Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah Al-Hujurat ayat 13)
Sabda Nabi Muhammad S.A.W(antara Isi Khutbah terakhir Rasulullah SAW)
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran
dan Sunnahku .
Himpunan Blog Sahabat Na'im Nikmat & Blogger Pakatan Rakyat
Jana Duit Tanpa Modal Melalui Facebook & Blog Setiap Klik Dibayar RM0.20 Hingga RM0.40 Daftar Percuma[]
Tingkatkan mutu bacaan Al-Quran Dengan AL-QURAN READPEN []
Itulah perbezaan masa antara siaran langsung menerusi satelit dengan siaran penerimaan yang diperolehi Astro.
Cukup masa untuk mengubah kandungan laporan yang tidak menyiarkan temuramah dengan seorang peserta himpunan Bersih Sabtu lalu.
Laman Sarawak Report melaporkan bahawa perkhidmatan penyiaran British, BBC sedang menyiasat dakwaan bahawa penyiar berbayar Astro melakukan suai pinda ke atas laporan beritanya berhubung perhimpunan BERSIH 3.0 pada Sabtu lalu.
Laporan berkenaan turut memaparkan satu rakaman video di Youtube yang membandingkan siaran asal BBC dan versi yang didakwa ditapis seperti disiarkan di Astro.
Dalam laporan itu, Sarawak Report menyatakan bahawa sebahagian daripada laporan BBC tersebut, sepanjang hingga 30 saat, dipotong apabila disiarkan di Astro.
Bahagian yang dipotong itu antara lainnya menunjukkan seorang anggota polis menaiki motosikal yang kelihatan melepaskan tembakan ke atas peserta perhimpunan, laporan itu dipetik.
Turut dikeluarkan daripada siaran itu ialah wawancara dengan peserta perhimpunan yang menjelaskan sebab mereka menyertai BERSIH 3.0, menurut laporan itu lagi.
Laporan itu juga menyebut, BBC mengeluarkan satu kenyataan selepas diberitahu mengenai perkara itu oleh laman berkenaan.
Kenyataan tersebut menjelaskan bahawa "siasatan segera" dijalankan ke atas perkara itu untuk mengenalpasti fakta dalam kes berkenaan. sumber
Ulasan lain:
Ada babak awal dimana seorang pemuda menceritakan kejadiaan sebenar kepada wartawan BBC telah dipadamkan, kenapa babak yg dianggap penting dalam penyiaran berita itu dipadamkan, jawapannya mudah, supaya rakyat yang tidak faham dan tidak pergi tidak tahu cerita sebenar, melainkan dapat informasi yang dikawal pemerintah.
Kemudian babak dimana seorang tua memberi penerangan mengapa beliau datang turut serta dalam himpunan tersebut juga dipadamkan, mengapa penjelasan mengapa himpunan tersebut telah diadakan dipadamkan?, kerana jika ia disiarkan, mungkin sebelum pilihanraya najib dan kuncu-kuncunya akan kalah dulu sebelum bertanding.
Dalam babak ketiga yang dipadamkan, ditayangkan bagaimana peserta himpunan menjadi marah dan membaling kenderaan FRU dengan "botol mineral water" tetapi babk dimana FRU menyembur peserta dengan air kimia telah disembunyikan, ia cubaan menyembunyikan kekejaman FRU yang mengikut arahan "orang atasan"
Jadi anda sudah saksikan 2 versi video yang berbeza dari versi rakaman yang sama, dan ketahuilah semua media yang dipunyai oleh UMNO tidak akan menyiarkan berita yang boleh membuat rakyat yang tidak tahu apa-apa faham mengapa rakyat turun ke Himpunan BERSIH 3.0,
Jangan marahi mereka, tapi kasihani lah mereka, sila sebar link artikel ini untuk beri sedikit kefahaman buat mereka bahawa MEDIA NEGARA INI TIDAK BEBAS, MINDA RAKYAT YANG TIDAK FAHAM TUNTUTAN BERSIH INI MASIH DIJAJAH. sumber
“Dahi mak koyak, ususnya pecah dipijak sekumpulan polis berpakaian preman,” kata Khalid Ismeth, anak kepada Faridah Abdul yang parah akibat dizalimi pihak berkuasa itu pada perhimpunan Bersih 3.0.
Bercakap kepada KeadilanDaily, pemimpin Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen(Kami) itu hairan mengapa ibunya menjadi sasaran kerananya ibunya sudah berusia 50 tahun.
Beliau yang mengetahui hal ini selepas diceritakan kakaknya, Nurul Hanilah yang menyaksikan kezaliman itu, berkata, ia berlaku selepas ibunya jatuh di depan pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Ibu mahu lihat kebangkitan anak muda. Sebab itu beliau hanya lihat situasi dari perkarangan pejabat DBKL, malah ibu bukan berbaju kuning,” katanya.
Ibu Khalid kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan menerima tujuh jahitan di dahi manakala ususnya mungkin dibedah selepas dipijak dan diterajang sekumpulan polis yang memakaki kasut but keras.
“Ibu hanya boleh minum air, sukar bercakap dan terpaksa dimasuklan air ke badan 24 jam tanpa henti kerana tubuhnya sangat lemah tapi masih bersemangat berkempen menolak Umno BN kepada staf perubatan.
“Doktor beritahu ibu mungkin dibedah kerana ususnya cedera serius,” katanya yang menemani ibunya sepanjang hari ini.
Keputusan mengenai pembedahan itu, katanya diketahui Khamis ini kerana doktor mahu melihat sejauh mana kerosakan usus.
'Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.' (Al-Maaidah :8)
Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)