yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Wednesday, January 18, 2012

Gambar Langkah2 Drastik Indonesia Halang Penumpang Menaiki Keretapi Secara Haram (6 Gambar)

Di Indonesia mereka yang tak mampu membayar tiket keretapi akan duduk diatas atap. Pihak PT Kereta Api yang dimiliki pihak pemerintah sudah melakukan pelbagai perkara untuk menghalang freeloaders ini dari menaiki kereta api milik mereka. Sebelum ini mereka meletakkan dawai berduri diatas atap bagi menghalang orang ramai memanjat atap tetapi ianya gagal. Langkah terbaru mereka ialah menggantung bebola besi sebesar penumbuk diatas landasan.Jika ada lagi yang masih mahu duduk diatas atas mereka terpaksa berhadapan dengan penumbuk besi seperti dibawah ini. Buat masa sekarang sistem ini hanya diletakkan di stesen keretapi sekitar Jakarta untuk melihat berapa efektifnya ia.


https://lh6.googleusercontent.com/-okZDiNpbkf0/TxYsQmHxp8I/AAAAAAAAQr4/OBlHSXpedXw/s0/indioa-dea_01.jpg
https://lh4.googleusercontent.com/-y8wMf2FxHbo/TxYsSsxXpZI/AAAAAAAAQr8/NtVB0_TFKSo/s0/indioa-dea_02.jpg
https://lh6.googleusercontent.com/-NBo4l6GAGUM/TxYsVRCG21I/AAAAAAAAQsA/viDdiPmSUvk/s0/indioa-dea_03.jpg

sumber:blogserius

N'N: Mereka mempertaruhkan nyawa setiap hari, namun adakah tindakan drastik itu mampu selesaikan masalah?

ISRAEL LAKNATTULLAH TERJEJAS TERUK DIGEMPUR ASKAR CYBER ARAB SAUDI.

BOEING 747 milik El Al mendarat di Lapangan terbang Ben Gurion ketika laporan laman web syarikat digodam.
BOEING 747 milik El Al mendarat di Lapangan terbang Ben Gurion ketika laporan laman web syarikat digodam.

Bursa saham, syarikat penerbangan El Al sasaran penggodam Arab Saudi

TEL AVIV: Perang siber terhadap Israel meningkat selepas satu lagi kumpulan penggodam dari Arab Saudi menyerang laman web bursa saham Tel Aviv dan syarikat penerbangan kebangsaannya, El Al menyebabkannya ditutup seketika.

Pergerakan pejuang Hamas yang memerintah Semenanjung Gaza, menyifatkan serangan itu sebagai tamparan kepada kerajaan Yahudi berkenaan.
“Ini bidang baru tentangan ke atas penceroboh dan kami menggesa belia Arab membangunkan kaedah mereka dalam perang elektronik dalam berdepan dengan jenayah Israel,” kata jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri, di Gaza.
Laman web itu tidak mengandungi berita sensitif manakala penerbangan juga tidak terjejas akibat serangan itu tetapi gangguan dilaporkan turut berlaku di tiga buah bank.

Syarikat penerbangan El Al menutup laman webnya selepas serangan terdahulu memberi amaran dua laman web itu disasarkan oleh penggodam pro Palestin, kata sumber syarikat itu.

Ia berkata, mereka mengambil langkah keselamatan untuk melindungi laman web dan gangguan memang dijangka.

Jurucakap Bursa Saham Tel Aviv berkata, laman web itu dihujani permohonan elektronik yang melambatkan ia tetapi masih beroperasi. Pasaran saham tidak terjejas.
Pakar siber berkata, Israel sasaran biasa penggodam online. Tiada laporan sahih mengenai laman web sulit kerajaan digodam.

Beberapa minggu lalu, laman web perkhidmatan pengintipan Israel dan laman web rasmi lain ditutup tetapi kerajaan menafikan ia perbuatan penggodam dan menyifatkannya masalah teknikal.

