yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Sunday, January 22, 2012

LAPORAN POLIS YANG AKAN MEMALUKAN SEMUA POLIS YANG BERAGAMA ISLAM DISELURUH MALAYSIA.

Ahli perniagaan dakwa dipukul anggota polis mabuk....



Seorang ahli perniagaan hari ini membuat laporan polis mendakwa telah dipukul oleh sekurang-kurangnya empat anggota polis berpakaian preman di Bukit Sentosa malam tadi.

Menurut Khoo Gin Seong, 44 (kiri), seorang anggota polis yang dikenali di situ dengan nama Mansur, telah memukulnya ketika dia sedang minum dan bermain judi di sebuah kedai kopi di situ pada kira-jam 9 malam.

Khoo juga mendakwa Mansur, yang dikatakan sering datang di kedai kopi, mencuri RM1,000 yang menurutnya wang yang dimenanginya dalam permainan kad.

Khoo mendakwa Mansur, yang duduk di meja dekatnya, mabuk selepas minum bir dan tidak senang dengan ahli perniagaan itu yang bercakap kuat.

Ia mencetuskan pertengkaran, yang berakhir dengan Mansur didakwa memukul Khoo, dengan bantuan "empat atau lima" individu lain yang didakwanya dikenali sebagai anggota polis.

Dia mendakwa, kejadian itu disaksikan oleh sekurang-kurangnya empat orang yang berada di kedai kopi itu.

Ahli perniagaan itu mendakwa dia kemudian dibawa ke balai polis Bukit Sentosa, di mana dia tidak dibenarkan pergi dari situ sehingga kawan-kawannya datang dengan membawa "beberapa ratus ringgit" pada sekitar tengah malam.

Empat jam kemudian, Khoo pergi semula ke balai polis yang sama untuk membuat laporan polis, tetapi mendakwa kakitangan di situ enggan menerimanya.

Laporan itu akhirnya dibuat pada jam 4.51 pagi selepas dia dikatakan enggan mengalah.

Dalam laporan tersebut Khoo mendakwa mereka memukulnya hingga gigi palsunya patah dan badannya sakit.

Bercakap kepada Malaysiakini selepas sidang akhbar mengenai perkara itu di Rawang, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata Khoo menelefonnya sekitar jam lapan pagi mengadu mengenai kejadian itu.

Sementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini, balai polis Bukit Sentosa mengesahkan Khoo telah membuat laporan mengenai perkara itu pagi ini, tetapi tidak boleh mendedahkan maklumat lanjut kerana ia dalam siasatan. -malaysiakini-

N'N: Memalukan...........

GAMBAR ANGPOW PALING MAHAL ABAD INI:

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s320x320/403618_2484563762289_1498476259_2010874_2061893524_n.jpg

Ah Jib Gor nak bagi kah3......

INI BUKTI A.B.U SEMAKIN DIGERUNI. TAPI SIAPA PULA YANG NAK TAKUT DENGAN A.B.U???

CERAMAH ASAL BUKA UMNO DISERANG SAMSENG JALANAN..


Ceramah Asal Bukan Umno anjuran Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) dan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) terpaksa ditangguhkan selepas majlis tersebut diserang sekumpulan lelaki tidak dikenali di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam di sini, malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam apabila lebih kurang 20 lelaki yang menunggang motosikal dengan bersenjatakan kayu menyerang orang ramai yang berada di dalam dewan tersebut.

Koordinator Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin yang ada ketika kejadian berkata, lebih kurang 100 orang berada di dalam dewan dan akibat serangan tersebut, beberapa orang mengalami kecederaan.

Menurutnya, sekumpulan lelaki yang menyerang dengan menggunakan kayu dan topi keledar itu menyebabkan seorang lelaki berusia 40-an terpaksa dibawa ke Hospital Sentosa untuk mendapatkan rawatan akibat kecederaan di bahagian kepala.


“Sekumpulan lelaki ini ada memakai baju-T yang memaparkan lambang salah sebuah parti dan mereka bukan sahaja mencederakan orang ramai tetapi merosakkan gerai makanan yang berada di pekarangan dewan.

“Susulan kejadian tersebut, pihak penganjur terpaksa menangguhkan ceramah atas alasan keselamatan orang ramai,” katanya.

Menurutnya, setakat tengah malam tadi, beliau dimaklumkan mangsa berada dalam keadaan stabil dan masih di bawah pemantauan doktor.

Badrul berkata, pihak penganjur akan membuat laporan polis pada malam ini untuk tindakan tegas kepada pihak yang menimbulkan kekecohan di ceramah tersebut.

Program Asal Bukan Umno di dewan MBSA adalah yang ketiga dianjurkan selepas di Gombak dan Bayan Baru dan difahamkan juga menerima gangguan yang sama oleh pihak yang berkenaan.

Dalam pada itu, Badrul Hisham yang turut dikenali dengan nama mesra Chegubard berkata, "mereka cuba bakar sentimen kaum, tetapi mereka turut musnahkan gerai-gerai peniaga Melayu yang datang berniaga."

"ABU bukan satu kaum tetapi milik rakyat semua," katanya lagi.

Berikut adalah rakaman kejadian itu:




KORANG SANGGUP TAK MASUK TANDAS MACAM NI?

Public toilet

Serius aku tak sanggup......

