yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Tuesday, April 10, 2012

BENDA MACAM NI YANG BUAT PM KITA NAJIB TAK BOLEH TIDOR MALAM.

Shaariibuu: Altantuya pernah tunjukkan gambar bersama Najib


Shaariibuu Setev (gambar) mendakwa bahawa anaknya, Altantuya pernah menunjukkan gambarnya bersama Najib Razak dan Abdul Razak Baginda, sebelum Altantuya datang ke Malaysia. Menurut Shaariibuu Setev, Altantuya menuding kepada Najib dalam gambar, sambil berkata dirinya mahu datang ke Malaysia untuk bertemu dengan Najib, agar memutuskan sesuatu.

Shaariibuu Setev yakin bahawa dirinya mampu mengaitkan kes pembunuhan anak perempuannya dengan pembelian kapal selam, dan sudi menampilkan diri sebagai saksi dalam perbicaraan di mahkamah Perancis.

"Seandainya mahkamah Perancis meminta saya menjadi saksi, saya sudi untuk hadir dan memberi keterangan saya di situ. Apa yang penting, saya mendedahkan apa yang saya ketahui pada masa yang tepat," katanya dalam satu sidang media di Petaling Jaya, tadi.

Shaariibuu Setev menambah, sebelum anak perempuannya datang ke Malaysia, beliau bertanyakan sebabnya. Altantuya pada ketika itu menunjukkan satu gambar yang diambil bersama Najib dan Abdul Razak Baginda, malah mendakwa gambar itu diambil di Perancis.

Shaariibuu Setev menjelaskan, Altantuya pada ketika itu menuding kepada Najib dalam gambar, berkata dirinya mahu datang ke Malaysia untuk bertemu dengan Najib agar memutuskan sesuatu. "Saya beritahunya, tidak memadai untuk berbuat begitu, tetapi beliau (Altantuya) tetap dengan keputusannya," kata Shaariibuu.

Shaariibuu Setev menambah, "Seandainya saya tahu dia (Altantuya) akan ditimpa malapetaka, saya akan menyimpan gambar tersebut. Ramai saksi yang pernah nampak gambar tersebut."

Pada Julai 2008, Najib Razak yang pada ketika itu menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri, menafikan bahawa dirinya kenal dan pernah berjumpa dengan Altantuya Shaariibuu.

Beliau berkata tuduhan yang mengaitkan dirinya dengan Altantuya adalah pembohongan yang berniat jahat, dengan motif untuk mengalih pandangan rakyat.

N'N: Najib sudah cuak kah3........

PAKAT DEMAMLAH ORANG UMNO KALAU TENGOK GAMBAR NI:

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/306562_263039370457509_100002543449286_565673_2116934480_n.jpg

PAS FOR ALL......

APA PUNYA KEJAMLAH WANITA NI.

Wanita Mengaku Simbah Air Panas, Pukul, dan Masukkan Cili Padi & Kayu Mop ke dalam Kemaluan Anak Teman Lelakinya.



[BERNAMA] KLANG: Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah mendera anak perempuan teman lelakinya, berusia 13 tahun, hingga menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa.

Shalina Sundiri Abdullah, 42, telah mendera mangsa dengan menyimbah air panas, memukul menggunakan getah paip dan kayu besar serta memasukkan batang kayu mop dan cili padi ke dalam kemaluan kanak-kanak malang itu.

Hakim Siti Noraida Sulaiman memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bagi kelima-lima pertuduhan itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 7 Mei 2011.

Siti Noraida turut menjatuhkan hukuman penjara empat tahun ke atas bapa kanak-kanak itu selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa dengan memukulnya menggunakan kayu.

Shalina didakwa melakukan kesemua perbuatan itu ke atas mangsa di sebuah pangsapuri di sini, antara 25 Dis 2010 sehingga akhir April tahun lepas dan didakwa mengikut Seksyen 326, Seksyen 324 dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Bapa kanak-kanak malang itu yang berumur 40 tahun dan berasal dari Bentong, Pahang juga didakwa menyebabkan kecederaan fizikal ke atas mangsa di tempat dan tarikh yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, bapa kanak-kanak itu membawa anaknya tinggal bersama-sama dengan teman wanitanya pada cuti sekolah pada akhir tahun 2010.

Sepanjang berada di sana, Shalina mengarahkan kanak-kanak itu membuat kerja-kerja rumah dan tidak membenarkan mangsa ke sekolah selepas sesi persekolahan tahun berikutnya bermula.

Malah mangsa dipukul setiap hari oleh tertuduh atas alasan kanak-kanak itu tidak melakukan apa yang disuruhnya.

Pada masa sama, budak perempuan itu turut didera oleh bapa kandungnya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Maisarah Kamal sementara kedua-dua tertuduh diwakili peguam Gerard Lazarus.

Akhbar sebelum ini melaporkan penderaan ke atas kanak-kanak itu terbongkar apabila teman wanita bapanya menghantar mangsa ke satu pusat jagaan kanak-kanak di Taman Radzi di sini pada 6 Mei tahun lepas.

Kakitangan pusat itu ternampak kesan kecederaan pada kanak-kanak itu dan kemudian membuat laporan polis.

Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil semasa melawat kanak-kanak itu di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini pada Mei tahun lepas memberitahu pemberita bahawa mangsa perlu diberikan kaunseling secara berterusan berikutan trauma penderaan dahsyat ke atasnya.SUMBER

N'N:Tak dapat nak bayangkan penderitaan budak yang didera tu.......

APA NAK HAIRAN NAJIB PAKAI RANTAI DIA BUKAN ISLAMIK PUN..

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/521571_251540861607961_100002561479725_498246_1871047663_n.jpg


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)