yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Wednesday, February 1, 2012

INI BUKTI KEMENANGAN PERJUANGAN IBRAHIM ALI DAN PERKASA!!!

http://1.bp.blogspot.com/-0K7y0AArSiA/Ttty7cFauFI/AAAAAAAACVQ/KKQrN6u7d7k/s1600/381553_2738414741105_1279494341_3074362_2089819552_n.jpg


54 TAHUN MEMERINTAH MALAYSIA PR GAGAL MEMARTABATKAN EKONOMI ORANG MELAYU TAPI UMNO YANG TAK PERNAH MEMERINTAH MALAYSIA PULA BERJAYA MEMARTABATKAN ORANG MELAYU......Lebih kurang macam itulah yang Ibrahim Ali cakap kut kah3.......Yang bijak dan gunakan akal pasti dapat berfikir......

DUIT UNTUK ORANG MISKIN PUN NAK SONGLAP KER UMNO?

UMNO Penang!! RM1.1Juta untuk 22 Keluarga Miskin hilang pi mana?



Ketika Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengagihkan wang ehsan RM100 buat warga emas yang menjadi pengundi di negeri ini dulu, ada beberapa pemimpin UMNO yang telah menjalankan gerakan mengutip semula wang tersebut kerana menurut mereka wang tersebut adalah datangnya dari hasil judi..


Dalam gerakan mengutip tersebut mereka memperbodohkan ramai warga emas hinggakan dalam media tunggangan mereka iaitu TV3 ada ditunjukkan beberapa orang warga emas yang menangis kerana mengenangkan dosa yang ditanggung mereka akibat menggunakan wang tersebut.

Tindakan mereka itu telah menyebabkan Dr. Asri berkata “Sudahlah mereka miskin, kita persalahkan mereka. Saya nak sebut kepada rayat Pulau Pinang tak payah susah hati. (Umno) janganlah nak takutkan orang kampung, jangan kata doa tak makbul atau (fikiran) sudah benak sebab makan dari sumber haram.

Antara pemimpin-pemimpin UMNO yang telah mengumpulkan wang dari warga emas itu ialah.. Datuk Azhar telah mengumpulkan RM4000.00, Datuk Abdul Rahim Saibu pula RM7000.00 dan Datuk Musa Sheikh Fadzir pula RM4700.00..

Sehingga kini mereka dari UMNO ini masih belum menyerahkan wang ehsan yang dikutip dari warga emas yang diperdayakan mereka kepada kerajaan negeri Pulau Pinang secara rasmi..

Itu pasal wang ehsan RM100 yang disumbangkan oleh kerajaan negeri untuk warga emas Pulau Pinang. Segala laporan dan artikel berkaitan boleh dibaca di SINI.

Ini pula pasal RM1.1 Juta untuk 22 keluarga miskin tegar Pulau Pinang yang dah hilang…

Pada sekitar tahun 2009, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman telah membuat kenyataan yang disiarkan dalam laporan akhbar Berita Harian bertarikh 26 Februari 2009 bahawa kementeriannya iaitu Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KLKW) sedia mengambil alih masalah kemiskinan tegar berikutan kegagalan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Guan Eng gagal menunaikan janji membasmi miskin tegar di negeri Pulau Pinang.

Datuk Zainal Abidin Osman berkata kementeriannya akan membantu keluarga berkenaan menerusi Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) yang memperuntukkan dana RM1.1 juta untuk membantu 22 keluarga terbabit.

Jika niat mereka itu ikhlas apa salahnya.. bantulah mereka-mereka itu..

Tetapi yang menjadi persoalannya disini ialah setelah hampir tiga tahun.. 22 keluarga miskin tegar itu tetap miskin tegar..

Jadi kemana menghilangnya RM 1.1 juta yang diperuntukkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kepada 22 keluarga miskin tegar Pulau Pinang tersebut?

