yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Friday, April 6, 2012

TELUR YANG DIREBUS AIR KENCING INI JADI KEGEMARAN MASYARAKAT DI CHINA ( 12 GAMBAR)

Anda mungkin sudah biasa menikmati telur rebus, baik untuk sarapan, makan siang atau makan malam. Tapi, pernahkah mencuba telur yang direbus dengan urin? Olahan makanan ekstrim ini hanya ada di Provinsi Zhejiang, China.

Makanan yang sudah ada sejak berabad lalu ini, dipercaya masyarakat setempat boleh meningkatkan stamina bagi siapa saja yang memakannya.

Untuk membuatnya ternyata tidak mudah. Air seni yang digunakan bukan sembarangan, tapi dari anak laki-laki yang berumur di bawah 10 tahun. Kerana itulah, setiap hari, para penjual telur rebus urin antre mengumpulkan air kencing dari sekolah-sekolah rendah.

“Jika mengambil makanan ini, anda tak akan pernah mengalami heat stroke. Telur ini dimasak dalam air seni yang harum,” kata Ge Yaohua, salah satu penjual telur rebus urin kepada Reuters.

Proses memasaknya pun perlu waktu hampir sehari penuh dan ketelitian ekstra. Pertama, telur dibersihkan lalu direbus dalam cairan urin hingga matang. Kemudian, cangkangnya dikupas, lalu telur kembali direbus dalam air seni dengan api kecil selama berjam-jam. Dalam proses itu, urin harus terus menerus dituang ke dalam panci dan api dijaga agar tidak terlalu panas agar hasil rebusan telur tak terlalu matang.

“Dengan memakan telur ini, anda tak akan merasakan nyeri pada pinggang, kaki, atau sendi. Tubuh juga akan terasa lebih bertenaga,” kata Li Yangzhen, salah satu pelanggan Yaohua.

SUMBER

77% Pembaca Sinar Harian Menyokong BERSIH 3.0 Wajar Diadakan , Apa Lagi Anda Tunggu Jom Turun Bersih 3.0.


Undian ini adalah solid memandangkan bancian online dilakukan oleh akhbar Sinar Online, bukan Harakah mahupun Utusan Online. Ia cukup berbeza jika bancian dilakukan oleh akhbar yang condong kepada kepartian masing-masing berbanding di Sinar yang dilihat lebih neutral.

Saya percaya Utusan tidak punya keberanian untuk memaparkan bancian terutamanya berkisar Perhimpunan Aman BERSIH 3 yang bakal berlangsung di Dataran Merdeka 28 April Ini. Walaupun Utusan boleh menipu bancian (sepertimana yang diusahakan oleh SPR?) , tetapi menyebut apa jua berkaitan BERSIH adalah satu jenayah dan mari kita lihat sampai bila bancian di Sinar Online akan bertahan.

Setakat jam 5.35pm, bancian menunjukkan 77% pembaca Sinar Online menyokong BERSIH 3 wajar diadakan. Sila ke laman www.sinarharian.com.my untuk membuang undi dan lakukan sepantas mungkin sebelum bancian ini diharamkan serta merta dek ketakutan melampau.

Setelah ruang yang cukup diberi kepada kerajaan untuk perbetul kepincangan sistem pilihanraya, kesempatan ini tidak dimanfaat oleh kerajaan untuk buktikan mereka berusaha ke arah membersihkan sistem pilihanraya, malah menjadi lebih meragukan dari semasa ke semasa.

Justeru, BERSIH 3 adalah wajar sama sekali apabila kertas kerja PSC diluluskan tanpa perbahasan di Parlimen, dan laporan 'Minority Report' turut tidak diendahkan. Demokrasi dicabul, BERSIH 3 adalah jawapan!! Sumber

GAMBAR SAAT ROMANTIS SEORANG WANITA BERSAMA SEBIJI BOLA.

Muah !

Mmmuuuahhhh....kah3.....

