yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Saturday, February 4, 2012

APA MOTIF DIA BUAT MACAM NI AKU PUN TAK TAU.

Reversed biking
Asal kau bahagia sudahlah..kah3...

POLITIK 'KEPALA BABI' DAN SENTIMEN AGAMA , SILA BACA APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANGNYA

Politik "kepala babi"

http://2.bp.blogspot.com/_PC-fOLkfAqM/S1_QpJ6g9KI/AAAAAAAANck/hbRB0P9siQU/s400/c.jpg

Muncul lagi kes-kes “kepala babi” dicampakkan ke masjid. Mula-mula berlaku di Masjid Nurul Iman yang terletak di Rawang, Selangor. Kemudian Masjid Al-Hidayah di Sentul, Kuala Lumpur.

Meletakkan kepala babi di dalam masjid, rumah ibadah orang Islam — turut dianggap sebagai rumah Allah — adalah satu tindakan yang harus dikutuk oleh semua rakyat Malaysia tidak kira apa agama dan bangsa.

Tindakan ini bertujuan untuk menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu-Islam.

Niatnya adalah apabila kejadian seumpama ini berlaku, orang-orang Melayu akan menuduh masyarakat Cina yang melakukannya. Ini adalah kerana babi seringkali dikaitkan dengan masyarakat Cina.

Yang menjadi persoalan adalah, apa objektifnya?

Mahu menimbulkan huru-hara? Mahu menggugat keharmonian kaum? Mahu tragedi berdarah 13 Mei 1969 berulang kembali?

Kejadian ini adalah satu provokasi politik yang merbahaya. Pelakunya adalah golongan yang berfikiran pendek dan tidak mempunyai sedikitpun kecintaan terhadap negara.

Yang penting bagi golongan ini adalah politik.

Enam insiden selepas PRU 12

Politik “kepala babi” bermula kembali semenjak tahun 2009.

Menjelang pilihanraya kampus pada 16 Januari tahun itu, kepala babi ditemui di salah sebuah surau di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Pada 27 Januari 2010, kepala babi ditemui di Masjid Jumhuriyah, Taman Dato Harun dan Masjid Al-Iman Al Tirmizi, Petaling Jaya, Selangor.

Pada 30 Disember 2011 kepala babi ditemui di Masjid Al-Falah, Taman Desa Jaya di Johor Baru. Terbaru di Rawang dan Sentul.

Apa yang boleh dibanggakan adalah kali ini, emosi orang-orang Melayu-Islam masih dapat dikawal dan tidak mudah terpengaruh dengan provokasi jahat seperti ini.

Bayangkanlah jika insiden sebegini berlaku dizaman sebelum Internet berkembang luas, sudah pasti sudah berlakunya pertumpahan darah yang meragut nyawa.

Mujur pertubuhan Islam seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) memainkan peranan dengan mengeluarkan kenyataan untuk meminta umat Islam bertenang. Sudah pasti banyak lagi pertubuhan Islam yang sudah mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Wakil rakyat Cina

Lebih ironi lagi, kedua-dua kawasan insiden kepala babi mempunyai wakil rakyat yang berketurunan Tionghua. DUN Rawang diwakili oleh YB Gan Pei Nei.

Manakala Sentul pula terletak di bawah parlimen Batu dimana Naib Presiden PKR, YB Tian Chua adalah wakilnya.

Kedua-dua Gan Pei Nei dan Tian Chua adalah dari PKR.

Apakah insiden ini adalah sebahagian dari taktik untuk mengurangkan undi orang Melayu terhadap dua wakil rakyat ini?

Jika itulah tujuannya, kemungkinan besar taktik mencampakkan kepala babi ke dalam masjid ini akan “backfire” kepada pelakunya oleh kerana taktik seumpama ini sudah dapat “dibaca” orang ramai.

Pada hari kepala babi ditemui di Sentul, penulis sempat bersembang dengan berberapa anak-anak muda Melayu di sebuah kedai makan.

Mereka tidak mempercayai kepala babi tersebut diletakkan oleh orang Cina di masjid kerana pada tanggapan mereka, orang-orang Cina tidak akan berani melakukan perbuatan terkutuk itu.

“Mana orang Cina berani bang. Dia orang mesti tau risiko ‘kena cincang’ kalau tertangkap semasa melakukan,” kata seorang anak muda kepada penulis.

Jangan gadai keharmonian negara kerana politik

http://syukran.files.wordpress.com/2010/01/18033_107898119225228_100000151205652_207215_6849871_n.jpg

Keharmonian hidup rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama ini jangan digadai.

Jangan hanya kerana mahu mempertahankan kuasa atau merebut kuasa, rakyat berbunuh-bunuh.

Mahukah Malaysia jadi seperti sesetengah negara dimana perang saudara tidak pernah berhenti?

Mujurlah kini orang-orang Melayu tidak lagi mudah dipergunakan.

Generasi muda hari ini kebanyakkannya berfikir dahulu sebelum bertindak walaupun telah banyak provokasi — menjurus kepada pergaduhan kaum dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertamadun.

