yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Friday, February 17, 2012

WAHAI UTUSAN MALAYSIA AGAK2LAH KALAU NAK SENSASIKAN AKHBAR PUN, TAKKAN SAMPAI TOKOK TAMBAH GAMBAR MAYAT FIRAUN KUT....

Masih ingat lagi bagaimana tidak lama dahulu Utusan pernah kantoi padamkan logo Barisan Nasional pada sebuah payung?

Kali ini kisahnya lebih kurang sama; bezanya, benda yang tidak ada, telah diada-adakan. Selalunya teknik jurnalisme murahan seperti ini digunakan oleh akhbar tabloid sahaja. Tapi entah bagaimana, akhbar teras pemikiran Melayu ini turut terkena perciknya.

Perhatikan artikel bertajuk "Jenazah wanita masih utuh, berbau wangi".



Berita luar negara ini adalah cuplikan dari Okezone.com. Dan jika anda pergi ke sumber asal artikel ini di sana, ini sahaja yang anda dapat lihat:



Maka dari mana pula datangnya gambar mayat dalam artikel cap Utusan itu?

Pada mulanya, saya terkejut juga melihat gambar mayat "yang masih utuh dan wangi" itu. Ini kerana saya 100% yakin pernah melihat gambar ini dalam sebuah buku (yang tidaklah pula saya ingat tajuknya). Maka masakan pula boleh gambar itu adalah gambar mayat wanita tersebut.

Dan apabila menyedari tiada gambar mayat tersebut di artikel asal, maka sahihlah Utusan sudah tokok tambah berita. Mungkin untuk menyedap berita dan menambah sensasi. Tapi kalau iya pun, letaklah kenyataan "Gambar sekadar hiasan".

Tapi juga, kalau pun gambar itu sekadar hiasan semata-mata, yang paling tak boleh tahan, macam mana Utusan boleh letak gambar mayat firaun sebagai gambar hiasan untuk artikel tersebut?



N'N:Aku termasuk orang yang kena tipu dan ingat itu gambar sebenar..Utusan penipu...........

GAMBAR YANG AKAN MENGGEMPARKAN ORANG2 PERAK YANG MUNGKIN AKAN BUAT MEREKA MENGUNDI UMNO:



Mungkinkah papan tanda ini akan menjadi modal UMNO meraih UNDI, kita nantikan.....

.. ada sapa-sapa pimpinan PR mahupun PAS yang boleh lawan Dr. kita ni????
Dan lihatlah dunia....lawatan kerja Zambry Abd Kadir ke ke Tanjong Malim, Behrang Stesen, Bandar Behrang 2020, Slim Village, Ulu Slim, Slim River dan Trolak Pekan pada 15-16 Februari lalu...

... siap bagi kuliah agama lagi pada jamaah masjid... "Tuan-tuan, kita semua wajib bersyukur diatas segala kemajuan dan pembangunan yang telah dibawa oleh BN..."

... tang nie belum mampu lagi nak jadi imam... fatihah tak berape fasohah...

.... dan yang ini paling power....

SUMBER

N'N:Apa itu ikhlas? Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak. Renung-renungkan.............

KENAPA PEKERJA BANK MELUAT DENGAN NAJIB DAN MAYBANK, KORANG PERLU BACA.....



Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah membiarkan sahaja tindakan-tindakan Maybank yang telah banyak melakukan perkara yang menyalahi undang-undang. Ini mencemarkan kredibiliti Kerajaan Malaysia, dan ahli-ahli Kesatuan Pekerja Bank (NUBE) di seluruh Semenanjung telah mula mempersoalkan perhubungan Kerajaan dengan Maybank?


Terdahulu, Setiausaha Agung NUBE, J.Solomon berkata, Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE) yang pernah digambarkan sebagai pendukung kuat Datuk Seri Najib Razak, kini meragui kepimpinan beliau sambil mendakwa populariti kerajaan Malaysia terus menyusut di kalangan pekerja.



