yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Tuesday, May 8, 2012

TGNA JAWAB TUDUHAN JAHAT RAHIM NOR DENGAN FIRMAN ALLAH S.W.T

TG Nik Aziz Menjawab Berhubung Isu Beliau Digelar Bapa Kafir Dengan Ayat-ayat Al Quran

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/s720x720/535239_10150782078982592_358919387591_10029381_1956852155_n.jpg


Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.
(Al-Qalam 68:7)

Oleh itu (berpegang teguhlah pada ajaran Islam yang sedang engkau amalkan, dan) janganlah engkau menurut kemahuan orang-orang yang mendustakan (agama Allah).
(Al-Qalam 68:8)

Mereka suka kalaulah engkau bertolak ansur (menurut kemahuan mereka), supaya mereka juga bertolak ansur berlemah-lembut (pada zahirnya terhadapmu).
(Al-Qalam 68:9)

Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), -
(Al-Qalam 68:10)

Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai), -
(Al-Qalam 68:11)

Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum agama, lagi yang amat berdosa, -
(Al-Qalam 68:12)

Yang jahat kejam, yang selain itu tidak tentu pula bapanya.
(Al-Qalam 68:13)

Adakah kerana ia seorang hartawan dan ramai anak-pinaknya (maka ia mendustakan agama Kami)? -
(Al-Qalam 68:14)

Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat keterangan Kami, ia berkata: " (Ini ialah) cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala".
(Al-Qalam 68:15)

(Orang yang bersifat demikian, akan didedahkan kehinaannya) - Kami akan adakan tanda di atas hidungnya (yang berupa belalai itu).
(Al-Qalam 68:16)
Pautan
SUMBER

AKSI TOKOH SUKAN MALAYSIA ( 1 GAMBAR )

https://m.ak.fbcdn.net/a8.sphotos.ak/hphotos-ak-ash3/s320x320/546644_390118141033054_100001046132729_1184195_1643009842_n.jpg

https://m.ak.fbcdn.net/a3.sphotos.ak/hphotos-ak-ash3/532887_389892187715982_100000856131298_1118632_592121283_n.jpg

Najib dengan semangatnya melihat kelibat 'Tokoh Sukan' beraksi kah3............

N'N: Aku tak pasti apa sebenarnya sumbangan Rosmah sehingga diangkat menjadi 'Tokoh Sukan' sebab yang aku tau Rosmah sesuai dijadikan 'Tokoh Shopping' kah3........

ORANG YANG BELASAH DSAI SAMPAI LEBAM BIJI MATA KELUARKAN KENYATAAN MENGHINA TGNA PULA.

http://www.lawyersforliberty.org/wp-content/uploads/2011/10/matalebam2.jpg

Rahim Nor manusia yang bertanggungjawab menyebabkan mata DSAI lebam....

http://aliran.com/wp-content/uploads/2011/11/rahim-noor.jpg

Kini muncul dengan kenyataan yang sangat mengejutkan.....


Oleh kerana tiada ilmu pengetahuan untuk berhujah, kini bekas Ketua Polis, Rahim Noor yang merupakan budak suruhan United Malays National Organisation (Umno) hanya mampu membuat tuduhan tanpa ilmu. Inilah kejahilan namanya.. tanda akhir zaman. Orang yang benar lagi alim dikatakan batil, orang yang batil dikatakan benar.