Apabila berlaku provokasi sebegini berlaku, yang paling penting para pemimpin masyarakat harus keluar untuk menenangkan keadaan.

Apabila masyarakat berfikir dengan waras, provokasi tidak akan berjaya dilakukan.
Sudah sampai masanya agar masyarakat Malaysia menyatakan pendirian tegas menolak sebarang provokasi jahat seperti ini. Kita tidak mahu politik Malaysia ditentukan oleh kepala babi - Amin Iskandar

N'N:Aku amat yakin yang rakyat Malaysia kini sangat bijak untuk menilai provokasi murahan seperti ini....13 mei bagi aku adalah sandiwara semasa yang dicipta untuk mengembalikan kuasa Kapitalis Jahanam........

KORANG NAK TAHU KENAPA UMNO/BN TAKUT DITUMBANGKAN, SILA LIHAT LUKISAN INI:

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/403135_310536582326325_100001099576357_855024_33985399_n.jpg




PUAS HATI KALAU DAPAT MAKAN UDANG YANG BESAR MACAM NI...



Bercakap soal makan elok kita muhasabah dengan Hadis ini,suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu’aim, Khatib, Ibnu Asakir dan Ibnun-Najjar dari Abu Hurairah ra. dia berkata: Aku pernah datang kepada Rasulullah SAW ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya:

Ya Rasulullah! Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit? jawab beliau: Aku lapar, wahai Abu Hurairah! Mendengar jawaban beliau itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan beliau itu. Beliau merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata:

Wahai Abu Hurairah! jangan menangis, karena beratnya penghisaban nanti di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya di kehidupan dunia.
(Kanzul Ummal 4:41)

INI KES BERAT NI, Hansard Parlimen Buktikan Menteri Agama 1Malaysia 'PEMBOHONG BESAR'

Sila Baca Hansard Parlimen Dibawah Dan Bandingkan Kenyataan Jamil Khir Kepada Para Pemberita Akhbar.





PUTRAJAYA 3 Feb. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan dakwaan pembangkang bahawa beliau menggunakan peruntukan Yayasan Taqwa untuk program politiknya sebagai berniat jahat.

Katanya, permainan politik pembangkang sudah tidak amanah kerana sanggup mengetepikan aspek benar dan salah demi menimbulkan persepsi negatif rakyat.
"Dakwaan yang kata saya guna duit Yayasan Taqwa tidak betul,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jamil Khir mengulas dakwaan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan bahawa beliau menggunakan peruntukan Yayasan Taqwa yang berada di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang dipengerusikannya bagi membiayai program politiknya di Jerai, Kedah.
Laporan itu menyebut, Jamil Khir menggunakan peruntukan tersebut untuk memberi bantuan kepada masyarakat di Jerai iaitu kawasan yang akan ditandingi beliau pada pilihan raya umum akan datang. - BERNAMA

sumber

INI BUKTI BR1M IALAH UMPAN UNTUK MERAMAIKAN CERAMAH UMNO/BN, JIKA TIDAK ADA BR1M CERAMAH UMNO/BN TAK MAMPU TARIK ORANG RAMAI.

http://4.bp.blogspot.com/_snvxpmtrq20/SoaESoeZ4UI/AAAAAAAAAeY/080QpyJLaBQ/s320/P7150052.JPG
Ceramah UMNO sebelum BR1M


http://umno-online.com/wp-content/gallery/berita/fw221442_tr05_030212_pm_br1m.jpg
Umpan BR1M berjaya menarik orang ramai.

BR1M dijadikan misi dan umpan untuk memudahkan BN mengumpulkan lebih banyak pendengar hadir ke ceramah-ceramah ajuran mereka.

Caranya dengan menghantar SMS kepada bakal penerima bantuan untuk hadir di tempat yang dinyatakan dan mendengar amanat pemimpin yang hadir sebelum di berikan baucer RM500.

Jika diamati, memang sejak BR1M ini diperkenalkan, di mana sahaja program atau ceramah anjuran UMNO BN diadakan, berduyun-duyun rakyat tidak kira bangsa hadir ke program tersebut.

Seorang rakan sanggup memohon cuti semata-mata untuk mendapatkan bantuan RM500 itu. Tetapi rakan tersebut hampa kerana tidak dapat baucer yang dijanjikan akibat timbul masalah semasa pemberian tersebut diberikan.

Walau apapun yang berlaku, taktik BN ini berjaya menarik minat ribuan orang untuk hadir di mana-mana sahaja ada program BR1M di seluruh negara. Mereka hadir bukan untuk mendengar amanat pemimpin, tetapi tujuan mereka adalah untuk mendapatkan bantuan tersebut.

Apa yang tidak pasti, adakah rakyat akan terpedaya dengan taktik dan umpan yang diberikan oleh BN. Tunggu dan lihat selepas PRU 13 nanti.

Oleh : Mus (malaysiadaily.net)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)