yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Tuesday, May 22, 2012

JIKA ANDA SEORANG BELIA MANA SATU PILIHAN HATI ANDA?

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/306229_439399972739549_100000086506684_1757725_150412535_n.jpg

Tepuk dada tanya selera & tepuk dada tanya iman...............

KALAU ORANG NEGARA LAIN BACA BERITA INI, MEREKA AKAN KATA ORANG MALAYSIA MEMANG KEJAM SEPERTI BINATANG!!!

Bila sebut amah... semua orang tahu ianya adalah pembantu rumah dari Indonesia...yang peliknya bila sebut amah...maka teringat akan kes amah didera majikan, amah dirogol majikan, amah tidak dibayar gaji, amah dipaksa makan babi dan sebagainya oleh majikan.

Sebelum mereka datang ke Malaysia untuk bekerja, mereka membayangkan bahawa mereka mampu mengubah kehidupan mereka yang amat daif di Indonesia tetapi malangnya ada sebahagian mereka menerima nasib yang begitu malang sekali.

KES 1. Penderaan ke atas Nirmala Bonat (KL), majikan Tionghua telah menyimbah air panas ke badannya mengakibatkan dia mengalami kecederaan teruk dan parut-parut yang kekal di kulit.

Nirmala Bonat

Nirmala Bonat

Nirmala juga mendakwa telah dipukul dan diketuk oleh Yim dengan cawan besi di bahagian dahinya beberapa kali sebelum dia melarikan diri ke bilik pengawal dan melaporkannya kepada pihak polis.

Wanita Indonesia itu mendakwa bahawa Hii pula telah gagal menghalang isterinya daripada mencederakannya serta gagal memberikan rawatan perubatan yang sewajarnya kepada beliau.

Nirmala menuntut ganti rugi am bagi kesakitan dan penderitaan yang
dialaminya serta ganti rugi khas lebih RM40,000 bagi kehilangan pendapatan, perbelanjaan perubatan dan perbelanjaan lain yang akan ditaksirkan oleh mahkamah.

http://1.bp.blogspot.com/_DtVGYtu_1rM/STOtphn5w7I/AAAAAAAAANo/dLOlNkU39bE/s400/NIRMALA.jpg

Yim, 41, bekas pramugari, telah dijatuhi hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Sesyen pada 27 Nov, 2008 setelah didapati bersalah terhadap tiga tuduhan mencederakan Nirmala.
Hukuman penjara terhadap ibu kepada empat anak berusia empat hingga 11 tahun itu bagaimanapun dikurangkan kepada 12 tahun setelah Mahkamah Tinggi menerima rayuannya pada 3 Dis tahun lalu.

Mahkamah juga membenarkan Yim menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara itu sehingga rayuannya didengar di Mahkamah Rayuan. Dia dihadapkan ke mahkamah dengan empat pertuduhan mencederakan Nirmala di Kondominium Villa Putera, Jalan Tun Ismail di sini antara Januari dan Mei 2004

http://3.bp.blogspot.com/_Kph51o5ClJY/Si5jQWmpF9I/AAAAAAAAA-Q/G0Y8KNQisjs/s400/dera.jpg

KES 2. Penderaan ke atas Siti Hajar (KL), majikan Tionghua .

Beliau didera dengan begitu kejam dengan muka dan badannya penuh kesan melecur, berkudis, bernanah serta luka dipercayai akibat disimbah air panas oleh majikannya, beliau berjaya menyelamatkan diri.

Selain diseksa, beliau juga diberi makan nasi kosong dan lauk daging babi bahkan lebih parah bila gajinya sebulan RM500 juga tidak dibayar selama tiga tahun.

http://us.images.detik.com/content/2009/06/11/157/sitihajar03.jpg

Siti Hajar juga telah dihubungi oleh Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono. Dalam perbualan telefon dengan Siti Hajar itu, Presiden memberi sokongan padu kepadanya dan meminta supaya dia sentiasa bersabar dengan apa yang berlaku.

Susilo juga berjanji kepada Siti Hajar akan memberi bantuan sepenuhnya supaya dia dapat membina kehidupan baru di Indonesia.

Siti Hajar dalam nada sebak menyatakan kepada Presiden: ''Walaupun badan saya sudah 'hancur', terima kasih kepada semua pihak terutama pemerintah Indonesia yang banyak membantu dan melindungi saya."



KES 3. Menyebabkan kematian Mantik Hani (Kelang), majikan India - Murugan, 36, didakwa membunuh Mantik, 36, di rumahnya di No. 11, Jalan Datuk Yusof Shahbuddin 6, Taman Sentosa, Klang dekat sini antara 18 dan 20 Oktober 2008

Dia dibicarakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Sepanjang perbicaraan, 50 saksi pendakwaan termasuk isteri tertuduh dipanggil memberi keterangan.

Mantik yang berasal dari Surabaya meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini, pada pukul 10 pagi, 26 Oktober 2008 setelah gagal bertindak balas terhadap rawatan yang diberikan kerana terlalu lemah.

