihat keadaan keluarga mangsa tahanan tanpa bicara....Kita tak boleh berpeluk tubuh lg....kita perlu bangkit membela mrk.....

Pada 15hb julai jam 11pg nanti di hadapan Kem ISA Kamunting...akan diadakan himpunan menuntut pembebasan segera 45 tahanan I.S.A dan pemansuhan segera icon kezaliman kem I.S.A......Simpati lah pd mereka yg dizalimi....."Mereka dizalimi kita menyayangi"
Hebahkan !!! Share lah byk2

sumber

APA PERASAAN KORANG JIKA IBU KORANG YANG DILAYAN SEBEGINI (GAMBAR)

Wanita tua yang diragut dibiarkan mengerang kesakitan sehingga mati, orang yang lalu lalang hanya memerhatikan tanpa beri bantuan...Peristiwa ini bukan berlaku diluar negara tapi dinegara kita sendiri yang kononnya masyarakatnya sangat penyayang....



Kejadian tersebut berlaku pada 10 Julai 2012 lalu apabila seorang warga emas telah diragut di Pulau Pinang. Wanita itu kemudiannya terseret ke tengah jalan dalam keadaan kesakitan. Lebih malang apabila sekurang-kurangnya 5 orang awam yang lalu lalang di situ sekadar melihat mangsa dan membiarkannya tanpa menghulurkan bantuan. Wanita malang itu hanya menerima bantuan daripada seseorang yang kemudiannya menghubungi ambulans.


Pautan

Fakta kejadian:
- Mangsa ialah Tan Kim Chuan, balu berumur 60 tahun yang baru sahaja dua minggu berpindah ke Rifle Range.
- Mangsa diragut pada pukul 6.02 pagi oleh seseorang yang menunggang motosikal dan kejadian itu dirakam oleh CCTV.
- Sekurang-kurangnya 5 orang awam lalu lalang dan membiarkan mangsa dalam keadaan kesakitan.
- Mangsa meninggal dunia pada pukul 3.45 pagi selepas dimasukkan ke hospital kerana kecederaan serius di bahagian kepala.

sumber

N'N: Apa yang ada dalam fikiran orang yang hanya mampu memerhati wanita tua itu mengerang kesakitan tanpa sedikit pun berasa perlu untuk beri bantuan? Sebab itu aku tanya apa perasaan korang jika wanita itu ibu korang?

TERIMA KASIH TUN FAISAL KETUA UNIT MEDIA BARU UMNO (GAMBAR)

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s480x480/402942_481006441928178_563474352_n.jpg

Semuanya bermula disini:

http://2.bp.blogspot.com/-Q1eRipwXCVU/T_0lrndYfeI/AAAAAAAAC3c/JM-UcwF8vQI/s400/untitled.bmp

MARA BATALKAN PINJAMAN BELAJAR ANAK PEMIMPIN PR, KERANA BERKETURUNAN ARAB DAN BUKAN MELAYU ATAU BUMIPUTERA.

MARA batal pinjaman belajar anak pemimpin PKR



Tawaran pinjaman pelajaran kepada anak seorang pemimpin PKR ditarik balik apabila Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempertikaikan status bapanya sebagai seorang Melayu.

Menurut pemimpin PKR Batu Pahat, Syed Hamid Ali, MARA membatalkan pinjaman pelajaran ke luar negara yang ditawarkan kepada anaknya Akmal Hakim, 17, kerana Syed Hamid telah didaftarkan sebagai 'Arab' ketika dilahirkan.

"Saya dah 69 tahun. Dulu orang yang daftar saya bukan ayah saya. Saya semak-semak, jiran saya yang daftarkan waktu tu. Nama syed, jadi dia bubuh Arab.

'Itu sebelum merdeka, lepas merdeka ada perlembagaan Artikel 160 yang kata siapa Melayu. Selama ni saya tak pernah rasa Arab. Cakap Arab ana ente je saya tahu.

"Saya daftar anak saya sendiri. Surat beranak dia tulis keturunan bapa Melayu," katanya.
Syed Hamid, yang merupakan adik kepada bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali, berkata anaknya menerima surat pembatalan itu melalui kurier pada 23 Jun.

Sebahagian daripada surat itu, yang disiarkan Syed Hamid di laman Facebook beliau, menyatakan seorang atau kedua-dua ibu bapa pemohon penerima pinjaman pelajaran Mara mestilah Melayu atau bumiputera.

"Oleh yang demikian, dimaklumkan bahawa tawaran saudara untuk program seperti di atas dibatalkan, kerana tidak memenuhi syarat seperti di atas," nyata surat tersebut. SUMBER

N'N: Aku pulak keliru dengan status keturunan Mahathir............Kalau yer bapak dia berkerurunan Arab tapi masih Warganegara Malaysia......

TINDAKAN ORANG ASLI INI BUAT PEMIMPIN UMNO TAK BOLEH TIDO LENA (GAMBAR)

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s480x480/295221_413044918737458_1461339899_n.jpg

Org asli pun dah nak berubah org melayu bila lagi? Jom ubah

SUMBER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)