yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Saturday, April 14, 2012

GAMBAR BENDA PELIK YANG BERLAKU JIKA TELUR DIRENDAM DALAM CUKA (6 GAMBAR)


Bahan yang diperlukan cukup senang nak dapat. Sebiji telur dengan semangkuk cuka. Rendamkan telur tersebut dalam cuka dan perhatikan hasilnya. ;3






Menarik bukan? Fenomena ini terjadi apabila kalsium yang terdapat di kulit telur bertindak balas dengan asid asetik.

SUMBER:http://nasihangit.blogspot.com/

GAMBAR MAHASISWA DEMO MANSUH PTPTN (9 GAMBAR)








http://media1-cdn.malaysiakini.com/459/eb3362bfb7fa401544536ad430a67b2d.jpg

http://1.bp.blogspot.com/-g2BdaCcAo-w/T4lFPio1iyI/AAAAAAAAB1w/QMW1QQ1Av28/s320/524466_3083512686945_1237695897_32301988_818715845_n.jpg


Seramai kira-kira 300 orang mahasiswa berhimpun di ibu negara hari ini untuk menuntut pinjaman pelajar melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.

Kumpulan berkenaaan melaungkan slogan antaranya "Najib Altantuya", "Mansuh PTPTN", "Jahanam Umno-BN", "Musnah Rosmah", "Reformasi" dan "Jahanam Najib."

sumber

GAMBAR PEMIMPIN PAS YANG BERMEWAH-MEWAH.

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/576697_389081434455633_100000613380318_1225476_303379643_n.jpg

Korang fikirlah sendiri..........

MARI LIHAT KERABAT DIRAJA MANA YANG SOKONG PR NI.

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/527896_265548066873306_100002543449286_572291_1891984047_n.jpg


NILAI, 12 April: Kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku Hannan (gambar) percaya bahawa kepimpinan Pakatan Rakyat yang ada pada hari ini lebih baik berbanding pemimpin negara sedia ada.

Beliau yang juga sepupu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tampil di pentas ceramah Pakatan Rakyat buat kali ketiga malam tadi mendakwa berasa jijik dengan mainan politik parti pemerintah sekarang ini.

"Sejak 30 tahun dahulu saya lihat pemerintahan negara sungguh jijik. Saya risau apa yang berlaku, generasi kita rosak seolah-olah rasuah ini halal dari pemimpin nombor satu sampai paling bawah.

"Perompak, perasuah, pemfitnah. Ada orang kata nak buat macam mana, kita manusia, macam halal je," katanya kecewa.

Ceramah malam tadi sempena program Jelajah Jom Ubah, Demi Rakyat Negeri Sembilan yang dibuat di Sikamat di sini.

Turut serta pada ceramah itu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Pengerusi SAMM Bardul Hisham Shahrin, Ahli MPP PKR Dr Mohamad Rafie Abdul Malek dan beberapa pemimpin di peringkat negeri.

Penampilan kerabat diraja itu lebih lebih lagi dengan imej berjubah, berserban menarik ramai penduduk sekeliling hadir mendengar ceramah malam tadi yang dianggarkan lebih 1,000 orang.

"Sebab itu sekarang, berbetulan dengan susunan Allah, saya rasa terpanggil untuk turun kembali bersama rakyat.

"Apabila saya tengok semua pemimpin parti pembangkang ini punya satu niat dan tujuan, untuk menghapuskan kezaliman, rasuah, segala kerakusan dan fitnah, maka saya tampil ke hadapan dengan hati yang sayu," katanya.

N'N: Takbir!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)