"KETUA PENERANGAN" PKR AMPANG, YANG DESAK YB AZMIN ALI KELUAR PARTI SEBENARNYA SEORANG MUFLIS DAN BUKAN ANGGOTA PKR SEMENJAK 26HB MAC LAGI.

‘Ketua Penerangan’ KEADILAN Ampang muflis, terlibat pecah amanah



Mohd. Isa Mohd. Saidi yang mengaku sebagai Ketua Penerangan Cabang Ampang dan mendesak Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali untuk keluar parti sebenarnya bukan lagi ahli KEADILAN sejak 26 Mac lalu.

Ia dinyatakan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Ampang, pada sidang medianya sebentar tadi.

Menurut Zuraida, Mohd Isa digugurkan daripada jawatannya selepas didapati muflis dan juga pernah dikaitkan dengan jenayah pecah amanah (CBT) sebelum ini.


“Penguguran jawatan ini berdasarkan beberapa laporan polis ke atasnya berkaitan jenayah pecah amanah (criminal breach of trust).

“Beliau juga muflis, tidak boleh memegang sebarang jawatan dalam parti. Bukti muflis diperolehi menerusi carian rasmi di Jabatan Insolvensi Malaysia bertarikh 10 Januari 2012,” kata Zuraida pada sidang media di Bilik Gerakan Utama KEADILAN Parlimen Ampang.


Dua laporan pecah amanah pada 28 Mei dan 4 Jun 2011 terhadap Isa dilaporkan seorang pengadu, Siti Zaleha Kauzi berhubung deposit dan sewa kedai di ‘Food Court Station Ampang Waterfront’, masing-masing berjumlah RM1,000 dan RM6,500.


“Sejak makluman penguguran, Isa yang baru menyertai KEADILAN pada 27 Jun 2010 terlibat dalam beberapa perjumpaan dengan pemimpin Umno. Cabang Ampang tidak terperanjat dan telah menjangkakan tindakan beliau.


“Manakala Tan Hua Meng yang turut bersama dalam sidang media semalam merupakan Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang tidak disambung khidmatnya penggal ini,” ujar Zuraida.


Beliau menegaskan, cabaran dan desakan Isa terhadap Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali merupakan ulang tayang agenda hitam dan fitnah jahat Umno sejak 1998.


Zuraida juga tidak menolak kemungkinan sidang media yang diadakan di Hotel Crown Plaza semalam didalangi Umno yang berniat jahat untuk melihat KEADILAN kucar-kacir.


“Ini hotel empat bintang. Tak mustahil ia ditaja oleh orang-orang tertentu.


“Cabang Ampang mengalu-alukan sekumpulan ahli yang kecewa untuk keluar bagi membersihkan parti daripada unsur khianat dan duri dalam daging,” tegas Zuraida.


Turut hadir pada sidang media Ketua Penerangan KEADILAN Ampang yang baru, Hamsah Djabir, wakil ADUN Bukit Antarabangsa, Razali Ramli dan kira-kira 30 ahli.

UMNO BUKAN SAJA MUFLIS ISU DAN BANGKRAP POLITIK, TETAPI TERPAKSA UPAH ORANG BANKRAP DAN PENJENAYAH YANG SUDAH PUN BUKAN AHLI PKR JADI TUKANG SALAK.....TERMASUK SEORANG KAKI FRUST SENONGGENG KERANA TIDAK DISAMBUNG JAWATAN SEBAGAI AHLI MAJLIS MPAJ....

TERDESAK SUNGGUH UMNO KINI.....

Sumber:http://omakkau.blogspot.com

INILAH BEZA POLIS MALAYSIA DENGAN KANADA.

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/294897_112391348893656_111719785627479_70466_1178572466_n.jpg

Nak rasa water canon jom turun Bersih 3.0...Setakat water canon jer xder hal....Perjuangan bukan sekadar kata2 betul tak.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)