Monday, April 30, 2012

LAGI BENDA PELIK YANG BERLAKU SEMASA BERSIH, KALI NI TUKANG POTONG KAWAT DURI KONONNYA PESERTA BERSIH 3.0 POTONG KAWAT DURI SECARA SANTAI & SELAMBA .

Siapa Potong Kawat Duri Di Sekeliling Dataran Merdeka?

Pemotong kawat duri macam profesional

KUALA LUMPUR, 29 April: PAS mendesak pihak polis melakukan siasatan segera terhadap individu yang bertindak memotong dawai penghalang pada perhimpunan Bersih 3.0, semalam.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berkata individu terbabit yang dikatakan peserta Bersih 3.0 itu kelihatan profesional ketika memotong dawai berduri yang diletakkan di sekeliling Dataran Merdeka.

"Individu terbabit dilihat begitu profesional kerana dapat memotong dawai berduri itu dengan pantas, yang akhirnya memberi peluang kepada polis untuk 'mengganas' selepas itu," kata beliau pada sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Sambil menolak segala provokasi berpunca daripada peserta Bersih 3.0, Mohamad berkata penyokong himpunan itu tetap berada dalam keadaan terkawal, walaupun jumlahnya mencecah puluhan ribu.

Dalam pada itu, beliau turut mendakwa perhimpunan kali ini menunjukkan berlakunya peningkatan keganasan polis terhadap peserta himpunan.

Dakwanya, pengalaman menyertai beberapa perhimpunan sejak mahasiswa, perhimpunan kali ini merupakan perhimpunan yang hanya meningkatkan bilangan keganasan pihak polis.

"Dengan laungan kerajaan kononnya ingin melakukan transformasi terhadap institusi polis, jelas ia hanya mainan dengan tindakan ganas polis yang ditunjukkan pada perhimpunan semalam," tegas beliau.

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Guaman PAS Pusat, Asmuni Awi turut melahirkan kekesalan dengan tindakan ganas pihak polis terhadap peserta himpunan Bersih 3.0.

Beliau yang turun bersama hampir 70 orang peguam bagi memantau himpunan tersebut turut mempertikaikan tindakan polis yang 'memburu' orang ramai.

"Larangan dikeluarkan untuk memasuki Dataran Merdeka. Kenapa pihak polis memburu orang ramai yang di luar Dataran Merdeka?" soal beliau yang turt serta pada sidang media tersebut.

Turut serta pada sidang media itu, Penolong Setiusaha Agung PAS, Dr. Syed Azman Syed Nawawi; Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Md. Ramli; dan beberapa wakil peguam PAS. -HD



N'N: Hebat mamat tu potong kawat duri dengan selamba dan sangat santai seolah-olah dia tahu tiada siapa yang akan kacau dia.....Siap buat kerja sorang diri lagi macam dunia dia yang punya kah3....Yang lawak lagi pihak Polis siap ada masa tangkap gambar mamat tu padahal masa tu cukup untuk tangkap & penerajang mamat yang kurang ajar potong kawat duri tu....Kalau nak berlakon pun agak2lah bro.........

GAMBAR TERKINI WAJAH NAJIB SELEPAS BERSIH 3.0 (SEDIH SANGAT NAMPAKNYA)

http://2.bp.blogspot.com/-uq2hXb4vsxE/T54SzqiQZlI/AAAAAAAAMOY/eej0guUHDjc/s320/Najib.jpg

Awat hangpa benci sangat kat aku hu3........Sanggup hangpa berkumpul 300 ribu lebih semata-mata nak kutuk aku & SPR.......Selanjutnya

BERSIH 3.0: LAGI TAKTIK KOTOR SABOTAJ BERSIH 3.0 DIBONGKAR, KALI INI TAKTIK MENYAMAR JADI UNIT AMAL DIBONGKAR.

http://1.bp.blogspot.com/-jQ_OdSg_YB0/T54OwXLrF7I/AAAAAAAAxt8/I_ql44Aubf8/s320/Salehuddin.jpg

IPOH – Pas mempelawa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat perhimpunan Bersih 3.0 kelmarin, yang berakhir dengan insiden tidak diingini, bagi mengenal pasti kebenaran di sebalik perkembangan itu dan diambil tindakan jika perlu.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, Siasatan Diraja mampu menjalankan siasatan dengan adil kepada semua pihak, malah Pas akan memberikan kerjasama.