Hukum Menuduh Musyrik dan Kafir Sesama Umat Islam Tanpa Hak

Dalam hadith yang dikeluarkan oleh Imam Tabrani dalam al Mu'jam al Kabir jilid 8 halaman 152 dari Abi Darda', Abi Umamah, Watsilah bin al Asqa' dan Anas bin Malik, RasuluLLah sallaLlahu 'alaihi wasallam menjelaskan golongan yang selamat sebenarnya adalah tidak mengkafirkan ahli kiblat iaitu sabdanya yang bererti :
Tinggalkan perbantahan kerana sesunguhnya Bani Isra'il telah berpecah menjadi 71 golongan dan orang-orang Nasrani berpecah menjadi 72 golongan, semuanya sesat kecuali as Sawadul A'zhom. Para sahabat bertanya : Wahai RasuluLlah siapakah sawadhul a'zhom itu? Nabi menjawab : mereka adalah orang-orang yang mengikuti aku dan para sahabatku, tidak berbantah-bantah dalam agama ALlah dan tidak mengkafirkan salah seorang di antara ahli tauhid sebab dosa yang sudah diampuni oleh ALlah. Kemudian Nabi bersabda : Sesungguhnya Islam itu datang dalam keadaan asing dan nanti akan kembali asing. Para sahabat bertanya : Wahai RasuluLlah siapakah orang-orang asing itu? Nabi menjawab : Mereka adalah orang-orang yang berbuat kebaikan dikala orang-orang berbuat kerosakan, tidak berbantah-bantahan dalam agama Allah dan tidak mengkafirkan salah seorang di antara ahli Tauhid dengan sebab dosa yang telah dia lakukan.
Hadith Rasulullah yang terdapat dalam Sahih Bukhari no 5752 yang bererti :

"Barangsiapa mengatakan kepada saudaranya dengan Wahai Kafir, maka kekafiran itu kembali kepada salah satunya "

Begitulah juga sesiapa yang menuduh seorang Muslim dengan tuduhan syirik maka orang yang menuduh itu sendiri akan jatuh ke dalam kesyirikan tersebut sebagaimana yang telah diterangkan dalam hadith dari Huzaifah bin Yaman di mana RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti:
Sesungguhnya perkara yang aku khuatirkan ke atas kamu semua adalah seseorang yang telah membaca al Quran sehingga apabila telah nampak kepandaiannya dalam al Quran dan dia telah menjadi pendokong Islam, tiba-tiba sahaja dia merubahnya kepada sesuatu yang dikehendaki oleh ALlah, maka iapun terlepas dari al Quran dan melemparkannya ke belakang serta mengancam tetangganya dengan pedang sambil melemparinya dengan tuduhan syirik. Aku bertanya : Wahai Nabi Allah mana di antara keduanya yang lebih patut di anggap melakukan kesyirikan? Orang yang dituduh ataukah yang melemparkan tuduhan? Nabi menjawab : Yang melemparkan tuduhan.

(Hadith dikeluarkan oleh Ibnu Hibban pada hadith no 81 dan Ibnu Kathir dalam tafsirnya jilid II/266, dia berkata : Isnad Hadith ini bagus. Begitu juga ditakhrij oleh Al Bazzar dalam Musnadnya dengan pernyataan yang sama, At Thabroni dalam Al Kabir dan As Saghir dengan pernyataan yang sama dan Ibnu Abi Ashim dalam kitab As Sunnah).

Dalam sahih Bukhari pada hadith nombor 2227 disebutkan bahawa Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam telah bersabda yang bererti :


"Barangsiapa yang melaknat seorang Mukmin maka itu seperti membunuhnya dan barangsiapa yang menuduh seorang Mukmin dengan kekafiran maka itu seperti membunuhnya."
Sumber Rujukan : Dr Muhammad Adil Azizah Al Kayalli, Al Firqah An Najiah Hia Al Ummatul Islamiyyah Kulluha, Golongan Selamat Adalah Seluruh Umat Islam, Cetakan Pertama, 2008, Mutiara Ilmu Surabaya, Surabaya. SUMBER

SIAPA KATA NAJIB DAN ROSMAH TAK PERNAH MAKAN NASI BUNGKUS ( 1 GAMBAR )

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/405088_10150838062139281_261707319280_9327569_1237171839_n.jpg

Memang tak pernah aku nampak Najib & Rosmah makan nasi bungkus....Itu gambar Pak Samad (Seniman Rakyat) bersama isteri di Studio Padang Bata.

PANAS!!! RESPON TERHADAP FATWA PENGHARAMAN BERSIH 3.0 YANG DIKELUARKAN MUFTI2 PEMBODEK UMNO.

Respons fatwa Bersih 3.0

http://2.bp.blogspot.com/-tJT0PJ1Dpes/T6dnuTOkovI/AAAAAAAABGA/T8B_TLx7wPc/s1600/fatwa.png

Saya merujuk laman web Majlis Fatwa Kebangsaan untuk membaca keputusan rasmi fatwa tentang perhimpunan yang diharamkan, tetapi, senarai muzakarah ke-99 masih tidak tersenarai.

