Tuesday, January 31, 2012

GAMBAR AKIL HAYY KEMBALI MENGGEGAR PENTAS PAS.

http://4.bp.blogspot.com/-umjH9jJWw-4/TydsC3B3bKI/AAAAAAAAAg8/tKpT47z_COY/s320/akiyhayy.jpg

Lama jugaklah aku tak dengar ceramah dia, last sekali aku dengar dekat Manjoi....

sumber

GAMBAR2 YANG BAKAL ANDA SAKSIKAN INI HANYA BERLAKU DI INDIA.

Alamak! nasib baik sempat brek dengan kaki.

Kretip, xpayah nak beli pelampung..JIMAT!!!

Mak aii...ayam nie....lawan tokey nampak...

Hai bang..takkan guna pistol mainan jerk...

Bang...dah wat endosement dekat JPJ ker nie...

Caya lah..ada air bag tue...

Confirm xhilang punya...gud idea...

Apa kaitan dengan ayam dengan bina badan ek...

Hahaha...teknik terbaik untuk call sambil memandu...leh tiru nie..

Terbaik!! kupas bawang sampai esok pun tak apa nie...

Hmm...nasib la jadi bini orang nie...ke dapat hadiah bini pakel skali dengan barang nie

SUMBER

N'N:Betulkah semuanya berlaku di India, Wallahua'lam.....

BERITA YANG AKAN MEMPERCEPATKAN PROSES MENTALKINKAN UMNO PRU13, HAMPIR 50% AHLI DAP ADALAH MELAYU

http://3.bp.blogspot.com/-Uk68b5Db66c/TyYP4d7tpeI/AAAAAAAARs4/JrNWNlhmDwg/s320/SK3357A..HADIR....Para+penyokong+DAP+dan+Pakatan+Rakyat+hadir+pada+majlis+tersebut+copy.jpg

Naib Presiden DAP, Senator Tengku Abdul Aziz menyangkal dakwaan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan UMNO yang mendakwa kononnya DAP adalah parti untuk masyarakat kaum Cina sahaja dan bukan untuk orang Melayu di negara ini. Katanya sejak DAP menubuhkan barisan Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai oleh DAP, PAS dan PKR tahap bilangan orang Melayu di seluruh negara semakin ramai dan hampir 50 peratus menjadi ahli DAP.

“Ini adalah atas kesedaran orang-orang Melayu sendiri terhadap perjuangan DAP yang mementingkan ke arah membela nasib rakyat yang berbilang kaum dan anutan kepercayaan agama yang berbeza-beza,” ujarnya.

Tengku Aziz berkata lagi dalam menerajui kepimpinan DAP ramai di kalangan anak-anak muda khususnya generasi muda yang berpendidikan tinggi dalam pelbagai jurusan menjadi ahi dalam parti DAP, sama ada kaum Cina, India dan juga Melayu.


“DAP tidak macam UMNO. Golongan muda para cerdik pandai yang mempunyai kelulusan Sarjana Muda langsung tiada peluang menjadi Ahli Majlis Tertinggi dan kebanyakannya yang tua-tua bangka sahaja,” katanya.

Tengku Abdul Aziz berkata demikian ketika berucap di hadapan 1,000 orang para penyokong DAP pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Dewan SM Yu Yuan, Sandakan.

Katanya lagi, para pemimpin dalam memperjuangkan rakyat tidak telus, tidak ikhlas dan kebanyakan wakil rakyat mereka baru satu penggal jadi ADUN yang bergelar 'YB' sudah kaya raya; rumah mewah, kereta mewah sehingga empat-lima buah di depan rumah selain itu isteri hingga 2 atau 3 orang.

"Di Sandakan, kita tahu 90 % masyarakat Cina telah menyokong DAP dan menolak kepimpinan BN sebab wakil rakyatnya tidak jujur dan hanya mementingkan keuntungan, bukan untuk kepentingan rakyat," tegasnya.

Sementara dalam ucapan Pengerusi DAP Sandakan, Steven Wong menyeru agar masyarakat Cina di daerah ini bersatu untuk menumbangkan calon-calon BN yang bertanding di kawasan Elopura, Karamunting, Tanjung Papat bagi kouta Cina.