“Kita tunggu keputusan dahulu sama ada kerajaan mahu tubuhkan atau tidak. Namun, kita mahukan ketelusan dalam siasatan yang dijalankan dengan mengambil kira semua aspek untuk dimuatkan dalam laporan penuh kelak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Pemuda Pas Perak di sini, semalam.

Pendirian ini dibuat beberapa jam sebelum Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga berkata pihaknya mahu Suhakam menjalankan satu siasatan bebas dan menyeluruh.

Dalam kenyataannya, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, Pas menolak dakwaan bahawa Jabatan Amal Malaysia (Unit Amal) bertindak merempuh sekatan yang dibuat polis di jalan berdekatan KLCC semasa perhimpunan Bersih 3.0, kelmarin dan menegaskan ia bukan arahan daripada Pas.

Salahuddin berkata, Pas dan kepimpinan Bersih sendiri tidak pernah memberi arahan untuk melakukan perbuatan sebegitu.

“Sehari sebelum perhimpunan Bersih, kita telah mengeluarkan kenyataan tidak akan merempuh kawasan yang telah dikuatkuasakan oleh perintah mahkamah dan arahan ini jelas malah Pas mematuhi perkara itu.

“Sama ada Unit Amal mahupun peserta dalam kalangan ahli Pas, kita tidak mengizinkan mereka melanggar arahan itu,” katanya.

Beliau mengulas dakwaan media semalam bahawa peserta Bersih 3.0 yang terdiri daripada Unit Amal Pas merempuh sekatan yang dilakukan polis dan bertindak ganas.

Beliau turut berkata,Pas tidak menolak wujud ejen provokasi yang memakai baju Unit Amal bagi tujuan menimbulkan kacau ganggu sewaktu perhimpunan selain memberikan imej tidak baik kepada Pas.

Beliau merujuk insiden yang berlaku pada anggaran jam 4.19 petang di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur berhubung tindakan orang ramai menterbalikkan kereta polis selain Unit Amal Malaysia yang merempuh sekatan polis berdekatan KLCC.

“Kami nyatakan di sini, mereka yang memakai baju Unit Amal dan bertopeng itu bukan kita dan mereka ini adalah ejen provokasi yang cuba mengambil kesempatan untuk mengeruhkan lagi keadaan termasuk insiden kereta polis.

“Oleh sebab itu kita akan teliti balik video yang berjaya dirakam dan kita juga akan buat laporan polis malah akan mengemukakan bukti yang berkaitan, dalam sehari dua ini kita akan terima banyak lagi video dan gambar bagi tindakan seterusnya,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menyatakan perhimpunan itu berjaya dan mendakwa 200,000 rakyat Malaysia turun menyertai Bersih 3.0 menuntut reformasi pilihan raya.

Perhimpunan kali ini disifatkannya satu isyarat dan perlu dibaca oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa apa pun janji transformasi politik yang dibawanya tidak meyakinkan rakyat yang menuntut pilihan raya yang bersih serta adil.

Malah katanya, Bersih 3.0 diadakan hasil tindakan kerajaan yang tidak serius melakukan transformasi politik. -SH

PENGALAMAN AKU JUMPA HITLER DI BERSIH 3.0 ( 1 GAMBAR )



kah3......

GAMBAR-GAMBAR TERBAIK BERSIH 3.0







KEBERANIAN MEREKA SEMATA-MATA UNTUK MENYELAMATKAN NEGARA DARI DIGADAI UMNO/BN DURJANA!!!

SUMBER:FB Hugo Teng

Sunday, April 29, 2012

INI YANG TERJADI BILA ORANG KUAT UMNO SENDIRI PECAH LUBANG BANYAK SB MENYAMAR JADI PESERTA BERSIH.

http://4.bp.blogspot.com/-uZD3xJ_i1pE/T50M07i1ITI/AAAAAAAAESo/1m6M_sX5oTI/s1600/zaharin1.PNG

Kebenaran pasti akan datang......Korang fikir sendiri....Selanjutnya disini

BANYAK BENDA2 PELIK YANG BERLAKU SEMASA BERSIH 3.0, SALAH SATUNYA AKSI NI MEMANG BETUL2 PELIK. CUBA KORANG TENGOK.


Inilah video yang paling jelas menjawab segala tohmahan pecacai gerombolan terhadap keganasan pendemo Bersih terhadap Polis....