Ketika diselamatkan dari rumah majikannya, pada 21 Oktober lalu, pembantu rumah terbabit berada dalam keadaan 'nyawa-nyawa ikan' dan dikurung dalam tandas, kepala dicukur hampir botak dan tidak diberi makan beberapa hari oleh majikannya.

Wanita itu diselamatkan pihak polis selepas seorang tukang sapu yang bertugas membersihkan kediaman rumah suspek membuat laporan polis bersama peguam, Gerald Lazarus.

Semasa diselamatkan, terdapat kesan kecederaan teruk di beberapa bahagian badan mangsa termasuk luka hampir lima sentimeter sehingga menampakkan tulang pada kakinya.
Selain itu, mangsa mengalami kecederaan pada tangan kiri termasuk bengkak pada bahagian muka, dipercayai dipukul dengan objek keras.

Akhirnya Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada A. Murugan, bekas majikan yang telah didapati bersalah menyebabkan kematian pembantu rumah, Mantik Hani.

http://2.bp.blogspot.com/_w6Q5saUNkNQ/TGZJY-k-W6I/AAAAAAAAFLQ/wwqkMAF2UJA/s320/Pembantu+rumah+didera+2.jpg

KES 4. Penderaan Sulasti, suspek Majikan India

SIBU: Polis menyerbu sebuah rumah kedai di Jalan Kapua di sini petang semalam dan menyelamatkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang cedera parah dipercayai telah didera dengan teruk oleh majikannya.

Sepasukan anggota polis dari Balai Sungai Merah bertindak menyerbu rumah kedai terbabit pada jam 1 petang, setelah menerima aduan daripada Konsulat Jeneral Republik Indonesia pada jam 11 pagi bahawa seorang pembantu rumah warga Indonesia telah didera dan dikurung di dalam bilik di sebuah rumah kedai itu.

Polis kemudian menahan seorang suri rumah yang dipercayai majikan pembantu rumah berkenaan kerana disyaki bertanggungjawab mencederakan mangsa.


SUSPEK (yang berbaju putih), yang disyaki mendera pembantu rumahnya

Pemangku Ketua Polis Sibu Superintenden Zamani Hamdan mengesahkan tangkapan tersebut yang akan disiasat di bawah Seksyen 326 Kanan Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.

Majikan terbabit pada mulanya enggan membenarkan polis memasuki rumahnya, tetapi polis tiada pilihan selain memberi amaran untuk membuka pintu rumahnya secara paksa.

Apabila ditanya polis, majikan terbabit juga menafikan yang dia telah mendera pembantu rumah dan tidak mahu bercakap banyak.

Ketika pemeriksaan di dalam rumah itu, polis menemui pembantu rumah yang cedera bernama Sulasti dari Jakarta dan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Mangsa yang berusia 21 tahun itu ditemui di dalam sebuah bilik dalam keadaan cedera dan tidak mampu berjalan disebabkan kecederaan yang dialaminya.

Mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan muka, manakala badannya mempunyai bekas-bekas luka dipercayai dipukul dengan benda tumpul dan juga bekas lecur. Mulutnya juga berdarah semasa polis menemuinya.

Pembantu rumah itu juga didapati kelaparan dipercayai tidak diberi makan dan minum.


Suami suspek juga ditahan - Gambar The Borneo Post 15 Aug 2010

Polis percaya mangsa telah dicederakan oleh suspek sejak lebih enam bulan lamanya mengikut keadaan kesan luka yang terdapat pada tubuhnya.

“Majikan saya telah memukul saya dengan tangan, kaki, kayu, rotan dan besi,” adu Sulasti kepada polis sambil menambah bahawa dia telah bekerja dengan majikannya itu kira-kira tiga bulan.

Sulasti telah dihantar ke Hospital Sibu pada jam 1.30 petang kelmarin untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan.

SUMBER:http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

N'N: Ini bukan post rasis untuk membuka aib kaum2 lain selain Melayu tetapi untuk kita jadikan pengajaran bahwa amah bukan hamba abdi....Tetapi perlu diingat bukan semua rakyat Malaysia berperangai seperti itu dan bukan semua warga Indonesi datang ke Malaysia untuk berkerja menjadi amah ada yang jadi perompak,perogol dsbnya bila datang ke Malaysia....Dan yang terbaru diorang jadi pengundi kah3.........

KERANA PROJEK DIA DATANG, KERANA PROJEK JUGALAH DIA PERGI ... NAK TAHU LEBIH LANJUT SILA BACA....

http://2.bp.blogspot.com/-5XbefTcpSfE/T7sX16oMGeI/AAAAAAAAce0/sZ0qXm0TN0o/s400/Zamhuri.bmp

Ingat lagi Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Zamhuri Md Zin yang mengisytiharkan dirinya keluar UMNO dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti itu minggu lepas?

Beliau yang juga seorang pengusaha pasir mendakwa telah ditipu dan dinafikan haknya setelah membayar cukai dan premium kepada kerajaan UMNO/BN.