Saya kurang selesa untuk membaca ulasan dari pihak ketiga kerana ia tidak menjamin ketulenan isi dan fakta.

Namun, laporan akhbar yang sepakat melaporkan bahawa sebab ('illah') BERSIH 3.0 difatwa haram kerana berniat untuk menjatuhkan kerajaan, di samping berniat untuk merusuh dan merosakkan harta benda awam.

Kenyataan ini menyebabkan saya tertarik untuk memberi respon berdasarkan pengetahuan cetek saya.

Saya agak keliru, apakah sumber Majlis Fatwa yang mengatakan niat BERSIH 3.0 ingin menumbangkan kerajaan yang sah melalui himpunan? Sedangkan web rasmi BERSIH hanya menyenaraikan tuntutan pilihanraya bersih dan adil.

Tuntutan pilihanraya bersih dan adil adalah wajib. Manakala menang dan 'menumbangkan kerajaan' melalui pilihanraya adil dan bersih adalah sah di sisi syarak. Maka, sebab pertama adalah secara rasmi tertolak.

Manakala tuduhan yang mengatakan BERSIH berniat untuk merusuh pula agak keterlaluan. Saya menjadi pemerhati BERSIH, BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0. Hemat saya mudah, majoriti peserta BERSIH datang dengan tenang dan aman. Namun, provokasi melampau dari pihak keselamatan menyebabkan sedikit huru-hara berlaku. Huru-hara ini tidak harus ditafsrikan sebagai huru-hara rusuhan kerana ia hanyalah respon kegerunan orang ramai kepada pedihnya gas pemedih mata dan gatalnya air kuning dari meriam air.

Satu perkara yang harus difikirkan sejenak, ketika mana peserta BERSIH datang dengan botol susu anak dan botol mineral serta sebungkus popia, pihak keselamatan telah bersiap siaga dengan peluru gas, meriam air, gari plastik, malah peluru hidup. Siapa yang bersedia untuk mengganas?
Dan satu soalan cepu emas, sejak bila Majlis Fatwa Kebangsaan pandai membaca niat orang? Kalian bedah dada mereka? (Asyaqaqta Qalbah? : Hadith)

Manakala untuk kes BERSIH 3.0, saya fikir, Majlis Fatwa tidak cermat apabila terus menghukum BERSIH haram dek kerana sebilangan kecil perusuh yang masih belum dikenal pasti siapa mereka, dan kenapa mereka bertindak sedemikian. Alangkah baiknya, kalau selepas mengambil sumber dari pihak polis dan agensi kerajaan, Majlis Fatwa Kebangsaan bertemu pula dengan pihak penganjur BERSIH 3.0. Bukankah mendengar dari kedua-dua pihak itu wajib dan dituntut sebelum memberi hukum?

Cadangan saya untuk Majlis Fatwa Kebangsaan demi menjamin kredibiliti Majlis yang dinaungi Majlis Raja-Raja:

1. Mendapatkan maklumat dari sumber yang pelbagai, termasuk sumber yang kontra. Dalam hal BERSIH, sumber dari penganjur dan peserta BERSIH sangat penting.

2. Benar-benar bertindak sebagai badan bebas yang menjaga kesucian agama Islam dan menonjolkan imej tersebut. Sedangkan sekarang, majlis fatwa kebangsaan hanya dilihat memberi fatwa secara selektif dan dianggap sebagai lidah pembela kerajaan Malaysia.

3. Saya tertanya-tanya, apa pendirian Majlis Fatwa Kebangsaan terhadap :

.Penyebaran video dan gambar lucah
.Tuduhan tanpa bukti dan saksi
.Pembaziran dan penyalahgunaan wang negara
.Penyalahgunaan wang zakat
.Kerajaan menggunakan kekerasan kepada rakyat awam
.Hukum menipu dalam pilihanraya
.Hukum menafikan hak royalti Kelantan


HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.
www.hasanhusaini.com
*Penulis merupakan Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah, Yang Dipertua Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan, dan Naib Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan.

