yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti


Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Sabda Nabi Muhammad S.A.W(antara Isi Khutbah terakhir Rasulullah SAW)

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran
dan Sunnahku .

Himpunan Blog Sahabat Na'im Nikmat & Blogger Pakatan Rakyat

Jana Duit Tanpa Modal Melalui Facebook & Blog Setiap Klik Dibayar RM0.20 Hingga RM0.40 Daftar Percuma[KLIK SINI]
Tingkatkan mutu bacaan Al-Quran Dengan AL-QURAN READPEN [KLIK SINI]

Wednesday, July 11, 2012

BAYANGKAN PROPAGANDA YANG DIMAINKAN TENTANG KES AMUK DI PUTRAJAYA TANPA PENCERAHAN DARIPADA MEDIA BARU, MUNGKIN PAS DITUDUH BERSUBAHAT...

Segalanya mungkin.....



IPOH: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain tidak dapat membayangkan apa fitnah yang akan terkena PAS jika amukan di Putrajaya semalam berlaku di zaman tanpa media baru.

Bagi beliau, kemunculan media baru di zaman ini telah banyak menguntungkan PAS dan Pakatan Rakyat.

"Kita berjaya menggagalkan propaganda Umno BN melalui radio dan televisyen selama ini melalui media baru," kata Ustaz Abu Bakar (gambar).

Beliau menyatakan pada satu ketika dahulu propaganda jahat pemimpin umno dalam peristiwa Memali yang membabitkan pembunuhan As Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan 18 yang lain telah menyebabkan PAS kalah teruk dalam pilihan raya umum (PRU) ketika itu.

Hal ini disebabkan Umno menggunakan seluruh media penerangan untuk menyerang PAS ketika itu.

“Contohnya hari ini bila berlaku kes amuk di Putrajaya. Jika Umno buat modus operandi seperti mereka propagandakan tragedi Memali.

Katanya, PAS tahu apa strategi jahat pimpinan Umno dengan perguna RTM untuk beritahu kepada rakyat bahawa segala keganasan yang berlaku di Malaysia mesti ada kaitan dengan PAS.

"Umno guna RTM tiap-tiap malam untuk memburuk-burukkan PAS dan Pakatan Rakyat," katanya.

Namun kini, beliau yakin rakyat tidak mudah ditipu oleh Umno lagi, meskipun Umno gunakan media televisyen dan radio untuk malksanakan propaganda jahatnya kerana rakyat telah mendapat berita awal berkenaan pembohongan mereka di media baru, kata Ustaz Abu Bakar.

Katanya, facebook, twitter, blog, website dan segala jenis media baru telah banyak menyedarkan rakyat tentang pembohongan yang sering dilakukan Umno selama ini.

“InsyaAllah jika segala propaganda umno di media berjaya kita tangkis dari awal, saya yakin PAS dan Pakatan Rakyat akan memperolehi kemenangan yang besar dalam PRU – 13 ini,” tegas beliau.- Harakahdaily

[+/-] Read More...

AGAK2 WANITA MALAYSIA KUAT MACAM NI TAK (GAMBAR)

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/556608_394374123954856_381935245_n.jpg

[+/-] Read More...

YA ALLAH INDAHNYA WAJAH HAMBAMU YANG SYAHID (GAMBAR)

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s480x480/426241_347511958622282_1959436570_n.jpg

Wajahnya seakan-akan manusia yang masih hidup tapi sebenarnya itu adalah wajah seorang Mujahid di Palestina yang telah gugur dalam peperangan melawan zionis Yahudi.

[+/-] Read More...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)