yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Saturday, May 12, 2012

BERITA BURUK BUAT UMNO/BN. ALAT PENGESAN PENGUNDI HANTU TELAH DILANCARKAN.

Keadilan hari ini memperkenalkan Sistem Menang Pilihanraya (SISMEP) bagi membantu mengesan pengundi-pengundi hantu yang terdapat di dalam senarai pemilih yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

http://www.selangorku.com/wp-content/uploads/2012/05/Still0510_00004.jpg

Presiden Keadilan, Azmin Ali memaklumkan SISMEP mampu mengesan perbezaan senarai pengundi yang berdaftar serta kawasan mengundi sejak 2004 hingga 2011.

“SISMEP ini akan memudahkan petugas-petugas Pakatan Rakyat untuk mengesan kehadiran pengundi-pengundi hantu di kawasan mengundi,” katanya dalam satu sidang media selepas merasmikan Pusat Media Keadilan Selangor di sini.

Menurutnya, petugas parti hanya perlu memasukkan no kad pengenalan pengundi untuk mengesan samada pengundi tersebut benar-benar menjadi pengundi bagi kawasan tersebut.

Dengan adanya sistem ini, petugas pilihanraya boleh menghalang kehadiran pengundi-pengundi hantu yang dihantar bertujuan untuk memenangi undi sesebuah kawasan itu seperti yang berlaku sebelum ini.

Azmin juga memberitahu pihaknya tidak keberatan untuk berkongsi penggunaan SISMEP ini bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Sebagai permulaan, SISMEP ini akan dilancarkan di Perak bagi menguji keberkesanannya.

Sebelum itu, dalam ucapan perasmiannya Azmin menegaskan media seharusnya bebas daripada kongkongan parti pemerintah dan meminggirkan kepentingan rakyat.

“Media sepatutnya pro-rakyat dan bukannya pro-perasuah dan pro-perompak yang mengaut keuntungan daripada rakyat,” katanya.

Selain itu, Ketua Penerangan Keadilan Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, media arus perdana perlu kembali ke jalan yang betul dengan menyiarkan fakta sebenar berkenaan sesuatu isu dan bukan hanya menjadi bahan mainan Umno-BN.

“Jangan merendahkan imej kewartawanan hanya kerana ingin mendapat keuntungan dengan fitnah yang dimainkan selama bertahun-tahun dibawah kerajaan Umno-BN,” katanya.

Majlis Hi-Tea dan Ramah Mesra Pemimpin Keadilan Selangor bersama Rakan Media serta Perasmian Pusat Media Keadilan Selangor diadakan di Pejabat Keadilan Selangor di Lembah Subang, Petaling Jaya.

Majlis ini dihadiri Naib Presiden Keadilan, Datuk Mansor Othman, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin Adun Taman Medan, Haniza Talha, Adun Batu Caves, Amirudin Shari serta barisan kepimpinan Keadilan Selangor.

SUMBER:http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

PERMOHONAN 'ARMEYANTO' UNTUK JADI PENGUNDI DALAM PROSES ( 1 GAMBAR )

https://m.ak.fbcdn.net/a7.sphotos.ak/hphotos-ak-ash2/150762_10150802144754983_728019982_9676899_1177452563_n.jpg

Ada member2 atau saudara korang yang berketurunan Jawa bernama "Armeyanto" kah3........Nak tipu pun agak2lah kah3......

SIAPA INGAT LAGI FOTO NI, NAJIB BERSORAK GEMBIRA DENGAN KEJAYAAN DSAI ( 1 GAMBAR )

https://m.ak.fbcdn.net/a8.sphotos.ak/hphotos-ak-snc7/403542_405269112827018_100000317978942_1357557_1429314641_n.jpg

Gambar lama - Senyuman Najib di atas kemenangan anwar ibrahim satu ketika dulu.Soalnya mampukah Najib tersenyum lg sekali sekiranya Anwar Ibrahim bersama Pakatan Rakyat berjaya meraih kemenangan untuk membawa "rakyat" menawan putrajaya.Yg pasti Najib tak mungkin mampu tersenyum semanis ini.Yg ada hanyalah majlis Belasungkawa Barisan Nasional.

Sumber: FB Penulis Bersiri

N'N: Rasanya masa foto tu diambil aku masih kat tadika lagi he3..........

ADAKAH BOBOI & JOHAN RAJA LAWAK CARI PASAL DENGAN 300 RIBU PESERTA BERSIH 3.0? ( 1VIDEO )



Lu orang cari pasal dengan peserta Bersih 3.0 yang minat ngan korang bro......... Terus-terang aku rasa korang tak best.....Tak berjiwa rakyat langsung.....Berjiwa UMNO betul lu orang.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)