*******************************************

UMNO Pulau Pinang perlu menjawab ke mana peruntukan sebanyak RM1.1 juta

UMNO Pulau Pinang perlu menjawab ke mana hilangnya peruntukan sebanyak RM 1.1 juta yang diperuntukkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kepada 22 keluarga miskin tegar Pulau Pinang. Dengan kata lain, adakah benar setiap keluarga menerima RM50, 000?

Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KLKW) merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman telah membuat kenyataan yang disiarkan dalam laporan akhbar Berita Harian bertarikh 26 Februari 2009 bahawa kementeriannya sedia mengambil alih masalah kemiskinan tegar berikutan kegagalan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan saya gagal menunaikan janji membasmi miskin tegar di negeri Pulau Pinang.

Sehubungan itu, beliau berkata kementeriannya akan membantu keluarga berkenaan menerusi Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) yang memperuntukkan dana RM1.1 juta untuk membantu 22 keluarga terbabit.

EXCO Kesihatan, Kebajikan & Masyarakat Penyayang Negeri Pulau Pinang YB Phee Boon Poh telah menulis surat kepada Zainal pada 7 April dan 12 Mei tahun 2009 untuk mendapatkan maklumat 22 keluarga tersebut serta memohon status program- program khas yang dirancang tetapi tiada maklumbalas diterima. Malangnya tidak ada jawapan daripada Zainal Abidin ataupun maklumat tentang 22 keluarga miskin tegar mana yang menerima RM50, 000 setiap keluarga?

Sehubungan itu, laporan polis telah dibuat pada 31 Julai 2009 oleh YB Phee bagi membolehkan satu siasatan dilakukan untuk mengetahui ke mana perginya RM1.1 juta yang sepatutnya disalurkan kepada keluarga berkenaan.

Selepas 3 tahun, demi memastikan wang kebajikan sampai ke tangan keluarga miskin adalah dikesali, Datuk Zainal Abidin Osman tidak berani memberi jawapan macam mana dan kepada siapa peruntukan tersebut telah disalurkan. Dan mengapa hanya 22 buah keluarga ini sahaja yang boleh menerima RM50, 000 setiap keluarga dan bukan keluarga miskin tegar yang lain.

Sejak Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang memperkenalkan Dasar Pembasmian Kemiskinan Tegar pada Mac 2009 sehingga Disember 2011, sebanyak RM6.32 juta telah disalurkan kepada lebih kurang 700 buah keluarga setiap bulan. Ini sekaligus menghapuskan miskin tegar di Pulau Pinang, negeri pertama yang berjaya buat begitu di Pulau Pinang. Kini, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menambah wang pendapatan bulanan kepada minima RM600 sebulan untuk setiap keluarga. Dengan kata lain, Kerajaan Negeri akan menambah wang atau 'top- up' sehingga RM600 sebulan untuk keluarga yang menerima wang pendapatan kurang daripada RM600. Ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang untuk membasmi kemiskinan menjelang 2015.

Ingin ditegaskan di sini bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang akan meneruskan semua program kebajikan yang dilaksanakan dan akan menyalurkan lebihan belanjawan yang diperolehi untuk dikongsi bersama rakyat selaras dengan urustadbir CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus).

Saya mencabar Zainal Abidin untuk menyenaraikan 22 keluarga miskin tegar tersebut. Adakah RM1.1 juta telah masuk dalam poket pihak- pihak tertentu? UMNO dan Kerajaan Persekutuan perlu bertanggungjawab dan tampil memberi penjelasan bagi mengelakkan keraguan kepada semua pihak.

LIM GUAN ENG

*Dipetik dari Ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng, Sempena Majlis Makan Malam Silver Jubilee Home,Bertempat Di Dewan Silver Jubilee Home pada 31 Januari 2012*

APA RASIONALNYA DR. HASSAN ALI FITNAH PAKATAN RAKYAT, JIKA TIDAK MENYOKONG UMNO?




[MK] Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali tampil dalam ceramah keduanya di Bandar Baru Bangi pada malam tadi dengan amaran bahawa Pakatan Rakyat merupakan ancaman kepada Islam.

Hasan mendakwa, Pakatan antara lainnya akan menyokong Israel dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.

