yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Wednesday, June 6, 2012

MINYAK TURUN HARGA: MALAS NAK CERITA BANYAK TENGOK JER GAMBAR NI:

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/s480x480/542890_350137205051796_100001665593461_826329_1127958647_n.jpg

NAMPAK SANGAT GAMBAR FITNAH TGNA NI GAMBAR EDIT (1 GAMBAR)

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/s480x480/550451_368433289885379_241046190_n.jpg

Tak habis2 memfitnah TGNA.......Orang yang bodoh pun tahu ini gambar edit....

MALAYSIA NEGARA PALING SELAMAT: 2 GADIS YANG HAMPIR DICULIK, DIJUAL & DIROGOL CERITA PENGALAMAN MELEPASKAN DIRI DALAM 2 KEJADIAN YANG BERASINGAN.

Gadis terselamat dari kena jual

http://www.hmetro.com.my/articles/2012060605433620120606054336/pix_middle

BUTTERWORTH: “Hati saya berdebar apabila terdengar perbualan tiga penculik itu yang mahu menjual kami berlima.” Itu kata wanita berusia 28 tahun yang berjaya melarikan diri selepas diculik lima jam di ibu negara, kelmarin.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Najwa mendakwa diculik di kawasan rumah sewanya di Wangsa Maju jam 3 petang, namun berjaya melarikan diri ketika van membawanya berhenti di sebuah stesen minyak berhampiran Simpang Pulai, Perak.

Najwa yang juga kakitangan sebuah bank di Kuala Lumpur berkata, sebaik dipaksa masuk dalam sebuah van oleh tiga lelaki yang menculiknya, dia mendapati ada empat lagi wanita yang juga mangsa culik dalam van berkenaan.

“Ketika itu, saya hanya teringatkan keluarga dan bertambah sedih apabila mendengar tangisan empat lagi wanita dalam van itu,” katanya ketika ditemui di rumah bapa saudaranya di sini, malam tadi.

Menceritakan kejadian itu, Najwa berkata, dia mengambil cuti sakit dan keluar rumah untuk membeli nasi di gerai berhampiran rumah sewanya.

Satu lagi kes membuktikan Malaysia masih lagi Negara paling selamat:

http://4.bp.blogspot.com/-LW5bwqEpzwQ/T8XO8TWqWWI/AAAAAAAA5xI/eb3i7icvKKQ/s400/curve.jpg


PETALING JAYA: Seorang pereka aplikasi telefon pintar bernasib baik selepas berjaya melepaskan diri dalam kejadian samun dan cubaan culik serta cubaan merogol di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah terkenal di Mutiara Damansara, di sini, Ahad lalu.

Dalam satu kenyataan di laman sosial, facebook yang dikeluarkan wanita berusia 20-an itu semalam, dia menyatakan rasa bersyukur kerana berjaya melepaskan diri walaupun berdepan dua lelaki bersenjatakan pisau dalam kejadian jam 5.30 petang itu.

Menceritakan semula kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Chin berkata, dia yang baru selesai membeli-belah seorang diri meletakkan barangan dibelinya dalam kereta milik teman lelakinya apabila didatangi seorang lelaki meletakkan pisau di leher dan menutup mulutnya.

Tambah Chin lagi dalam blognya :

“I told them they could take everything, just to let me go. But at that point they didn't even ask for money. Instead, one of the men started to make sexual advances.

“Then it hit me: Oh my God. Oh my God. This is really happening. I'm being
kidnapped and I think I know what they want',” she wrote. “Saya menunggu masa sesuai untuk membuka pintu sebelum melompat keluar. Lelaki yang duduk di sebelah saya berjaya menarik saya masuk ke dalam semula.

“Bagaimanapun, pintu kereta yang terbuka memberikan saya peluang untuk terus keluar sambil bergelut dengan lelaki terbabit.

“Ketika itu, saya terdengar jeritan pemandu supaya rakannya itu melepaskan saya dan membiarkan saya melarikan diri,” katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Meor Hamdan Meor Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

sumber:dhanian.blogspot.com


N'N: Malaysia negara paling selamat betulker? Kenapa aku susah sangat nak percaya..........Bayangkan anak dara anda,kakak ataupun adik anda yang sedang berada diluar sana dapatkah anda pastikan keselamatan mereka? Lihat berapa ratus anggota Polis dikerahkan utk mengawal & mengasari peserta BERSIH 3.0 bayangkan jika jumlah anggota Polis yang sama dikerahkan untuk membasmi penjenayah...Kalau macam itu baru aku mengaku Malaysia negara paling selamat.......

PERISTIWA SADIS DI TANAH PERKUBURAN DI MALAYSIA (GAMBAR)

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/s480x480/601273_448967491782797_899026820_n.jpg

GILA GLAMER (GAMBAR)

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/s480x480/598344_473527936006779_100000487317741_107850243_474754413_n.jpg

Tulis 'Kerajaan Negeri' jer sudah lagipun beli pun guna duit rakyatkan.........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)