Jelas, kereta Polis yang hilang kawalan merempuh sekumpulan pendemo yang duduk di hadapan Sogo sebelum merempuh tembok simen.

klik pada gambar video untuk melihat video

Masalahnya,
Pertama, pasai apa kereta Polis tu bangang sangat memasuki laluan para pendemo. Adakah ini telah dirancang sebagai provokasi terhadap para pendemo?

Kedua, kenapa pulak pemandu kereta Polis waja tu dah siap-siap pakai helmet bawak kereta. Macam dah tau nak kena belasah jaa...?

Ketiga, sapa sebenarnya si mamat pemandu kereta Polis tue.... siap ngan pakai seluar pendek lagi bawak kereta Polis.... special sangat ka mamat tu dalam PDRM?Pautan
Keempat, apa misi sebenarnya si mamat tu dapat dari boss dia sebelum ke laman berdepan dengan pendemo....

Woii... korang tak rasa pelik ka? Sesekali aku tengok dah macam kamikaze pun ada.... haha...

SUMBER

BERSIH 3.0: GAMBAR BILA SENJATA MAKAN TUAN .

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/s320x320/522106_382143998497297_257361864308845_1103201_1568345976_n.jpg

Sepatutnya Pemimpin UMNO/BN pun patut rasa.......

ADAKAH PUKUL ORANG AWAM, JURUGAMBAR DAN MEREMPUH ORANG AWAM GUNA KERETA PERONDA DIMAKSUDKAN TINDAKAN PROFESIONAL POLIS (6 GAMBAR)

Hishammuddin: Tindakan Polis Profesional............

557620_303110903101412_171353042943866_688137_1238254801_n.jpg (320×213)

Pukul Jurugambar..........Profesional?

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/s320x320/522466_10150698539477592_358919387591_9961343_366460331_n.jpg





Pukul orang awam.......Profesional?

http://cdn-bm.harakahdaily.net/images/stories/bersih3/keta%20polis.jpg

http://cdn-bm.harakahdaily.net/images/stories/bersih3/bersih_cedera_su.png

Rempuh orang awam dengan kereta peronda.........Profesional?

Korang fikir sendiri........

SAKSIKAN PERKARA SEBENARNYA YANG BERLAKU DI BERSIH 3.0 YANG CUBA DISOROK MEDIA2 UMNO/BN DAN SEBARKAN.



Demi menyelamatkan nyawa manusia yang tidak dihargai manusia bernama Pemimpin UMNO/BN....Seorang saksi memaklumkan, tindakan penunjuk perasaan terbalikkan kereta peronda polis adalah untuk menyelamatkan seorang gadis yang terperangkap di bawah kereta itu selepas dilanggar.

(AJK Bersih, Wong Chin Huat [memegang pembesar suara] meminta orang ramai bertenang dan bersurai selepas sebuah kereta peronda polis diterbalikkan bagi menyelamat seorang gadis yang terperangkap di bawahnya)

KUALA LUMPUR: Seorang saksi memaklumkan, tindakan penunjuk perasaan terbalikkan kereta peronda polis adalah untuk menyelamatkan orang yang terperangkap di bawah kereta itu selepas dilanggar.

Ia berlaku selepas kereta peronda itu semacam hilang kawalan dan melanggar tiga orang termasuk seorang gadis Cina sehingga gadis malang itu terperosok di bawah kereta itu.

Untuk menyelamatkan orang yang terperangkap di bawah kereta itu, mereka beramai-ramai memterbalikkan kereta peronda polis.

(Kereta peronda polis yang remuk teruk di hadapan selepas melanggar tembok Sogo dan tiga peserta perhimpunan. Ia menunjukkan ia dipandu dengan laju sebelum melanggar peserta perhimpunan.)

Menurut seorang aktivis dari Terengganu yang menyertai perhimpunan hari ini, kejadian itu berlaku di depan mata beliau berhampiran pasaraya Sogo.

"Ambe (maksudnya saya) petang (tadi) jadi saksi kejadian polis rempuh pendemo. YA! Memang ade provokasi tapi setelah check-check, rupanya yang start lempar botol air mineral kat kereta polis tu adalah Sahabat Bodoh (SB)...!

"Mana tak mengamuk polis tu sampaikan sanggup rempuh dengan laju orang awam di hadapan SOGO.

"Berita yang menyatakan ada meninggal tidak benar sama sekali, tiga yang dilanggar parah, seorang wanita cina terperosok bawah kereta polis, sebab tu orang ramai terbalikkan kereta polis, sebab nak selamatkan wanita tu.