“Orang Cina harus sedar dan buka mata jangan kerana beras 10 kilo, gula dua kilo kamu telah berubah fikiran dan menyokong BN. Sampai ke mana beras lima kilo itu?" tanya Steven Wong. ~sabahkini

SAKIT MATA TENGOK GAYA RAMBUT MAMAT NI.

New haircut

Sama macam sakitnya hati aku tengok perilaku UMNO/BN.....kah3..

Monday, January 30, 2012

GAMBAR2 SAMBUTAN HEBAT KULIAH USTAZ AZHAR IDRUS WALAUPUN BERTINDIH& SERENTAK DENGAN ANUGERAH JUARA LAGU.

Gambar : Sekitar Kuliah Maghrib Ust Azhar Idrus Di Masjid Negeri Shah Alam
















Sumber dan lagi gambar : Facebook Abah Anas

Sambutan hangat Kuliah Maghrib Ust Azhar Idrus di Masjid Negeri Sultan Salahudin Abdul Aziz Syah Shah Alam Selangor.
Difahamkan sekitar 30 ribu hadir di Masjid,sementara lebih kurang 34 ribu lagi menonton secara langsung di internet.

SUMBER

INI YANG ANDA TEMPAH JIKA BERCINTA DENGAN ISTERI ORANG:

http://2.bp.blogspot.com/-QAzxnlRwyV0/TWdfDAsJ6dI/AAAAAAAAACs/W1MqU5cxahc/s1600/kena+tetak.jpg

(gambar hiasan)Hukuman jalin cinta terlarang

SUNGAI PETANI: Akibat menjalin hubungan terlarang dengan isteri orang, seorang lelaki menerima padah apabila kedua-dua kaki dan tangannya hampir putus ditetak dengan parang oleh sekumpulan lelaki dalam pergaduhan di depan rumah kekasih mangsa di Jalan Kuala Ketil, dekat sini, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 2 pagi apabila mangsa yang berusia 30-an dan sudah berkahwin datang ke rumah kekasihnya itu untuk bersemuka dengan suami wanita berkenaan yang berusia 30-an bagi menjelaskan hubungannya dengan isteri lelaki terbabit.

Sebelum ini, mangsa didakwa menjalin hubungan sulit dengan isteri lelaki terbabit sehingga menimbulkan syak dan kemarahan suami wanita itu.

Berikutan itu, mangsa mengambil keputusan nekad untuk bertemu suami wanita berkenaan dan pertemuan itu dihadiri isteri lelaki itu sebagai saksi.

Sumber berkata, pertemuan yang berlangsung di luar rumah lelaki berkenaan bertukar tegang apabila berlaku pertikaman lidah antara mereka berdua sebelum disertai beberapa lelaki lain dipercayai rakan suami wanita itu. -hm

N'N: Jangan tempah penyakit..........

MENGAPA TUN DR MAHATHIR PALING TAKUT JIKA PAKATAN RAKYAT BERKUASA? DEKAT SINI ADA JAWAPANNYA:

http://2.bp.blogspot.com/_C1EPAkx1iC8/SG2tzfllgyI/AAAAAAAAFUQ/XC6b2IuFBx0/s400/mahathir2motiv.jpg


SHAH ALAM, 29 JAN - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Idris Ahmad berkata bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad adalah antara pemimpin Umno paling takut sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai Pautrajaya.

Katanya, kenyataan-kenyataan Dr Mahathir kebanyakkannya untuk memperleceh kerajaan PR bahawa prestasi Pakatan Rakyat mendukacitakan dan gagal mentadbir negeri-negeri dikuasainya.

Sebaliknya, beliau berkata, kerajaan Pakatan Rakyat telah membuktikan betapa pakatan itu berwibawa dan layak diangkat sebagai kerajaan berdasarkan prestasi membanggakan dipamerkan setakat ini.

"Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan telah di istiharkan sebagai empat negeri yang menerima pelaburan luar paling tinggi di negara ini sedangkan negeri-negeri yang di tadbir Umno-BN tercorot kerana tiada keyakinan pelabur luar," ujar beliau

Maka, tegasnya, rakyat disaran terus memberikan peluang dan mandat kepada Pakatan Rakyat di dalam Pilihanraya Umum ke 13 akan datang bagi mengekal dan meluaskan kuasa seterusnya menguasai Putrajaya.

"Setakat hari ini prestasi yang ditunjukkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat amat memberangsangkan bukan mendukacitakan termasuklah kita tengok skim yang kita tawarkan dan kita akan tawarkan lebih baik lagi sepertimana janji kita soal penurunan harga petrol, letrik dan tol," katanya kepada TVSelangor di sini hari ini.

Idris menyatakan apa yang disuarakan Dr Mahathir itu adalah menzahirkan kebimbangan beliau dengan menutup kegagalan di dalam pelbagai perancangan seperti projek penswastaan ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Menurutnya, kebanyakan projek dirancang Dr Mahathir menemui kegagalan seperti yang boleh dilihat dialami oleh Proton ketika ini serta yang lain termasuk Indah Water dan MAS kerana semua projek itu mementingkan kroni dan pihak tertentu.


Maka dengan itu, jelasnya Dr Mahathir sering memberi gambaran buruk kepada kerajaan Pakatan Rakyat semata-mata untuk menutup kepincangan dan kelemahan kerajaan BN sejak sekian lama

"Sebenarnya dia nak lindung segala kelemahan dia tinggalkan selama ini, selama 22 tahun. Terakhir kita tengok dasar-dasar penswastaan Dr Mahathir semua gagal. Dengan semuanya apabila kroninya kenyang, suku sakatnya kenyang, akhirnya kerajaan terpaksa tanggung 'biawak hidup'," ujarnya.

Idris seterusnya berkata, Pakatan Rakyat berjaya dengan cemerlang sebagai kerajaan di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor kerana pentadbiran penuh kebertanggungjawaban, telus dan adil.

"Maka sebab itu kita berjaya, pasal kita buat dan kita beri (kepada semua rakyat) bukan kepada ahli Umno atau penyokong BN. Setakat ini kemampuan kita berjaya berbanding dengan apa Dr Mahathir dan juga suku sakat serta anak buahnya, (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Razak) buat hari ini," katanya.

Menurut Idris, Tindakan Dr Mahathir tersebut juga ekoran kebimbangan berhubung nasib dan suku sakat serta kroni-kroni beliau berhubung pelbagai salah guna kuasa yang dilakukan ketika menguasai negara apabila Pakatan Rakyat berkuasa kelak.

Sunday, January 29, 2012

KENAPA NAIK MOTOR BERDOSA? GAMBAR INI ADA JAWAPANNYA:



Haram naik motor macam ni, jika bukan muhrim. Malu kat orang jika suami isteri.....renung2kan...

APA MASALAH ORANG YANG PASANG PAPAN TANDA MACAM NI?

Ignore this sign

GAMBAR JUKRUKAMERA TERLAMPAU:

Need a photo?

Ada sesiapa nak bergambar???

SEBELUM NI PM KATA "KALAU SAYA DEDAHKAN DSAI AKAN DEMAM" JADI KENAPA BILA DIAJAK BERDEBAT MALAH DIBERI MASA YANG LEBIH MASIH TAKUT?

Sebelum ini kita pernah digemparkan dengan ayat PM:



"Kenapa saya harus takut berdebat dengannya(DSAI)? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam,”

Tapi berlainan pula sekarang:


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sekali lagi membuat cabaran berdebat kepada Datuk Seri Najib Abdul Razak - kali ini menjanjikan untuk memberi lebih masa kepada perdana menteri.



"Dia boleh cakap 20 minit, saya 10 minit. Dia balas 20 minit dan saya jawab 10 minit," katanya di Twitter.



Anwar yang juga ketua umum PKR pemimpin, telah berkali-kali mencabar Najib dan yang paling baru mencabarnya berdebat mengenai dasar-dasar negara, sewaktu Persidangan Pakatan Rakyat yang ke-3 di Alor Setar, Kedah pada 14 Januari.