CONFIRM UMNO/BN AKAN BUNGKUS PADA PRU 13, LAGI PROFESIONAL MELAYU SERTAI DAP

Lagi "Melayu" sertai DAP.. tamparan buat UMNO..


Dua graduan UiTM sertai DAP

IPOH, 21 JAN: Dua graduan muda jurusan undang-undang daripada UiTM yang berminat dengan politik telah memilih untuk menyertai DAP. Mereka adalah Fairuz Azhan Amirruddin dan Dyana Sofya Mohd Daud.

Fairuz Azhan, 25, merupakan seorang penulis manakala Dyana Sofya, 24, seorang peguam.

Penyertaan mereka dilihat sebagai keseinambungan populariti parti tersebut di kalangan profesional Melayu yang semakin meningkat.

Kedua-dua mereka telah diperkenalkan dalam satu sidang media di ibu pejabat DAP Perak di sini hari ini.

Dalam sidang media itu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang yang mengalu-alukan penyertaan Fairuz dan Dyana berkata, kemasukan mereka ke dalam DAP mengingatkan beliau kenangan manisnya menceburi bidang politik 46 tahun yang lalu.

Katanya beliau dapat merasakan idealisme, semangat cintakan negara dan sayangkan rakyat di kalangan golongan muda yang mahu membuat apa yang mampu bagi menambah baik negara tercinta ini.

Menurutnya DAP jelas dari dulu sampai sekarang merupakan parti untuk semua kaum, malah di Perak sahaja, DAP pernah mempunyai lima wakil rakyat Melayu.

“Jadi amat tidak logik jika DAP dituduh sebagai parti anti-Raja mahu pun anti-Melayu. Jika tidak, parti ini tidak mungkin wujud hari ini kerana parti DAP sudah pasti akan diharamkan jika mempunyai matlamat tersebut.

“UMNO bertanya siapa nak membela orang Melayu, Islam, dan Raja Melayu jika UMNO kalah dalam pilihan raya? Dan kemungkinan besar itu akan berlaku, maka kita menjawab bahawa DAP dan Pakatan Rakyatlah yang akan membela dan mempertahankan orang Melayu, agama Islam, dan kedudukan Raja Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” jelas beliau.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata dasar bersama Pakatan Rakyat jelas mempertahankan keluhuran Perlembagaan.

Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham pula berkata ramai orang Melayu telah menyertai DAP sejak penubuhannya dan banyak pula yang memegang jawatan penting dalam parti serta diletakkan sebagai calon dalam pilihan raya.

“DAP tidak pernah diskriminasi terhadap orang Melayu. Ia adalah sebuah parti yang berbilang bangsa yang terbuka untuk semua orang. Ia berusaha ke arah sebuah sistem demokrasi sosial, dan parti demokrasi sosial ini tidak pernah menjadi parti cauvinis Cina mahu pun parti komunis seperti yang sering difitnah oleh UMNO.”

“Kita memang menjangkakan serangan daripada UMNO yang akan mengatakan bahawa DAP sedang melatih orang Melayu kononnya untuk menjadi Menteri Besar di pelbagai negeri.

“Namun hari ini saya ingin sekali lagi menegaskan terutamanya bagi rakyat Perak bahawa DAP tidak mempunyai cita-cita tersebut, dan jika cerita tersebut keluar, ia hanya lagi satu fitnah daripada Barisan Nasional. DAP menyatakan sokongan penuh kepada Datuk Seri Nizar (daripada PAS) sebagai Menteri Besar untuk Perak,” katanya.

Sementara itu, Fairuz Azhan menjelaskan beliau menyertai DAP kerana tidak sanggup berdiam diri melihat negara semakin lama semakin dirosakkan oleh kerajaan UMNO-BN.

Beliau mengambil contoh kadar hutang negara yang semakin meningkat akibat sikap tidak bertanggungjawab kerajaan kini dan secara langsung menyebabkan rakyat menderita kerana pemotongan subsidi dan juga pengenalan cukai baru seperti GST yang bakal menambah beban rakyat.

“Saya juga percaya dengan ideologi yang dibawa oleh parti. Mengikut pemahaman saya, Deklarasi Setapak yang menegaskan tujuan penubuhan DAP adalah untuk mempertahankan Perlembagaan negara. Ini juga bermaksud, DAP mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi, menzahirkan kedaulatan Raja, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, dan kedudukan istimewa bumiputera.

“Saya juga berpegang kepada ideologi demokrasi sosial yang kejayaannya boleh dilihat di Pulau Pinang. Saya juga yakin bahawa DAP merupakan platform yang terbaik untuk membebaskan minda masyarakat daripada politik perkauman dan politik ketakutan.”

Dyana Sofya pula berpendapat bahawa kejayaan urus tadbir cekap, akauntabel dan telus (CAT) oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang dipimpin oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng meyakinkan beliau untuk memilih DAP sebagai wadah politiknya.

“Bayangkan jika kejayaan CAT di Pulau Pinang boleh diketengahkan ke peringkat kerajaan pusat? Bukankah semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama akan mendapat faedah secara lebih adil dan saksama?

“Kemiskinan tegar telah dihapuskan di Pulau Pinang dan kemakmuran negeri bertambah berlipat kali ganda. Mengapa kita tidak boleh mengimpikan itu di peringkat nasional?” katanya. – Roketkini.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)