yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Wednesday, April 4, 2012

OLEH KERANA SPR TERUS JADI BARUA UMNO, MARI KITA AJAR MEREKA DENGAN BERSIH 3.0

http://hornbillunleashed.files.wordpress.com/2011/07/malaysia_bersih_2007_532.jpg

Oleh kerana kedegilan dan kebongkakan Kerajaan BN dan SPR tidak mahu memperbaiki Sistem Pilihanraya maka rakyat tidak mempunyai jalan lain selain dari turun ke jalanraya sekali bagi menyatakan bantahan.

Gabungan Pilihanraya Bersih (BERSIH) 3.0 mengumumkan bahawa 28 April dipilih sebagai tarikh untuk mengadakan bantahan aman terhadap sistem pilihanraya yang korup, tidak telus dan berat sebelah.

Ternyata kerajaan dan SPR tidak faham bahasa rakyat yang mahukan perjalanan pilihanraya yang adil dan telus. Mereka mungkin hanya faham bahasa 'BERSIH' sahaja. Setiap rakyat tidak kira bangsa dan agama wajib hadir menyatakan bantahan dengan menyertai himpunan aman ini.

Hari ini Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengumumkan sekali lagi akan mengadakan himpunan besar-besaran Bersih 3.0 pada 28 April ini.


Ianya akan diadakan jam 2 petang bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Perkara itu dijangka diumumkan jawatan kuasa pemandu NGO itu pada satu sidang media di sini, pagi ini.
Kesemua anggota jawatankuasa termasuk pengerusi bersama Datuk A.Samad Said dan Datuk Ambiga Sreenevasan turut hadir pada sidang media di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor itu.

Melalui bahan cetakan yang diedar awal kepada media, himpunan kali ini memilih tema 'Duduk Bantah' dan bakal diadakan serentak di seluruh negara dan dunia.

Himpunan itu juga akan disertai bersama oleh 84 NGO dan masih mengekalkan lapan tuntutan iaitu:

Bersihkan senarai undi

Mereformasikan undi pos

Gunakan dakwat kekal

Akses media bebas dan adil

Masa kempen minima 21 hari

Kukuhkan institusi awam

Hentikan rasuah

Hentian politik kotor

INI BUKTI LIM GUAN ENG LEBIH PAKAR DALAM SEJARAH ISLAM BERBANDING UMNO.

LGE: UMNO AKAN ALAMI NASIB SEPERTI FIRAUN.

(Ahli panel dan moderator forum 'Putrajaya Bermula di sini' di Kota Bharu malam semalam)

KOTA BHARU, 4 April: Kerajaan BN dijangka akan mengalami nasib yang sama sebagaimana kerajaan ‘Firaun’ yang akan ditenggelamkan oleh rakyat pada pilihanraya umum akan datang akibat rasuah.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng, berkata zaman kegemilangan Firaun di Mesir hancur bukan kerana bankrup, sebaliknya rasuah.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Makan Malam Dana PRU 13, anjuran PAS Kota Bharu yang bertajuk ‘Putrajaya Bermula di sini’.

Turut berucap sebagai panel Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution.

“Mana-mana destinasi di dunia ini bukan sahaja di Timur Tengah, sebaliknya China, India juga hancur kerana rasuah, penyalahgunaan kuasa,”ujar Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pada masa yang sama beliau turut menempelak kerajaan BN yang mendakwa negara mempunyai hasil mahsul yang besar.

“Tak guna kalau kerajaan ada hasil mahsul yang banyak kalau ada buaya ganas, habis ditelannya,”ujarnya sambil disambut sorak para yang hadir.

Sementara itu, Saifuddin pula berkata empat negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat menjadi model untuk rakyat menilai khususnya pada PRU akan datang.

Katanya, kecemerlangan negeri di bawah pentadbiran PR, khususnya dari ekonomi, sewajarnya menjadi modal untuk disebarkan kepada rakyat.

“Tiga buah negeri di bawah PR, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, berjaya meningkatkan hasil negeri, malah dapat membayar hutang kerajaan negeri yang ditinggalkan BN sebelum ini,”ujarnya.

Ceramah berkenaan dapat diikuti oleh rakyat Malaysia di seluruh dunia melalui UT TV dan Kelantan TV.

TERHARU TENGOK GAMBAR UST DON DAN UST ISMAIL KAMUS NI

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/525826_355684624473448_293190480722863_949407_607654144_n.jpg

Ulama' memang wajar dikasihi sebegini.....

INI SATU LAGI PETANDA UMNO/BN AKAN BERKUBUR PRU-13 NANTI.

http://bahasa.malaysia.usembassy.gov/mccurry_crowd-500.jpg
gambar hiasan...

Atas pagar mula sokong Pakatan

Pengundi ‘atas pagar’ (Digelar Poros Tengah di Indonesia) yang beberapa waktu lalu masih belum membuat keputusan, kini diberitakan mulai menyokong Pakatan Rakyat, suatu tanda positif ke arah kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU Ke-13 akan datang.

Pemerhati politik melihat petunjuk ini berdasarkan beberapa tanda, antara lain:

1.Semakin ramainya golongan yang dikenal ‘Atas Pagar’ datang mendengar ceramah dari pemimpin Pakatan Rakyat seluruh negara, hatta ceramah jauh di pedalaman.


Para petugas PR yang biasa mengawal di banyak majlis ceramah telah mengenal pasti bahawa ramai dari kalangan yang bukan penyokong komponan pembangkang itu selama ini telah hadir mendengar ceramah PR di pelbagai tempat.


2.Berdasarkan soal-selidik secara rambang oleh kumpulan peninjau Pakatan Rakyat yang bertugas mengikuti majlis ceramah PR.

