yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Thursday, May 31, 2012

ULAMA' AL-AZHAR KELUAR FATWA, PRESIDEN SYRIA BASHAR AL-ASSAD WAJIB DIBUNUH.

http://www.presidentassad.org/Bashar_Al_Assad/Bashar_Al-Assad_Personal_60.jpg

Ulama besar di Al-Azhar, merupakan institusi pendidikan ternama di dunia Islam, telah mengeluarkan fatwa yang menyeru pembunuhan terhadap Presiden Syria Bashar Al-Assad atas kematian ribuan orang awam yang menentang regim diktatoriannya.

"Bashar Al-Assad adalah pembunuh dan harus dibunuh," kata Nasr Farid Washil, bekas Mufti Mesir, kepada akhbar milik Parti Kebebasan dan Keadilan yang merupakan sayap politik Ikhwanul Muslimin, hari Rabu 14 Mac.

"Dia yang menaburkan peluru terhadap rakyatnya adalah perbuatan terkutuk dan penjahat perang yang wajib dihukum."

Lebih dari 8000 orang Syria telah terbunuh dalam tindakan keras membunuh yang dilakukan oleh pasukan keselamatan Assad pada protes menuntut diakhirinya 11 tahun pemerintahan Assad.

Pihak berkuasa Syria berdalih mereka berperang melawan "pengganas", yang telah mengorbankan 2000 tentera dan polis.

Aktivis mengatakan bahawa pembunuhan dilakukan setiap hari oleh pasukan Asssad di bandar yang memprotes. Pada hari Isnin, aktivis mengatakan 57 orang, termasuk 26 kanak-kanak-kanak dan 21 perempuan, dibunuh oleh pasukan Assad di Homs, bandar ketiga terbesar Syria.
Para aktivis berkata, beberapa dari mereka yang terbunuh mempunyai bekas gorokan pada kerongkong mereka dan yang lain terkena luka tusuk di Karm al-Zeitoun dan Al Adawiyeh persekitaran bandar Homs. Pihak berkuasa Syria menuduh "geng pengganas" berada di balik pembunuhan dengan tujuan mencetuskan kecaman antarabangsa terhadap Damsyik.

Setelah menyelesaikan serangan di Homs, pasukan tentera Syria mempertingkatkan operasi di utara, melakukan pengeboman di kota Idlib untuk tiga hari.

Seorang aktivis di bandar itu mengatakan bahawa pada hari Selasa lepas pasukan keselamatan telah membunuh lebih dari 20 orang yang cuba untuk meninggalkan daerah itu dalam dua hari terakhir dan membuang mayat mereka di Masjid al-Bilal.

Ketika penduduk tempatan pergi untuk memeriksa mayat-mayat, mereka juga mendapat serangan, menambah korban yang terbunuh menjadi di angka 50 orang, kata aktivis kepada Reuters.

"Ketika orang datang dari wilayah pada sekitar awal hari tadi, pasukan keselamatan juga mula menembak mereka. Secara keseluruhannya, kira-kira 45 orang dibunuh," kata aktivis, yang, seperti kebanyakan aktivis di Syria, hanya memberikan nama depannya, Muhammad, kerana takut dicari oleh pihak kerajaan. SUMBER

'AKTA KETERANGAN' AKTA YANG AKAN DIKUATKUASAKAN ESOK, BLOGGERS, FACEBOOKERS DLL WAJIB BACA

http://www.thedigitalbus.com/wp-content/uploads/2011/09/social-network.jpg


Dengan media baru yang semakin popular, termasuk blog, Facebook dan Twitter, serta dalam usaha untuk menjadikan rakyat lebih bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka di atas-talian, kini ia telah pun ditetapkan yang mana Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal dikuat-kuasakan bermula esok, iaitu 1 Jun 2012.

Bagi yang tidak ketahui, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman Facebook Page anda, tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya.

Selain daripada itu, ia juga mengatakan yang mana sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun sebarang perkara menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan kandungan yang bertentangan dengan undang-undang serta memfitnah seseorang melaluinya, maka anda akan didapati bersalah, dan perlu membuktikan sebaliknya.


Anda mungkin akan menghadapi masalah sekiranya:

.Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut.

.Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkannya.

.Seseorang menggunakan tablet atau telefon pintar anda untuk menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda akan dianggap sebagai yang menerbitkannya.

.Seseorang menggunakan komputer anda atau laptop anda untuk menerbitkan sesuatu pada internet, maka anda akan bertanggungjawab atasnya.

.Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya.

…dan pelbagai perkara yang berkaitan.


Dalam arena digital dan elektronik ini, semestinya ia boleh dikatakan perkara ini salah satu perkara yang sukar untuk direalisasikan. Apatah lagi memandangkan pada halaman Facebook dan Twitter sesiapa sahaja boleh menggunakan nama dan gambar orang lain, dan berlakon seperti mereka.

