yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Thursday, January 19, 2012

Insiden Baling Kerusi Dimajlis Serah Wang BR1M PJU

Majlis serah wang BR1M PJU kecoh

http://xpressminda.files.wordpress.com/2011/10/image012-7426831.jpg
gambar hiasan

PETALING JAYA – Penyerahan wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia Parlimen Petaling Jaya Utara di SMK Perempuan Sri Aman dekat sini kecoh selepas 150 pemohon yang layak tidak dapat menuntut wang masing-masing kerana ketiadaan surat pengesahan.


Beberapa insiden baling kerusi dilaporkan berlaku menyebabkan polis terpaksa dipanggil untuk mengawal keadaan.


Rata-rata pemohon kesal dengan pihak penyelaras parlimen kerana gagal menyerahkan surat pengesahan kepada 150 pemohon menyebabkan mereka terpaksa menunggu lama.


Keadaan kecoh mula reda selepas pihak Bank Simpanan Nasional membenarkan pemohon menggunakan kad pengenalan untuk menuntut wang masing-masing.


Mengulas lanjut mengenai insiden itu, Penyelaras Dun Kampung Tunku Kelvin Chong memberitahu dia tidak mempunyai kuasa untuk menyerahkan surat terbabitkan melainkan ianya diuruskan oleh penyelaras parlimen.


“Kami faham penduduk marah tentang hal ini, jadi saya bagi pihak parlimen turut memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku,”katanya


Menurutnya lagi, mereka yang menghadapi kesulitan boleh menghubungi pejabatnya selepas ini.


Difahamkan seramai 2948 pemohon BR1M Fasa 1 Dewan Undangan Negeri (Dun) Kampung Tunku layak menerima bantuan melalui permohonan yang dibuat dari 10 Disember hingga 20 Disember tahun lalu.


sumber : sinar harian

N'N: Rakyat nak ambil hak mereka....

GAMBAR DEMAM A.B.U ASAL BUKAN UMNO MEREBAK PANTAS KESELURUH MALAYSIA.



Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Mohd Hata Wahari menjadi orang Melayu terbaru yang menyertai DAP selepas bekas ADUN Pulau Manis, Mohd Ariff Sabri dan Aspan Alias.

Yang masih UMNO tu...Anda bila lagi....Cepat2 tinggalkan parti yang membusuk itu...

GAMBAR REAKSI CALON PILIHANRAYA SEBELUM DAN SELEPAS PILIHANRAYA.

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/409320_2397016094668_1528955556_31798413_2139846294_n.jpg

Ada kebenarannya....

SBPA IALAH SKIM BODEK PEGAWAI ATASAN, INI PENJELASANNYA

Skim Baru SBPA : Gaji Pegawai Tertinggi Di Bayar Sehingga RM80,000 sebulan berbanding kakitangan awam hanya menerima kenaikan RM1.70 sebulan.



Satu cadangan kenaikan gaji yang lebih tinggi dicadangkan untuk pegawai tertinggi kerajaan di bawah Skim Persaraan Baru Kakitangan Awam (SBPA) telah menimbulkan perasaan tidak puas hati 1.4 juta kakitangan awam-kunci utama untuk kemenangan Barisan Nasional (BN).

Di bawah skim baru berkenaan, pegawai atasan kerajaan akan dibayar sebanyak RM80,000 sebulan berbanding kakitangan awam hanya menerima kenaikan RM1.70 sebulan dan telah membangkitkan kemarahan beberapa kesatuan sekerja dan juga pembangkang.

Kemarahan mereka telah membawa kepada pilihan raya akan datang dijangka dalam tahun ini dan menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyemak semula skim berkenaan selepas protes yang dilakukan Kongres Kesatuan Sekerja untuk kakitangan awam(Ceupacs). Difahamkan, skim berkenaan dibuat tanpa melibatkan penglibatan Ceupacs.

The Malaysian Insider difahamkan, di bawah skim SBPA, 36 pegawai atasan kakitangan awam akan memperoleh RM36,000 sebulan. Ketua Hakim akan memperoleh RM80,000 dan Ketua Setiausaha Negara akan mendapat RM60,000 sebulan.

Timbalan Presiden Ceupacs I, Azih Muda mengesahkan maklumat berkenaan dan maklumat lanjut berada dalam tangan kerajaan. "Ya, ya, memang begitu, sama seperti di dalam kalangan pusingan terbabit... gaji pokok untuk mereka yang berada di perkhidmatan utama adalah RM36,000," katanya.

Tapi Azih enggan untuk mengulas lanjut berkenaan perkara itu, dan menegaskan kerajaan telah pun mengumumkan kumpulan bertindak untuk mengkaji SBPA.