SUMBER:HARAKAHDAILY

SURAT TERBUKA BEKAS WARTAWAN UTUSAN MALAYSIA KEPADA UTUSAN MALAYSIA YANG WAJIB KORANG BACA.

http://3.bp.blogspot.com/-HpMb38K-ZHw/T6Z2DT2GawI/AAAAAAAAN_M/XCx_AZsCoas/s320/20120119_hatta_wahari_dap_01.JPG
Hata Wahari

Saya telah dipecat dari Utusan Melayu (M) Berhad ketika bertugas di akhbar Utusan Malaysia pada 21 April dan ketika menerima berita pemecatan itu saya melakukan solat sunat memohon kepada hadrat Allah SWT memberi hidayah kepada rakan-rakan saya di Utusan Malaysia agar menjadi seorang mukmin dan muslimin yang mematuhi perintah Allah SWT supaya mereka akan dapat menikmati kelazatan hidup sebagai seorang Islam yang patuh kepada perintah Allah SWT dan suruhan Rasululullah.

Namun selepas setahun dipecat dari Utusan Melayu, nampaknya rakan-rakan saya dan juga Ketua Pengarang Utusan Melayu, Aziz Ishak yang saya anggap sebagai mentor dalam dunia kewartawanan tidak berubah langsung, nampaknya Allah SWT tidak memabulkan doa saya kerana membiarkan rakan-rakan saya terus bergelumang dengan dosa terutama terus membuat fitnah-fitnah yang dilemparkan kepada sesama manusia, ingatlah rakan-rakanku fitnah dunia termasuk bentuk fitnah yang sangat dahsyat yang dikhuatirkan Rasulullah saw.

"Dari Amru bin Auf al-Anshari ra bahwa Rasulullah saw. mengutus Abu Ubaidah bin al-Jarrah ke al-Bahrain untuk mengambil jizyahnya. Kemudian Abu Ubaidah datang dari bahrain dengan membawa harta dan orang-orang Anshar mendengar kedatangan Abu Ubaidah. Mereka berkumpul untuk shalat Subuh dengan Nabi saw. tatkala selesai dan hendak pergi mereka mendatangi Rasul saw., dan beliau tersenyum ketika melihat mereka kemudian bersabda, 'Saya yakin kalian mendengar bahawa Abu Ubaidah datang dari Bahrain dengan membawa sesuatu?' Mereka menjawab, 'Betul wahai Rasulullah'. Rasul saw. bersabda, 'Berikanlah kabar gembira dan harapan apa yang menyenangkan kalian, demi Allah bukanlah kefakiran yang paling aku takutkan padamu tetapi aku takut dibukanya dunia untukmu sebagaimana telah dibuka bagi orang-orang sebelummu dan kalian akan berlomba-lomba mendapatkannya sebagaimana mereka berlomba-lomba, dan akan menghancurkanmu sebagaimana telah menghancurkan mereka." (HR Bukhari danMuslim).

Tindakan rakan-rakan saya di Utusan Malaysia terus menerus menaburkan fitnah kepada sesama manusia, amat memalukan, apakah yang akan menyedarkan mereka agar tidak berterusan mengumpulkan dosa.

Rakan-rakanku sudah-sudahlah tu membuat dosa dengan menyebarkan fitnah, takkanlah kerana gaji RM4,000.00 hingga RM24,000.000 sebulan kita menggadaikan nasib kita di akhirat dengan membuat pelbagai fitnah.

Apa yang disiarkan sejak setahun lepas oleh Utusan Malaysia semakin tidak bertamadun, seks menjadi keutamaan, fitnah menjadi keutamaan, melindungi kerakusan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) menjadi ulam utama dalam setiap berita yang disiarkan.

Bilakah rakan-rakan di Utusan Melayu akan bertaubat, ingatlah rahmat dari Allah SWT itu semakin jauh apabila kita semakin jauh mengingati Allah SWT dan melanggar segala larangannya.

Sudah-sudahlah tu membuat fitnah, berubahlah untuk nasib kita di akhirat nanti, tetapi saya sedar bahawa fitnah memfitnah itu perkara biasa di dalam Utusan Melayu, sesama rakan pun difitnah apatah lagi orang di luar, fitnah itu menjadi makanan dan minuman harian. Cuma harapan saya ingatlah siska kubur dan siksa neraka, azabnya amat pedih sekali.

Yang benar,
Hata Wahari (Bekas Wartawan Utusan Malaysia dan Bekas Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia, NUJ Malaysia).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)