Setakat ini, Najib tidak pernah menyambut cabaran-cabaran yang dibuat oleh Anwar itu.



Bagaimanapun, pada bulan Januari tahun lalu, Najib berkata beliau tidak takut untuk berdebat Anwar tetapi berkata ketua pembangkang itu hendaklah terlebih dahulu menyelesaikan kes liwat terhadapnya dan isu-isu peribadi yang lain.



Pada 9 Januari lalu, Anwar telah dibebaskan daripada pertuduhan liwat tetapi pihak pendakwaan memfail rayuan terhadap keputusan tersebut.



Sementara itu, dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty berkata pemimpin yang enggan bersemuka dan bertentang mata memberikan persepsi ketidakikhlasan dan ketidakjujuran.



"Ia mempamerkan bahawa ada rahsia yang mahu disorokkan. Apakah sebenarnya mahu disembunyikan dari rakyat itu? Umno/BN wajib menjelaskannya," tambah beliau.-MK


N'N:Kenapa mula2 PM begitu lantang mengatakan keberanian berdebat kemudian apa buila diajak berdebat PM menikus....Siapa yang demam sekarang kah3......

Saturday, January 28, 2012

INILAH CARA ORANG UMNO TENGOK TV:

431162_306037322776251_100001099576357_844991_2141920438_n.jpg (720×524)

GAMBAR CARA ORANG KAYA GUNA iPAD

Another iPad use

Adakah kerana mereka kaya ataupun iPad sangat murah di negara mereka? Kalau kita mungkin kena habuk pun pantang kah3.....

GAMBAR POSTER FITNAH YANG MENGGANAS DI BANGI.


Berikutan dengan itu:



DATUK T MENGGANAS LAGI KALI INI DENGAN VIDEO LUCAH YANG DIKATAKAN LEBIH DAHSYAT

DATO' T dilaporkan akan mendedahkan video seks terbaru yang didakwa dilakonkan oleh Anwar Ibrahim. Pendedahan video seks kali ini dikatakan lebih dahsyat dari video seks yang pertama.

Firman Allah S.W.T:

Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.(Suran An-Nur Ayat 4)

Ayat ini kelihatan menyebut kesalahan menuduh zina dan liwat kepada wanita, namun tuduhan kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini secara sepakat ulama dan ijma' ulama (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi).

Disini timbul persoalan mengapa Dato' T sanggup menempah dosa dan sanggup mendapat gelaran FASIQUN...Dengan memfitnah DSAI dengan tuduhan2 yang tak pernah pun mereka mengemukakan 4 orang saksi.....

http://4.bp.blogspot.com/-IMThVBediY8/TyMjHPJ6kPI/AAAAAAAAEKg/uYRSopXCq8g/s1600/IMG_2152.JPG


Bagi Ustaz lain diorang akan kata Ustaz tu pro pembangkang, jd aku baik Ust UMNO punya ulasan:


GAMBAR PERBANDINGAN SAMBUTAN RAKYAT DI CERAMAH UMNO DAN CERAMAH PAKATAN RAKYAT DI JALAN KEBUN(14 GAMBAR)

Kalau kita tengok kehadiran di kedua-dua ceramah ini.. kita tahulah yang mana satu menjadi pilihan rakyat jalan Kebun...

Jadi UMNO dan panglima buntal jangan nak berlagak akui Jalan Kebun UMNO yang punya...
minta tolong sikit ok....

Korang tengok le sendiri....

Ini ceramah UMNO.....

tempat tak berapa jauh dari Dewan MBSA Jalan Kebun yang menempatkan ceramah Pakatan Rakyat...


macam tempat zombi kampung pisang lak...
kerusi setia mendengar ceramah umno



Ok...dah tengok...? ini pulak ceramah Pakatan Rakyat yang diadakan di dewan MBSA Jalan kebun...





keadaandi belah luar di setiap tingkap yang ada..

peniaga pun dapat mencari rezeki


melimpah keluar





Jadi dapatlah kita nilaikan bagaimanakah keputusannya nanti semasa PRU13...

SUMBER