Jumaat lepas, kerajaan mengumumkan satu kumpulan khas untuk menyemak semula SBPA bermula sekarang hingga 16 April, diketuai oleh bekas pengarah kakitangan awam Tan Sri Ismail Adam, dan akan memasukkan wakil daripada Jabatan Perkhidmatan Awam, Ketua Hakim Negara, dan Kementerian Kewangan termasuk Ceupacs.

"Saya lebih selesa untuk tidak mahu mengulas perkara itu, kerajaan sudah membentuk jawatankuasa kerja bagi menyemak semula perkara itu, dan pelaksanaannya telah ditangguhkan, jadi saya percaya kerajaan akan menyelesaikan perkara itu," jelas Azih.

Namun begitu, beliau mengesahkan jawatankuasa kerja berkenaan akan menyemak secara spesifik bayaran terhadap servis utama.

"Mereka akan menyemak semuanya," katanya sebelum memutuskan panggilan. Cuepacs sebelum ini menuntut kerajaan menangguhkan skim terbabit berikutan pertubuhan itu tidak diajak berunding berkenaan perkara itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menegaskan perbezaan pendapatan antara kakitangan awam di peringkat tertinggi sehingga lima angka, sementara kakitangan bawahan hanya memperoleh jumlah yang jauh lebih kecil.

Pakatan Rakyat turut menuduh Putrajaya "menyalahgunakan" skim berkenaan, dan mengkritik skim tersebut.
"Beritahu saya jumlah tersebut, saya tahu mereka di perkhidmatan utama memperoleh antara RM36,000-RM60,000.

"Adakah adil sekiranya KSN (Ketua Setiausaha Negara) mendapat RM60,000 sebulan, sedangkan kerani hanya memperoleh kurang RM100 kenaikan gaji," jelas Mahfuz apabila ditanya pendapatnya berhubung perkara itu.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata PAS akan terus menuntut kerajaan menyemak semula skim berkenaan supaya kenaikan yang "adil" terhadap kakitangan awam.

"Segala-galanya harus disemak semula... ia seharusnya diperbaiki supaya kumpulan sokongan memperoleh pendapatan yang lebih berpatutan.

"Selain itu, pembayaran anggota tentera juga perlu disemak, mereka tiada kesatuan," katanya. Belanjawan 2012 telah menetapkan sejumlah RM64.1 billion bagi gaji dan pencen kakitangan awam, 28 persen daripada keseluruhan belanjawan, peningkatan daripada RM36.9 billion lima tahun lalu. ~themalaysianinsider

PENUMBUK BUAT UMNO, BEKAS WARTAWAN UTUSAN PULA SERTAI DAP SELEPAS DUA BLOGGERNYA.

Bekas presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan, Hata Wahari (gambar) secara sah menyertai DAP hari ini.

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/05/hata-wahari-utusan.jpg

Dalam mesej di Twitternya semalam, Hata tidak menulis secara jelas akan perubahan besar yang bakal berlaku dalam dirinya.

Kini segalanya sudah terjawab dengan penyertaannya bersama DAP sebentar tadi.

Hata, bekas wartawan di Utusan Meloya, mengiringi jejak langkah dua lagi bekas ahli Umno-APCO iaitu bekas ADUN Pulau Manis, Mohd Ariff Sabri dan Aspan Alias.

JALAN PULANG

CARA NAK KENAL ORANG MATA DUITAN.



Kalau daripada bayi dah ajar mcm ni rosaklah anak hu3...Wang bukan segala-galanya tapi segala-galanya perlukan wang? Mengadap Allah yakni solat tak perlukan wang tapi hanya hati yang ikhlas....

JABATAN YANG BERKENAAN SILA AMBIL TINDAKAN!!! ADA CASHIER ISLAM YANG TERINAYA, DISURUH PEGANG DAGING BABI!!!

Juruwang pasaraya di kamunting disuruh pegang daging babi tanpa lapik !!!


SAYA adalah salah seorang juruwang (cashier) yang bekerja di sebuah pasar raya di Kamunting, Taiping. Pada tarikh 11.01.2012, lebih kurang pukul 3 petang, pihak pengurusan telah membuat mesyuarat di antara semua juruwang. Di dalam mesyuarat tersebut, pengurus kami menyatakan ada seorang pelanggan bukan Islam telah membuat aduan kepada pihak atasan mempertikaikan mengapa juruwang Melayu Islam memegang daging babi beralaskan plastik seolah-olah menghina makanannya.

Apa yang membuat kami semua terkejut, pengurus kami telah berkata, "Kenapa perlu berlapik? Jijik sangatkah? Geli sangatkah? Jangan terlalu ikutkan adat sangat. Yang bermasalah ini adalah juruwang Melayu. Kalau sudah tak boleh nak pegang, lebih baik saya mengambil pekerja bukan Melayu. Selepas ini, saya tak mahu lagi kamu semua pegang barang-barang itu beralaskan pelastik. Saya mahu kamu semua pegang dengan tangan sahaja. Jika saya dapati kamu semua buat sekali lagi, saya akan tukarkan kamu semua ke bahagian lain."