(Salah seorang mangsa yang dirempuh kereta peronda polis, Su Kwang Hong, masih di rawat di Hospital Kuala Lumpur)

"Polis pun tak dak yang meninggal, walaupun dibelasah dengan agak teruk orang ramai yang tidak puas hati mereka langgar pendemo.

"Persoalannya sekarang kenapa polis tu sanggup rempuh orang ramai dengan laju, sampai retak dinding tangga SOGO tu.

"Suasana pilu, tangisan kedengaran melihat insiden itu.

"Ya, memang ada yang mulakan provokasi, dah kejar orang tu tapi tak sempat sebab dia naik motor lari," cerita saksi itu dalam facebooknya.

Cerita yang beliau tulis itu amat sepadan sekali dengan video yang disiarkan oleh Malaysiakini di bawah ini.


(Print screen dari video Malaysiakini yang menunjukkan seorang lelaki menundukkan kepala melihat ke bawah kereta sementara rakan-rakannya yang lain menterbalikkan kereta peronda polis itu)


Ia dapat disahkan apabila seorang wanita yang bersuara nyaring dalam video ini berkata, "Astaghfirullah...angkat-angkat" sementara seorang lagi peserta demonstrasi melihat ke bawah kereta peronda polis itu.

Melalui video yang lain pula, pemandu kereta polis itu adalah seorang yang memakai seluar pendek dan bertopi keledar.

(Pemandu kereta polis yang dibawa keluar dari kereta selepas merempuh peserta perhimpunan)

Ia dipandu laju selepas diserang dengan botol air oleh peserta Bersih 3.0 apabila mendapati pemandunya bukan berpakaian polis tetapi bertopi keledar.

Kereta itu kemudiannya merempuh orang ramai yang berada di sekitar Sogo itu dan kemudiannya merempuh tembok.

Orang ramai membelasah pemandu yang bertopi keledar itu tetapi membawa keluar dengan baik anggota polis yang turut berada dalam kereta itu. Kereta itu kemudiannya diterbalikkan kerana menganggap masih ada orang yang terperangkap di bawah kereta itu.

Saksikan video-video di bawah:

Klik video untuk melihat bagaimana kereta melanggar peserta Bersih

Klik untuk saksi video kejadian berdasarkan video Malaysiakini

Klik video yang menunjukkan pemandu kereta ini bertopi keledar


RANGKUMAN GAMBAR2 BERSIH 3.0.








Protesters charge at a police vehicle as it sprays them with its water cannons in Kuala Lumpur, Malaysia, Saturday, April 28, 2012. Malaysian police fired tear gas and chemical-laced water Saturday at thousands of demonstrators demanding an overhaul in electoral policies that they call biased ahead of national polls expected soon. At least 25,000 demonstrators had swamped Malaysia's largest city in one of the Southeast Asian nation's biggest street rallies in the past decade.






Anti-riot police drag away a protestor during an anti-government rally near the historical Merdeka Square in Kuala Lumpur on April 28, 2012. Thousands of protesters gathered in the Malaysian capital to demand electoral reforms, defying a lockdown of central Kuala Lumpur that left it a maze of razor wire and barricades.

Protestors challenge police during an anti-government rally near the historical Merdeka Square in Kuala Lumpur on April 28, 2012. Thousands of protesters gathered in the Malaysian capital to demand electoral reforms, defying a lockdown of central Kuala Lumpur that left it a maze of razor wire and barricades.





SUMBER: BLOGGERS PR

GAMBAR BERSIH 3.0 YANG TAKKAN KELUAR MANA2 MEDIA PENCACAI.

http://4.bp.blogspot.com/-p1tVKQ2QuKQ/T5yG0jTz8WI/AAAAAAAAG3Y/wJtdAbbxxMg/s1600/582174_380861178618895_211457702225911_1049766_1547849655_n.jpg

N'N: Aku akan cuba upload gambar2 yang dirakam semalam.......

Saturday, April 28, 2012

TERKINI BERSIH 3.0, TEMPAT2 BERKUMPUL.

Tempat-tempat berkumpul:

1.Central Market
2.Masjid Negara
3.Jalan Sultan
4.Masjid India
5.Brickfields
6.KLCC - Himpunan Hijau,
7.NGO & Pemimpin akan mengetuai kumpulan dari tempat berkumpul menuju ke Dataran.




sumber:bersih.org