Kesatuan mewakili 30,000 pekerja mendakwa Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan gagal menyelesaikan isu-isu pekerja industri perbankan, khususnya menyentuh Maybank yang dibawa kepada perhatian beliau sejak setahun lalu.

Keangkuhan Maybank yang diadunkan bersama pembohongan, ancaman dan sikap tidak hormat terhadap kakitangannya begitu jelas digambarkan dalam memo mereka kepada semua kakitangan Maybank.

Gertakan yang penuh muslihat dan ugutan yang digunakan oleh Maybank sebagai sebahagian daripada agenda anti-kesatuannya. Ketua Human Capital Kumpulan Maybank, Nora Manaf dan rakan-rakan sejawatnya yang bergaji mewah seharusnya ingat bahawa manusia yang mempunyai maruah dan harga diri itulah yang patut didahulukan. Kemudian, barulah kita menjadi pekerja atau hamba kepada sistem pengurusan.

Diktator-diktator seperti Pol Pot, Idi Amin, Hitler dan Mussolini jika masih hidup, tentu berasa bangga terhadap pengurusan Maybank yang terus mewarisi tingkah laku barbarisma terhadap aktiviti-aktiviti, barisan kepimpinan dan ahli-ahli kesatuan.

Kezaliman ini hanyalah sementara. Gelombang kebangkitan akan memastikan keadilan dikembalikan kepada yang lebih berhak.


Maybank cukup terdesak!!

Maybank yang juga ahli MCBA telah mengheret semua bank perdagangan untuk berada di bawah telunjuk mereka setelah menyedari bahawa Kesatuan Pekerja Bank (NUBE) merancang serangan besar-besaran terhadap Maybank di atas pemecatan secara salah dan berniat jahat terhadap Naib Presiden NUBE, Bro Abdul Jamil Bin Jalaludeen dan Bendahari Agung, Bro Chen Ka Fatt.

Persatuan Bank-Bank Perdagangan Tanah Melayu (MCBA) telah mengeluarkan arahan kepada bank-bank anggota untuk memotong gaji semua EXCO NUBE, Jawatankuasa Cawangan, Jawatankuasa Kerja dan ahli-ahli IRC yang mengambil cuti kesatuan (TUL) bagi menjalankan amanah ahli menyahkan kezaliman Maybank.


Banyak bank yang juga ahli MCBA melahirkan rasa kecewa dengan tingkah laku Maybank yang tidak membenarkan mereka menumpukan kepada urusan perniagaan. Malah melalui MCBA, mereka turut diheret ke dalam plot jahat Maybank menentang NUBE.

Kaum Pekerja Bangkit !!!



Sudah menjadi satu kelaziman bahawa Maybank akan menggunakan bank-bank lain untuk memuaskan nafsu mereka mengeksploitasi para pekerja.


Maybank pasti akan gagal. Ahli-ahli NUBE akan mewujudkan gelombang kebangkitan untuk menghentikan Maybank daripada terus memperbodoh-bodohkan pekerja dan keluarga mereka.

Kiraan telah pun bermula untuk menghentikan siri kejahatan Maybank... Tunggu tindakan selanjutnya.

Ayuh kaum Pekerja..! Inilah masanya kita bangkit untuk melakukan perubahan demi masa depan kita dan anak cucu kita…sumber

KALAU KORANG KATA UMNO JAGA RAJA MELAYU KORANG SILAP, GAMBAR INI BUKTINYA UMNO TAK RESPEK RAJA MELAYU PUN:

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s320x320/401064_166818043433481_1454310630_n.jpg

N'N: Blog bukan ini blog Asobiyah, Islam adalah paling utama, penghinaan terhadap Islam adalah yang paling tidak boleh diterima....Tapi bagi pihak yang kata mereka menjaga Islam,Melayu & Raja aku rasa UMNO hanya menipu korang............

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)