Bukan niat kami hendak menghina makanan orang bukan Islam. Menurut ajaran dan hukum Islam, daging itu adalah haram disisi agama Islam bukan setakat memakanya, malah menyentuhnya pun tak boleh. Jika tersentuh biarpun bekasnya sekali pun, ia perlu disamak.

Pengurus kami dan orang atasan kami bukan Islam. Tidakkah mereka tahu orang Islam amat sensitif dengan daging babi. Bahasanya seolah-olah mempersendakan agama Islam dan berbau perkauman. Mentang-mentanglah kami ini semuanya perempuan, tidak pandai hendak memberontak, senang benar mereka hendak mempersendakannya.

Saya cuba untuk berpakat dengan rakan-rakan kerja Melayu saya untuk melaporkan perkara ini di pejabat agama atau pihak berkuasa yang lain, tetapi mereka enggan untuk berpakat kerana takut ditukarkan atau kehilangan kerja. Inilah sifat kakitangan Melayu yang beragama Islam di sini. Hanya dengan ugutan mereka sangup menggadaikan agama demi wang.

Kita sebagai orang Islam sepatutnya mempertahankan kesucian agama kita. Tahukah mereka perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana membabitkan kesucian diri untuk beribadat kepada Allah SWT. Saya kecewa dengan sikap segelintir bangsa Melayu yang beragama Islam ini.

Sepatutnya pihak pengurusan pasar raya tempat saya bekerja mengadakan kaunter 'Tidak Halal' untuk scan barang-barang tidak halal dan dijaga oleh juruwang bukan Islam. Kadangkala saya terfikir, bekas diletakkan barang tidak halal di kaunter ini, kemudiannya diletakkan pula barang-barang yang dibeli pelanggan lain beragama Islam. Bagaimana tahap kesuciannya?

Saya ingin mengadukan perkara ini kepada jabatan agama atau pihak berkuasa lain, tetapi saya tidak pandai untuk membuat sendirian.

Tolonglah sesiapa yang membaca artikel ini, bantulah kami orang Islam yang ditindas di pasar raya ini, juga pelanggan Islam yang mengunjungi pasar raya ini.

JURUWANG TERANIAYA
Taiping, Perak

SUMBER

AGAK2 KORANG LEMBU2 KAK JAT BOLEH BUAT SKILL MACAM NI TAK?

Milk canon
Kondo dah dapat takkan skill macam ni tak boleh buat kut kah3.....Majulah lembu untuk negara...

10,000 KECEWA KERANA PEMBERIAN RM500 BR1M YANG DIJANJIKAN TIDAK DITEPATI.



HAMPIR 10,000 pengunjung kecewa dengan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang dijanjikan kerana tidak ditepati oleh Kerajaan Negeri Sabah.

Yang DiPertua PAS Semporna, Mohd Julpikar Abd Mijan mendakwa, hampir sebahagian daripada pengunjung yang hadir ke Program Pemimpin Bersama Rakyat di pekan Semporna yang turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pulang dalam perasaan yang kecewa setelah berpanas dan bersesak-sesak bagi mendapatkan bantuan BR1M tersebut.

“Mereka datang dari seluruh daerah Semporna ini bagi mendapatkan BR1M yang telah dijanjikan kerajaan. Namun, mereka agak kecewa kerana hanya sekitar 3,000 ribu sahaja yang menerima bantuan tersebut,” dakwa Julpikar lagi.

Menurutnya, kerajaan perlu berperanan secara serius dan adil dalam pemberian bantuan kepada rakyat terutama apabila janji sudah dibuat, maka peranan perlu dibuat secara serius dan adil.

Program pemberian BR1M yang diadakan sempena Program Pemimpin Bersama Rakyat yang diadakan di Padang Pekan Semporna kelmarin turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah , Datuk Seri Shafie Apdal.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah turut menempelak Muhyiddin kononnya BR1M tersebut tidak ada kaitan dengan politik.

“Cakap tidak ada main-main politik. Tapi, ucapan-ucapannya jelas bermotifkan politik bagi meraih undi. Ini duit, duit rakyat yang bayar cukai. Bukan duit Umno BN. Kenapa perlu mengatakan Umno yang bagi?” ujarnya.

Sehubungan itu, Julpikar menyeru rakyat Sabah untuk mengajar pemimpin-pemimpin Umno BN yang ‘besar kepala’ dengan terus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.


sumber: Sabahkini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)