Israel adalah pemimpin dunia dalam keselamatan siber dan agensi keselamatan dalam negeri, Shin Bet, menyediakan perkhidmatan nasihat kepada sektor perniagaan seperti bank dan utiliti awam.

Gangguan online juga berlaku di tiga bank iaitu Bank Kebangsaan Pertama Israel (FIBI) dan dua anak syarikat, Bank Massad dan Bank Otzar Hahayal.
Jurucakap bank berkata, laman pemasaran mereka digodam tetapi ruang perkhidmatan kepada pelanggan tidak terjejas. – Agensi


N'N:Gempak juga perang cyber kita....

GARA-GARA VCD LUCAH DUA ORANG YANG TIDAK BERSALAH MAUT.

Drebar lori syok layan vcd lucah punca 2 maut.





JOHOR BAHRU: Keasyikan seorang pemandu lori pasir menonton cakera padat video (VCD) lucah pada skrin mini kenderaannya ketika memandu dikatakan menjadi punca kemalangan membabitkan lima kenderaan lain dan mengorbankan sepasang suami isteri di Kilometer 19.5, Jalan Pontian-Johor Bahru, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, lori berkenaan dalam perjalanan ke Singapura sebelum kecuaian pemandunya menyebabkan ia hilang kawalan lalu terbabas dan berlanggar dengan sebuah lori lain, dua kereta serta dua motosikal, termasuk motosikal dinaiki pasangan suami isteri yang maut itu.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir tiga jam manakala usaha mengeluarkan mayat pasangan suami isteri terbabit dilakukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, suami isteri yang terbunuh itu dalam perjalanan ke tempat kerja dan mereka mati di tempat kejadian manakala seorang penunggang motosikal lain parah.

Menurutnya, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai K Vijaya, 34, dan isterinya, S Hemalatha, 27, dari Bukit Indah, di sini, manakala mangsa yang parah, lelaki berusia 32 tahun belum dikenal pasti identitinya dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

“Lori pasir yang dipandu lelaki itu mempunyai skrin mini LCD dan kita sedang menyiasat dakwaan dia memandu sambil menonton VCD lucah. Kami sedang mengesan VCD lucah yang didakwa berada dalam lori berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurut Ruslan, pemandu lori terbabit ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian dan beliau meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan.

Sementara itu, bapa mangsa yang dikenali sebagai Muruandy, 54, berkata, kejadian yang menimpa Vijaya dan menantunya adalah tragedi buruk bagi keluarganya kerana kedua-duanya maut sekelip mata.

“Setiap hari mereka ke tempat kerja dengan menaiki motosikal dan saya tidak menyangka rutin harian itu menjadi tragedi. Saya sedih mengenangkan nasib tiga cucu yang masih kecil, berusia bawah 12 tahun,” katanya.HM

SUMBER


N'N: Takziah buat mangsa.

GAMBAR MENARIK WARGA CHINA KONVOI NAIK MOTOR BALIK KAMPUNG SEMPERNA TAHUN BARU CINA (4 GAMBAR)

https://lh5.googleusercontent.com/-ocsh-Fgt0EU/TxV_afMqxxI/AAAAAAAAQqc/ufDjoSv279M/s0/VROM_01.jpg

SUMBER:BLOGSERIUS.

UMNO BERI RM200 - RM1,000 UNTUK BELI UNDI DALAM PRU -INI BUKAN ORANG PR YANG CAKAP TAPI BEKAS MENTERI UMNO TAN SRI ABDUL KADIR SHEIKH FADZIR

Pendedahan dilakukan sendiri oleh Bekas Menteri UMNO yang masih lagi menjadi ahli UMNO bahawa UMNO ini memang menggunakan taktik kotor yang melibatkan wang
bagi mendapatkan undi di dalam Pilihanraya,mungkin akan membuka mata ramai ahli UMNO yang selama ini menganggap UMNO adalah parti yang "bersih dan sentiasa benar".

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)