Sebagai contoh, pada hari ini, akaun Facebook Pages untuk seseorang artis mahupun ahli politik sahaja, terdapat lebih daripada satu akaun untuk mereka, yang mana dimulakan oleh peminat dan juga penyokong. Sekadar perbandingan, akaun Facebook milik Najib Razak apabila dilakukan carian, secara kasar, terdapat lebih daripada 10 akaun, sekaligus menjadikan beliau bertanggungjawab terhadap kesemua akaun tersebut sekiranya sesuatu yang tidak sepatutnya diterbitkan, sehinggalah beliau membuktikan sebaliknya.

Jadi, secara ringkasnya, jagalah peranti dan rangkaian internet anda, disamping bertanggungjawab ke atas pelbagai perkara yang dikongsikan di arena internet, supaya ia tidak menyukarkan anda di kemudian hari.

Sumber

N'N: Dengan kata yang mudah sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa atas sesuatu yang tidak dilakukan olehnya....Zalim betul Akta ini....Seolah-olah mahu memudahkan seseorang dituduh tanpa pembuktian yang kukuh..........Patutkah? Korang nilai sendiri.........Orang baculjer guna Akta macam ni.............

KENAPA NOKIA DIHINA SEBEGINI RUPA (GAMBAR)

Who loves Nokia?
Masih dalam ingatan Nokia 3310 menjadi alat telekomunikasi tercanggih dulu....Siap ada yang gantung dekat leher........Harga pun mahal dulu macam harga 'Smartphone' sekarang....Zaman telah berlalu, handphone yang tiada akses FB & Internet bukan lagi pilihan utama........

GAMBAR SEKITAR CERAMAH PENGIKUT SETIA HASSAN ALI YANG BERJAYA MENARIK JUTAAN MANUSIA DIKELANTAN DAN BAKAL MENGGUGAT PAS DISANA.

522996_298000276961418_100002543449286_650243_770407027_n.jpg (320×312)

521531_297998696961576_100002543449286_650237_223740789_n.jpg (320×214)


Tidak padan dengan poster dan banner yang digantung sekitar Wakaf Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Pasir Pekan dan Pengkalan Kubur. Seolah-olah mahu mempromosikan ke seluruh Kelantan tapi malangnya yang hadir cuma beberapa kerat sahaja....

AKU PERCAYA KOMEN DR MAZA INI MEMPERTAHANKAN TINDAKAN DS NIZAR MENEGUR SULTAN JOHOR.

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/s320x320/543612_390684754316157_100001239066962_1129239_801665502_n.jpg


Adakah salah untuk kita menegur Sultan atau mana2 bangsawan? Kita menegur golongan itu bukan bermaksud kita menderhaka. Setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab fardhu untuk menegur pemimpin jika mereka tersalah.

Rasulullah sendiri telah berfirman, "Jihad yang paling afdhal adalah perkataan yang benar di sisi pemerintah zalim".

Apakah tindakan membeli plat WWW1 itu boleh dikatakan zalim? Ya, boleh - sebab masih ramai rakyat Johor yang masih miskin, masih layak menerima zakat dan sebagainya.

duit sebanyak itu sekurang2nya boleh diguanakn untuk menampung kehidupan rakyat yang serba kekurangan itu.(diambil daripada status rakan FB dengan sedikit olahan)

iPAD 1 MALAYSIA, DI MALAYSIA RM999 TAPI DI THAILAND RM256. APA CERITA NI?

http://3.bp.blogspot.com/-y5sZ1htBByE/T8Xn4cuAlUI/AAAAAAAAc7w/C6yKPGw3DXs/s400/ipad-1malaysia-terbaru.jpg

1Malaysia Pad berukuran tujuh inci adalah tablet yang menggunakan sistem operasi Android Gingerbread 2.3, kamera belakang tiga megapiksel dan hadapan 0.3 megapiksel, mempunyai sambungan WiFi serta dilengkapi aplikasi terbaru 1Malaysia Club, 1Malaysia Messenger dan 1Malaysia Info - Sinar Harian

Sebahagian dari 5000 unit 1MPad akan mula dipasarkan pada bulan hadapan dengan harga RM999 sebuah.

Meskipun ianya baru dipasaran produk ini dipertikaikan ramai kerana ianya menggunakan sistem operasi Android Gingerbread 2.3 yang sudah out of dated.

Harganya juga adalah terlalu tinggi jika dibandingkan dengan apa yang dibekalkan oleh Kerajaan Thailan kepada pelajarnya yang berumur enam hingga lapan tahun pada harga US$81 atau RM256 bagi setiap unit.

Kerajaan Thailand dilaporkan membekalkan kepada pelajarnya tablet yang punya screen berukuran tujuh inci yang menggunakan sistem operasi Andriod 4.0.

Bayangkan berapa banyak untung yang bakal dikaut oleh Ketua Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan Pemuda Umno Malaysia jika 1.4 Juta pelajar seluruh Negara dikerah membelinya…Selanjutnya......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)