yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Thursday, March 8, 2012

MARI DOAKAN KESELAMATAN ANAK KECIL INI



Ibu kanak-kanak hilang yakin anak disembunyikan di kawasan berhampiran

PASIR GUDANG: Selepas lapan hari berlalu, keluarga Nurul Nadirah Abdullah, 5, yang lebih manja dengan panggilan Dirang, masih menaruh harapan tinggi supaya anak kecil itu ditemui segera dalam keadaan selamat.

Harapan itu disandarkan mereka selepas mengadakan solat hajat serta doa selamat, selain pandangan lima pengamal perubatan tradisional dan Islam yang membantu keluarga Dirang.

Ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, berkata sejak hari pertama anaknya dilaporkan hilang, beliau dan suaminya, Lima Medeng, 25, berusaha mencari anak kesayangan mereka di sekitar daerah ini kerana yakin Dirang masih berada di kawasan berdekatan.

“Saya sekeluarga hanya mampu berterima kasih kepada sumbangan semua pihak, termasuk bomoh dan ustaz yang membantu dengan ikhlas tanpa meminta sebarang bayaran daripada kami yang sememangnya tidak berkemampuan kerana suami masih mencari pekerjaan.

“Bomoh dan ustaz yang kami temui sekitar Pasir Gudang, Seri Alam dan Masai mendakwa Dirang selamat tetapi dalam kawalan seseorang. Mereka menasihatkan kami mencarinya di kawasan rumah kosong di sini kerana percaya Dirang dikurung di situ,” katanya.

Roselyn berkata, setakat ini, pencarian yang dilakukan mereka belum berhasil dan tiada sebarang petunjuk Dirang disembunyikan di kawasan berkenaan.

“Saya dan suami tidak akan berputus asa, selagi terdaya kami tetap akan berusaha mencari Dirang selain mengusahakan majlis doa selamat dengan menjemput jiran bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan Dirang.

“Poster Dirang akan ditampal bagi memudahkan pencarian anak kedua kami itu,” katanya.

Sementara itu, kumpulan perbankan RHB akan memasang poster gambar Dirang yang dilaporkan hilang sejak lapan hari lalu pada lebih 1,800 mesin pengeluaran wang (ATM) miliknya di seluruh negara dalam usaha membantu menjejaki kehilangan kanak-kanak terbabit.

Pengarah Perkhidmatan Korporat RHB, Norazzah Sulaiman, berkata pihaknya juga akan memaparkan gambar Dirang pada laman web bank berkenaan bagi membolehkan orang ramai yang menggunakan khidmat dalam talian mereka membantu mengesan anak kedua daripada tiga beradik itu.

Beliau berkata, RHB juga akan bekerjasama dengan beberapa media tempatan untuk mengiklankan gambar kanak-kanak terbabit.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Mohd Faizal Abu Bakar, berkata pihaknya akan menyediakan khidmat kaunseling kepada keluarga kanak-kanak terbabit. -BH

N'N: Jenayah makin menjadi2.....Bilalah pemerintah nak ambil iktibar dan laksanakan Hudud,Takzir & Qisas...Ketahuilah Hukum Allah itu sangat sempurna kerana hanya yang Maha Pencipta tahu apa Undang2 yang terbaik buat hambaNYA.......

BIAR BETUL MENU KAPAL TERBANG NI

Turkish airlines

Ada sesiapa yang boleh pastikan adakah gambar ini diedit atau betul2......Aku nampak macam edit jer kah3.......

APA CERITA DENGAN GAMBAR NI?

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/417142_318992888148269_100001126813038_804663_40660297_n.jpg

Apa main curi2 ni nak belilah..Alahai BN.........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)