“Saya bayar cukai RM20,125 seperti prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan tetapi apa yang saya dapat hanya tanah liat, bukannya pasir,” ujarnya.

Ahli Majlis Daerah Kampar itu sangat kesal dengan tindakan kerajaan yang menganiaya serta menindasnya sedangkan beliau adalah ‘orang kuat’ menyokong kerajaan.

“Nak bagi rasuah, ajak makan, pergi karaoke, bagi amoi dari Siam barulah nak bagi luluskan pasir, dan Ketua Umno Bahagian, Datuk Radhi Manan sebentar tadi menelefon dan mengatakan pasir yang dipohon sudah diluluskan.

“Sudah terlambat, saya tetap dengan pendirian saya akan keluar umno dan saya tidak akan toleh ke belakang.

“Dah lama saya bersabar dan hari ini saya tekad keluar Umno dan bersama-sama Pakatan Rakyat,” ujarnya - laporan penuh sila baca di ( SINI )

Itu minggu lepas… minggu ini dia sudah buat ‘U’ Turn.. lihat video di bawah.. siap menangis lagi kerana katanya masih setia dengan UMNO…





“Saya memohon maaf kepada Menteri Besar dan semua ahli UMNO di Malaysia dan saya berasa amat kesal dengan kejadian itu”.

“Saya ingin memohon maaf kepada seluruh ahli Umno di Malaysia kerana saya telah berjuang dengan UMNO selama 27 tahun, jadi tak mungkin dalam keadaan normal saya akan memburukkan kerajaan… sekali lagi saya ingin memohon maaf kepada parti.

“Saya ingin tegaskan bahawa dalam jiwa dan perjuangan saya dalam UMNO tidak pernah terpadam malah saya sanggup berkorban serta berjuang demi bangsa dan tanah air

“Saya tak sanggup nak tinggalkan parti yang mempertahan bangsa dan agama saya, apa yang berlaku cuma saya merasakan saya tidak mendapat pembelaan dalam usaha mencari rezeki,” katanya.

Tambah Zamhuri lagi, ketika kejadian, beliau seolah-olah diselubungi perasaan marah yang keterlaluan dan langsung tidak menyedari setiap pertuturan yang dilakukannya.

Tak apa.. kita orang faham… kerana projek dia dia datang.. kerana projek juga dia pergi..SUMBER

N'N: Perkara seperti ini telah ada dalam Al-Quran, Firman Allah S.W.T:



"Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak."

"Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar)." Surah Yassin Ayat 8-9

TOK SIAK MENGGANAS DI MASJID ( 2 GAMBAR )

BAJU BERSIH 3.0 TERKOYAK DISENTAP TOK SIAK DALAM MASJID

Baju+dikoyak+siak.png (400×222)

NILAI: Berang dengan tindakan seorang jemaah yang memakai baju Bersih 3.0, seorang siak di sebuah masjid di Kampung Jijan di sini didakwa bertindak menyentap baju pemuda tersebut hingga koyak.

Kejadian berlaku malam tadi ketika pemuda terbabit sedang bersalam-salaman dengan jemaah lain sejurus selesai solat Maghrib berjemaah di Masjid Saidina Abu Bakar di sini.

"Tiba-tiba tok siak tersebut telah meluru kepada pemuda yang memakai baju Bersih dan menyentap bajunya dari belakang sehingga terkoyak.

"Jemaah yang lain menegur beliau supaya menghormati masjid tetapi dia buat tak peduli," cerita seorang saksi yang mengirim emel kepada Harakahdaily.

Menurut saksi itu lagi, kejadian semalam merupakan kemuncak kepada kemarahan siak tersebut yang sebelum ini pernah menghalau pemuda sama dari bersolat di masjid berkenaan gara-gara memakai baju Bersih itu.

Kejadian kali pertama itu didakwa berlaku pada 14 April lalu iaitu sebelum himpunan besar-besaran Duduk Bantah Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April.

Ketika itu pemuda dengan berbaju Bersih itu hadir dan bersiap sedia untuk solat Isyak berjemaah di masjid berkenaan.

Namun tidak semena-mena, siak tersebut meninggikan suara dan menghalau keluar pemuda tersebut dan tidak membenarkan beliau bersolat jemaah di masjid berkenaan.

"Ahli-ahli jemaah yang lain hanya berpandangan antara satu sama lain dan mengeleng-ngelengkan kepala.

"Sebelum ini, siak tersebut sangat disenangi dan disegani oleh para jemaah kerana komitmen yang ditunjukkan dalam menyelenggarakan hal-hal masjid sangat baik, tetapi kesan daripada kejadian tersebut kepercayaan kepada beliau tergugat," kata saksi itu lagi.

Lantas saksi itu menimbulkan persoalan termasuk adakah siak tersebut menerima arahan supaya tidak membenarkan orang memakai baju Bersih bersembahyang di masjid tersebut.

Atau juga siak tersebut mendapat mendapat 'fatwa' yang menyatakan memakai baju Bersih tidak sah sembahyang di masjid.

HD

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)