"Kalau ikut bacaan saya, mengikut apa yang diberitahu kepada saya, kalau mereka berkuasa mereka akan jadikan Malaysia ini menjadi republik," katanya.

Hasan juga mendakwa, Pakatan akan menggugurkan Perkara 153 dalam perlembagaai Malaysia yang melindungi hak keistimewaan orang Melayu.

Bagaimanapun, parti berkenaan masih tidak boleh berbuat demikian, kerana tindakan itu memerlukan kelulusan daripada Majlis Raja-raja.

Oleh sebab itulah rakyat perlu menyokong gerakan JATI – kuasa ketiga yang memperjuang agenda Islam, Melayu dan Raja-raja dalam pilihan raya akan datang.

Hasan juga cuba meraih simpati dengan dakwaan bahawa beliau dipecat daripada PAS akibat tekanan daripada PKR dan juga dihalang daripada menjalankan hukum Islam ketika berada di dalam Pakatan.

Beliau juga giat menyerang ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai "rakyat Malaysia yang tetap akan menjadi perdana menteri walau di dalam penjara."

Katanya, Anwar dalam syarahan di London School of Economics sebelum ini antara lainnya telah menyebut mengenai pluralisme agama – satu fahaman yang disifatkannya sebagai syirik.

"Bahaya orang ini. Kalau jumpa ular, bunuh yang mana dulu saya tak tahulah. Dalam satu cara, lebih bahaya daripada (pengerusi DAP) Karpal Singh," katanya lagi yang disambut ketawa oleh sebahagian daripada kira-kira 1,000 orang yang hadir.

Mengimbau kembali saat apabila Pakatan memenangi Selangor pada 2008, Hasan juga menceritakan bahawa beliau telah diberitahu oleh pemimpin Pakatan Rakyat supaya tidak menguat kuasa enakmen jenayah Syariah di Selangor.

"Saya nak kuat kuasakan (undang-undang) yang berkaitan zina, rumah urut, arak, apa mereka kata? Bila kita menang kita bersetuju bahawa kita tidak boleh lakukan yang bertentangan dengan hak asasi manusia."

Lebih teruk lagi, kata Hasan, apabila diberitahu bahawa tindakan itu juga menyalahi hak asasi manusia sekiranya dilakukan ke atas orang Islam.

"Siapa yang halang? DAP dan PKR. DAP dan PKR saya faham kerana ia parti yang agak bercampur, yang saya tak faham orang parti saya.

"Siapa penghalang pertama?," soalnya yang disambut dengan laungan "Khalid Samad" oleh beberapa orang hadirin.

Katanya lagi, beliau sedih apabila orang bekas partinya itu sendiri boleh berdiri di belakang DAP – golongan yang menurutnya pernah berkata "kalau nak laksana hudud, undang-undang Islam, langkah mayat saya dulu."

"DAP kecam saya boleh terima, tapi orang pakai kopiah putih kecam saya, saya tak boleh terima," katanya lagi yang mengaitkannya dengan satu kunjungan yang diterimanya daripada seorang wakil PAS pusat.

Katanya, wakil yang tidak dinamakannya itu telah memberitahunya untuk mengurangkan penguatkuasaan dan serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor yang diketuainya sebelum ini.

"Yang penting kita nak tawan Putrajaya dulu," katanya, mengulangi saranan yang dikemukakan oleh wakil tersebut.

Bekas timbalan pegawai daerah itu, yang mendabik dada sebagai pegawai pertama yang membaca khutbah Jumaat dalam sejarah Malaysia juga berkata beliau tidak boleh menerima saranan tersebut.

"Biar tak sembahnyang, zina, minum arak dulu asalkan pergi Putrajaya?," soalnya.

Turut berucap dalam ceramah tersebut ialah bekas ketua penerangan PAS Selangor, Hassan Basri yang turut membidas Anwar berhubung kenyataan yang didakwa mengiktiraf negara Israel.