3. Jentera Pakatan Rakyat membuat tinjauan di pelbagai lokasi, terutama di pasar malam, pasar tani, hentian bas dan teksi, pusat membeli belah dan sebagainya dengan mendengar perbualan orang ramai mengenai isu-isu yang berbangkit menjelang pilihan raya akan datang.

4.Perbualan rakyat di pelbagai majlis jamuan di pelbagai tempat yang bercakap mengenai pembaziran, pemborosan, rasuah, penyelewengan dan sebagainya. Dicakapkan secara terbuka di majlis tersebut.

5. Ulasan dan pesanan yang terpancar dari SMS, Twitter, Facebook, malah ulasan dari pembaca di pelbagai blog dan wabesite serta tulisan orang awam dari pelbagai media alternatif.

Menurut pemerhati, perkembangan menarik ini sebenarnya bermula dari Himpuan Bersih 2.0 pada 9 Julai tahun lalu yang dilihat sangat berkesan dalam usaha menyedarkan orang ramai akan hak mereka terutama menuntut sebuah pilihan raya yang bebas dan demokratik.

Kehadiran Sasterawan Negara A. Samad Said di Himpunan Bersih 2.0 itu sangat memberi kesan kepada anak muda untuk menyokong tuntutan Berrsih 2.0 hingga beliau menjadi ikon yang sangat berpengaruh kepada anak muda.

Sejak Himpunan Bersih 2.0 itu hingga kini, anak-anak muda itu – yang selama ini bersikap tidak peduli politik dan perkembangan semasa – mulai memberi perhatian kepada isu kebebasan dan demokrasi, isu rasuah, penyelewengan, pembaziran, pemborosan dan sebagainya yang berlaku secara besar-besaran di tanah air.

Himpunan Bersih 2.0 itu dilihat sebagai turning-point yang penting kepada pemikiran masyarakat bahawa himpunan itu telah meruntuhkan tembok perasaan ‘takut’ rakyat untuk menuntut hak mereka. Walaupun ini hanya berlaku di Kuala Lumpur, tetapi kesannya meluas.

Ini bermakna rakyat sudah tidak takut lagi bersuara, anak-anak muda yang menyertai himpunan tersebut menyalurkan maklumat mengenai tuntutan Bersih 2.0 kepada masyarakat di luar Ibu Kota.

Di samping itu, kebangkitan mahasiswa di sana sini yang menuntut AUKU dimansuhkan turut memberi kesan kepada golongan ‘atas pagar’ dan golongan muda untuk menyokong pembangkang yang berjanji untuk memberikan kebebasan kepada golongan pelajar dalam melaksanakan hak mereka jika menang dalam PRU Ke-13.

Sementara itu, kenaikan harga barang keperluan yang menyebabkan kos sara hidup begitu tinggi dan ‘mencengkam’ golongan berpendapatan rendah dan sederhana menyebabkan sesetengah mereka, yang selama ini tidak peduli politik dan apapun yang berlaku, mulai kritikal terhadap parti yang memerintah.

Memanglah pemberian RM500 oleh kerajaan kepada takyat yang berpendapatan RM3,000 ke bawah sebanyak sedikit memberi kesan, terutama kepada penduduk luar bandar. Namun pemberian tersebut tidak mempunyai erti berbanding dengan kenaikan harga barang keperluan, khususnya harga ikan, minyak, beras, gula dan tol.

Golongan ‘atas pagar’ muncul kerana rakyat menyaksikan pelbagai kemungkaran berlaku – politik, ekonomi, sosial – disebabkan penyelewengan, rasuah, manipulasi, pemborosan dan pelbagai lagi. Rakyat bosan dengan kepincangan yang berlaku ini.

Sementara itu, semakin dekat dengan PRU Ke-13, semakin menjadi-jadi keganasan berlaku – gangguan kepada majlis ceramah pembangkang, merosakkan kereta, ancaman, pembakaran bendera pembangkang, semburan cat pejabat pembangkang dan pelbagai lagi.

Semua kejadian yang menakutkan ini menunjukkan trend yang tidak baik menjelang PRU Ke-13 dan ini menjengkelkan hati golongan yang cintakan keamanan dan keharmonian yang selama ini tidak memihak ke mana-mana parti politik telah memihak kepada pembangkang.

Sementara itu pada pendapat saya, Pakatan Rakyat perlu secara intensif mewar-warkan ‘Buku Jingga’ yang memuatkan 10 tawaran atas Pakatan Rakyat kepada rakyat jika memenangi PRU Ke-13. Di samping itu buku ‘Negara Berkebajikan’ yang disusun oleh PAS juga perlu disebarluaskan dalam kempen Pakatan Rakyat, bersekali dengan ‘Buku Jingga’.

Menurut tinjauan, kedua-dua buku tawaran Pakatan Rakyat ini belum disebarluaskan secara menyeluruh, di mana hingga kini masih banyak kawasan pilihan raya seluruh negara yang masih belum didedahkan kepada dua buku tersebut.

Apabila golongan ‘Poros Tiga’ ini didedahkan secara terperinci akan isi dua buku penting ini, saya fikir golongan ini, dengan izin Allah, akan kekal menyokong Pakatan Rakyat dalam PRU Ke-13 nanti.

Oleh itu, jika pengundi golongan muda dan golongan ‘atas pagar’ ini terus menerus menyokong Pakatan Rakyat, maka saya percaya, Insya-Allah, jalan ‘menuju ke Putrajaya’ akan lebih mudah.

Oleh itu, Pakatan Rakyat perlu fokas kepada dua golongan ini, di samping tidak melupakan pengundi biasa dan luar bandar. Jika pilihan raya berlansung pada 3 Jun ini, seperti yang dihebohkan, Pakatan Rakyat perlu memanfaatkan masa yang singkat ini sebaik-baiknya. SUMBER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)