yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Sunday, April 15, 2012

JOM BACA KISAH AHLI SUMO YANG RAJIN BERSOLAT.

Kisah seorang ahli Sumo yang rajin bersolat

Ini Dia Kisah Pesumo yang Rajin Salat


Memiliki berat 'berlebih' tidak membuat pesumo asal Mesir, Ahmed Abdelrahman Shaalan, kesulitan untuk melaksanakan solat. Sebaliknya, pemilik gelaran 'Ribut Pasir' ini tidak pernah meninggalkan solat lima waktu walaupun agenda latihan yang terbilang padat.

Tak hanya itu, Ahmed tidak pula mengambil babi dan sake, minuman beralkohol khas Jepun, seperti seorang pesumo lain. Ia pegang teguh keyakinan agamanya untuk tidak mengambil makanan dan minuman yang dilarang.

Berat, tentu saja. Dengan latar belakang keyakinan yang jauh berbeza dengan pesumo lain, Ahmed tentu berada dalam satu persekitaran yang memaksanya bekerja keras menjaga keyakinannya agar tidak ternoda budaya dan tradisi dalam profesi yang ia geluti.

"Alhamdulillah, saya tidak terjejas. Bahkan saya bekerja keras untuk tetap menjalankan ibadah puasa meski kebanyakan perlawanan sumo berlangsung petang hari," katanya seperti dikutip alarabiya.net, Isnin (9/4).

Ia percaya kemantapan iman dapat menjadi modal kuat bagi menghadapi setiap jenis cabaran. Sarjana Akutansi ini pun bersyukur yang Maha Kuasa selalu melindunginya dari setiap godaan yang datang. "Saya yakin dapat mengatasi setiap cabaran," ujarnya.

Ahmed yang berasal dari Giza, mempunyai cita-cita besar untuk mewakili Muslim. Ia tanamkan dalam diri untuk tidak mengorbankan apapun, terutama keyakinannya untuk mewujudkan cita-cita itu. "Saya khuatir, cita-cita saya ini menjadi bumerang. Tapi Insya Allah tidak ada masalah," katanya.

Tanpa Babi

Kekuatan pesumo terletak dari kekuatan fizikal yang prima. Keadaan itu jelas memerlukan pengambilan makanan dengan gizi yang lengkap. Rebusan daging, sayur-sayuran dan ikan atau yang dikenali sebagai Chankonabe merupakan menu wajib para pesumo.

Pelatih Ahmed, Otake mengatakan setiap pesumo perlu mendapatkan asupan gizi yang berasal dari daging babi dan ayam dalam menu sehari-hari. Khusus Ahmed, ada sedikit pengecualian. Menu berbahan dasar babi digantikan dengan yang lain. "Saya sebenarnya ingin dia boleh terbiasa dengan tradisi di luar Sumo," katanya.

Otake pun melontarkan pujian kepada anak asuhnya itu. Menurut dia, semangat Ahmed begitu luar biasa. Namun, ia mengharapkan agar Ahmed tidak terlalu bernafsu mengejar cita-citanya. "Jangan sampai cita-citanya itu membuat rasa rendah hati dalam dirinya hilang. Itu yang penting," kata Otake.

Prestasi Ahmed boleh dibilang moncer untuk sekelas pendatang baru. Dalam perlawanan 2008 silam, ia berjaya menepuk pingat gangsa di kelas terbuka. Dua tahun berikutnya, ia berjaya memenangi pingat gangsa untuk kelas 100 kg. SUMBER

N'N: Meninggalkan solat kerana sukan adalah kerugian yang amat besar bagi yang mengetahui kelebihan solat....

BUKTI BERGAMBAR UMNO SUDAH TERDESAK GUNAKAN BUDAK SEKOLAH UNTUK TUJUAN POLITIK.

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/319782_10150661176012592_358919387591_9859689_1243708036_n.jpg

Apa sudah jadi dengan UMNO/BN adakah kalian begitu terdesak menggunakan pelajar sekolah bawah umur untuk menjayakan Program2 Politik kalian.....Pada masa yang sama kalian ugut Guru2 & Kakitangan Awam agar tidak terlibat dalam aktiviti politik....Adakah ini tandanya UMNO/BN sudah tidak punya sokongan Rakyat sehingga amat terdesak menggunakan pelajar sekolah untuk meramaikan Program2 Politik UMNO/BN?

GAMBAR PEMIMPIN PAS BERMEWAH-MEWAH JADI TOPIK TERHANGAT DI FACEBOOK & TWITTER HARAKAHDAILY.

KUALA LUMPUR, 15 April: Gambar perbandingan antara cara bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan isterinya dengan Menteri Besar sekarang, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya ketika melawat rakyat menjadi artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke 15.

Perbandingan itu dibuat oleh naimnikmat.blogspot.com untuk membolehkan para pembaca Harakahdaily berfikir sejenak siapa yang perlu berpura-pura ketika melawat rakyat biasa kerana tidak biasa dengan kehidupan rakyat biasa.

Pada tangga kedua juga ialah tulisan blog karatijau.blogspot.com yang menyuruh pembaca meneka siapa anak mufti Umno dalam menyertai ceramah PAS di satu ceramah di Perak.

Pendedahan menggemparkan oleh bapa kepada Altantuya Shariibuu, Setev Shariibuu bahawa anak gadisnya pernah menunjukkan sekeping gambar bersama beliau, Datuk Seri Najib Razak dan Abdul Razak Baginda sebelum pergi ke Kuala Lumpur menjelang pembunuhannya menduduki tangga ketiga.

Di tangga keempat pula ialah sebuah ulasan mengenai kehidupan mewah Mohamad Nedim, anak kepada menteri dalam jabatan perdana menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

Berita mengenai kerisauan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang terhadap cara isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor memakai bag berjenama mahal pula menduduki tangga ke 5.

"Kita tidaklah perlu serang peribadi dia kerana orang ramai pun tak suka.


"Tetapi gila suka pakai bag mahal ini kita bimbang sikit, kerana bimbang wang negara digunakan," kata Abdul Hadi ketika ditemuramah Harakahdaily minggu lalu.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 8 hingga 14 April, 2012.

1 Gambar pemimpin PAS yang bermewah-mewah
2 Siapakah Anak Mufti Umno Bersama Ceramah Pas Ini..??
3 Altantuya tunjuk gambar Najib sebelum mati, dakwa ayahnya
4 Nedim, anak menteri yang tidak peduli publisiti negatif
5 Beg berjenama dan isteri pemimpin
6 Apabila artis dan sasterawan sertai PAS
7 Hanya 1 meter ombak landa Pantai Aceh
8 Jangan persulitkan beri tauliah untuk Ustaz Azhar
9 Gambar Rosmah tersipu malu popular minggu ke-14
10



N'N: Yang baik itu daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu daripada saya sendiri.......

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/576697_389081434455633_100000613380318_1225476_303379643_n.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)