P/s: Mula-mula sila baca kenyataan pemimpin PR tentang hasrat mereka untuk mempertahankan Perlembagaan. Kenyataan akhbar sumpama ini sudah berkali-kali dibuat namun isu Melayu, agama Islam, dan raja Melayu sering dimainkan oleh puak UMNO dan kini orang suruhannya untuk mengelirukan rakyat:

KENYATAAN AKHBAR
8 September 2008

PAKATAN RAKYAT MENJUNJUNG PRINSIP PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bersidang pada hari ini 8 September 2008 dengan ini menegaskan penolakan kami terhadap usaha-usaha menyemarakkan politik perkauman yang sedang dilakukan oleh UMNO akhir-akhir ini. Kami amat bimbang isu ini sekarang digunakan untuk mengelabui pandangan rakyat yang sebenarnya merupakan usaha terdesak untuk menyelamatkan kepentingan segelintir golongan elit politik dan kroni mereka.

Kami sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

Berdasarkan prinsip-prinsip Perlembagaan ini kami menolak sekeras-kerasnya pendekatan politik perkauman sempit yang menjadi dasar UMNO-BN. Pendekatan inilah yang sengaja digunakan untuk memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk negara ini.

Sehubungan ini kami membantah ucapan yang dibuat oleh Dato Ahmad Ismail yang disokong oleh semua pemimpin UMNO Pulau Pinang. Isi ucapan itu mencerminkan dasar perkauman UMNO yang sebenarnya bertujuan hanya untuk mempertahankan kepentingan segelintir golongan orang kaya Melayu serta suku sakat mereka yang menggunakan kuasa politik untuk mengambil kesempatan mengaut kekayaan negara dengan berselindung di sebalik membela kepentingan Bumiputera dan orang Melayu.

Sekian, terima kasih.

Y.B. DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum
Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Y.B. LIM KIT SIANG
Ketua Ahli Parlimen
Democratic Action Party (DAP)

Y.B. DATO’ SERI HJ. ABDUL HADI AWANG
Presiden
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)


Kedua, isu negara Israel itu boleh anda baca di sini.

Ketiga, orang yang mungkin sebelum ini was-was terhadap Hasan Ali, harap-harap semakin jelas tentang sikap sebenar bekas tokoh PAS itu. Sejak dipecat, mulutnya semakin "jahat" dengan melontarkan fitnah terhadap PR. Congaklah semula sejarah tentang tokoh yang meninggalkan PAS sebelum ini, siapa mereka hari ini? SUMBER

N'N: Adakah UMNO tidak pernah membuat hubungan dengan ISRAEL? Adakah UMNO menyokong Usul RUU Akta Murtad? Jelas sekarang siapa Dr. Hassan Ali sebenarnya.......

AKSI JELEK DIDALAM LRT.

Why I don't use the subway

Confirm lepas ni sebulan tak naik LRT...Kah3....

Manusia ni macam2 ragam kadang2 boleh buat kita tergelak,sedih, menginsafi dan bermuhasabah....Aku ni pula jenis orang yang suka tengok gelagat orang disekeliling...Tapi aku tak layak menilai orang lain kerana mungkin mereka lebih baik daripada aku....

MEREMANG BULU ROMA BACA KISAH KANAK2 AMERIKA YANG MASUK ISLAM INI:

Subhanallah, kisah seorang kanak-kanak Amerika masuk Islam



Kisah ini mengingatkan kita cara didikan Angelina Jolie mendidik anaknya dengan mendedahkan pelbagai agama untuk dipelajari. Semoga dikurniakan hidayah. Begitu juga Alexander Pertz, akhirnya menemui hidayah.

Rasulullah saw bersabda: ”Setiap bayi yang dilahirkan dalam keadaan fitrah.
Maka kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani, atau Majusi.” (HR. Bukhari)

Kisah budak Amerika ini tidak lain adalah sebuah bukti yang membenarkan hadits tersebut di atas.

Alexander Pertz dilahirkan dari kedua orang tuanya Nasrani pada tahun 1990 M.
Sejak awal ibunya telah memutuskan untuk membiarkannya memilih agamanya jauh dari pengaruh keluarga atau masyarakat.

Begitu dia sejak boleh membaca dan menulis maka ibunya menghadirkan untuknya buku-buku agama dari seluruh agama, baik agama langit atau agama bumi.

Setelah membaca dengan mendalam, Alexander memutuskan untuk menjadi seorang muslim.
Padahal dia tidak pernah bertemu muslim seorang pun selama ini.

Dia sangat cinta dengan agama Islam ini sampai pada tahap dia mempelajari solat, dan mengerti banyak hukum-hukum syar’i, membaca sejarah Islam, mempelajari banyak kalimat bahasa Arab, menghafal surah, dan belajar azan.

Semua itu berlaku tanpa bertemu dengan seorang muslim pun.
Berdasarkan bacaan-bacaan tersebut dia memutuskan untuk mengganti namanya iaitu Muhammad ’Abdullah, dengan tujuan agar mendapatkan keberkahan Rasulullah saw yang dia cintai sejak masih kecil. sumber

N'N: Kita orang Melayu yang lahir dalam Islam pula mensia2kan nikmat Islam dan kita lupa mencari Iman........

TERIMA KASIH BN, CASINO KINI TUMBUH SEGAR DI SABAH.

http://2.bp.blogspot.com/-GurVpyeaxy8/Tyg6dl_xxLI/AAAAAAAAR08/6C1QgmbnHFI/s320/Sugar-Bun-at-KK%2Bcopy.jpg

MINI-CASINO, PKR BUAT LAPORAN POLIS.

EKORAN tidak ada sebarang tindakan drastik diambil polis dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Parti Keadilan Rakyat membuat laporan polis menggesa agar pihak berkuasa membanteras kegiatan judi haram yang semakin berleluasa di Kota Kinabalu.

Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR, Citra Masadi yang membuat laporan polis di Balai Polis Kunak setelah mendapat pengesahan dan maklum balas daripada Tim Pemantau AMK PKR di Kota Kinabalu.

Dalam laporannya KARAMUNSING/RPT/2179/2012 Citra melaporkan bahawa;

"Pada lebih kurang jam 5.15 petang, 31.01.2012, saya datang ke Balai Polis IPD Kunak berhubung dengan artikel MINI CASINO DI BELAKANG SUGAR BUN KK? yang disiarkan oleh portal SABAHKINI.NET baru-baru ini. Setelah rakan-rakan AMK NEGERI yang telah membuat pantauan di sekitar Kota Kinabalu dan mendapati kegiatan pusat premis-premis judi yang tidak berlesen masih berleluasa walaupun telah disiarkan dalam portal dan maklumat terperinci telah diberi; namun premis tersebut masih juga kebal menjalankan operasi mereka tanpa rasa bersalah. Maka saya bagi pihak AMK Negeri Sabah merasa terkilan dengan gejala seperti ini dapat bebas sewenang-wenangnya serta mendesak pihak PDRM/DBKK agar segera menyiasat individu-individu yang terlibat seperti yang tersebut dalam artikel itu dan mengheret serta di dakwa di mahkamah kerana jelas melanggar undang-undang. Di sini juga saya mendesak agar pihak yang bertanggungjawab seharusnya mencegah kegiatan ini dengan kadar segera agar imej Bandaraya Kota Kinabalu tidak terjejas serta mengambil kira kadar jenayah yang boleh dipengaruhi oleh aktiviti seperti ini."

Sehubungan itu, Citra menggesa agar Unit D7 Bukit Aman turun padang secara senyap memantau dan menyerbu kegiatan judi haram yang bukan sahaja berlaku di Kota Kinabalu, malah di Tawau, Sandakan, Kunak dan Lahad Datu.

"Jangan jadikan Sabah sebagai tempat pembuangan semua polis yang rosak akhlak kerana merekalah punca kegiatan ini berleluasa," kata Citra ketika ditanya punca kegiatan tersebut sukar dikawal. SABAHKINI.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)